Kasih, Relakan Ku Pergi 11

Bab 11

"Asri, Mari kita pergi jalan-jalan hari Ahad ni." Tiba-tiba, pada suatu hari tanpa di duga, Brahim mengajak Asri. Terlopong mulut Asri. Dia terkejut menerima ajakan Brahim.

"Jalan mana?"

"Kita pergi shopping kat KLCC, makan-makan ke tengok wayang dekat TGV ke?"

"Biar betul En Beahim ni. Tak pernah-pernah dia pelawa aku, hari ni dia ajak beria-ria ni." getus Asri di dalam hatinya. Mereka berada di dalam bilik Brahim. Asri datang untuk berbincang dengan Brahim tentang laporan yang dia perlu siapkan.

"Mesti ada sebab ni." Asri terpandang muka Brahim, Brahim sedang memerhatikan Noni dan Ita yang sedang membuat kerja di luar sana.

"Takkan kita berdua aje Encik Brahim." Tanya Asri ingin menduga.

"Ah..Kau ajaklah Ita dengan Noni sekali."

"Huh Dah agak pun." Kata Asri. "ini nama dia ada udang disebalik batu."

Brahim cuma tersengeh. Sebenarnya dia sudah lama hendak mengajak mereka keluar makan dengannya. Dia selalu melihat mereka keluar makan bersama-sama tetapi dia malu untuk menyertai mereka. Lagipun dia tahu mereka mengelarnya Harimau. Dia seringkali memarahi mereka. Tetapi apabila melihat Azlan mempelawa menghantar Ita balik pada hari itu, Brahim jadi cemas. Orang lain tidak membuang masa untuk mendapatkan apa yang mereka hendak. Dia sahaja yang asyik teragak-agak. Meminati seseorang dari jauh sahaja. Kini dia rasa jika dia berterusan berkelakuan begini, kedudukannya tergugat. Dia takut bunga yang di idamkannya akan terlepas ke tangan orang lain. Sudah lama dia menyimpan di dalam hati. Dia harus bertindak sekarang sebelum terlambat. Sekian lama dia memerhatikan mereka berdua. Noni yang lemah lembut. Ita yang nakal. Seperti adiknya Ewin. Dia harap dapat berkenalan rapat dengan mereka berdua.

"Kau ajaklah mereka. Jangan tak jadi okay Asri."

Asri cuma mengangguk. Mana satu antara dua gadis ini yang menjadi idaman Brahim. Asri pun masih bujang dan masih belum berpunya, tetapi mereka berdua cuma kawan baik Asri. Dia tidak pernah merasa lebih dari itu.

"Eloklah tu. Kalau Brahim suka salah seorang dari mereka."

Mereka berdua budak baik. Sebagai sahabat dia ingin melihat mereka bahagia.

*********************************************************************

Mereka bertiga turun dari LRT di stesen KLCC, lantas mengikut Asri naik ke kawasan membeli belah Suria KLCC.

"Brahim tunggu dekat Restoren KFC." Kata Asri.

Noni dan Ita sungguh gembira hari ini. Semasa Asri mengajak mereka keluar pada hari Jumaat lepas, mulut mereka terlopong lama. Tidak sangka yang Berahim hendak mengajak mereka keluar. Selama ini dia asyik marah sahaja dengan mereka berdua.

"Hei! Nak ke tidak pergi KLCC Ahad ni." Tanya Asri setelah lama pertanyaanya tidak di jawap oleh mereka.

"Abang Brahim yang ajak?" Kata Ita.

Asri mengangguk kepalanya.

"Abang Brahim yang ajak?" Tanya Ita lagi, tidak percaya dengan apa yang didengarinya.

"Iye, kau orang ni kenapa? Selamanya beriya sebut abang Brahim, abang Brahim, Hari ni kenapa terkedu pulak." Tempelak Asri. "Hendak pergi ke tidak, cik adik manis........."

Mereka berdu tidak tercakap apa-apa, cuma mengangguk kepala tanda setuju.

"Pukul berapa nak pergi?"

"Pagilah. Kita naik LRT dekat Sungai Besi. Aku malas nak drivelah, kau tahulah KL jam."

