Kasih, Relakan Ku Pergi 12

Bab 12


“Cantik budak tu Azlan. Exquiste! I dapat faham kenapa you boleh jatuh hati dengan dia.”

“What are you talking about.” Azlan tiba-tiba meninggikan suaranya.

Sharifah Alawiyah tersenyum melihat reaksi Azlan.

“Budak perempuan yang bernama Ita tadi.”

Kenapa dengan dia? Azlan masih mahu berselindung. Tidak siapa sepatutnya tahu apa yang bersarang dalam hatinya.

“Azlan….. jangan berpura-puralah, Azlan.. You nak menipu siapa? I atau diri you sendiri?" Kata Sharifah Alawiyah.

Sharifah Alawiyah sesungguhnya seorang yang tidak suka berselindung. Dia cakap sahaja apa yang dia ingin katakan.

Azlan pun terpaksa akur dan terpaksa mengaku sahaja.

“Apa yang you maksudkan ni. You ni memandai-mandai pulak. I pun belum tahu sebenarnya dalam sini.” Azlan menunjukkan jarinya ke arah jantungnya.

“Tetapi reaksi you sudah nampak jelas. “

“Maksud you semua orang dapat baca reaksi I tadi.”

“Not really. I aje yang dapat baca. Suddenly you pegang tangan I tanpa sebab. Bila di sebut nama Ita, You and I know we are not in that type of relationship. You tension semacam. You cengkam kuat tangan I. Sakit tau. Kalau iye pun cemburu…..”

“Entahlah Sherry, I baru jumpa dia dua kali seumur hidup I. I tak sangka I akan menjadi begitu cemburu melihat dia dan Brahim begrurau senda tadi. “

Sherry membulatkan matanya tanda baru memahami tindakan Azlan.

“Oh. Dah lama memerhatikan mereka tadi. I tak perasan pun.”

"I ingat dia single and still available, I tak tahu pulak dia dan Brahim tu ada apa-apa hubungan. “

“Brahim? Brahim yang mana satu.”

“Macam hero hindustan tu. “

“Oh Yang handsome tu.”
Azlan mengangguk kepalanya . Dia tidak sangka Brahim sudah mendahuluinya. Padahal semasa dia mengajak Ita balik hari itu, tiada pun sebarang reaksi daripada Brahim. Kenapa Brahim sendiri tidak hantar teman wanitanya balik, biar sahaja Azlan ajak Ita balik. Tidak menunjukkan bahawa dia cemburu?  Kalau Azlan tahu Ita dan Brahim merupakan pasangan kekasih, dia tidak akan mengajak Ita keluar bersamanya. Azlan rasa malu dengan dirinya sendiri. Sebab itu dia memegang tangan Sherry sebentar tadi. Supaya mereka tidak salah sangka dengan dia. Rupanya Ita dan Brahim berpasangan selama ini. Nasib baik ada Sherry. Kalau tidak macamana dia hendak kawal perasaanya dari diketahui mereka semua.

“Yang perempuan satu lagi tu siapa? The one who so sweet and Lovely.”

“I don’t really know he., Tadi Asri introduced her as Noni, Noni tu kawan Ita.”

“She is very feminine. The other guy, who is he?” Sharifah Alawiyah  bertanya mengenai Asri dengan penuh minat.

"Which other guy? Oh! Yang seorang lagi tu, Asri, engineer I di pejabat.”

"Boyfriend Noni?"

Sharifah Alawiyah cuba mengorek tentang pemuda berambut panjang, berkulit sawo matang, berwajah tampan dan berseri, bermata redup. Wajah seorang jejaka melayu yang sebenar. Sharifah Alawiyah bayangkan beginilah ketampannya pahlawan melayu zaman Hang Tuah. Gagah perkasa, Begitu tenang dan baik hati.

“Rasanya tidak. Tetapi I tak tahu sebenarnya sebab I jarang di Pejabat Putrajaya.”

