22:58 | Author: Alina Haizar Anuar

Bab 49



Azlan sedang membaca email yang di baru terima dari rakannya. Rakannya ialah salah seorang ahli kumpulan sukarelawan yang banyak menyumbangkan tenaga dalam misi-misi bantuan untuk menolong mangsa-mangsa bencana alam. Azlan pernah menyertai kumpulan penyelamat ini berkhidmat di beberapa kawasan banjir di beberapa bahagian di Kelantan, Terengganu dan Johor. Kumpulan sukarelawan ini telah banyak membantu mangsa-mangsa bencana alam yang berlaku di seluruh dunia seperti mangsa gempa bumi di China, Iran dan Indonesia dan mangsa rebut di Filipina dan Vietnam.

Sekarang ini mereka semua sedang bersiap sedia untuk berangkat ke Padang, tempat berlaku gempa bumi yang terbaru. Mereka telah dapat mengumpul sumbangan wang dari rakyat Malaysia dan akan bertolak ke Padang untuk memberi pertolongan dari segi bantuan makanan dan sumbangan tenaga untuk membantu memulihkan keadaan di sana.

Azlan ingin juga menyertai kumpulan itu pergi menabur bakti kepada mangsa-mangsa yang bernasib malang itu tetapi dia masih mempunyai banyak tugas yang harus diselesaikan. Jika hendak menghulurkan sumbangan tenaganya di kawasan di Malaysia untuk beberapa hari bolehlah Azlan luangkan sedikit masanya. Tetapi untuk dia menyertai misi bantuan ke luar Negara yang mengambil masa berminggu-minggu itu agak sukar baginya. Azlan masih mempunyai tanggung jawab yang banyak untuk menguruskan Syarikat ayahnya itu. Dato Azman kini banyak menyerahkan tugas-tugas pentadbiran syarikat kepada Azlan. Dia sudah bersedia untuk menyerahkan syarikat itu kepada Azlan dan ingin bersara. Azlan kini lebih mempunyai banyak tanggungjawab terhadap syarikat dan ini membuat dia lebih sibuk. Tetapi dia lebih suka keadaan begitu. Bila terlalu sibuk dia tidak akan terkenang akan Ita.



Sudah begitu lama dia mencari Ita tetapi sampai sekarang dia tidak dapat mengesan Ita langsung. Jejak Ita yang terakhir Azlan dapat kesan selepas Ita meninggalkan Azlan malam ini, ialah Ita telah pergi ke Pulau Pinang, untuk bekerja di sana. Azlan dapat maklumat itu pun agak terlambat, kerana bila Azlan mencari Ita di sana, Ita sudah tiada di situ. Tidak siapa yang tahu ke mana Ita pergi selepas itu. Ita pergi begitu sahaja, Azlan telah menghubungi Rumah Penyayang darul Izzah, harap-harap Ita ada berhubung dengan penjaga-penjaga di Rumah Penyayang itu. Sehingga sekarang Azlan masih lagi berhubung dengan mereka. Setiap kali hari raya dia akan habiskan masanya di sana. Azlan dapat melihat wajah Ita di setiap wajah anak-anak yatim di situ, mengubat kepedihan di hatinya. Mengurangkan kerinduannya kepada Ita. Tetapi setelah empat tahun berlalu, Ita tetap masih tidak menghubungi penjaga-penjaganya di sana.


Azlan juga tahu yang Ita tidak menghubungi langsung kawan-kawannya seperti Asri, Izuan, Berahim dan Noni. Berahim dan Noni sudah pulang dari bertugas selama 3 tahun di Qatar. Mereka juga tidak mendapat apa-apa berita dari Ita. Berahim sudah memulakan tugasnya sebagai Pengurus Kanan Projek di sebuah projek Pembinaan Usaha Holdings yang baru bermula di Bandar Kuala Lumpur. Berahim dan Noni kini telah pun mempunyai seorang cahaya mata. Asri juga sekarang ini bekerja bersama Berahim sebagai pengurus Projek untuk tapak pembinaan tersebut. Asri dan Sherry sudah dikurniakan dua orang cahaya mata kembar, seorang lelaki dan seorang perempuan. Semua orang sudah bahagia dengan keluarga masing-masing. Azlin sudah mempunyai seorang anak perempuan yang comel dan Azrin pula akan berkawin sebaik sahaja habis pengajiannya dengan rakan seuniversiti dengannya. Nampaknya cuma Azlan sahaja yang tinggal dalam kesunyian dan kesepian.

Ingin Azlan meninggalkan tanggungjawabnya itu dan mengikut rakan-rakannya ke misi bantuan kemanusian di Padang. Kalaulah Azlan boleh meletakkan jawatannya dan terus pergi meninggalkan semua ini. Tinggalkan kehidupannya yang kosong ini. Rakan-rakannya yang menyertai misi itu semuanya telah menyerahkan hidup mereka kepada memberi bantuan kepada mangsa-mangsa bencana alam. Kebanyakan mereka tidak bekeluarga dan begitu komited dengan kerja-kerja sukarelawan ini. Hidup mereka hanya bertujuan untuk membantu orang yang lebih susah. Mereka tidak ada tanggungjawab berat macam Azlan. Ketua kumpulannya, Kapten Jaya telah lama terlibat dalam kerja-kerja sukarelawan ini, mengabdikan dirinya untuk membantu mangsa-mangsa bencana alam. Dia tidak berkahwin dan nampaknya hanya menumpukan dirinya untuk kerja-kerja amal ini. Disamping membantu orang-orang susah, mereka juga berusaha berkempen dengan semua orang mengenai keselamatan awam. Apabila menghabiskan bersama mereka, membuat Azlan rasa hidupnya kini mempunyai erti, Azlan mula memahami perasaan orang-orang yang di timpa nasib malang seperti Ita. Kini Azlan mulai sedar, walaupun mereka terpaksa menerima bantuan untuk menyambung hdiup tetapi bukan bermakna mereka suka meminta-minta dan mengharap bantuan untuk selamanya. Mereka juga mempunyai maruah dan ingin bangun dari kelemahan mereka itu, ada cita-cita, ada semangat juang ingin memperbaiki hidup mereka. Azlan tidak memahaminya sebelum ini.


Mungkin Azlan boleh tunggu sehingga Azmil dan Azlin balik dari belajar dan boleh dia serahkan tanggungjawabnya itu kepada mereka berdua. Bolehlah Azlan meninggalkan semua ini dan mengabadikan dirinya kepada kerja-kerja kesukarelawan ini sepenuh masa. Dengan ini dia berharap agar, hidupnya akan mempunyai erti lagi. Tetapi Kapten Jaya memahami tanggungjawab yang Azlan terpaksa pikul sekarang. Walaupun Azlan tidak dapat menyertai mereka selalu, Azlan banyak menyumbangkan wang ringgit yang banyak kepada pertubuhan mereka. Ini pun sudah merupakan satu cara yang baik untuk membantu orang-orang yang di dalm kesusahan. Selain daripada itu, Azlan juga banyak member bantuan dan Azlan juga sering mendampingi anak-anak yatim, di Rumah-rumah penyayang untuk anak-anak Yatim. Bila mendampingan kanak-kanak yatim piatu, terubat rasanya hati Azlan. Membuatkan dia rasa lebih dekat dengan Ita.


Sejak Ita pergi Azlan rasa sudah hilang segala-galanya. Dia sangat menyesal kerana telah menghalau Ita dengan begitu rupa pada malam itu. Azlan asyik terbayang-bayang wajah Ita yang kelihatan begitu sedih semasa di tolak keluar oleh Azlan dari rumah Dato Azman ketika itu. Azlan tidak mengerti perasaan Ita yang sebenarnya. Perasaan sayang yang terlampau mendalam kepada Ita membuat dia bertindak sedemikian rupa. Kini beribu-ribu kali penyesalan yang menghantui dirinya pun tidak akan mengembalikan Ita kepadanya. Azlan menyesal kerana tidak bersabar pada malam itu padahal Datin Azmah sudah merayu meminta Azlan bersabar dan mendengar kata-katanya. Akibatnya dia kini kesepian, kesunyian, tidak tahu sampai bilakah dia akan berada dalam keadaan begini.

