Kasih, Relakan Ku Pergi 8

Bab 8


“Petang ini pihak JKKP akan datang melawat tapak kejadian kemalangan.” Kata Asri sambil menyuapkan nasi ke mulutnya. Dia nampak begitu lapar sekali. Makan dengan begitu lahap. Pinggannya yang penuh tadi sudah hampir separuh sahaja dalam sekelip mata.

“Pukul berapa?”

“Mungkin pukul 3.30 petang. Tapi kami semua kena stand by awal dari itu. Takut-takut mereka sampai awal”

Ita dan Noni mengangguk sambil makan nasi yang terhidang di hapadan mereka. Mereka juga makan dengan begitu berselera sekali. Nasi campur dengan ikan keli masak bercili dan masak lemak cili padi pucuk paku begitu enak sekali. Ditambah pula dengan ulam-ulaman dan sambal belacan, sebagai pembuka selera makan. Apatah lagi bila makan dalam keadaan perut yang betul-betul sedang kelaparan. Sedap sungguh hidangan makan tengahari itu.

Masing-masing mempunyai tanggapan berlainan mengenai berita yang Asri baru beritahu tadi. Pada Ita berita berkaitan dengan kemalangan itu begitu penting buat dirinya, tetapi bagi Noni, berita itu hanya sesuatu yang rutin untuk projek ini. Dia tidak berapa berminat dengan perkembangan yang berlaku tentang tapak bina, terutama sekali hal-hal teknikal.

“Apa tujuan mereka datang lagi. Bukan kah Encik Brahim dan Encik Mahmud sudah pergi membuat laporan ke JKKP semalam?” Tanya Noni. Apa lagi yang belum selesai. Susah ye bila ada berlaku kes kematian sebegini.

“Mereka datang untuk penyiasatan tentang kemalangan, mendapatkan punca-punca sebenar kemalangan. Untuk mengkaji apa yang kita perlu lakukan supaya mengelakkan kejadian yang sama berulang.” Jawab Asri dengan sabar.

“Bila pemberhentian kerja akan di tamatkan?” Tanya Ita, dia turut merasa susah hati dengan pemberhentian kerja ini kerana ini akan membuatkan projek mereka makin lambat dapat di siapakan.

“Tengoklah, Kalau kita boleh buktikan yang semua berlaku kerana unsafe act oleh pekerja. Kita sebagai pihak kontraktor telah membuat semua yang patut bagi untuk mengawal keselamatan tempat kerja. Mungkin kalau berpuas hati, pihak JKKP akan menamatkan stop work order tu.”

Perkataan “Stop Work Order” memang digeruni oleh semua kontarktor. “Stop Work Order bermakna, semua progress kerja akan dihentikan dan ini akan menyebabkan kerugian yang beribu-ribu ringgirt bagi pihak kontraktor.

Ita mencapai gelas minuman lalu menghirup minuman yang membasahkan tekaknya. Dia memandang sekeliling kawasn medan selera, Presint 8. Tidak ramai orang yang mengunjungi tempat makan ini. Tidak banyak terdapat tempat makan yang beroperasi di kawasan pembangunan Putrajaya. Antarnya ialah di Selera Putra dan satu lagi di Medan selera Presint 8. Selera Putra di operasi oleh Suria KLCC, bertaraf tinggi dan harga makanan pun agak mahal. Mereka belum pernah makan di sana. Sejak Medan selera ini di buka, mereka makan d tengahari di medan selera ini. Kalau tidak mereka terpaksa mencari tempat makan yang lebih jauh lagi seperti kawasan Bangi, atau Dengkil. Kalau Asri rajin dia akan membawa mereka makan di Serdang atau di Cyberjaya. Tidak lama lagi dengan pemindahan pegawai kerajaan ke Pejabat kerjaan yang telah siap, makin ramailah penghuni Putrajaya. Bandar dalam Taman itu kini mula hidup. Tempat yang dulunya dipenuhi hanya dengan kelapa sawit kini mula menbangun dengan indah dan cepat sekali.

Asri sudah selesai menjamu seleranya. Dia menunggu kedua gadis itu makan. Maklumlah anak dara makan, walaupun kelaparan, mereka masih makan dengan perlahan bukan lahap macam Asri.

“Bila kau nak belanja kami kat Selera Putra Asri?” Tanya Noni.

“Nanti bila ku dapat bonus aku belanja kau orang kat Selera Putra.”

“Okay, suka dengan Asri. Kata Noni.

:Kalau ada bonus? Ini sudah kena stop work order ni nak bonus ke apa?”

