Kasih, Relakan Ku Pergi 15

Bab 15


Langit kelihatan gelap. Awan yang hitam begitu sarat dengan titisan air, bila-bila masa sahaja, ia akan runtuh ke bawah. Walaupun belum malam tetapi keadaan sekeliling sudah kelam. Angin bertiup kencang, menerbangkan debu-debu merah ke seluruh kawasan. Ramai pekerja telah pulang dan keadaan sekitar tapak kerja dan pejabat lengang. Tetapi Asri dan Ita masih lagi bekerja. Encik Baharum telah mengarahkan Asri menyiapkan laporan untuk mesyuarat kemajuan  yang akan diadakan esok pagi. Oleh kerana banyak perkara yang harus disiapkan, Asri telah minta Ita menolong dia menaip laporan-laporan, sementara dia menyiapkan data-data penting, jadual, gambarajah dan juga gambarfoto..


“Ot aku kau sain nanti okay.” Kata Ita.

“Okay kau jangan risau.” Kata Asri. Sebenarnya kalau tidak di bayarkan bayaran lebih masa pun, Ita tetap akan tolong Asri. Keadaan pejabat sudah lengang . Cuma bilik Brahim dan En Azlan masih lagi menyala. Mereka masih lagi berada di tapak kerana membawa beberapa orang pelawat ke dalam terowong LRT. Pihak client telah mebuat lawatan mengejut petang tadi. Nasib baik Encik Azlan dan Abang Brahim ada di sini.
Di luar sana, hujan telah mula turun, mula-mula dengan rintik-rintik yang besar kemudiannya dengan curahan yang lebat sekali. Suasana sekitar nampak malap dan suram sekali.

“Begitu jugalah hatinya, suram, tetapi tidak siapa yang tahu.” Kata hati Ita.

Ita pun sudah tidak menaruh harap dengan Encik Azlan lagi. Dia sudah tidak mahu bersedih lagi. Azlan memang tidak mahu berbaik langsung dengan dirinya. Sudah hampir sebulan Azlan bekerja di pejabat itu, tetapi dia langsung tidak perdulikan Ita. Kalau bercakap pun,  mesti sebab dia marahkan Ita. Tetapi Ita pelik, dengan orang lain macam Noni dan Kak Nab dan juga dengan Aci tukang bersih di pejabat ini pun dia begitu bersopan santun sekali. Apa silap Ita pun Ita tak tahu. Mungkin betul tekaan ini, Encik Azlan dapat rasakan yang Ita ada menaruh hati kepadanya, jadi Encik Azlan tidak suka keadaan itu. Sebab itu dia mengelak dari Ita. Dia tidak mahu Ita perasan agaknya.

Pada Ita, Encik Azlan tidak perlu berbuat demikian, Ita sedar siapa dirinya. Sejak melihat Encik Azlan dengan Sherry, Ita sudah cuba buangkan semua perasaan suka yang bertapak di hatinya. Tetapi nampaknya Encik Azlan tidak boleh terima kenyataan itu. Dia nampak sangat tidak senang dengan Ita.. Ita pun sudah malas mahu memikirkannya di mana silap dia. Ini akan membuat dia sedih. Ita tidak suka bersedih hati. Banyak lagi masalah di dalam dunia ni. Banyak lagi penderitaan yang berlaku di dalam dunia ini. Ada orang tidak cukup maka, tiada tempat tinggal, kesejukan, kebuluran, kemarau. Gempa bumi, di bom, peperangan. Lihat sahaja diseluruh dunia, banyak betul penderitaan yang di alami manusia lain.

Pada Ita, dia masih hidup, sihat wal afiat, ada pendapatan, ada tempat tinggal dan kawan-kawan, itu semua sudah cukup.  Semuanya Kurnian Allah kepadanya. Dia tidak mahu bersusah hati, meratapi nasibnya yang malang kerana Enzik Azlan tidak membalas kasihnya. Ita hanya mahu mengorak langkah ke hadapan dan melupai semua rasa sedih ini. Kini dia sudah punyai pilihan. Ita cuma perlu membuat keputusan sahaja. Dia harap Noni, Asri dan Brahim akan menyokong apa sahaja keputusan yang dia akan ambil nanti.

“Ada lagi maklumat yang tidak cukup. Aku perlu dapatkan minit mesyuarat yang lalu. Kau tolong cari fail ini dekat dalam almari dekat belakang sana, aku cari di kabin sebelah. Kalau dapat aku datang balik okay.” Pinta Asri.

“Aku perlu dapatkan fail tu. Butir-butir yang aku perlu ada dalam fail itu.”

“Bukanke progress juru runding yang buat laporan kenapa kau yang kena buat?"

"Itu memang jururunding yang buat. Tetapi pasal isu alam sekitar aku yang buat.” Terang Asri sambil berlalu keluar dari pejabat itu. Dia mencapai payung yang terletak di tepi pintu dan segera belari keluar menuju kabin sebelah.