Bagaimanakah agaknya Ita sekarang? Adakah Ita juga merana seperti dirinya juga. Azlan tahu Ita sangat mengasihinya pada masa itu. Azlan adalah cinta pertama Ita. Begitu juga bagi Azlan, inilah pertama kali dia jatuh cinta dengan seorang gadis, cinta yang begitu mendalam. Tetapi cinta mereka itu nampaknya tidak kesampaian. Sehingga sekarang Azlan masih belum dapat melupakan cinta pertamanya itu. Sampai sekarang dia masih berusaha mencari Ita. Dia tidak tahu sama ada apa yang dia lakukan itu, merupakan sesuatu yang sepatutnya. Entah-entah semuanya sia-sia sahaja. Mungkin Ita sudah melupakan dirinya? Mungkin Ita sudah mendapat pengantinya yang tahu menghargainya, seorang yang tahu menyayanginya?

*****************************************************

Azlan naik meradang, panas rasa hatinya. Datin baru sahaja menelefonnya dan memaksa dia balik ke rumah.

“Ada hal mustahak.” Kata Datin. “Opah pun suruh Lan balik hari ini juga!”

Malas Azlan hendak melayan kehendak mereka. Pada hari Ahad begini, Azlan lebih suka menyendiri di apartmentnya, sambil melayari internet. Jika dia tidak keluar dengan rakan-rakan sukarelawannya itu, masanya banyak dihabiskan di hadapan komputer sahaja.

“Selalunya kalau macam ni, mesti tak ada lain hal ni! Mesti hendak suruh dia kawin.” Sungut Azlan sendirian. Umurnya sudah meningkat 30 tahun. Mereka tidak berhenti-henti menyuruh Azlan berkawin. Bukan mereka tahu yang dia tidak berminat untuk berkawin. Hatinya telah tertutup untuk berkawin buat masa ini.

Hatinya terlalu luka di perbuatan Dato dan Datin dan sebenarnya dengan Ita juga. Ita menganggap dia begitu lemah. Sehingga dia sanggup mengorbankan dirinya untuk kebahagian Azlan konon. Tidakkah Ita sedar Azlan terlalu mencintainya? Apa pun cabaran dan halangan Azlan sanggup menghadapinya semata-mata untuk Ita. Tetapi apabila di ancam sikit oleh Dato dan Datin begitu mudah Ita menarik diri.

“Apakah aku ni tak ada tulang belakang, macam sotong. Sehingga aku tak tahu mana yang baik untuk diri ku. Dia pandai-pandai hendak mengorbankan dirinya!”

Adakalanya Azlan geram juga dengan apa yang Ita telah lakukan. Adakalanya dia geram dengan apa yang dia sendiri telah lakukan, sehingga menyebabkan Ita hilang begitu sahaja. Sehingga sekarang Azlan tidak pernah melupainya.

Tidak lama kemudian Opah pulak yang telah menelefon Azlan.

“Lan, yang sudah-sudahlah. Lupakan perkara yang sudah lama berlaku. Lan balik ke rumah daddy ni ye.”

“Opahkan tahu apa perasaan Lan, pendirian Lan.”

“Kita mesti teruskan hidup kita. Lan sudah tidak boleh selamanya perangai macam ni.”

“Lan okay macam ni Opah, Lan tak kacau siapa-siapa pun.”

“Kami risaulah pasal Lan. Bila Lan nak kawin? Sementara Opah hidup, Opah nak tengok Lan kawin.”

“Alah! Balik, balik kita cakap pasal benda ni. Azlin kan dah bagi Opah cicit.”

“Itu tak sama Lan. Kali ini Lan tak boleh hampakan perasaan Opah. Ini kali pilihan Opah. Lan mesti balik.” Opah nampaknya berkeras kali ini.

Azman mengeluh, kini Opah pun sudah melupakan Ita. Padahal Ita adalah kesayangan Opah.

“Cuma aku yang tidak dapat melupakannya.” Empat tahun yang terlalu lama. Azlan Bila agaknya aku akan dapat melupakan Ita. Mungkin tidak sekali-kali.

“Ah aku balik sekejap, tengok perempuan pilihan Opah lepas tu. Aku cabut.” Azlan berkata sendiri. Azlan memang susah hendak mengengkari kata-kata Opah. Takut Opah kecil hati dengannya nanti.

Rumah Dato Azman masih seperti dulu. Kini pembangunan Putrajaya semakin pesat. Makin banyak kawasan rumah telah berpenguni. Banyak bangunan-banagunan kerajaan dan Komersial yang sudah beroperasi. Azlan masuk ke dalam rumah bungalow yang kini sudah sunyi sepi sejak ketiadaan Azmil dan Azlin. Azlan pula sudah lama membawa dirinya ke KL. Dia jarang sekali ke Putrajaya. Terlalu banyak kenangan yang hendak dilupakan di Putrajaya. Opah, Dato dan Datin sedang menunggunya di ruang tamu. Azlan mencium tangan Opah, dan besalaman dengan Dato dan Datin. Dia memandang wajah-wajah mereka semua. Nampaknya wajah mereka ceria begitu hari ini.

“Apahal ni, Opah. Panggil Lan balik.” Tanya Azlan dengan baik, walaupun dia masih marah di dalam hatinya. Melihat wajah mereka yang begitu ceria, lagi membuatkan dia rasa dia geram.

“Opah ada bawa sekali calon pilihan Opah. Kali ini Lan tak boleh tolak.” Kata Opah, tegas.

“Opah….. Kan Lan sudah cakap. Sudah-sudahlah .. tentang hal jodoh Lan. Lan tak minat.”

“Kali ini Opah tak perduli. Tak boleh tidak. Lan kena setuju.” Kata Opah. Dato dan Datin membiarkan sahaja opah yang bercakap. Mereka tahu kalau mereka yang bercakap, Azlan bukan akan dengar. Azlan masih lagi merajuk dengan mereka sehingga sekarang. Lagipun mereka pun sengaja hendak tengok sampai takat mana Azlan hendak bertekak dengan Opah, dan kalau Azlan tahu siapa calon pilihan Opah itu nanti macamana agaknya nanti. Hendak mereka tengok reaksi Azlan nanti.

“Opah tidak perduli!” Opah berkeras dengan Azlan, Pelik juga Azlan, selalunya Opah begitu memahaminya. Kini Opah yang memaksa dia. Kedua ibu bapanya hanya mendiamkan diri mereka.

“Lan jumpa dengan dia dulu. Ini calon pilihan Opah. Lepas ni Opah nak bawa dia balik ke Kampung.”

“Hendak buat apa balik kampong?” Tanya Azlan, pelik dengan Opah.

“Azman dan Azmah akan buat persiapan menghantar rombongan pertunangan ke Kampung. Kenduri kawin pun bagi pihak perempuan akan buat di rumah Opah. Faham!”

“Opah…. Ini sudah melampau. Lan belum kata setuju pun lagi. Lan tak nak kawin dengan sesiapa. Kalau macam ni….. Lan nak balik rumah Lanlah.” Azlan mendengus. Marah bukan kepalang. Sampai bila mereka semua mesti mengganggu dirinya.



“Lan dengar cakap Opah.” Pujuk Opah, melembutkan suaranya, mempamerkan wajah sedihnya, dengan harapan agar lembut sedikit hati Azlan. Dato dan Datin hanya mengelengkan kepala mereka melihat kedegilan Azlan.