"Okay." Kata Ita. "Aku nak sahaja. Aku tak pernah pergi KLCC tahu."

"Aku pun tak pernah." Kata Noni. "Tapi kami bukannya ada duit."

"Alah jalan-jalan aje bukan nak suruh kau beli barang." Kata Asri.

"Habis tu tengok wayang, makan?"

"Pasal tengok wayang, aku belanja jangan risau."

"Okay."

"Apa mimpi abang Brahim ajak kita ni." tanya Noni.

"Entah aku pun tak tahu." Kata Asri. "Terkejut badak aku dibuatnya."

"Jadi okay pukul 10.00 pagi aku datang ambil kau orang dekat rumah." kata Asri. "Jangan aku datang engkau orang tidur lagi."

"Eh..Ada pulak kami tidur lagi. Jangan risau kami akan siap. Noni ni dari malam lagi dia akan tunggu tau." Kata Ita sambil menjeling kepada Noni yang hanya tersenyum gembira.


Ita memakai satu-satu seluar jeannya berwarna biru gelap dan memakai t-shirt bewarna Merah Jambu yang berlengan panjang. Noni pula memakai skirt labuh berbunga kecil yang dipadan dengan kemeja kuning beropol. Rambutnya yang panjang melepas bahu dan beralun di ikat dengan skaf. Dia kelihatan begitu ayu.

Brahim sudah lama nampak mereka bertiga menuju ke Restoren KFC, tetapi mereka bertiga tidak perasan Brahim memerhatikan dari jauh. Mereka sibuk berceloteh antara satu sama lain. Berahim memandang gadis idamannya dengan perasaan yang dia sendriri tidak dapat selami. Bagaimana agaknya reaksi gadis itu jika dia ketahui yang Brahim suka sangat dengannya. Berdebar jantung Brahim menunggu mereka menghampirinya. Hari ini dia berpakaian kasual, seluar khaki dan mengenakan t-shirt berkolar dan dia nampak lebih relaks dari hari-hari biasa. Rambut dan jambangnya di kemas rapi. Beberapa anak-anak gadis menjeling wajah Brahim yang kacak. Tetapi Brahim tidak pun perasaan jelingan mereka. Dia cuma nampak gadis idamannya sahaja yang kian menghampiri dirinya.

"Itu dia Berahim," kata Asri.

Noni dan Ita tersipu-sipu melihat Berahim sedang memehatikan mereka. Lemah lutut Noni, melihat Abang Brahimnya yang kacak sedang memerhatikan mereka bertiga.

"Sudah berapa lama agaknya Brahim memerhatikan mereka bertiga?" Ujar Noni di dalam hatinya. Dia memaut lengan Ita untuk membantu dia dirinya berjalan. Ita mengerti perasaan Noni dan memberi sokongan terhadap Noni.

"Macamana Noni yang lemah lembut ini boleh jatuh hati dengan Brahim yang garang tu?" Ita mengelengkan kepalanya. Dia harap Berahim juga ada menyimpan hati dengan Noni. Dia tidak mahu Noni kecewa.


"Sudah lama tunggu kami?" Tanya Asri kepada Brahim sebaik sahaja mereka berhenti di hadapan Brahim.

"Tidak lah aku pun baru sampai 5 minit lalu." Kata Brahim. Tetapi sejak semalam lagi dia sudah tidak sabar menanti kan pertemuan ini. Jam di tangan telah menunjukkan hampir pukul 11.30 pagi.

"Okay kita nak buat apa dulu. Tanya Asri, agak kekok juga, dia belum pernah keluar bersama Brahim.

"Apa kata kita jalan-jalan dulu, kemudian kita makan, lepas tu kita tengok wayang."

Noni dan Ita cuma mengangguk kepala tanda setuju.

"Okay bagus tu. Jom kita jalan dulu."

Mereka pun berjalan berempat ke kedai-kedai yang terdapat di dalam Suria KLCC. Banyak memerhati daripada membeli. Lama kelamaan perasaan malu terhadap abang Brahim kian hilang.

Brahim belanja mereka makan di Manhattan Fishmarket.

"KFC Mac Donald, Pizza hut sudah biasa pergikan?. Mari kita makan di Manhattan Fishmarket.Okay?" Tanya Brahim.