Ita tinggal berseorangan di dalam pejabat . Suasana di pejabat sunyi. Cuma deruan air hujan yang kedengaran di luar sana. Hujan yang turun bagaimana tidak akan berhenti. Nasib baik Asri telah berjajnji hendak menghantarnya pulang. Kalau tidak mungkin Ita tidak senang hati nak menjalankan tugasnya. Ita pergi ke belakang pejabat, almari yang Asri katakana itu terletak dekat stor. Banyak almari-almari berisi fail-fail projek yang disusun di situ. Ita mula mencari fail yang di katakan oleh Asri. Dia terbongkok-bongkok mencari fail mengikut nombor rujukan yang telah di berikan oleh Asri. Kemudian Ita merasakan bulu romanya naik , seram sejuk rasanya. Dia menoleh dan menegakkan badannya. Encik Mahmud sedang memerhatikannya . Entah berapa lama Encik Mahmud berdiri di belakang Ita, memerhatikannya pun Ita tidak pasti. Matanya merenung tubun badan Ita dengan rakus. Ita menjadi seram sejuk melihat muka Encik Mahmud yang memandangnya dengan penuh berahi. Dia menghampiri Ita dengan perlahan dan berdiri sangat rapat dengan Ita. Ita sudah terperangkap di sudut almari. Ita jadi panik. Tidak ada sesiapa pun di dalam pejabat,. Dia tahu niat Encik Mahmud tidak baik. Dia pernah terdengar apa yang Encik Mahmud pernah lakukan pada kerani-kerani lain sebelum ini. Peluh dingin mula memercik di dahinya. Encik Mahmud mula tersenyum dengan Ita.

“Macam tau-tau, kita nak jumpa di sini. Tulah selama ni jual mahal selama ni.Rindu kat I ye?”

Tangannya cuba memegang muka Ita. Ita menepis tangannya dengan kuat. Mahmud makin tersengih. Bau badannya yang hapak, cuba dilindunginya dengan bau cologne membuat kan bau  badannya lebih menyengitkan. Ita mula terasa mual dan sesak nafas.

“Aku sudah lama memerhatikan kau, Ita. Kalau kau layan aku, senang hidup kau. Cium sikit boleh.” Encik Mahmud hampir dengan mukanya. Mulutnya berbau rokok yang sudah basi meloyakan. Ita memandang sekeliling, tidak ada sesiapa di dalam pejabat ini. Kalau dia menjerit pun sia-sia sahaja. Lagipun bunyi hujan lebat di luar sana memadamkan semua bunyi lain. Ita mula menjadi panik.

Ita cuba menolak Encik Mahmud. Encik Mahmud mula berkasar dengan Ita. Dia meraih badan Ita hampir ke badannya dengan dakapannya kuat dan menyesakkan. Nafasnya yang panas di muka Ita. Ita berasa mual, dia rasa hendak muntah.. Dia cuba tolaknya badan Encik Mahmud sekuat-kuat hatinya. Tetapi dia tidak berdaya. Ita hampir lemas, pandangannya kian gelap tetapi dia tidak mahu mengalah. Ita cuba meronta-ronta sekuat-kuat hatinya dengan tenaga yang sedikit ada pada dirinya. Tangannya tergapai-gapai cuba melepaskan dirinya. Muka Encik Mahmud yang penuh dengan bekas-bekas jeragat itu makin hampir hinggap ke mukanya. Bau rokok yang busuk dari mulutnya makin meloyakan. Ita sedari dia sudah tidak dapat berbuat apa-apa. Ita seperti tidak percaya dengan apa yang berlaku ke atas dirinya. Dia bagaikan menonton sebuah tayangan gambar, kejadian ini sedang berlaku terhadap orang lain, bukan pada dirinya. Pegangan Mahmud terlalu kuat.

“Ya Allah,, tolong hamba mu, Ya Allah.” Ita hanya dapat berserah kepada tuhan. Kegelapan sudah menerpa dirinya. Bibir hitam tebal Encik Mahmud sudah hampir melekap ke bibirnya yang merah. Mahmud menjilat bibirnya sendiri apabila melihat bibir merah Ita yang mengiurkan dirinya. Ita sudah lemah di dalam dakapannya.

 “Hidangan daging muda yang lazat buatnya.” Getus Encik Mahmud dalam hatinya. “Tentu lembut dan enak.”

Tangan Ita yang meronta-ronta semakin lemah dalam cengkamannya. Hari ini nampakanya dia akan makan besar lagi.

Dalam samar-samar itu, Ita masih cuba meronta-ronta dan dia cuba menolak Encik Mahmud dengan segala kudrat masih masih tinggal di dalam dirinya.

“Ya Allah, tolong hamba mu Ya Allah,” Ita berdoa buat kali terakhir sebelum dia menyerahkan dirinya kepada kegelapan yang sedang meliputi dirinya.

Tiba-tiba dakapan Encik Mahmud terlerai. Encik Mahmud sudah tercampak ke tepi.