Lama kelamaan Azlan tidak sampai hati bila melihat wajah Opah yang tiba-tiba bertukar menjadi sedih. Dia memang kalah kalau terkena pujukan Opah.

“Okaylah Opah,  Opah punya pasal.  Lan jumpa dia sekejap. Lepas itu Lan nak balik rumah Lan.”
Dato dan Datin hanya mengangkat kening masing-masing,  mendiamkan diri mereka sahaja.
“Hah macam tu lah. Lan jumpa sekejap pun tak pa. Itu dia sedang ambil angin di tepi tasik. Lan kena janji dengan Opah berkenalan lah dulu. Pergilah. Opah rasa kali ni Lan mesti setuju dengan pilihan kami.” Pujuk Opah lagi, mulutnya mula tersenyum lebar. Dato dan Datin juga tersenyum melihat gelagat Opah dan cucunya itu.

“Hish Opah ni….Lan dah kata, lepas Lan kata hai. Lan nak balik. Okay.” Azlan bangun dengan marah tetapi permintaan Opah selalunya dia tidak boleh tolak. Selalunya Opah tidak akan memaksanya. Adakah Opah telah jumpa orang yang boleh mengantikan Ita di dalam hati Opah. Tetapi, Azlan tidak boleh menggantikan sesiapa di dalam hatinya. Hatinya sedih bila mengingatkan hari-hari terakhir Ita bersamanya. Bagaimana dia sering memarahi Ita. Dia yang hilang kepercayaan kepada Ita lalu menghalau Ita dari rumah ini juga. Orang lain tidak tahu perasaan bersalah yang di bawa bersamanya selama ini. Itu yang membuat sukar baginya untuk melupakan Ita macam itu sahaja.

Gadis pilihan Opah sedang berjalan menyusuri tebing tasik. Pejalan kaki kayu jati di bina sepanjang tasik Putrajaya, membolehkan orangramai mengambil angin di tepi tasik. Gadis tersebut bertubuh langsing, berbaju kurung berwarna merah dan bertudung hitam.. Dia asyik memandang ke arah tasik. Azlan tidak dapat melihat wajahnya. Apabila Azlan hampir di belakangnya Azlan terpandang cari manisnya yang sedang memegang pagar pejalan kaki itu. Azlan ternampak di jari manisnya tersarung cincin. Azlan memerhatikan cincin itu, tersirap darahnya, cincin yang diberikan kepada Ita, semasa dia melamar Ita tempoh hari. Cincin itu Ita kembalikan kepada Datin Azmah sebelum Ita pergi. Semua barangan yang Azlan berikan kepada Ita, dipulangkan balik oleh Ita.

Azlan rasa marah. Kenapa mereka rasa mereka ada hak untuk berikan cincin Ita kepada gadis ini? Cincin itu sudah ada pemiliknya. Azlan tidak jadi menghampiri gadis itu, Dia hendak berpatah balik ke rumah Dato dan segera beredar dari situ. Hatinya yang belum baik lukanya kini rasa berdarah kembali. Dia tidak dapat menerima semua ini. Azlan mula berpusing balik hendak berjalan ke arah rumah Dato Azman. Di beranda rumah di lihatnya Dato, Datin dan Opah terpinga-pinga melihat dia berpatah balik tanpa menegur gadis itu.



Papan pejalan kaki berderap di pijak Azlan. Azlaan terhenti langkahnya. Gadis itu juga tersedar ada orang di belakangnya. Azlan dapat rasakan gadis itu menoleh kepalanya belakang, ke arah Azlan. Azlan ingin beredar segera sebelum gadis itu ternampak dia, tetapi tidak sempat dia berbuat demikian. Azlan rasa geram, dia terperangkap. Dia terpaksa berdepan dengan gadis itu. Apa yang istimewanya gadis ini sehingga Opah pula memaksa dia kali ini?

Mahu tidak mahu Azlan terpaksa menegur gadis itu, Gadis itu sudah pun berpusing tubuhnya menghadap Azlan. Azlan paksa dirinya memandang wajah gadis itu, sekadar hendak katakan Hai. Lepas itu dia akan angkat kaki. Jangan sampai gadis itu kata Azlan kurang ajar pulak!

Azlan mengangkat wajahnya, matanya memandang wajah gadis itu. Gadis itu juga sedang memandang wajah Azlan.

“Cantik orangnya.” Kata Azlan. Kemudian baru dia sedar sesuatu, Azlan menarik nafas dalam-dalam, rasa sesak dadanya. Dia bagaikan tidak mempercayainya. Kenapa mereka menyeksanya dengan mencari seseorang yang serupa seperti Ita juga. Cuma gadis ini bertudung. Azlan seperti bermimpi. Adakah pelanduk dua serupa atau sebenarnya ...


Tiba-tiba mulut gadis yang mungil itu menguntum senyum. Kedua belah pipinya melekuk dalam. Azlan macam dalam sedang bermimpi, secara spontan dia mengangkat jarinya dan meletakkannya di lekukan yang dalam itu, Serta merta Azlan sedar dia bukan bermimpi.

“Ita!”.

“Lan.”

Tanpa ada bicara, tidak tahu kenapa dan bagaimana, Azlan terus merangkul tubuh Ita. Dia tidak perduli semuanya., Yang dia tahu, Ita ada didepan matanya sekarang.


“Lan! Eh! Lan Ya Allah!… Malulah. Nanti orang nampak.” Ita terkejut, tiba-tiba sahaja dia sudah berada dalam pelukan Azlan.Kepalanya rapat di dada Azlan. Dapat dirasakan dengupan jantung Azlan yang begitu kuat.

“Lan tak perduli! Memang Daddy, mummy dan Opah sedang tengok kita pun.”. Dia mahu pastikan yang dia tidak bermimpi. Kemudian dengan sukarnya dia Azlan melepaskan tubuh Ita. Dia memegang bahu Ita. Memandang wajah Ita sepuas-puasnya. Dia bagaikan tidak percaya Ita kini betul-betul berada di depan matanya.

Ita juga memandang wajah Azlan sepuas-puas hatinya,Syukur dapar bertemu Azlan semula, terubat kerinduannya selama ini.

“Kenapa Lan kurus betul. Sakit ke?” Soal Ita.

“Ita pun macam tu juga. Ita sakit ke?”

“Memang sakit, macamana nak berfungsi dengan betul, hanya separuh nyawa ada di sini”. Kata Ita. “Yang separuh lagi ada di sini.” Sambung Ita, sambil menunjukkan ke arah dada Azlan.

Azlan menarik nafas panjang dan dalam-dalam. Perasaan lega menyelinapi keseluruh tubuhnya. Kemudian dia bertanya, soalan yang dia nantikan jawapan selama empat tahun ini.

“Kenapa Ita buat keputusan sendiri macam tu?”

“Ita ingat Ita buat untuk kebaikan Lan.”

“ You are killing me. Sudah empat tahun Lan seperti mayat hidup”.

“Ita ingat Lan benci pada Ita.”

“Lan tidak pernah benci Ita, tetapi Lan bingung dengan telatah Ita. Tetapi cinta Lan tidak pernah padam. Lan berharap Ita berubah kembali kepada Ita yang dahulu.”

”Kalau Ita tahu keadaan sebenar yang berlaku, Ita balik pada Lan. Mak Cik Maimoon cakap Lan akan kawin dengan Maisara. Dato dan datin sudah bersedia hendak meminangnya, sebab itu Ita pergi, agar lan bahagia.”

Azlan memandang sahaja wajah Ita, tidak puas memandang wajah itu, Nampak makin cantik bila mengenakan tudang. Ita masih mahu menerangkan keadaan sebenar, untuk menghilangkan rasa bersalahnya.

“Ita tidak tahu Lan pun hidup terseksa di sini. Tetapi sebab Ita ingat Lan boleh bahagia, sebab itu Ita lakukan semua ini…..Ita.. Sebenar...”