Ita dan Noni cuma diam. Mereka bukannya da bawa duit yang banyak, Lagi pun tengah-tengah bulan ni, kenalah berjimat sikit. Asri mengerti perasaan mereka.

"Marilah kita makan. Jangan risaulah," bisik Asri. "Abang Brahim hendak belanja tu."

Tersipu-sipu Noni dan Ita mengikut Brahim dan Asri.

Semasa makan, banyak betul celoteh abang Brahim. Noni dan Ita tidak sangka, Brahim yang dianggap mereka garang macam Harimau sebenarnya ramah orangnya. Tidak kering gusi mereka mendengar Brahim bercerita terutamanya pengalaman dia bekerja ditempat lain sebelum dia bertugas di Usaha Holdings.

Melihat reaksi Noni, mendengar Abang Brahim bercerita, Ita boleh agak memang dia terpikat habis dengan Abang Brahim. Semasa abang Berahim garang pun, dia boleh jatuh hati dengan abang Brahim. Ini kan bila melihat karektor abang Brahim yang mereka belum pernah saksikan, peramah dan suka berjenaka. Ita perasan mata Abang Brahim pun asyik memandang Noni, walaupun dia banyak bercakap dengan Ita. Ita berharap agar kasih Noni kali bersampaian. Cukuplah dia seorang yang mempunyai kasih yang tidak kesampaian.


Selesai makan, mereka bercadang untuk tengok wayang. Asri yang sudah biasa di Suria KLCC, membawa mereka ke Tanjung Golden Village di tingkat 3. Bila tiba di tingkat 3, dia mengajak Noni mengikutnya membeli tiket.

"Brahim dan Ita tunggu sini okay. Aku dan Noni akan check tayang pukul berapa dan beli tiket sekali. Jom Non." Kata Asri.

"Okay." Kata Brahim.

Mereka kemudiannya menunggu sahaja Asri dan Noni mendapatkan tiket, sambil memerhatikan orang yang begitu ramai membeli belah di Suria KLCC.

"Ita, mari kita tengok gerai-gerai yang jual aksesori wanita tu." Ajak Brahim.

"Saya nak beli gelang untuk adik saya."

"Oh Abang... Opps sorry Encik Brahim ada adik perempuan."

Brahim tersenyum mendengar Ita tersasul. Suka betul hatinya.

"Kalau Ita nak panggil saya abang Brahim pun, saya suka."

Ita tersipu-sipu malu dengan Brahim.

"Ita nak tau kenapa?"

Ita mengelengkan kepalanya. Dia harap jangan Brahim salah sangka pulak, ingatkan Ita yang meminati Berahim selama ini. Mati dia dikerjakan oleh Noni nanti.

"Sebab......, Ita saling tak tumpah macam adik saya yang bernama Ewin. Bila saya tengok Ita, saya mesti ingat dia."

"Ye ke?" Lega Ita. Rupa-rupa Abang Brahim punya perasaan pada Ita sama seperti perasaan Ita kepadanya, antara abang dan adik.

"Iye……. Mari tolong pilih gelang mana yang cantik untuk dia. Tidak lama lagi harijadinya. Kalau tak beli hadiah, merajuknya boleh tahan, muncungnya panjang....boleh buat riben."

Ita ketawa bersungguh-sungguh melihat Abang Brahim memimikkan muka adiknya yang bernama Ewin. Abang Brahim juga ketawa melihat Ita yang sedang gembira. Terubat rindunya kepada adiknya Ewin.

Dia selalu mencuit hidung adiknya apabila dia ketawa. Tanpa di sedarinya dia juga berbuat demikian dengan Ita. Ita juga agak tergamam denagn perbuatan abang Brahim. Tetapi bila di lihat muka abang Berahim, tiada reaksi lain selain daripada memandangnya dengan pandangan yang mesra seperti Ita juga adiknya.

Lalu Brahim mencapainya seutas gelang yang berbatu mata merah. Di suruhnya Ita memakainya dan meperagakannya kepada Berahim. Brahim tunduk kepalanya memerhatikan pergelangan tangan Ita yang bersalut gelang. Kemudian dia bersetuju dan mengangguk dengan penjaja gelang tersebut.