“Encik Mahmud! Apa Encik Mahmud buat ni! Jerit Asri, yang masih memegang kolar Encik Mahmud. Tangannya mengenggam penumbuk. Tanpa dapat mengawal perasaannya, satu tumbukan hinggap di muka Encik Mahmud.

“Orang tua tak tahu malu!. Baik En Mahmud pergi dari sini! Kalau Encik Mahmud berani buat macam ni, Saya laporkan pada Berahim nanti. Asri menjerkah Mahmud,sekuat hatinya Suaranya bergetar menahan perasaan marahnya.

“Orang tua kutuk, tak tahu malu!. Kata Asri lagi.
“Kalau kau berani laporlah. Engkau ingat kau siapa.” Kata Encik Mahmud. Mukanya merah padam di tumbuk Asri. Aku ni sepupu Datin Azmah tahu. Kau ingat aku takut dengan Berahim. Jaga engkau!. Aku akan balas balik apa yang kau sudah buat hari ini.” Mahmud member amaran, lalu keluar dari situ dan membetulkan bajunya yang di tarik kuat oleh Asri.

Ita yang masih terkejut dengan perbuatan Encik Mahmud, mula menangis perlahan-lahan. Dia masih lagi terperinyuk di sudut almari. Ita merasakan dirinya kotor setelah dipeluk oleh Encik Mahmud. Masih terhidu bau hapak dari tubuh Encik Mahmud, membuat dia rasa hendak muntah. Asri juga yang baru pulih dari perasaan terkejut tadi hanya berdiri memerhatikan Ita yang sedang menangis. Dia tidak sangka Encik Mahmud boleh berbuat sedemikian rupa. Seram sejuk Asri melihat perlakuan Encik Mahmud tadi. Dia yang sering mendampingi Ita pun tidak tergamak untuk meperlakukan yang tidak baik terhadap gadis itu. Ini orang tua kutuk yang sudah setengah abad itu.

Sebentar tadi tindakan Asri hanyalah atas tindakan refleksi, tanpa banyak fikir, dia menumbuk muka Encik Mahmud. Tetapi walau bagaimanapun sedikit pun dia tidak menyesal dengan perbuatannya tadi. malah dia puas hati dengan tindakan tersebut. Dia tidak perduli dengan ugutan Encik Mahmud tadi. Kalau dia kena buang kerja pun, hatinya puas. Nasib baik dia terfikir untuk datang semula ke pejabat ini. Kalau tidak entah apa yang berlaku ke atas Ita.

“Salah aku ke Asri? Aku tidak buat apa-apa pun dengan dia. Kenapa dia berani buat macam tu dengan aku? Aku tak pernah layan dia Asri.” Aku tak pernah mengada-ngada atau melayan dia. Kenapa dia fikir dia boleh buat macam itu pada aku?”

Asri juga bersimpati dengan Ita. Asri tahu Ita tidak pernah melakukan sesuatu yang membuatkan Mahmus berhak bertindak sedemikian hina terhadap dirinya. Selama ini Ita menjaga kehormatan dirinya dengan baik.

“Encik Mahmud memang dasar orang tua miang.” Getus Asri dalam hatinya.

“Bukan salah kau Ita. Salah dia, dia memang orang tua kutuk.” Asri mengeluarkan saputanganya dan mengesat air mata Ita yang mengalir.

“Sudah Ita jangan menangis. Nanti aku menangis juga.” Kata Asri, cuba meredakan keadaan tegang itu..

Dalam linangan air mata, bibir Ita masih dapat tersenyum sedikit mendengar usikan Asri. Tetapi dia juga sedih bila mengenang nasib yang menimpa dirinya.

“Asri…... Nasib baik kau ada Asri. Kalau tidak ... eii ..aku tak tahu apa nak jadi. Kalau dia betul-betul buat apa yang dia hendak lakukan tadi, tadi aku rasa diri aku ni kotor. Aku tak sanggup Asri. Jijik.”

Asri menghulurkan tanganya dan Ita menyambutnya. Asri mengangkat Ita yang masih lagi duduk di atas lantai. Ita bangun tetapi kakinya masih lemah, dia masih lagi dalam keadaan terkejut. Badannya hendak jatuh, tetapi Asri menyambutnya dan memegang kedua belah bahunya. Asri memandang mukanya yang bersedih itu. Di kesatnya air mata Ita dengan jarinya dengan lembut.

“Tunggu dulu Ita, kalau Ita bangun mendadak, silap-silap pitam nanti.”



Ita mengangguk. Asri kemudiannya meletakkan lengannya di bahu Ita. Ita perlu dipapah untuk dibawa ke mejanya. Ita menangis teresak-esak.  Asri memegang kepalanya,  memeluk Ita di dadanya seketika, untuk menghilangkan ketakutannya.  Kemudian Asri memeluk bahu Ita kembali dan mula melangkah. Baru selangkah mereka begerak, tiba-tiba mata mereka berembung dengan Azlan. Muka masing-masing terkejut terpandang Azlan yang memerhatikan mereka. Mukanya merah padam seperti marah. Ekspressi mukanya seperti jijik memandang muka Ita. Berapa lama dia berdiri memerhatikan mereka, Asri tidak tahu?. Asri segera melepaskan tangannya yang sedang memapahnya Ita.Ita menjadi terhoyong -hayang.


