Kasih, Relakan Ku Pergi 6

Bab 6



Sepuluh salinan laporan telah siap di susun di atas meja. Ita sedang menyiapkan kulit laporan dan hendak mencetaknya menggunakan kertas bewarna biru. Dia mencari-cari kertas saiz A4 yang berwarna biru tersebut. Encik Brahim dan Encik Azlan masih lagi berada di dalam bilik Pengurus. Mereka masih lagi meneruskan perbincangan mereka untuk memperbaiki keadaan bekerja di kawasan tapak bina.

Sambil membuat kerja Ita menjeling ke arah Encik Azlan. Pelik juga Ita, kenapa Encik Azlan tidak pulang-pulang lagi? Dia hendak tunggu sehingga siap laporan ke?

Sebentar kemudian Encik Mahmud masuk menemui Ita. Dia berdiri begitu hampir dengan Ita. Bau badan Encik Mahmud memualkan, tambahan dengan bau asap rokok yang begitu kuat membuat Ita hendak menjauhkan dirinya dari Encik Mahmud. Kenapa dia mesti berdiri begitu dekat? Kenapa dia tidak boleh buat macam Encik Brahim, Asri atau Pak cik Salam, bila mereka bercakap dengan perempuan, ada jarak yang sesuai anatara mereka.

“Ini dia contoh cover letter untuk diberikan kepada JKKP besok. Kamu taipkan sekarang juga. Nah ambil ni.” Arah Encik Mahmud.

Ita menghulurkan tangannya untuk mengambil kertas yang dihulurkan oleh Mahmud. Tetapi Mahmud sengaja menyentuh tangannya yang dihulurkan itu.


“Lembutnya.” Kata Mahmud, perlahan, hanya Ita yang dapat mendengarnya.

Ita cepat-cepat menarik tangannya, seperti terkena bara api. Naik bulu roma Ita melihat kegatalan orang yang sudah mencecah separuh abab itu. Gelinya. Luak rasanya bila dia disentuh oleh Encik Mahmud. Encik Mahmud tersenyum melihat Ita kelam kabut.

“ Alah nak jual mahal. satu hari nanti, jatuh  dalam tangan aku juga nanti”

Encik Mahmud lantas pergi berjalan menuju ke bilik erahim, sambil tersenyum-senyum sendiri. Ita tidak tahu bagaimana perasaannya ketika itu. Kalau di ikutkan hendak dia baling aje kasut keselamatan yang berat itu kea rah kepala Encik Mahmud. Tetapi dia masih dapat mengawal dirinya. Di kesat-kesat tangannya yang disentuh oleh Encik Mahmud tadi.

Apabila, dia sudah dapat mengawal diri sepenuhnya, Ita mula menaipkan surat yang Encik Mahmud hantar tadi. Kalau bukan disebabkan Encik Brahim dan Encik Azlan masih menunggu dia, mahu sahaja Ita balik terus.

Tidak lama kemudian surat yang sudah siap di taip itu, Ita berikan kepada Encik Brahim, untuk di tanda tangan oleh Encik Azlan. Setelah meneliti sekali lagi semua laporan buat kali terakhir, Mereka kemudiannya keluar dari pejabat Brahim dan merapati meja Ita. Mereka nampaknya puas hati yang kesemua laporan sudah siap. Berahim dan Azlan telah mengedit laporan tersebut beberapa kali sebelum membenarkan Ita membuat cetakan terakhir berserta sepuluh salinan laporan itu.

“Okay semua sudah siap.” Kata Brahim. “Boleh kita balik. Sekarang sudah dekat pukul Sembilan malam ni” sambil melihat jamtangannya.

Brahim mengambil kesemua laporan tersebut, sebab dia akan terus ke pejabat JKKP besok pagi. Dia mula berjalan menuju ke pintu untuk keluar dari pejabat. Ita termangu memandang mereka hendak keluar.

“Macamana dengan dia?”

Encik Azlan menoleh ke belakang. “Tak nak balik ke?”

Ita terdiam. Macamana dia nak balik? Tadi Brahim sudah janji nak carikan orang nak hantar dia. Dia tidak mahu bertanya di depan Encik Mahmud. Takut nanti, Encik Mahmud tawar untuk hantarkan dia. Dia tidak begitu selesa dengan Encik Mahmud. Kejadian tadi mengesahkan banyak cerita yang kurang enak, yang di dengarnya tentang Encik Mahmud.

“Oh ya. Ita, macamana kamu nak balik ni.” Tanya Brahim, lupa akan janjinya hendak mendapatkan orang menghantar Ita balik.

“Tadi Encik Brahim kata nak carikan orang nak hantar.”