“You sudah begitahu ke Ita perasaan you.”

“Sherry , you must be kidding. I baru jumpa dia dua kali!”

“Kan you and I dah agree, kalau she or he is our Mr or Miss right you will know straight away. You lupa ye?

Azlan diamkan diri, realiti bukan semudah angan-angan.

“Tengok jealousnya bukan main lagi.” Sherry memicit-micit tangannya yang dicengkam kuat oleh Azlan tadi.

“ Sorry, Sherry, I didn’t mean to hurt you.”

Mereka berdua sedang berada di luar TGV, menunggu masa untuk masuk ke cineplex. Azlan telah membelikan dua buah kotak besar pop corn dan botol air mineral.

Tidak lama kemudian, panggung di buka untuk pertunjukkan pukul 1.30 tengahari. Azlan dan Sharifah Alawiyah mula berjalan masuk ke dalam.

“Itu dia kawan-kawan you tadi,” kata Sheery, Tangannya menunjukkan ke arah Brahim, Asri, Ita dan Sherry. Di tangan mereka juga terdpat beberapa kotak pop corn dan minuman. Azlan terus menarik tangan Sharifah dan mengarah dia untuk masuk ke dalam cineplex. Dia tidak mahu melihat Brahim dan Ita lagi. Di dalam cineplex, Azlan dan Sharifah duduk di kawasan tengah, Sherry suka begitu, lagi besar lagi bagus.

Walau pun tidak mahu melihat mereka yang berempat tadi, ekor mata Azlan masih lagi mencari dan memastikan di mana kedudukan mereka di dalam panggung wayang itu. Mereka berada tiga baris di belakang baris tempat duduk dia dan Sherry.

Azlan rasa perasaan  cemburunya kian membuak-buak, walaupun dia cuba mengawalnya. Sepatutnya dia yang duduk bersama dengan Ita, bukan Brahim. Kenapa dia boleh terlambat? Dia boleh bayangkan kemesraan Ita dan Brahim. Bila Ita tesenyum kepada Brahim, mesti kelihatan lesung pipit dalam di pipinyanya. Azlan yang sepatutnya memegang tangan Ita semasa menonton, bukan Brahim..

Syukur tempat duduk mereka di belakang daripada tempat duduk Azlan dan Sharifah Alawiyah. Ita mahu melepaskan rindunya pada Azlan. Buat kali ini sahaja. Selepas ini dia tahu di mana kedudukannya, dia akan cuba sedaya upaya untuk melupakan Encik Azlan.

Azlan tidak tahu yang Ita telah memberi laluan untuk Noni duduk di sebelah Brahim. Ita menyuruh Asri masuk barisan tempat duduk, diikuti oleh dirinya, kemudian Noni dan akhir sekali Brahim. Noni mulanya segan, tetapi mengikut sahaja. Memang itu yang Brahim harapkan. Brahim bertekad untuk berbuat sesuatu agar perasaannya dapat di sampaikan kepada gadis idamannya. Apabila lampu cineplex di padam, keadaan menjadi samar-samar, cahaya yang ada hanyalah dari skrin di hadapan mereka. Brahim meletakkan tangannya di atas tempat alas tangan kerusi tersebut. Tangannya terbuka. Brahim kemudiannya memandang seraut muka yang sering menganggu tidurnya itu. Mata gadis yang lembut itu membalas pandanganya kembali. Mengerti apa yang Brahim cuba beritahu kepadanya. Gadis itu kemudiannya meletakkan tangannya yang halus dan lembut di dalam tangan Brahim. Berahim memberikannya senyuman. Gadis itu juga membalas senyumannya malu-malunya.

“Fiuh!.. Lega. Dia tidak bertepuk sebelah tangan.” Kata hati Brahim.

Mereka bergenggaman tangan seketika. Seketika yang penuh mesej dan amat bermakna. Kemudian Brahim melepaskan tangan yang halus dan lembut itu. Kini masing-masing telah faham. Noni terus tersenyum. Cerita yang di skrin besar tidak seindah cerita di hati mereka buat masa itu.