Azlan baru sahaja menghampiri kawasan stor itu, tetapi apa yang dia dapat lihat sudah cukup membuat dia naik angin. Mereka nampak seperti orang yang ditangkap berbuat salah. Rambut Ita yang kusut seperti baru lepas bergomol, membuatkan darahnya naik marah. Azlan menyesal kerana menyimpan perasaan dengan gadis ini. Geramnya di lepaskan kepada mereka berdua yang terkebil-kebil memerhatikan gelagatnya.

”Ini pejabat tahu, Asri dan Cik Rozita. Bukan tempat nak berasmara. Kalau nak buat yang tak baik , pergi tempat lain. Kalau Berahim tahu macamana? Kau jangan nak main dengan Berahim , lepas tu belakang dia , kau main pula dengan Asri!” Asri dan Ita melopong mendengar tuduhan Azlan.



“Jangan perangai tak bermoral kamu akan merosakkan suasana kerja pejabat ini.

"Asri I expect better than than this from you. Kalau dia tidak bermoral, . Kau yang berpelajaran tinggi pun nak ikut sekali.” Kata-kata Azlan begitu menusuk jantung Ita, Ita amat terasa dengan penghinaan Azlan. Mukanya berubah menjadi pucat lesi. Dia tidak menjangka selama ini begitu hina Azlan memandang dirinya. Azlan terus berlalu dari situ. Meninggalkan mereka berdua yang termangu-mangu dengan kata-katanya.

“Kenapa Encik Azlan ni? Dia tuduh kau yang bukan-bukan Ita!”

Ita cuma dapat mengelengkan kepalanya. Dia terlalu tergamam untuk berkata apa-apa. Penghinaan Azlan terlalu pedih untuk dia terima.

“Bapa saudara dia punya angkara, kita pulak di tuduh tidak bermoral. Aku tak puas hati Ita. Aku nak pergi tanya Azlan balik.”

“Janganlah Asri,” Ita menahannya. “Kita ni ikan bilis, macam kata kau. Takkan mereka nak buang saudara sebab kita. Kau tengok, Encik Mahmud punya angkara, kau dan aku yang kena.”

“Aku tak puas hati dia kata kau bukan-bukan. Aku tak kisah. Aku lelaki Ita.”
“Jangan memperjudikan kerja kau sebab aku Asri. Dia tu GM, kau jangan lupa. Aku ni…. Siapa dimata mereka….?   Sudahlah Asri.. tidak mengapalah Asri. Kalau susah,   aku berhenti kerja aje. Aku ni kerani aje Asri. Kau tu sayanglah. Nanti rosak nama kau, susah nak cari kerja lain .”

Asri terdiam.

“Sudahlah Ita, mari kita habiskan kerja dan aku hantar kau balik.”

Kau jangan cerita apa-apa dengan Berahim pasal tadi Asri. Aku tak mahu Brahim susah. Kalau Berahim susah, Noni pun susah. Mereka baru aje nak mengecap bahagia."

Asri cuma mengangguk.

"Tapi aku tak fahamlah Ita, Azlan kata belakang Berahim kau main dengan aku. Selama ini Azlan ingat kau girlfriend Berahim ke?”

“Agaknya. Tetapi semua itu tidak ada makna. Kau pun tahu bagaimana hinanya dia pandang aku selama ini. Aku sendiri tidak sangka, begitu hina dia anggap aku selama ini.” Air mata Ita mengalir laju.

“Itu yang aku tak puas. Aku nak jumpa Azlan kau tak bagi.” Ita cuma mengelengkan kepalanya. Kemudian dia mengeluarkan surat dari poket seluarnya.

“Aku sudah dapat tawaran kerja, Asri. Di tapak projek pusat Komersial tu. Syarikat itu hendak aku mula kerja secepat mungkin. Mulanya aku bercadang hendak menolaknya. Aku sayang kau, abang Berahim dan Noni. Tapi dengan kejadian hari ini, nampaknya lebih baik aku menerimanya sahaja.”

Asri mengambil surat dari tangan Ita.

“Wow! Dia offer jawatan penolong jurutera Ita. Bagus ni. Memang sesuai dengan kelulusan kau Ita. Tengok tu gajinya yang di tawarkan agak lumayan Ita. Kau bercadang hendak tolak tawaran ini Ita. Kau sanggup buang semua ni kerana kami Ita.”

Ita mengangguk.

“Kau orang ajelah yang aku ada. Aku sanggup buat begitu. Tapi nampaknya sekarang aku sudah tidak ada pilihan. Aku kena pergi dari sini.”

“Kau sudah habis fikir ke Ita?  Tetapi tawaran ini baik juga. Dengan pengalaman kerja ni nanti senang kau nak minta melanjutkan pelajaran. “

“Dan dengan gaji ni aku boleh simpan duit untuk pergi UK.” Kata Ita. “ Walaupun dalam sedih, dia masih mampu tersenyum.”