“Yelah, saya sudah terlupa.”

“Duduk mana.?”

“Kampung Abu Bakar Baginda.”

Mahmud segera mencelah, “Biar saya hantar, laluan saya balik ke Kajang.”

Mahmud tidak mahu lepas peluang. Pucuk muda ini tentu enak. Dia sudah memasang angan-angannya.

“Ya Allah!”, Ita rasa macam hendak pitam. Kalau dalam pejabat ini pun dia berani, apatah lagi kalau berdua-duaan dalam kereta dia. “ Ya Allah, selamatkan aku’
Brahim perasaan muka Ita sudah menjadi pucat lesi. Brahim tahu cerita tentang Mahmud. Sebelum ini beberapa orang kerani sudah mengadu tentang Mahmud yang suka menghimpit dan bergesel-gesel dengan mereka, dan mengambil kesempatan ke atas mereka. Tetapi sukar bagi Brahim hendak ambil tindakan. Sebab Mahmud ada hubungan saudara dengan Dato Azman. Dia boleh tahu dari reaksi Ita, Ita mesti juga tahu cerita tentang kerakusan Mahmud. Ita nampak takut dengan Encik Mahmud, nampak enggan balik dengan Mahmud. Berahim hendak balik ke Sungai Buluh. Jauh lagi perjalanannya. Dia sudah kepenatan sangat

"Tidak mengapalah Encik Brahim. Nanti kawan saya akan datang ambil.” kata Ita.

Brahim tahu Ita bohong. Sebolehnya Ita akan mengelak dari di hantar balik oleh Mahmud.  Sanggup dia jalan kaki daripada balik dengan Mahmud.

“Sudah malam ni Ita, tak elok kamu tinggal sorang. Biar saya hantar. “kata Brahim.

Dia kesian tengok Ita. Ita serupa macam adiknya Ewin . Ewin sungguh nakal dan sering mentertawakan nya. Tetapi Ewin juga penghibur Brahim. Melihat Ita, Brahim selalu terkenangkan Ewin. Sebab itu Brahim sering kali memarahi dan menegur Ita. Dia tidak boleh membiarkan Ita dibawa oleh Mahmud. Kalau apa-apa terjadi nanti dia menyesal.

Encik Azlan yang sejak tadi memerhatikan gelagat mereka bertiga kini mencelah.

“Nak balik ke tidak ni. Berapa lama lagi nak tunggu. Susah sangat Brahim, biar aku yang hantar dia balik. Rumah kau jauh, nak hantar budak ni kemudian nak patah balik.”

“Ok.” Kata Brahim.

Cepatlah. Ikut saya.” Kata Encik Azlan kepada Ita, sambil dia berjalan keluar dai pejabat menuju ke Toyota Prado yang terletak di luar kabin pejabat.

Brahim memberi isyarat matanya kepada Ita, mengarahkan dia mengikut Azlan. Mujur Azlan rela tawarkan diri untuk menghantar Ita. Mahmud dilihatnya memasamkan mukanya. Ita segera mengekori Encik Azlan, lega tidak perlu mengikut Mahmud balik.

Ita masuk ke kereta dan duduk di disebelah Azlan. Tanpa banyak bicara Azlan mulakan injin keretanya dan memandu keluar daripada kawasan tapak bina. Suasana di sekeliling gelap gelita. Cuma terdapat kawasan pembinaan lain yang terang benderang lampunya kerana kerja-kerja malam masih di jalankan. Ita cuma diam, dia tidak tahu apa yang harus di katakannya. Azlan pun diam sahaja. Cuma lagu dari radio kenderaan itu yang berkumandang.


“Mewah betul kereta Encik Azlan, tempat duduknya lembut, keadan kereta berbau harum. Bukan macam kereta kembara Asri yang sentiasa berdebu itu.” Kata Ita dalam hatinya.  Selesanya Ita menyandarkan dirinya dalam kereta sambil mendengar alunan lagu romantik.

“Kalaulah jadi pak we aku, kan bahagia.” Ita berangan sendirian.

Setelah mendiamkan diri beberapa ketika, Encik Azlan mula berbicara.

“ Nama siapa, maaf sejak tadi saya tidak dapat tangkap nama awak.”

“Rozita Ahmad, panggil saya Ita.”

“Ita sudah makan malam?”

“Belum.”

“Hendak pergi makan?”

“Tidak mengapa, nanti balik rumah saya makan.”

“Saya nak makan, tetapi tak mahu makan seorang. Ita kena teman saya makan.”

“Boleh, tidak ada masalah.”

“Okay, sekarang tunjukkan kedai makan yang berdekatanm untuk kita tuju.” Kata Azlan lagi.