Noni yang ceria menjadi masam. Masih tidak mengerti sangat kenapa kematian tyang berlaku memberi kesan kepada bonus. Melihat Noni hilang keceriaannya, Ita mengusik lagi.


“Kau ajaklah Abang Brahim kau tu makan kat Selera Putra. “

Noni mencebik. Mukanya makin muncung mendengar nama Brahim. Masih marah lagi dengan Brahim rupanya.

“Abang Brahim aku tu..hai sampai siap Putrajaya ni pun belum tentu dapat makan belanja dia tahu. Asyik sibuk memanjang aje. Garang pulak tu. Buang masa ajelah kau orang cakap pasal dia.”

Asri dan Ita tersenyum mendegar kata-kata Noni.

“Dia tengah risaulah Noni. Sekarang ni dia sedang tension sangat.’ Jelas Asri.

“Top management sedang marah, pasal Stop Work Order yang dikenakan kepada kita.”

“Bukan salah dia, orang Indon tu yang jatuh, pasal apa nak marah dengan dia.”

“Sebab dia orang yang dipertanggungjawabkan. Jadi dia kena pikullah tanggungjawab itu.”

“Sebenarnya soal keselamatan ini, tanggungjawab semua. Bukan semuanya tanggungjawab pengurus keselamatan dan pengurus projek sahaja. Pengurusan atasan pun mempunyai tanggungjawab dalam memastikan keselamatn di tempat kerja sentiasa baik dan terkawal. Pekerja pula ada tanggung jawab untuk mematuhi syarat dan undang-undang yang ditetapkan.” Ita menerangkan sedikit sebanyak yang dia ketahui kepada Asri dan Noni.

“Betul tu Ita.” Kata Asri, bersetuju dengan pendapat Ita, kemudian dia pula menyambung.

“tetapi di sini semuanya aku tengok jatuh pada bahu Brahim. Management jarang sekali menjenguk di sini. Lepas tu kakitangan tidak mencukupi. Penyelia keselamatan pun patut di tambah lagi untuk menyelia kawasan pembinaan kita.”

`Itu agaknya yang Abang Brahim mencari surat yang di hantar pada HR dua bulan sudah. Dia ingin menambah pekerja lagi kot.”

“Heh menyampah aku,” tiba-tiba Noni menyampuk. `Lepas aku kena marah , baru Kak Nab tu datang memberi surat tu pada Abang Berahim. Abang Brahim sikit pun tak minta maaf sebab marahkan aku tanpa usul periksa. ‘

`Alahai Noni, Kata Asri, agaknya dia nak tegur kau. Tak ada sebab, Jadi dia buat-buat tanya pasal surat tu.’ Asri beri idea baru yang tidak terfikirkan oleh Noni.

‘Iye ke Asri. Betul ke ? ‘ soal Noni, timbul rasa seronok kembali.

“Betul apa, kan macam tu baru dapat peluang bercakap dengan kau.”

“Betul juga ye.”

Noni menaruh harapan kembali terhadap berahim setelah mendengar kata Asri.

`Sudah! Sudah! Asri kau jangan nak bagi idea baru pada Noni. Sampai malam karang dia ni akan angau balik. Tak ingat kena jerkah dengan Abang Brahim tadi, Terkedu sekejap.” Ita berceramah.

Muncung mulut Noni. Asri cuma tersengeh.

“Asri, mana kau tahu yang Encik Mahmud tu ada kaitan saudara dengan Dato Azman?” “Kau tak tahu ke En Mahmud selalu berlagak. Dia kata Brahim bukan boleh buat apa-apa dengan dia. Dia tu ada kaitan saudara isteri Dato Azman.”

“Encik Berahim bukan tak tahu aktiviti En Mahmud. Semua orang tahu, dia bukannya selalu ada di tempat kerja, menular ke sana- ke sini. Mengorat perempuan. Kau ingat Encik Brahim tak tahu?”

Ita dan Noni melopong sahaja mendengar cerita Asri.

“Tapi macamana nak ambil tindakan. Kalau dah Mahmud tu, adik beradik Boss? ” sambung Asri.

Kau orang tak tahu sebelum ni sudah dua orang kerani perempuan yang behenti kerja kerana perbuatan En Mahmud. Tetapi Encik Berahim tidak boleh buat apa-apa.”

“Apa En Mahmud buat?”

Aku pun tak pasti. Aku baru masuk masa tu. Aku dengar-dengar dia selalu menghimpit perempuan tu, cuba sentuh-sentuh tubuh mereka tapi mereka tak suka. Apa sebenarnya yang di alakukan aku tak tahu.”