Ita hanya tersenyum gembira. Gembira kerana dapat mengenali Abang Brahim betul-betul hari ini. Ita rasakan seperti dia juga telah mempunyai seorang abang.

Gelagat mereka yang sedang memilih gelang itu rupanya sedang di perhatikan oleh sepasang mata. Dia juga ternampak cuitan mesra hidung Ita oleh Brahim. Brahim juga di lihatnya memilih seutas gelang untuk Ita. Cara mereka berdua-duaan itu seperti mereka sudah begitu rapat sekali. Tiba-tiba hatinya dicengkam oleh perasaan cemburu yang amat sangat. Tangkai jantungnya bagaikan direntap kasar. Dia tidak mahu melihat lagi kemesraan mereka berdua. Selama ini dia tidak menyangka bahawa Ita dan Berahim ada menjalin perhubungan yang lebih daripada perhubungan ketua dan kakitangan. Dia ingin berlalu pergi sahaja dari situ. Pasangan di sebelahnya tidak menyedari langsung perasaan yang di alaminya.


"Eh! En Azlan. Apa kabar? Shopping ke?" Tiba-tiba, Asri menegur Encik Azlan dari belakang.

Azlan menoleh ke arah suara yang menegurnya. Terkejut, tidak disedarinya ada orang lain memerhatikan.

"Oh Asri. Kabar baik."

Asri di lihatnya bersama dengan kawan pejabat Ita. Azlan belum sempat berkenalan dengannya dan tidak mengetahui namanya.

"Berdua sahaja ke?"

Tidak kami datang dengan Brahim dan Ita. Itupun mereka. Kata Asri, sambil melambai ke arah Ita dan Brahim. Melihat lambaian Asri, mereka berdua yang telah selesai membeli gelang datang menuju ke arah Asri.

Azlan jadi tidak menentu, dia ingin menyembunyikan perasaan cemburunya, Lalu di capainya tangan Sharifah Alawiyah dan mengenggamnya. Dia tidak mahu Ita dapat membaca hatinya yang sedang dilanda perasaan cemburu yang tidak mnentu. Sharifah Alawiyah termangu melihat tindakan tiba-tiba Azlan.

Setelah selesai makan malam tadi , mereka dapati mereka berdua serasi sebagai kawan. Mereka saling memahami dilema yang mereka hadapi. Jadi Sharifah Alawiyah mengajak Azlan menonton wayang hari ini.

"Biar auntie-auntie kita tu ingat mereka yang berjaya match makekan kita. Senyap sikit mulut mereka selepas ini."

"Okay. Lagipun besok I tak ada apa nak buat."

Azlan setuju kerana Sharifah Alawiyah ialah seorang kawan yang baik dan Azlan seronok bila berkawan dengannya.

“Sekurang-kurangnya Mummy tidak akan menganggu Azlan buat beberapa ketika selepas ini.”
Perasaan Noni terus menjadi hampa melihat Azlan yang berpegangan tangan dengan gadis yang jelita dan anggun. Dia memandang Ita yang masih lagi menuju ke arah mereka. Dia harap Ita tidak terlalu kecewa melihat Azlan dan teman wanitanya. Selama ini tidak pernah terlintas oleh mereka yang Encik Azlan sudah berpunya.


Ita memerhatikan dari jauh pasangan yang sedang berbual dengan Asri dan Noni.
Azlan, hatinya terlonjak. Rindunya pada Azlan tiba-tiba membuak-buak, sudah hampir dua minggu dia tidak berjumpa Azlan. Macam tahu-tahu pulak, dia kerinduan ingin bertemu Encik Azlan. Dia mempercepatkan langkahnya untuk mendapatkan mereka. Tetapi kegembiraan di hatinya tiba-tiba punah begitu sahaja apabila melihat Azlan sedang berpegangan tangan dengan pasangannya.