“Okay.” kata Ita, dalam kegelapan itu lesung piptnya terserlah. Tuhan sahaja yang tahu kegembiraan hatinya ketika itu. Tidak sangka dia akan makan malam dengan Encik Azlan. Wow!

Sepanjang jalan dari pintu satu Putrajaya menuju ke Bangi, terdapat banyak kedai makan. Ita memilih kedai makan Malee yang menyediakan masakan Thai sebagi tempat mereka makan malam itu. Kedai ini adalah kedai kegemarannya.

“Ita nak makan apa.” Tanya Azlan, apabila pelayan datang untuk mengambil order..

“Nasi goreng paprik dan air tembikai.”

“Sedap ke nasi goreng paprik di sini?”

“Okay! Sedap.”

“Saya pun sama juga dan tambah tomyam untuk dua orang okay.” Kata Azlan lagi.

Ita agak pelik melihat Encik Azlan. Walaupun berpangkat besar tetapi dia tidak kekok duduk makan di gerai tepi jalan. Dari gayanya yang hebat itu, Ita tahu ini bukan tarafnya untuk makan malam di sini dan ita pula bukan setaraf untuk makan bersama-sama dengan Encik Azlan..

Perutnya memang sudah lapar. Apabila makanan sampai dia makan hingga licin. Encik Azlan cuma memandangnya tanpa berkata-kata apa. Mungkin dia pun kelaparan. Setelah selesai makan baru mereka mula berbual.

“Sudah lama Ita tinggal di sini?”

“Sejak kecil lagi?”

“Oh! keluarga semua berasal dari sini?”

“Tidak, saya sahaja tinggal di sini.”

“Uh, saya tak faham, Ita kata tinggal sini sejak kecil lagi. Tinggal dengan siapa kalau bukan dengan family.”

“Saya tinggal di rumah anak yatim semenjak kecil lagi.”

“Oh…. maafkan saya.”

“Kenapa pula minta maaf. Bukan salah Encik Azlan.”

“Habis tu tinggal sekarang dengan siapa.”

“Dengan kawan-kawan.”

“Saudara mara?.”

“Tidak ada.” Ita menjawap dengan selamba.

Azlan memandang muka Ita yang yang ceria itu, lesung pipitnya terserlah dipipinya. Tidak puas Azlan memandang lesung pipit itu, Dia dapat mengagak, yang dia tidak perlu tunggu lama untuk melihat kehadiran lesung pipit itu semula. Ita begitu mudah memberikan senyuman dan bila dia berbuat demikian, akan nampak kedua lesung pipitnya yang dalam di pipi yang licin itu. Matanya yang bulat dan besar, sinar matanya galak dan membuat dia kelihatan begitu nakal sekali. Wajahnya begitu menyenangkan sesiapa yang memandangnya, rasa terhibur melihatnya.

Tidak sangka pulak wajah seceria ini merupakan seorang anak yatim piatu, sebatang karah di dunia ini.

“For an orphan you sound so cheerful.”

“Apa yang kita tak pernah miliki, kita tidak akan rasa kehilangannya. Ringkas jawapan Ita.

Azlan tersenyum mendengar kata-kata Ita.

“Thats it!. Stop! Stop! Jangan bergerak seinci pun.” Kata Ita tiba-tiba.

“Kenapa.” Pelik Azlan melihat kelakuan Ita.

“Susah betul saya nak tengok muka Encik Azlan tersenyum. Kenapa Encik Azlan jarang tersenyum? Saya suka tengok wajah Encik Azlan tersenyum.” Kata Ita lagi, mukanya kelihatan begitu nakal.

Azlan terus tersenyum. Budak ini memang mempunyai sentuhan tersendiri. Dia kelihatan ceria sentiasa, sentiasa bersemangat dalam menempuhi hidup ini. Tidak ada apa yang boleh membuat dia sedih. Walaupun sebenarnya dia tidak punya apa-apa dalam dunia ini.

“Sebenarnya banyak yang saya fikirkan Ita.”

“Itu bukan sebab untuk kita tidak tersenyum selalu.”

There are so many things at stake now. Macam pekerja Indonesia yang meninggal tadi pagi. Bayangkan tanggungjawab syarikat ke atasnya. Walau pun dia seorang perkerja asing. Penghantaran Ijazah, pembayaran wang pampasan. Stop work order. Pembaik pulihan. Reputasi syarikat juga tergugat. Selama ini kita berbangga dengan kemalangan sifar sejak kita mulakan projek pembinaan ini. Tetapi sekarang kita sudah gagal. Can you imagine, masalah yang begitu banyak saya hadapi sekarang?”  Keluh Azlan.