“Cukup! Cukup, cukup.” Tegah Azlan. Ita ingat Azlan hendak marahkan dia.

“Itu semua nanti. Tidak mengapa. It can wait. I realized now, it doesn’t matter now. Sekarang ni Lan tak perduli apa-apa pun. Itu semua Lan tak nak dengar sekarang. Mungkin nanti-nanti. Yang Lan tahu Ita ada di hadapan Lan. Tanpa memperdulikan orang lain. Lan memegang kedua bahu Ita semula, memandang wajahnya lama-lama, menghilangkan kerinduannya selama ini. Azlan boleh merasakan jantungnya mula terasa panas yang kemudiannya mula tersebar keseluruhan tubuhnya, terasa keseluruhan system tubuh badannya mula berfungsi semula. Ita masih lagi bercakap-cakap, hendak Azlan tahu keadaan sebenar.

“Sudah beberapa kali Ita menyesal dengan apa yang Ita lakukan. Ita ingin kembali pada Azlan. Ita tidak sanggup berpisah dengan Lan. Ita tidak boleh hidup tanpa Lan. Tetapi kerana memikirkan Azlan mungkin kini sudah berbahagia dengan isteri Lan, pilihan Datin dan Dato yang sesuai dengan Lan. Ita membatalkan niat Ita. Cukuplah Ita bahagia jika Lan bahagia. Tetapi cinta Ita tak pernah padam.”

“So, macamana Ita boleh ada di depan Lan pulak sekarang?” soal Azlan, masih macam tidak percaya dengan apa yang dilihat dihadapannya.

“Minggu lepas, Dato dan Datin memohon Ita kembali kepada Azlan. Ita tak sangka rupanya Lan juga merana seperti Ita. Masa tu juga Ita ingin terbang kembali ke Malaysia kepada Lan.”

“Ita ada di mana masa tu?”

Ita baru habis my Masters di Portsmouth, dia orang datang tengok Ita masa graduation.”

Ita di Portsmouth? “ patutlah Azlan tidak dapat mengesan dia. Ita menganggukkan kepalanya.

“Ita study sampai Masters di Portsmouth?”

“Masters in Civil Engineering.”

Rupa-rupanya selama ini Ita berusaha untuk memajukan dirinya sendiri. Jiwanya betul-betul cekal dan kental untuk berusaha dengan gigih demi mencapai cita-citanya. Azlan rasa begitu bangga dengan Ita. Sayang dia tidak ada bersama Ita semasa Ita bertungkus lumus itu dan semasa Ita meraikan kejayaannya. Tetapi Dato dan Datin pergi melihat Ita mengambil Ijazahnya. Pelik juga Azlan dibuatnya?


“Mummy, daddy pergi datang jumpa Ita. Tengok Ita graduate? Mana dia orang tahu di mana Ita berada? Lan ingat mereka tidak tahu di mana Ita?”


‘Azlin yang jumpa Ita di sana, lebih kurang dua minggu sudah? Lepas itu dia bagi tahu mak cik dan pakcik, they all datang ramai-ramai tengok Ita graduate,”

“They all? Siapa?”

“Opah, mak cik, pak cik, Azmil, Azlin Imran and Alia.”

“They do all this secretly, without telling me? Tanya Azlan, geram juga mereka buat senyap-senyap tidak memberitahu Azlan. Walau bagaimanapun sekarang dia tidak kisah sangat sebab Ita sudah ada di hadapannya.

“Ye, mungkin dia orang hendak bagi Lan surprise. Dia orang kata Lan marah betul dengan dia orang, sampai tidak mahu balik ke rumah ni lagi. Dia hendak membetulkan keadaan. Mak cik dan Pak cik datang untuk minta maaf dengan Ita atas apa yang berlaku. Lan marah betul dengan mereka ye?”

“Memang Lan marah dengan dia orang, sebab mereka buat apa yang mereka lakukan di belakang Lan. Lan marah juga dengan Ita, sebab terus terima sahaja apa yang mereka suruh buat tanpa berbincang dengan Lan.”

“Ita rasa mak cik dan Pak cik sayang sangat dengan Lan. Mereka cuba buat yanag terbaik untuk Lan. “

‘Lan sudah besar panjanglah Ita. Dia orang tidak boleh buat macam ni lagi. Tengok ni, thay are doing it again. they all pergi Uk, tak cakap dengan Lan pun. Semua they all buat senyap-senyap. Hari ini suruh Lan balik, tanpa beritahu kenapa. Nak buat surprise lagi.”

“Ita rasa they feel guilty, Dia hendak tebus balik kesalahan mereka dan bawa Ita balik untuk Lan.”

What ever it is, cukuplah takat itu. From now on dia orang tak masuk masuk campur sangat dalam urusan kita.”

“Alamak! Lan marah ye?”

Azlan cuma mengangguk, tiba-tiba Ita kelihatan agak risau.

“Mesti Lan marah lagi kalau Lan tahu apa yang mereka telah lakukan”

“Apa dia?”Azlan mengeleng-gelengkan kepalanya, mummy dan daddy tidak serik lagi, masih suka campur tangan dalam hal Azlan.

“Apa dia yang mereka sudah lakukan yang Lan tidak suka ni? They start to meddle with our live lagi lah ni… Cakaplah.”

“Hhmm….Masa di Portsmouth, selepas graduation, mak cik dan pak cik sudah merisik Ita buat Lan, Ini cincinnya. Ita sudah kata setuju pulak tu. Lan tak suka ye?.” kata Ita, menunjukkan cincin yang disarungkan oleh Datin Azmah kepadanya. Ita agak risau, mungkin Azlan tidak suka campur tangan kedua ibu bapanya.


“Azlan memegang jari tangan Ita, memandang cincin yang telah pulang kepada tuan empunyanya, memandang wajah Ita yang nampak kerisauan. Kemudian dia tersenyum lantas berkata, “kalau masuk campur macam tu, Lan pun suka.”


Ita juga tersenyum gembira, Syukur Azlan telah menerima dirinya kembali. Alangkah bahagianya Ita di saat itu. Mereka kemudiannya berjalan bersama-sama menuju ke rumah, di sana Dato, Datin dan Opah sedang menunggu mereka berdua dengan tersenyum lebar.
***********************************************

“Pengantin lelaki sudah tiba”

“Opah, pengantin lelaki sudah tiba”

Opah menjenguk mukanya ke tingkap. Rombongan Dato Azman sudah sampai. Ramai juga ahli rombongan pengantin lelaki ini. Pukulan Kompang dan nyanyian Marhaban mengiringi rombongan pengantin Lelaki. Pengantin lelaki sedang di arak masuk ke laman rumah Opah. Begitu segak sekali Pengantin lelaki, dengan berpakaian songket berwarna kuning keemasan. Sedang di iringi oleh pengapitnya, Azmil yang juga tidak kurang segaknya. Kelihatan Dato Azman dan Datin Azmah tersenyum gembira sedang membawa dulang hantaran. Mengikut dibelakang mereka , Azlin dan Imran yang baru sahaja tiba dari Heathrow, dua hari lepas. Imran sedang mendukong Alia. Manakala Asri, Sherry, Berahim dan Noni juga berada dalam rombongan pengantin lelaki. Masing-masing sedang mendukong anak-anak mereka. Azrin dan tunangannya juga sedang membawa dulang hantaran untuk pengantin perempuan.


Kumpulan sukarelawan Azlan juga ramai datang mengiringi pengantin lelaki, diketuai oleh Kapten Jaya. Mereka datang secara berkonvoi ramai-ramai dengan menunggang motor besar. Sambil berjalan untuk menghadiri kenduri Azlan, mereka juga sedang berkempen cara menunggang motor besar dengan selamat di lebuh raya.