“Kau sudah bagitahu Noni dan Brahim?”

Ita mengelengkan kepalanya.

“Belum. Malam nanti aku bagi tahu Noni. Esok aku akan serahkan notis dua puluh empat jam berhenti kerja”

“Betul ni Ita? Kau sudah habis fikir?”

“Aku sudah tidak ada pilihan lain. Dia pandang aku hina Asri. Aku terpaksa menerimanya tawaran ini. Aku tidak boleh kerja di sini lagi."

"Ita... Aku hantar kau balik ye. Tapi aku ada sikit sahaja lagi untuk siapkan laporan tu. Kau boleh tunggu. Hari sudah lewat ni.”

Ita hanya mengangguk kepalanya. Hatinya terasa amat sayu. Air matanya mengalir lagi.

“Lupakan lah apa yang berlaku. Kau akan pergi tempat yang lebih baik. Aku harap kau berjaya, Ita.”

Perasaan Asri bercampur baur. Sedih melihat muka Ita yang sayu, gembira mendengar dia sudah mendapat pekerjaan lebih baik. Sedih kembali, Ita akan meninggalkan mereka semua.

“Kalaulah aku jatuh cinta dengan Ita, kan semua perkara menjadi mudah.” Kata Asri di dalam hatinya.

Ita cantik dan manis, baik orangnya, ceria boleh di bawa ke mana-mana. Latar belakangnya juga agak mudah , sesuai dengan orang tua Asri yang berasal dari kampung. Tetapi itu semua bukannya merupakan bahan-bahan untuk jadi satu resipi cinta yang hebat. Hatinya tidak pernah terpaut pada Ita, hanya sayang sebagai sahabat.

Hatinya terkenang bagaimana dia lemas dalam tenungan mata hitam seorang gadis. Dia masih belum dapat melupakan perasaan itu. Dan gadis itu, bukan seorang yang mudah bagi Asri dapat. Dia dapat rasakan antara dia dan gadis itu macam langit dengan bumi. Dia mengeluh. Ini semua takdir yang ditentukan oleh Allah.

Kasih, Relakan Ku Pergi 13

Bab 13



Sudah hampir seminggu, Brahim sibuk menyuruh kontraktor menyiapkan bilik Encik Azlan. Noni dan Ita tidak pula tahu rancangan seterusnya di pejabat itu. Cuma mereka melihat sebuah bilik sedang di sediakan. Hari ini bilik yang terletak bersebelahan bilik Brahim telah siap. Bilik itu juga berhawa dingin dan nyata lebih besar. dan lebih cantik kemasannya.

“Bilik Abang Brahim ke tu Ita?” soal Noni.

“Bukan, bilik kau dan aku.” Ita mengusik Noni.

“Eh! Biar betul, Ita. Buat apa kita pulak hendak duduk dalam bilik tu. Ini mesti bilik orang yang berpangkat.”

“Tau tak pe…. Tak yah tanya lagi.”

“Jangan-jangan bilik untuk Encik Mahmud tak?”

“Eh, Non, merepeklah kau ni. Biarlah Encik Mahmud tu duduk dekat kabin dia. Dia selalu datang sini pun aku sudah meluat. Kau tengok Kak Nab tu, heh geli geleman aku tengok dia mengada-ngada bila Encik Mahmud ada di sini.”

“Eh! Kau tahu Ita, tadi pagi Aci ada cakap, nampak Kak Nab dengan En Mahmud berdua-duaan dalam pantri. Duduk rapat-rapat. Encik Mahmud sedang pegang-pegang Kak Nab. Bila Aci datang cepat-cepat dia tarik tangannya dan keluar dari situ. Encik Mahmud marah-marah dengan Aci.”

“Eh! Kau tengok naik bulu roma aku Non.” Ita menunjukkan bulu roma yang yang naik dilengannya. “Takut aku dengan orang tua tu. Sudahlah jangan cakap pasal orang tua tu.”

Ita takut dengan Encik Mahmud, Ita tidak beritahu Noni apa yang betul-betul terjadi di antara dia dengan Encik Mahmud. Biar dia sahaja yang takut, Ita tidak mahu Noni pun jadi takut. Sejak hari Encik Mahmud menyentuh tangannya, Encik Mahmud sering cakap sesuatu yang kurang manis dengan Ita, bila Ita sendirian.

"Ita, jom pergi belakang sana, kita enjoy sikit.”

“Astagfirullah, Encik Mahmud ni boleh jadi bapa saya!” Kenapa cakap macam tu.”

“Aleh  ..jual mahal konon. Kalau dah kena dengan aku, baru kau tahu.”

Bila teringatkan Encik Mahmud, Ita naik seram sejuk. Kenapa tiada siapa dari pihak pengurusan yang mengambil tindakan ke atas dia? Nasib baik dia tidak menganggu Noni, kalau tidak Ita akan buat aduan. Bagi diri dia, Ita rasa dia masih boleh tahan lagi dan boleh mempertahankan dirinya. Lagipun Ita tidak fikir Encik Mahmud akan betul-betul buat apa yang dia katakana, sebab dalam pejabat mereka ada Brahim.