“Itu sudah boleh jadi kes salah laku.” Kata Ita, makin geram dengan Encik Mahmud. Dia teringat apa yang Mahmud cuba lakukan terhadap dirinya. Naik seram sejuk bila Ita memikirkan apa yang telah berlaku.

Asri cuma mengangguk kepalanya, kemudian dia menambah lagi, “tetapi kedua-dua kerani itu malas hendak membuat laporan lanjut, senang sahaja baik dia orang berhenti.”

“Sekarang ni aku tengok dia tengah dok himpit Kak Nab. Tetapi Kak Nab pun macam melayan baik aje. Sama-sama menjadi agaknya tu.” Kata Noni.

“Ada apa-apa ke antara mereka?” soal Ita

“Kau tengoklah saja.”jawab Noni pula.

“Sejak akhir-akhir ni dia selalu tumpangkan Kak Nab balik. Kau orang tak perasan ke?“ kata Asri pula.

“Aku malas nak ambil tahu pasal; dia orang, kalau bercakap tu, selalu keluar perkataan yang tak patut. Kami ini belum kawin lagi. Sepatutnya mereka tahu dan hormat sikit. Jadi kalau bole hake memang mengelak dari mereka berdua.”

“Elok tu, kau orang berdua jauhkan diri daripada mereka, terutama Encik Mahmud. Aku takut dia akan ambil kesempatan atas kau orang. Dia ni gatal orangnya. Kalau kau orang duduk dekat kabin aku lagi, kurang manis cara dia bercakap. Vulgar.”

Noni dan Ita geli geleman memikirkan tentang Mahmud yang sudah tua, boleh menjadi bapa mereka itu, tetapi masih beprangai buruk seperti itu.

“ Yang penting, kau orang kerja baik-baik untuk menyokong Encik Berahim. Kesihan dia tu, kalau semua perangai macam Mahmud, lingkup projek kita ni.”

************************************

Mendengar nasihat Asri, mereka berdua tekun bekerja sepanjang petang. Sekali sekala terdengar ketawa hilai kak Nab dan juga suara Encik Mahmud yang asyik melayannya. Encik Mahmud macam tidak ada kerja yang harus dia lakukan. Padahal kata Asri pihak JKKP akan datang kejap lagi. Noni dan Ita tidak sedikit pun memperdulikan itu semua. Ita tekun memeriksa invois-invois yang baru sampai di mejanya.

Dia tahu petang ini pihak JKKP akan melawat tapak kejadian kemalangan. Tetapi dia oleh kerana dia terlalu sibuk untuk menyiapkan tugas yang diberikan, dia langsung tidak memperdulikan kekecohan yang berlaku di dalam pejabat. Abang Berahim pun macam resah menunggu kedatangan pihak JKKP. Mundari mandir di dalam pejabatnya.

Ita tekun menghabiskan kerjanya kerana dia bercadang untuk balik tepat pada masanya hari ini. Semalam dia pulang ke rumah sehingga lewat malam. Oleh sebab terlalu gembira dapat bersama Encik Azlan, dia tidak dapat tidur sehingga hampir pukul dua. Kalau dia dapat balik awal, bolehlah dia berehat awal sedikit hari ini dan membalas balik kekurangan tidurnya semalam. Jadi apapun Ita mesti habiskan kerja dengan segera sebelum pukul lima ini.

Tetapi ternyata begitu banyak perkara yang menganggu konsentrasinya. Pintu pejabat sekejap-kejap di buka dan di tutup, ada saja orang yang keluar dan masuk, semuanya cuba tidak di perdulikan oleh Ita kerana dia ingin menghabiskan kerjanya segera.

Buat ke sekian kalinya pintu pejabat di buka lagi dan tidak di tutup kembali. Ita mengerutu sendiri.

“Macam ini, keadaan dalam ni pejabat ini pun jadi panas, asyik buka tutup pintu.” Dia mengeleng-gelengkan kepalanya sendiri tanpa memperdulikan orang lain. Noni memerhatikan sahaja perkembangan terbaru. Kemudian di lihatnya Brahim bingkas bangun dan keluar dari bilik kacanya dan menghampiri mereka. Ita mesti tidak pedulikan semuanya, dia terus membuat kerjanya. Lama-kelamaan Ita perasan ada yang tidak kena. Keadaan sekeliling menjadi senyap seketika. Dia rasa agak pelik. Dia menoleh ke pada Noni. Noni cuma memberi isyarat dengan mataya menyuruh Ita memandang ke hadapan. Ita menoleh ke hadapan.

“Encik Azlan!” Dia terkejut dan menjadi serba salah. Berapa lama Encik Azlan berdiri tercegat di hadapannya, langsung tidak diperdulikan oleh Ita.