Di atas rumah Opah, Opah sedang sibuk menguruskan pengantin perempuan yang kelihatan begitu ayu sekali berpakaian songket kuning kemasan. Shidah dan Linda menjadi pengapit pengantin. Kelihatan cantik dengan baju kurung bewarna krim. Anak perempuan Pak Su, Afifah pula menjadi jurugambar. Rashid dan anak-anak lelaki Pak Su semuanya. menjadi penanggah di kemah makanan.


Selain daripada menghidangkan Nasi minyak lauk ayam dan daging, makanan kenduri yang lazimnya, terdapat juga gerai-gerai yang ditempah khas untuk menyajikan makanan istimewa dari Kuala Kangsar, laksa dan cendul untuk para tetamu. Pak Ngah, Mak Ngah, Pak Su dan Mak Su pula masing-masing berpakaian warna krim, menjalankan bertugas menjadi wakil Tuan Rumah menyambut tetamu tetamu yang datang. Kali ini Opah membuat kenduri besar-besaran. Ramai betul para tetamu yang datang. Agaknya habis satu pekan Kuala Kangsar di jemput ke majlis kenduri kawin ini. Maklumlah Opah orang lama di sini dan kenal ramai orang.

Opah begitu sibuk ke depan ke belakang rumah, hendak menyambut pengantin lelaki yang sudah menunggu di laman rumah. Pengantin perempuan sedang dibawa turun untuk menyambut pengantin lelaki. Setelah itu barulah pengantin di arak naik ke atas rumah untuk di sandingkan. Opah hendak semua upacara dijalan dengan penuh adat-adat lama.

Ita hanya tersenyum kegembiraan, tidak pernah dia menyangka yang perkahwinan dengan Azlan akan disambut dengan begitu meriah sekali. Keluarga Opah betul-betul menjadikan Ita seperti sebahagian daripada ahli keluarga mereka. Ita rasa dia begitu bertuah sekali,  tetapi gementar rasanya untuk turun ke laman untuk menyambut suaminya, Azlan sedang menunggunya di untuk Ita menjemputnya naik ke atas rumah. Azmil mengenyitkan matanya kepada Ita memberi galakan kepadannya. Di bawah khemah sana, ramai kawan-kawan Ita yang sama belajar dengannya seperti Hanim,  Salwa dan beberapa orang kawannya lagi sedang menjamu selera. Ita mengalehkan pandangannya kepada Azlan.  Azlan sedang tersenyum menunggu isterinya sampai untuk berdiri dan disebelahnya, selepas itu mereka akan sama-sama melangkah ke atas untuk bersanding di atas pelamin dan juga mula melangkah untuk hidup sebagai suami Isteri. Semoga mereka akan bahagia selama-lamanya.



Sekian…..
Links to this post
00:58 | Author: Alina Haizar Anuar


Bab 48

Ita memandang sekeliling biliknya. Sudah hampir setahun dia menghuni bilik ini. Ita tinggal apartment yang terletak di Bateson Hall. Salah sebuah hostel untuk kediaman pelajar di Universiti ini. Dia tinggal bersama 5 orang pelajar Malaysia yang lain, termasuk Hanim. Kos yuran untuk menginap di Bateson Hall lebih murah sedikit berbanding dengan Hall-hall yang lain seperti, Trust Hall, Harry Law Hall, Trafalgar Hall, Margaret Rule Hall, kerana mereka terpaksa berkongsi bilik air dan dapur yang kecil. Dengan ini makanan boleh dimasak sendiri. Ini akan lebih menjimatkan berbanding jika mereka tingal di hostel yang menyediakan makanan seperti Rees Hall dan Burrel Hall.

Kebanyakan pelajar Malaysia menduduki hostel semasa mula-mula datang belajar di sini, kemudian mereka akan mendapatkan rumah sewa yang lebih murah dengan berkongsi dengan kawan-kawan yang lain. Ramai juga pelajar Malaysia yang menyewa rumah di luar kawasan kampus, duduk beramai-ramai kerana itu lebih menjimatkan kos perbelanjaan.

Pad tahun akhir ini Ita telah menumpukan penuh perhatiannya untuk menyiapkan menyiapkan tesis sarjananya. Oleh yang demikian Ita memilih untuk duduk di Bateson Hall supaya berada dekat dengan kawasan kampus. Di samping itu, Ita bekerja sebagai perpustawan sambilan di Universiti. Ini dapat membantu meringankan perbelanjaannya selama ini dan untuk membayar yuran penginapan hostelnya. Kerana Ita tidak seperti pelajar-pelajar yang lain, yang mempunyai keluarga boleh membiayai perbelanjaan pengajian mereka, Ita hanya bergantung kepada bantuan pinjaman pelajaran. Wang yang dikumpul sebagai dia bekerja sekejap dahulu, semua telah habis digunakan apabila dia mula-mula datang ke sini dahulu.


Semenjak Ita menyabung pengajiannya ke peringkat ijazah sarjana, lebih banyak pengetahuan dan pengalaman baru yang ditimbanya. Kini dia lebih mempunyai keyakinan diri dengan ilmu yang dia, dia juga lebih cekap dan yakin bila berkomunikasi dalam bahasa Inggeris. Ita juga berpeluang mempelajari bahasa Perancis sehingga ke level 4 semasa belajar di peringkat Ijazah Sarjana muda tempoh hari.

Ita telah berkerja keras dan berusaha bersungguh-sungguh untuk sampai ke tahap yang dicapainya hari ini. Banyak juga pengorbanan yang dia terpaksa lakukan demi mencapai cita-citanya itu.

Sepatutnya hari ini dia rasa puas dengan kejayaan yang dicapainya selama ini tetapi jauh di sudut hatinya ada satu kekurangan yang tidak dapat ditampungnya,yang tidak dapat diganti dengan dua gulung ijazah yang dipegangnya. Kalau ada tawaran untuk menukar ijazahnya dan kehidupannya sekarang dengan Azlan, Ita akan memilih Azlan. Beribu kali, Ita akan memilih hidup bersama Azlan. Kini dia kesepian, kesunyian, sepanjang hidupnya merindui Azlan. Tidak ada apa yang boleh dia lakukan lagi.

Perjumpaannya dengaan Azlin membuat Ita lebih merindui Azlan. Ingin dia bertanya kepada Azlin tentang Azlan. Tetapi tidak sempat kerana Azlin pergi ketika itu. Sebelum berpisah Azlin berkata “jumpa lagi.”

Tetapi macamana hendak jumpa lagi? Ita tidak mengambil alamat Azlin, begitu juga Azlin. Tidak mungkin dia dan Azlin dapat berhubung lagi. Mungkin itu cara Azlin meninggalkan Ita secara baik. Agaknya Azlin pun mahu mengelakkan untuk menjawap soalan tentang Azlan? Mungkin takut Ita akan mengganggu Azlan lagi. Ita bukan hendak mengacau kehidupan Azlan, dia cuma hendak tahu bagaimana keadaan Azlan sekarang. Ita harap dia sentiasa bahagia. Walaupun bukan Ita yang disisinya lagi, Ita sentiasa berdoa agar dia bahagia sekarang. Pengorbanan yang Ita lakukan ialah untuk kebahagian Azlan, bahagia di samping keluarganya yang tercinta.

Tengahari begini,Ita mengelamun seketika, mengenangkan untung nasib dirinya tetapi dia tidak boleh lama dalam berkeadaan begitu. Ita harus menyiapkan dirinya. Dia harus bersiap sedia. Dia harus pergi ke Guildhall untuk upacara konvokesyen universiti akan bermula tidak berapa lama lagi. Bagi graduan-graduan seperti Ita dan Hanim, upacara penyampaian Ijazah mereka akan berjalan pada waktu tengahari. Mereka perlu ada di sana sebelum pukul 1.00 tengahari, untuk urusan mengambil jubah dan sebagainya. Jika terlewat kemungkinan mereka tidak dibenarkan untuk masuk ke dalam dewan.