Semenjak hari Ahad yang lalu, Brahim sering keluar makan dengan mereka bertiga. Brahim pun sudah tidak marah-marah lagi. Mungkin kini dia sudah bahagia. Hatinya sejuk memandang Noni. Ataupun setelah tahu Noni miliknya, bara apinya dalam hatinya sudah padam. Sekarang ini dia mudah tersenyum, terutama sekali melihat gelagat Ita dan Noni. Selalunya Ita yang nakal akan mengusik Noni yang lemah lembut.

Hari ini Noni mula mengenakan tudung kepala. Cantik dan manis pula melihat Noni bertudung. Hujung tudungnya di pin di bahu menutupi dadanya.

“Abang Brahim ke yang menyuruh kau bertudung begini?” Tanya Ita. Noni kelihatan lebih manis dan cantik bila bertudung begini.

“Bukan, memang sudah lama aku hendak pakai tudung, tapi sekarang ini nampaknya masa yang sesuai. Lagipun Abang Brahim galakkan aku pakai tudung, tapi dia tidak paksa. Lagipun menutup aurat ni perintah tuhan. Aku pakai bukan kerana Abang Brahim…Aku pun memang sebenarnya nak pakai tudung lengkap macam ni.” Terang Noni.

Ita cuma mengangguk. Hatinya gembira meilhat kebahagiaan Noni. Sekurang-kurang ada orang yang bahagia. Bagaimana dengan dirinya? Tidak mengapalah. Ita sudah biasa dengan derita. Dia tidak mahu derita membuatkan dirinya sedih. Kehidupan harus di teruskan. Selama ini pun dia tidak mempunyai sesiapa. Biarlah hatinya mencintai Azlan dari jauh. Dia tidak ganggu sesiapa.

“Kau bila pulak nak pakai tudung macam aku ni.” Tanya Noni.

“Macam kau kata tadi, tunggu masa yang sesuai.” Jawap Ita. Satu hari yang sesuai, dia akan memakai tudung juga seperti yang dituntut oleh ugama.

“Ita, Mari sini.” Tiba-tiba Brahim memanggil Ita dari pintu bilik yang baru siap itu. Ita segera banguna dan menghampiri Brahim.

“Kejap lagi boss baru akan masuk bilik ni. Abang hendak kau jaga kebersihan bilik ni, tiap-tiap pagi kemaskan bilik ni sebelum boss sampai. Lepas tu Ita mesti bawakan air minumannya setiap hari, okay.”

“Abang Brahim punya bilik macamana?” Tanya Ita

Brahim memandang Noni yang sedang tekun menaip.

“Oh!” kata Ita. “Okay! Ita faham.” Senyumnya melirik. Lesung pipitnya menari-nari di pipinya yang gebu. Brahim geram tengok muka Ita yang nakal. Dia teringatkan Ewin. Ingin di cuitnya hidung Ita. Tetapi dia tidak berbuat demikian. Dia sudah tersilap hari itu bila mencuit hidung. Nasib baik Ita tidak salah sangka dengan dirinya.

Setelah memastikan Ita tahu tugasnya itu, Brahim kemudian meninggalkan bilik tersebut dan keluar dari pejabat. Dia harus pergi ke pejabat pemaju kerana ada mesyuarat penting .

Ita yang tinggal di dalam bilik itu kemudiannya mengemas dan menyapu bilik tersebut. Dia kemudiannya mengambil good morning towel, di basahkan lalu dia mengelap meja dan kerusi empuk yang di sediakan. Keadaan bilik berdebu kerana kerja-kerja pengubahsuaian yang telah di jalankan. Setelah selesai mengelap, Ita menyusun kedudukan peralatan seperti computer dan telefon yang berada di dalam bilik tersebut. Buat masa ini tidak banyak barang yang terdapat di dalam bilik tersebut. Apabila boss baru datang , mungkin lebih banyak kertas dan fail di dalam bilik ini. Siapa agaknya, kemungkinan lebih besar daripada Abang Berahim? Agaknya Pengurus Projek Kanan? Ita sedang berfikir sendiri.

Harap-harap dia tidak merokok seperti abang Brahim. Kalau tidak berbaulah bilik ini. Sembur air freshener sepuluh botol pun tidak boleh menghilangkan bau busuk asap rokok..

Kemudiannya Ita kembali ke mejanya, pokok duit-duit yang menjalar di mejanya di potong dan di ambilnya sebiji mangkuk berkaca kecil dari pantri, Dia kemudiannya mengisi air paip dan meletakkan pokok tersebut di atas meja bos baru. Nampak lebih nyaman, bila ada sedikit sentuhan kehijauan dalam bilik itu.