“ehmmm…En Azlan! Bo..Boleh saya bantu?”

Azlan tersenyum melihat Ita terkejut.

“Sudah lima minit saya berdiri tercegat di depan Ita. Tekunnya bekerja sampai tak perasan pun saya di sini.” Kata Azlan pura-pura marah. Dia sebenarnya sangat suka dapat menatap wajah gadis itu lagi hari ini. Walaupun dia tidak terpaku seperti semalam ketika mula-mula menatap wajah yang manis itu, tetapi dia masih dapat merasakan satu perasaan halus yang menyerap di hatinya sebaik sahaja terpandang wajah gadis itu. Dia tiba-tiba rasa begitu ringan dan senang hati.

“Ah.. saya ..saya tidak perasan tadi.” Ita serba salah, masih tidak dapat pulih dari perasaan terkejutnya tadi. Bagaikan gugur jantungnya ke lantai melihat azlan tiba-tiba terpacul di depannya. Dia tidak menyangka sama sekali akan bersua muka dengan Azlan lagi. Bersua lagi pada hari ini pulak tu.

“Encik Azlan,” tegur erahim, menghampir Azlan. “Pihak DOSH sudah tiba. Ini topi dan but keselamatan.”. Berahim mengunjukkan peralatan keselamatan pada Azlan. Azlan mengambilnya daripada Brahim. Matanya masih memandang muka Ita. Mulutnya menguntumkan senyum. Ita gembira melihat mukanya tersenyum. Kedua mereka teringat peristiwa malam tadi. Malam tadi mereka seronok menghabiskan masa bersama-sama sehingga mereka terlupakan waktu yang telah menjangkau larut malam.

Noni cuma tergamam memandang mereka gelagat berdua. Macam ada sesuatu yang mereka kongsi, cuma mereka berdua yang tahu.

Azlan segera menyarungkan but keselamatan. Kemudian dia menanggalkan kot hitammnya dan membuka tali leher yang di pakainya. Hari ini tali lehernya berwarna cerah, padan dengan kemejanya yang berwarna biru muda.

“Dia ni memang ada good sense in clothing. Apa yang dia pakai kena sahaja dengannya.”kata Ita di dalam hatinya.

Azlan kemudiannya menyinsing lengan bajunya yang panjang hingga ke paras siku.


Nampak tampan dan kasual. Rambutnya yang sentiasa bersisir kemas, kini terjuntai di dahi. Membuat dia nampak begitu menawan. Dia kemudiannya melipat kot hitam bersama tali lehernya, lantas mengunjukkan kepada Ita.

“Tolong jaga untuk saya sehingga saya balik nanti.”katanya. Dia mengambil topi keselamatan dan keluar bersama Brahim yang sedang menunggu. Bau harum colognenya menusuk hidung Iuta. Dia sedutnya dalam dalam, meresap hingga ke rona-rona sarafnya, teringat saat indah mereka semalam. Bibirnya menguntum senyum manis. Lesung pipitnya dalam. Ita hilangan dalam angan-angannya.

Kalaulah Encik Azlan pun rasa apa yang Ita rasakan, alangkah bahagianya.

“Hei perempuan?” Sergah Noni, apabila dia lihat Ita mengelamun sendirian.

Ita memandang kepada Noni. Matanya yang sentiasa bersinar itu agak redup sahaja kali ini. Ekspressi mukanya sukar di baca. Wajahnya yang ceria selalu nampak sedang berfikir jauh. Sekilas Noni sudah dapat membaca isi hati Ita. Noni agak terkejut juga. Dalam melawak-lawak itu, rupa-rupanya Ita memang sebenarnya sudah jatuh hati dengan Azlan. Noni jadi sebak kerana mereka tahu, itu semua hanya cinta sebelah pihak, orang sofistikated macam Azlan tidak akan pandang sebelah mata pun dengan gadis seperti mereka.

Ita cuma mengangkat bahunya. Noni faham. Dia tidak berkata apa-apa pun. Selalunya dia akan mengusik Ita lebih teruk. Adakalanya mereka boleh berjenaka tentang sesuatu hal. Tetapi kali ini perkara ini nampaknya agak serious. Ita semestinya tidak mahu orang lain mengetahui isi hatinya terhadap Encik Azlan. Terutama Kak Nab dan mungkin juga Encik Mahmud. Noni memahami sangat keadaan Ita sekarang ini. Perkara seperti ini akan dibincang bila mereka di rumah nanti. Jauh dari pendengaran orang lain. Mereka berdua terus mendiamkan diri dan meneruskan kerja masing-masing.

Category:

1 comments:

Anonymous said...

post lagi!
nak tau lagi cerite nie