Perasaannya berbaur, suka dan sedih. Akhirnya Ita berjaya mendokong ijazah Sarjana kejuruteraan dari University di UK. Cita-citanya sejak dahulu lagi. Tetapi dia sedih tidak ada sesiapa yang berkongsi kegembiraannya. Anak yatim piatu yang sebatang kara. Kali ini kesunyian amat dirasakan olehnya.

Apa yang hendak dilakukan dilakukan selepas ini pun dia tidak pasti? Ita ada juga terfikir untuk cuba mendapat pengalaman kerja sini sebelum dia pulang ke Malaysia. Hanim pula begitu beriya-iya mengajak dia pulang ke kampungnya di Johor. Ita tahu Hanim ingin menperkenalkan Ita dengan abangnya. Ita agak keberatan. Walaupun sudah empat tahun berpisah dengan Azlan. Hatinya masih kepunyaan Azlan. Sukar baginya untuk menempatkan orang lain di hatinya.

Fikiranya kembali kepada Azlan, bagaimana agaknya Azlan di waktu ini? Adakah Azlan sudah beristeri, sudah mempunyai anak? Ita teringatkan Maisara, gadis yang di bawa oleh Mak Cik Maimoon. Tiba-tiba perasaan cemburu mencengkam dirinya. Adakah Maisara yang di kawini Azlan, Maisara yang di manjakan oleh Azlan?

"Pernahkah Azlan mengingati dirinya? Mungkin tidak sekalipun. Azlan membenci dirinya."

“Sudahlah Ita! Lupakan Azlan.” Getus Ita pada dirinya sendiri. Itu yang selalu Ita katakan pada dirinya. Tetapi dia masih tidak berdaya berbuat demikian. Dan Ita kena terima dan reda dengan apa yang sudah terjadi, Ita sudah buat pilihannya. Dia tidak boleh menyesal dengan pilihan yang dibuatnya. Tidak ada jalan untuk berpatah balik. Ita kena teruskan hidup ini. Mungkin kebahagian ada menunggunya di hadapannya satu hari nanti.

Ita memakai pakaian terbarunya untuk upacara hari ini. Kemudian dia mengenakan tudung kepalanya.  Mereka harus pergi ke Park Building untuk mengambil tiket untuk tempat duduk di dalam dewan, kemudian mengambil jubah untuk menerima Ijazah. Untuk setiap bidang berbeza, semua graduan diberikan jubah yang berbeza untuk tujuan pengenalan. Selepas siap mengenakan jubah, baru mereka harus pergi ke Guildhall untuk upacara selanjutnya. Dia melangkah keluar biliknya dan menuju ke bilik Hanim. Hanim juga sudah siap sedia.

“Kak Ita, sudah bawa semua surat-surat yang patut, surat ambil tiket, kalau tertinggal, nanti kena balik sini pulak.”

“Sudah, semua dalam sampul ini, tiket untuk pelawat pun kak Ita bawa.”
Tiket untuk pelawat sudah diberikan awal-awal sekali kepada para graduan.

“Hendak buat apa, kita bukan ada guest nak tengok kita terima Ijazah.”

“Biarlah, semua dalam sampul, malas kak Ita hendak keluarkan.”

“Okay, mari kita pergi sekarang.”

Kemudian mereka sama-sama mengorak langkah keluar dari dari Bateson Hall dan hendak berjalan menuju ke Dewan Guildhall untuk upacara penyampaian Ijazah Universiti Portsmouth.

Di luar Bateson Hall, mereka terserempak dengan Salwa, salah seorang rakan yang tinggal di flet yang sama dengan Ita dan Hanim. Nampak macam hendak cepat sahaja.

“Kak Ita, Kak Ita.” panggil Salwa, tercungap-cungap.

“Kenapa Anis?” “Ada orang cari Kak Ita.”

“Siapa?” Tanya Ita, agak pelik. Siapa hendak cari dia? Dia sudah hendak ke Dewan Guildhall, walaupun jam masih belum menunjukkan pukul 12.30 tengahari, Ita lebih suka dia tercepat sedikit dari dia terpaksa tergesa-gesa kerana terlambat.

“Tak tahu dia sedang menunggu di luar sana. Dekat bangku taman. Dia asyik tanya semua orang, Do you know Malaysian student by the name of Rozita Ahmad. Nasib baik Salwa lalu di situ tadi. Salwa suruh dia tunggu di situ.  Salwa nak cari kakak.”

Ita segera meninggalkan Hanim dan menuju ke arah yang di katakan oleh Salwa. Seorang pemuda sedang menunggunya di sisi bangku di taman sebelahan dengan Bateson Hall.

“Azlan! Tidak Mungkin!” Jantungnya berdegup kuat. Dia hampiri orang yang menunggunya.

“Bukan Azlan.” Ita Hampa seketika. Tetapi rupa pemuda itu macam Azlan. Ketinggiannya yang sama. Potongan rambutnya lebih panjang dan beralun, tidak seperti rambut Azlan yang lurus. Mukanya juga iras-iras muka Azlan.

“Azmil! Ya Allah! Azmil rupanya” Teriak Ita. Sungguh dia tidak sangka.  Dia menerkam ke arah Azmil dan menghulurkan tangannya. Setelah empat tahun berpisah, Azmil sudah menjadi jejaka yang tampan macam Azlan.

“Kak Ita.” Sahut Azmil sambil tersenyum.

“Azmil! Ya Allah, Ya Rabbi, Kak Ita tak sangka, Mil sudah dewasa. Handsome pulak tu.”puji Ita

“Mestilah! Azmil buat sudah masuk tahun dua sekarang sekarang ni.”

“Iyeke?”

“Azmil belajar di mana?"

"Di Leicester.”

“Oh! Jauh juga dari sini. Mana Mil tahu Akak di sini?”

“Kak Azlin cakap."

Iye ke?

Ita teringat pertemuannya dengan Azlin. Azlin buat macam acuh tidak acuh sahaja pada masa mereka bertemu. Azlin tidak Tanya pun di mana Ita tinggal. Azlin memang macam tu. Dia selalu Nampak macam dia tidak kisah dan tidak ambil berat tetapi sebaliknya dia telah memberitahu Azmil tentang Ita.

“Ye, Kak Ita jumpa Kak Azlin minggu lepas.”

“Kak Azlin sudah berkawin, sudah ada anak satu pun. Dia dan suaminya datang sini buat MBA..” Ita menganggukkan kepalanya, teringatkan Azlin, suaminya dan anaknya yang comel itu.

“Kak Azlin suruh kami buat surprise pada Kak Ita." Kata Azmil.”

“Mana Kak Azlin tahu macamana hendak cari Kak Ita?  hari tu dia tak tanya banyak pun.Macam tak kisah je”

“Biasalah Kak Azlin macam tu.  Actually senang je, Kak Azlin ada kawan dia yang bekerja dengan registrar University. Lagipun bukan banyak University di sini, ada few college. Sekejap aje Kak Azlin cari info pasal Kak Ita. Cuma room number hostel je dia tak dapat. Dia bagi tahu Kak Ita duduk di Bateson Hall. Kak Azlin tu terror orangnya. Walaupun gitu-gitu orangnya.”Kata Azmil menunjukkan gaya itik angsa dengan tangannya sambil tersenyum.

Memang Azmil selalu kutuk Azlin tetapi dalam hati dia kagum dengan Kakak Azlinnya juga. Ita tersenyum mendengar kata-kata Azmil. Baru Ita ingat Azlin ada katakan yang dia ada ramai kawan yang kerja di kawasan Portsmouth. Hatinya gembira dan juga begitu tersentuh. Dia tidak sangka Azlin begitu baik kepadanya. Dia selalu ingat Azlin tidak menyenangi dirinya. Pada Azlin, dia seseorang yang terlalu ceria, merimaskan Azlin.