Pasangannya seorang gadis yang jelita dan anggun. Cara berpakaian pun macam orang-orang kelas atasan. Ita terpandang seluar jean biru dan T-shirt merah jambu yang dipakainya. Dia terus jatuh ke bumi, tersedar dari mimpinya. Dia bukan padanan dengan Encik Azlan. Kenapa dia tidak menerima kenyataan itu? Kenapa dia masih ada hati hendak merindui orang macam Encik Azlan? Tidakkah dia sedar siapa dirinya jika hendak dibandingkan dengan Encik Azlan? Bodoh!

Sekali pandang sahaja, jelas Encik Azlan dan teman wanitanya, memang sama cantik dan sama padan. Sekelumit harapannya yang pernah bertapak dihatinya agar Encik Azlan mempunyai perasaan yang sama terhadap dirinya, hancur menjadi debu ketika itu juga. Dia sahaja yang tidak sedar diri dan Encik Azlan dengannya selama ini macam enggang dan pipit.

Semestinya mereka adalah sepasang kekasih. Mereka nampak begitu mesra, berjalan berpimpinan tangan. Melihat raut muka gadis tersebut, Ita sudah dapat mengagak, gadis ini berketurunan orang berada dan berpangkat. Ita segera mengawal ekspressi mukannya, walaupun hatinya rasa bagai dipulas-pulas. Dia berharap kekecewaannya tidak dapat dibaca oleh sesiapa pun. Dia memandang wajah Noni yang sugul. Dia tahu yang Noni tahu perasaan hatinya ketika itu. Ita menguntumkan senyum yang paling manis untuk semua, tetapi lesung pipit di pipinya nyata tidak hadir kerana senyumannya dipaksa.


Brahim memang sangat suka dan amat menghormati Encik Azlan. Azlan cuma tersenyum tawar dan mengangguk.

"Mari saya kenalkan." kata Brahim. "Ini Ita, En Azlan kenalkan dengan Ita."

menyebut nama Ita. Dia memandang wajah Azlan. Tetapi selamba sahaja, cuma gengamman sahaja yang makin kuat.

"Ini Noni dan Asri." Ita dan Noni menghulurkan tangan untuk berjabat dengan Sharifah Alawiyah.

"Ini Sharifah Alawiyah, Sherry." Kata Azlan ringkas. Genggaman tangannya pada tangan kiri Sharifah Alawiyah masih belum dilepaskan. Sharifah Alawiyah memberikan senyuman yang ikhlas kepada semua.

"Kami bercadang hendak tengok wayang kata Sharifah Alawiyah kepada semua."

Asri memandang wajahnya dari tadi tanpa berkelip-kelip.
"Care to join us." Sharifah Alawiyah mempelawa. Sekali lagi Sharifah Alawiyah terasa Azlan mencengkam tangannya.
"Oh kami sudah beli tiket wayang."Kata Asri. Dia rasa macam dalam filem gerak perlahan. Dia sedang tengelam dalam sinar mata Sharifah Alawiyah yang berwarna hitam gelap.
"Okay kalau macam tu. See you all." Kata Azlan dan terus berlalu dari situ. Kami belum beli tiket wayang lagi.
Azlan membawa Sharifah Alawiyah meninggalkan mereka dengan segera. Sharifah Alawiyah yang terpinga-pinga ditarik oleh Azlan, menoleh ke arah Asri dan melambaikan tangannya. Matanya tidak lepas memandang mereka yang berempat tadi. Seribu pertanyaan bermain di kepalanya. Mereka berempat terpinga-pinga ditinggalkan begitu sahaja. Noni begitu kesihan dengan Ita.
Ita pula sedang cuba melawan perasaan kecewanya. Asri masih lagi tengelam terkapai-kapai kelemasan dengan panahan mata Sharifah Alawiyah dan Brahim pula pelik kenapa Azlan tidak mahu bercakap panjang dan meninggalkan mereka begitu sahaja.

Category:

1 comments:

keSENGALan teserlah.. said...

waaaaaaaaaa..cite nieh hebat btol..
agak2,,cinta brape segi nieh..
gaya cm si berahim minat kat ita..tp xcomfirm lagi..
si azlan n ita mmg ske sme ske la..
asri da kene penahan si sherry..
noni berdiam diri...
sherry no komen..
adusss....
harap2 nnty,,
azlan-ita,berahim-noni,asri-sherry..
haha..
but too early to make conclusion right..so,,smbung2..