“Dalam dunia ni mana orang ada orang yang tidak ada masalah? Semua orang ada masalah. Saya rasa kita akan dapat atasi masalah ini” Kata Ita cuba memberi semangat kepada Azlan.

Macamana hasil penyiasatan kemalangan tu tadi, adakah kita akan didakwa nanti di atas sebab kecuaian dari pihak majikan?” Tanya Ita lagi.

“Mengikut laporan penyiasatan, pihak syarikat telah membuat apa yang patut untuk mengelakkan kemalangan dan memastikan tempat bekerja selamat. Yang jadi masalah adalah atitud bekerja yang suka mengambil mudah tentang hal safety.”

Ita biarkan sahaja Azlan berceramah panjang tentang keselamatan pekerja,

Sebenarnya dia rasa bahagia dapat duduk dengan Azlan. Tidak disangka, rezeki dia dapat makan bersama Encik Azlan. Tidak sabar dia hendak ceritakan pada Noni nanti. Fikirannya melayang sebentar, sementara Encik Azlan masih terus bercerita masalah di tapak pembinaan itu.

"Mereka merungut tidak selesa dan panas memakai topi keselamatan. Begitu juga kasut keselamatan dan safety harness. Mereka tidak sedar bahawa semuanya adalah untuk menyelamatkan mereka.”

“Memang susah untuk memberi kesedaran kepada pekerja.”

“Satu contoh yang terang dan nyata sekali, walaupun mereka memakai safety harness tetapi mereka tidak hook pada tempat selamat, jadi tidak guna, kalau jatuh dari tempat tinggi, tidak ada apa yang dapat menahan mereka.” Terang Azlan dengan panjang lebar.

‘Apa kata, kita anjurkan kempen keselamatan pekerja, jemput penceramah daripada JKKP, memberi kesedaran kepada pekerja dan beri galakan kepada pekerja yang mematuhi work safety. Dengan adanya kempen macam ni, sedikit sebanyak boleh pulehkan reputasi syarikat.” Ita memberikan cadangannya.

“Bagus cadangan Ita tu. Nanti kita bincangkan dengan Brahim dan Mahmud.”

Ita tersenyum , lesung pipitnya muncul kembali di pipinya.

Azlan gembira kerana dapat membuatkan lesung pipit itu muncul di pipi yng licin itu.. Memang bukan sukar untuk dapat melihat lesung pipit di pipinya., Gadis itu murah dengan senyuman.

Mereka bersembang lama, membincangkan masalah di tapak bina. Rasanya seperti sudah lama berkenalan bukannya pada hari ini sahaja mereka baru kenal. Tanpa menyedarinya, waktu telah menjangkau larut malam. Nasib baik malam ini tidak ramai pelanggan yang mengunjungi kedai makan itu, kalau tidak kemungkinan tuan punya kedai akan menjeling-jeling hendakkan mereka keluar cepat bagi membolehkan pelanggan lain masuk untuk makan..

“Eh, sudah dekat pukul dua belas malam ni. Mesti Ita keletihan sejak pagi tadi bekerja.”

“Taklah Encik Azlan, Saya ok sahaja. Biasalah kerja macam ni.” Jawab Ita. Oleh kerana terlalu gembira dapat bersama dengan Encik Azlan, Ita tidak terasa penat pun. Kalau hendak duduk lebih lama lagi pun dia hendak.

“Okay Ita, mari saya hantar Ita balik rumah.”

“Yelah, sudah lewat. Macamana dengan Encik Azlan? Jauh lagi ke nak balik rumah?”

“Apartment saya di KL.”

“Jauhnya, kesihan Encik Azlan.”

“ Tak lah jauh sangat, Tetapi malam ni saya balik rumah mak saya.” .

“Iye ke? kat mana rumah mak Encik Azlan.” .

“Dekat Presint 10 Putrajaya “.

“Oh” ..Itu sahaja kata Ita.. Perasaannya yang mula-mula tadi menerpanya kembali. Dia tidak setaraf untuk duduk semeja dengan Encik Azlan. Dia boleh bayangkan Presint 10, Putrajaya. Bungalow bungalow mewah yang berdiri indah. Kebanyakan menteri-menteri kabinet dan orang berada yang tinggal di situ. Kawasa paling elit di Putrajaya, Kedudukannya bersebelahan dengan Kompleks Seri Perdana, rumah kediaman Perdana Menteri. Tiba-tiba sahaja, dia rasa kerdil. Dia kini kembali menjejak bumi.

Category:

2 comments:

Anonymous said...

hmm lain sikit, makin menarik citernya

Anonymous said...

best2