Penghawa dingin di pasang oleh Ita untuk menghilang baru bahan kimia yang di gunakan dalam kerja-kerja mengecat bilik itu. Dia mengambil Haze air freshner dan menyemburkan di dalam bilik tersebut. Sekurang-kurang bos dia akan rasa selesa apabila datang nanti. Kemudain Ita duduk menyusun beberapa fail yang terdapat di bahagian bawah almari yang di letakkan di dalam bilik itu. Dia bercadang untuk membawa keluar sahaja fail-fail itu untuk di letakkan di dalam stor. Terbongkok-bongkok Ita mengangkat fail tersebut. Dia bangun dan menoleh tiba-tiba dia terkejut. Dia langsung menghempaskan fail yang di dokongnya itu.

“Encik Azlan! “

Azlan memerhatikan sahaja Ita terbongkok-bongkok mengangkat fail sejak tadi. Dia sengaja menunggu Ita menyedari kehadirannya. Walaupun hatinya sakit, dia masih lagi rindukan untuk memandang lesung pipit di pipi Ita. Sejuk rasanya mendengar Ita memanggil namanya.

“Maafkan saya. Tadi abang Brahim kata ada bos baru masuk bilik ni. Saya ingatkan siapa dia. Ini bilik Encik Azlan ke?”

Ita yang sudah panik meluahkan soalan macam peluru. Noni yang menyedari apa yang berlaku memerhatikan gelagat mereka dengan penuh minat dari luar bilik. Seronok dia tengok Ita kelam kabut bila Azlan ada bersama. Moga-moga ada sesuatu yang baik berlaku. Harap-harap Ita mendapat apa yang dia impikan.

Tetapi apa yang berlaku dalam bilik itu, bertentangan dengan apa yang Noni harapkan. Apa yang Azlan dengar cuma, Ita kini membahasakan Brahim sebagai Abang Brahim. Sakitnya hatinya ketika itu. Mereka sudah begitu rapat rupanya. Untuk menutup perasaan malunya, Azlan menegaskan suaranya. Ita tidak seharusnya tahu apa yang tersirat di dalam hatinya.

Saya sudah arahkan bilik ni mesti siap semalam lagi. Belum siap lagi ke? Pagi ni baru nak mengemas? Semalam kau orang buat apa?” Kata Azlan agak keras.

“Su… sudah siap, Encik Azlan. Saya cuma sapu-sapu sikit. sahaja.” Terkejut dengan suara keras Azlan. Kenapa dia macam marah sahaja. Ita ingat tentu dia gembira dengan keadaan bilik yang Ita telah kemaskan dari pagi tadi. Kegembiraannya bertemu Encik Azlan pagi-pagi inihilang begitu sahaja. Rupanya Encik Azlan tidak pulak rasa begitu. Mukanya mencuka sahaja. Entah apa kena dengan dia. Bergaduh dengan teman wanita dia agaknya?

"Okay! Kalau sudah siap. Sila keluar!” Kata Azlan kasar. Sebenarnya hatinya tercalar. Perasaan rindunya di ganti dengan sakit hati. Dia seorang sahaja yang begitu merindui Ita, manakala Ita dan Brahim sudah makin rapat. Tidak malukah dia merindui teman wanita orang lain? Mereka ini semua adalah kakitangan dia pulak tu.

Ita pun terkedu di marahi Azlan. Kalau ikutkan hati dia, ingin dia kelar dari situ dan buat tidak perduli dengan Azlan lagi. Tetapi dia ingat pesanan abang Brahim untuk bawakan Azlan air minuman. Di pintu bilik, dia menoleh kembali memandang kepada Azlan, rupanya Azlan sedang merenungnya tajam. Lidahnya kelu menerima panahan mata yang tajam dari Azlan.

“Aa..a Encik Azlan nak minum air apa?” Tanya Ita dengan lembut.

“Air… Milo.” Jawapnya ringkas, dia termalu kerana tidak menyangka Ita akan menoleh semula ke arahnya.

Dia sedang memerhatikan Ita dengan penuh perasaan rindu. Dia duduk di kerusinya dan terus tidak memperdulikan Ita. Tidak lama kemudian dia keluar dari bilik itu. Dia pun harus menghadiri mesyuarat sama yang di hadiri oleh Brahim.

Apabila Ita datang kembali, Encik Azlan sudah tiada di mejanya. Ita meletakkan sahaja air milo di meja Azlan dan pergi ke tempat duduknya. Dia pun agak pelik kenapa Azlan berkasar dengan dirinya. Sebelum ini Azlan sangat berlembut dengan dirinya. Apakah salahnya? Ita mencari-cari jawapannya. Noni memandang Ita sambil mengangkat bahunya. Noni pun tidak ada jawapan buat Ita.

Begitulah perangai Azlan semenjak dia mula menduduki pejabat barunya. Semua yang di buat Ita tidak begitu memuaskan dirinya. Ada aje yang membuat dia memanggil Ita untuk dia komen dan komplain. Dengan Noni, dia tidak begitu cerewet. Brahim pun dapat merasa perubahan diri Azlan. Azlan pun tidak berapa mesra dengannya. Mereka cuma berbincang hal projek sahaja. Azlan bukan seperti sebelum ini.