Tetapi itu dulu, sekarang Ita tidak seceria dulu. Hatinya sentiasa dirundung kesedihan. Semenjak berpisah dengan Azlan, dia sudah jauh berubah. Apa pun Ita begitu seronok dapat berjumpa Azmil. Dia rindukan Azmil, Azmil sungguh sayang dengan dia satu masa dahulu. Melihat Azmil mengingatkan dia tentang Azlan. Azlan terlalu istimewa buat dirinya. Sampai bilakah agaknya dia boleh melupakan Azlan? Dia terperangkap dalam penjara emas Azlan. Dia tidak tahu bagaimana hendak melepaskan dirinya. Agaknya dia sendiri tidak mahu melepaskan dirinya. Kalau tidak dapat Azlan, biarlah dia hidup sendirian begini.

“Semuanya sihat ke? Opah, Dato dan Datin? Kak Ita rindu dengan mereka semua.” Tanya Ita. Segan dia hendak bertanya pasal Azlan. Takut akan terluka hatinya jika Azmil cerita tentang Azlan dan isterinya dan anaknya.

Itu Kak Ita kena tanya mereka sendiri.” Kata Azmil sambil tersenyum.

“Hah! Kenapa?” Ita terkejut dengan kata-kata Azmil.

“Tu hah! Dia orang,” Azmil sedang menunjukkan jarinya ke arah kereta yang terletak di bahu jalan. “Semuanya yang Kak Ita sebut ada di sini.”

“Iye?” Kata Ita, seperti tidak percaya dengan kata-kata Azmil.

”Opah? Opah pun ada?” Hatinya tertanya-tanya akan kehadiran Azlan tetapi dia tidak kisah. Dia begitu teruja dengan kejutan yang mereka lakukan untuk dirinya. Dia tidak menyangka yang Opah juga ada di sini.

“Bila tahu Kak Azlin jumpa Kak Ita di sini. Opah beriya nak datang ikut Mummy dan Daddy. Nak tengok Kak Ita dapat Ijazah.” Jelas Azmil.

Ita mengeleng, dalam masa yang singkat, mereka buat keputusan dan menguruskan perjalanan untuk datang ke Portsmouth untuk melihat dia menerima Ijazah. Dia bagai tak percaya. Dia berlari menuju ke arah mereka. Dia mencari wajah Opah yang sangat dikasihinya. Dia tidak tahu kenapa dan bagaimana mereka di sini, tetapi dia cukup gembira. Lantas dia menerpa ke arah Opah dan memeluknya. Dato Azman dan Datin Azmah kelihatan tersenyum memandang Ita. Azlin, Imran dan Alia juga ada bersama.

“Opah! Sukanya Ita dapat jumpa Opah.” Kata Ita, mula rasa sebak di dadanya.

Setelah beberapa lama berpelukan, Opah meletakkan tanganya di bahu Ita lalu di depakannya ke hadapan.

“Opah nak tengok muka Ita.” Opah tersenyum, air mata tergenang di matanya. Ita tersenyum. Air matanya mengalir deras. Opah nampak macam biasa sahaja. Tak makan tua pun walaupun sudah 4 tahun berlalu.

“Opah sihat Opah?” Tanya Ita.

“Insyaallah berkat doa Ita, Opah sihat.” Kata Opah, sambil mengesat air mata.

“Ita pulak terlalu cengkung, kurus kering.” Kata Opah. “Lepas ni mari balik kampung ikut Opah. Opah nak bagi dia makan biar gemuk sikit cucu Opah ni.”

Ita kemudiannya bersalaman dengan Dato dan dan Datin, Datin meraih tubuh Ita, lalu memeluknya.

“Ita.” Kata Datin kemudian Datin memegang bahunya dan memandang wajahnya sambil berkata.

“Ita, boleh tak Ita maafkan kami, Ita. Kami bersalah Ita.” Kata Datin, mukanya mempamerkan seribu penyesalan.

“Selepas sahaja Ita pergi baru kami dapat tahu bahawa selama ini Mahmud telah membuat banyak fitnah pasal Ita. Kami mencari Ita selepas itu tetapi tak jumpa. Mak cik ingin meminta maaf banyak-banyak dengan Ita. Boleh tak Ita maafkan makcik?”

Ita mengangguk. Datin memeluk tubuhnya semula. Dato cuma memandang muka Ita dengan sayu.

“Mari kita ikuti graduation dulu dulu. Selepas ini boleh cerita lagi.” Kata Azmil.

“Macamana ni? Ita ada dua tiket untuk tetamu sahaja. Itupun ingatkan tidak boleh digunakan. Hendak buang aje tadi tiket ni.

“Jangan risau, kawan kak Azlin sudah uruskan. Dia belikan dua tiket lagi. Kak Azlin dan suaminya akan tunggu di luar. Susahkan, ada baby nanti buatnya dia melalak kang.”

“Oh,” Kata Ita, sekali lagi Azlin sudah uruskan semuanya.

Ita mengamit kepada Hanim yang sedang menunggunya. Hanim berjalan menghampiri mereka.

“Eh! Siapa semua ni.”

“Keluarga Ita” Kata Azlin tersenyum, sambil mendokong bayinya, Alia. Mukanya kini berisi dan kelihatan sangat cantik. Bukan lagi macam dulu. Mukanya dulu terlalu dingin dan macam tidak kisahkan orang. Kini perasaan kasih tertera dimukanya.

“Kak Ita kata tak ada saudara mara. Ini hah ramai. Jarang ada saudara mara yang menyertai Graduation di sini.” Kata Hanim kehairanan. “Ini sampai satu rombongan yang datang.”

“Memang saudara aku, Ini Opah. Ini Mak cik Azmah, Pak cik Azman, Ini Azmil, Azlin dan suaminya Imran dan yang comel  ni Alia.”

”Bertuahnya Kak Ita. Seronoknya.” kata Hanim.

Ita terlalu gembira, dia cuma mampu tersenyum.

Semasa Ita di umumkan sebagai mendapat pelajar yang mendapat distintion dan juga pemenang hadiah bagi penyelidikan terbaik bagi dalam jurusan Ijazah Sarjana Kejuruteraan Awam, seluruh keluarga Dato Azman bangun dan bertepuk tangan kegembiraan. Azmil memberi siulan yang kuat meraikannya. Ita tidak pernah menyangka yang perkara ini akan berlaku kepadanya. Ramai betul yang menghadiri upacara yang paling berharga buat dirinya.

Selepas selesai sessi penyampaian hadiah dan sessi bergambar, mereka duduk beramai-ramai sambil berkelah di taman. Ita tidak pernah menyangka yang dia akan mengalami hari yang begitu menyeronokkan seperti hari ini. Setiap tahun dia melihat para-para graduan menerima Ijazah dengan ditemani oleh keluarga mereka, kemudian mereka beramai-ramai bergambar dan berkelah di taman. Dia tidak menyangka dia juga berpeluang merasa meraikan kejayaannya bersama-sama keluarga. Azlin telah menyiapkan bekalan makanan untuk perkelahan mereka. Dia dan Imran sibuk menyeduk makanan ke dalam pinggan-pinggan kertas untuk di berikan kepada semua. Manakala Alia sedang tidur dengan nyenyak di dalam kereta sorongnya.


“Ita, Pak cik ada hajat penting nak minta dengan Ita.” Kata Dato sambil memandang tepat muka Ita.

“Apa dia pak cik?” Tanya Ita. Hatinya berdebar-debar.

“Pak cik nak minta Ita kembali pada Azlan.” Sepertimana dia minta Ita kembalikan Azlan kepadanya dahulu dengan begitu lembut tutur caranya.

“Azlan? Bukankah Azlan sudah beristeri? Tanya Ita.

“Siapa cakap dengan Ita? Mana Ita tahu dia sudah beristeri? Soal Datin Azmah.

“Hari tu Mak cik Maimoon kata, Dato dan Datin sudah pilih calon menantu untuk Azlan, ready hendak hantar pinangan.” Jawap Ita.

“Memanglah tengah siap sedia, tetapi untuk meminang Ita, bukan orang lain.”

“Tapi Mak cik Maimoon kata Maisara.”

“Tidak Ita. Ini semua salah kami. Kami patut cakap dengan Ita secepat mungkin. Dan kami terlalu mendengar kata Maimoon dan Mahmud. Mak cik nak minta Ita, tolonglah kembali pada Azlan. Kesian dia Ita. Azlan bukan macam dulu lagi.”

“Kenapa Mak cik?” Tanya Ita, risau jik apa-apa terjadi pada Azlan.

“Kami telah menghampakannya.”

Setelah dia tahu perkara yang berlaku disebabkan angkara kami, Sukar Azlan nak memaafkan kami. Apa yang kami lakukan adalah kerana sayangkan dia? Kami terlalu mendengar cakap Maimoon. Rupanya Mahmud telah meracunkan fikiran Maimoon." Kata Datin Azmah.

"Azlan keluar rumah, sampai sekarang dia tidak mahu menjejakkan kakinya ke rumah itu lagi, atau ke Putrajaya.”Sambung Dato Azman pulak.

“Sampai macam tu. Ita buat semua ini supaya keluarga mak cik dan pakcik tidak berpecah belah. Supaya Azlan boleh menerima sesiapa sahaja yang mak cik cadangkan bukan hendak buat keluarga Azlan merana. Sia-sialah pengorbanan Ita. Kenapa Mak cik beritahu dia apa yang berlaku?”

“Memang dia patut tahu apa yang berlaku, sooner or later dia kena tahu, mak cik pun tak sanggup hendak berahsia dari Azlan.”

“Dia pernah berkata selagi dia tidak bertemu Ita, Dia tidak akan menjejakikan kakinya ke rumah itu lagi."

“Masa kawin Azlin dulu, jenuh Opah pujuk, baru Azlan datangke rumah tu. Ituoun sekejap sahaja. Azlan marah sungguh dengan kami, Ita."

"Entahlah Mak Cik. Mahukah Azlan menerima Ita?” Tanya Ita. “Dia bencikan Ita.”

”Tidak Ita, Mungkin pada masa itu dia terlalu marahkan Ita. Selepas mengetahui apa yang berlaku, Azlan betul-betul menyesal dan marah dengan kami. Yang lagi buat Azlan marah, bila dia tahu Mahmud pernah cuba mencabul Ita. Azlan berhentikan Mahmud serta-merta dengan beri notis 24 jam. Kemudian Azlan mencari Ita merata-rata tempat tetapi tiada siapa yang tahu tentang Ita. Sampai sekarang dia masih mencari Ita. Sejak Ita pergi, setiap kali Hari raya Puasa dia akan pergi ke Rumah Penyayang Darul Izzah, mengharapkan Ita akan melawat ke sana. Kesian Azlan. Dia sudah banyak berubah. Sekarang ini dia banyak menderma wang ke rumah Penyayang tersebut dan banyak menghabiskan masa dengan buat kerja amal. Mungkin itu sahaja cara dia hendak menghilangkan rasa bersalahnya pada Ita.

“Tapi Azlan tidak ada apa-apa salah dengan Ita. Ita yang banyak bersalah dengan Azlan.”

“Azlan ceritakan semuanya dengan Opah. Kesian dia Ita. Ita ikut Opah balik dan pujuk Azlan. Okay. Selepas Ita pergi, Azlan balik kampung, dia tidak tahu pada siapa lagi dia hendak mengadu nasib dia. Dia menyesal kerana menghalau Ita hari tu.”

“Bukan salah dia Opah. Ita yang buat dia macam tu.”

“Tetapi Azlan masih menyalahkan dirinya. Dia tidak mempunyai kepercayaan yang utuh terhadap Ita. Katanya kalau dia betul-betul setia, dia tidak sepatutnya menghalau Ita. Ita balik ye? Opah tidak sanggup melihat Azlan merana lagi.” Pujuk Opah.

Ita hanya boleh menganggukan kepalanya. Air matanya mengalir mengenangkan Azlan juga merana seperti dirinya. Kalau dia tahu, sudah lama Ita akan balik ke pangkuan Azlan. Ita sanggup tinggalkan semua ini dan balik kepada Azlan.

“Tiba-tiba Azlin telefon kami, dia terjumpa Ita. Mak cik hantar Azlin menyiasat lagi. Bila sudah sah. Kami datang ke sini. Tujuan kami ni datang selain hendak tengok Ita graduate, kami datang sebagai rombongan merisik Ita. Harap-harap Ita menerima hasrat kami ini.”Kata Datin Azmah dengan penuh pengharapan.

Sepanjang masa perbualan itu, Opah memegang erat tangan Ita. Harapannya tinggi mengunung. Ita tidak dapat menolak permintaan mereka. Walaupun dia pernah merana kerana mereka. Tetapi dia yakin dengan keikhlasan mereka sekarang.

“Pak cik minta ehsan Ita untuk mengembalikan cahaya kegembiraan dalam hidup kami semua. Kesihanilah Azlan Ita.”

Ita masih terdiam, fikirannya bercelaru. Terlalu banyak yang perlu dia cerna dalam masa yang singkat ini.

“Ita, Kesiankan Opah Ita. Opah kesian tengok Azlan. Sekarang ni dia bukan macam dulu. Asyik kerja sahaja. Sinar bahagia macam sudah tiada di dalam dirinya.”

Kalau Opah tahu apa yang berlaku Opah akan halang apa yang Ita cuba lakukan, tetapi Ita tidak mahu berkongsa masalah Ita dengan Opah. Sampai hati. Padahal Ita sudah berjanji mahu jadi cucu Opah.” Kata Opah lagi. Air matanya mengalir deras. Ita jadi sebak.

“Ita sudikan menjadi isteri Azlan?” Tanya Datin Azmah dengan lembut, mukanya begitu mengharapkan persetujuan Ita.

Ita hanya mengangguk malu. Dia tidak dapat menolak permintaan. Dia memang mengasihi Azlan selama ini dan juga selama-lamanya. Mereka semua bersorak gembira melihat Ita mengangguk malu. Datin mengeluarkan sebuah kotak baldu berwarna merah, dibukannya, lalu diambil cincin Ita yang diberikan oleh Azlan ketika dia melamar Ita empat tahun lalu, lalu disarungkannya ke jari manis Ita. Ita tidak sangka cincinnya itu akan kembali kepadanya lagi. Dia ingat cincin itu sudah bukan miliknya lagi. Rupanya Datin Azmah telah menyimpannya dengan baik, dengan harapan akan dapat dipulangkan kepada tuan punya hak ke atas cincin itu. Air mata Ita mengalir, kali ini dengan kesyukuran dan seribu pengharapan.

Sudah beribu kali Ita impikan yang dia dapat kembali pada Azlan, tetapi tanpa persetujuan Dato dan Datin. Kadang-kala dia impikan dia dan Azlan, kawin lari sahaja, asalkan mereka dapat bersama. Itu sahaja impiannya, dapat kembali kepada Azlan. Itu sahaja. Bukan macam ini. Bukan dengan persetujuan kedua ibu bapa Azlan.

Dia tidak sangka yang keluarga Azlan datang dari jauh untuk merisiknya. Meminta dia agar sudi menjadi isteri Azlan. Dia betul-betul tidak sangka. Begitu bahagia rasanya dia mendapat penerimaan dan restu seluruh keluarga Azlan. Kini hanya satu sahaja harapannya, dia harap Azlan akan menerimanya kembali.

Links to this post