Ita merasakan dirinya sudah jatuh di timpa tangga, sudahlah dirinya hampa, Azlan sudah berpunya. Kini semenjak bekerja dalam satu pejabat, Azlan seperti tidak menyukai dirinya langsung. Walau bagaimanapun di hadapan semua orang Ita masih ceria seperti biasa. Cuma Noni yang rapatnya memahami apa yang sebenarnya bergolak di dalam hati Ita.

“Noni, Asri , aku rasa aku nak cari kerja lain.” Mereka sedang makan tengahari di medan selera Presint 8.

“Hah! Apa?” kata Noni, “Kau nak cari kerja apa?”

“Apa-apa lah Noni. Asri, kau mesti kenal dngan pengurus projek atau engineer projek lain di Putrajaya ni. Bangunan kerajaan yang lain ke. Projek jalanraya ke? Bukan ke banyak projek sedang berjalan, mesti dia orang hendak orang.”

"Kau nak minta kerja kerani atau penyelia.”

“Kalau boleh aku nak gunakan diploma yang aku pegang ni?”

“Diploma Civil Engineering kan?” soal Asri untuk mendapat kepastian.

“ Iye, aku rasa dapat site supervisor pun jadilah. Kat mana-mana, asalkan bukan di sini.”

“Kenapa Ita? Kau tidak suka dengan kami lagi ke?”

“Tidaklah, aku kena fikir masa depan aku juga.” Kata Ita sambil cuba tersenyum, hatinya sebak memikirkan kawan-kawannya yang hendak ditinggalnya tetapi demi masa depan dan juga ketenangan jiwanya, lebih baik dia pergi.

“Aku nak kumpul pengalaman.

“Sini tak ada pengalaman ke?”

Bukan seperti apa yang aku dilatih, lagipun nampaknya permohonan aku hendak minta jadi supervisor di sini pun tidak di layan oleh company ni.”

“Sabarlah dulu Ita, mungkin rezeki kau belum sampai lagi.”

Tidak mengapalah, aku juga perlu kumpulkan duit untuk sambung pengajiaan aku ke UK.”

“Kau ni tak habis-habis dengan pergi UK.”

“Kau lainlah Noni, keluarga kau ada. Sekarang ni sudah ada abang Brahim pulak tu. Kau pun tahu Noni, cita-cita aku untuk pergi belajar di UK tidak pernah padam.  Aku ni kalau tanpa cita-cita itu apa lagi yang aku ada?”

“Yeke itu alasan kau, sebab hendak pergi UK. Atau kau merajuk dengan Encik Azlan ke?”

“Heh Noni!” Ita mengerutkan keningnya dan mengelengkan kepalanya supaya Noni jangan teruskan kata-katanya lagi di depan Asri.

“Kenapa dengan Encik Azlan?” Asri tidak pernah tahu tentang isi hati Ita terhadap Encik Azlan.

“Tak adalah Asri, Ita rasa Encik Azlan tak berapa suka dengan dia.”

”Mana pulak Ita, kau ni terasa sendirlah. Takkanlah orang macam Encik Azlan tu nak kisah tentang ikan bilis macam kita ni. Lebih banyak lagi yang dia hendak fikirkan. Projek dia lagi, Mak we dia yang jelita dan anggun lagi.lagi baik dari fikirkan pasal ulat gonggok macam kau ... Aduh... Kenapa kau Non, tendang kaki aku?

Noni menyuruh Asri diam kerana melihat wajah Ita yang berubah serta-merta. Tetapi cepat-cepat Ita tutup perasaannya yang tersentuh itu dengan senyuman.

“Apa kau ni.” Rungut Asri sambil menggosok kakinya yang di tending oleh Noni..

Asri masih tidak faham. Dia betul-betul ingat Noni tidak sengaja menendang kakinya.

“Pakai tudung, orang ingat lemah lembut, tapi khaki tendang orang macam Beckham pulak.”

Dia merungut-rungut tidak habis-habis. “Sakit tau. Kalau abang Brahim tahu kau macam ni, dia cabut lari.”

“Asri, kau ada ke member tempat lain?” Ita tidak sabar lagi. Ita tidak mahu memperpanjangkan lagi hal Azlan.

“Ada memang ada, nanti aku tanya. Kau tak sayang nak tinggalkan kami lagi ke?”

Ita menung lagi, dia selalunya ceria, tetapi sekarang ni dia selalu bersedih. Dia tidak suka dirinya berkeadaan demikian. Ita bukan sifat Ita. Ita tidak boleh terus-terusan begini. Dia harus cari jalan keluar.

“Tolong aku Asri okay. Aku mesti buat sesuatu tentang kareer dan masa depan aku sekarang.

“Insya Allah, aku cuba nanti.” Janji Asri.

“Dan kau Non, jangan bagitahu apa-apa dengan Abang Brahim. “

Noni hanya mengangguk kepalanya.