Ita pula asyik memandang Azlan dan Sharifah yang asyik berbual bersama, berbisik-bisik., kepala mereka berdua didekatkan ketika mereka berbisik-bisik dan berbual. Ita tidak langsung mengikuti jalan cerita yang sedang di mainkan di hadapannya. Dia asyik menghukum dirinya sendiri. Mengingati kenangan manis yang dilaluinya bersama Azlan dan melihat Azlan dengan Sherry di hadapan matanya sendiri. Kenapa dia boleh jadi begitu bodoh. Baru dua kali bertemu Azlan, dia sudah terlebih perasan. Ita teringat semasa dari dari Taman Wetland tempoh hari, Ita bertanya ke pada Noni yang balik awal dan meninggalkan dia dipejabat. .

“Kenapa kau tinggalkan aku tadi?”

“Sahaja……, aku harap Encik Azlan ajak kau balik. Tadi Encik Azlan yang ajak kau balik kan? “

“Oh! Kau saja nak kenakan aku ye? Nasib baik Encik Azlan yang ajak aku balik. Kalau Abang Brahim yang ajak aku balik tadi? Melopong kau.” Kata Ita. Noni pun senyum.

“Kau patutnya berterima kasih dengan aku, Bukannya pulak marah dengan aku. Tengok tu muka kau. Macam bulan jatuh ke riba.”

Ita cuma tersenyum. Hatinya gembira dapat bersama dengan Azlan. Walaupun dia tidak tahu kenapa Azlan mengajaknya keluar bersiar-siar petang itu. Tetapi dia tidak mahu menaruh harapannya yang terlalu tinggi. Tetapi memang dia sungguh gembira hari itu bersama Azlan.

Memang benar naluri hatinya, dia seharusnya tidak menaruh harapan yang tinggi terhadap orang seperti Encik Azlan. Hari ini harapannya musnah apabila terserempak dengan Azlan dan kekasihnya. Ita terus menerus menghukum dirinya. Gadis pasangan Azlan sungguh jelita. Memang sama cantik sama padan. Mereka sekufu.

“Siapa dia Rozita Ahmad………..? seorang anak yatim piatu, seorang kerani tapak bina.” Ita merobek-robek hatinya sendiri sepanjang tayangan wayang berjalan. Biarlah…., selepas ini dia akan cuba melupakan Azlan. Azlan bukan miliknya pun.

Entah bagaimana jalan cerita di skrin hadapan pun Ita tidak pasti. Dia cuma nampak dirinya yang daif, Azlan dan Sharifah Alawiyah. Selalunya Ita bukan gadis yang penyedih. Tetapi kali ini dirinya betul-betul terpukul dan terduduk. Kenapa dia harus begitu kecewa dengan seseorang yang baru 2 kali di temuinya?  Sebelum ini dia tidak mengenali langsung Azlan, tetapi nyata Azlan mampu membuat dia begitu sedih dan kecewa. Tidak boleh jadi macam ini.  Ita tidak mahu hidup bergantung dengan sesiapa.  Dia seharusnya keluar dari kancah derita itu.

Agaknya Asri seorang yang mengikuti perjalanan cerita yang di skrin perak tersebut. Dia terbahak-bahak seorang dirinya. Kawan-kawannya yang lain cuma mendiamkan dirinya.

“Lantak dengan mereka.” Kata hati Asri. Sekali sekal dia mencuri pandangan ke hadapan, melihat belakang kepala Sharifah Alawiyah. Melihat mata hitam Sharifah Alawiyah mengingat dia kepada hikayat 1001 yang sering di bacanya dahulu. Agaknya macam ni rupa Puteri Sherizad. Tetapi pemerhatiannya terhadap Sharifah Alawiyah tidak lama, kerana dia kembali menumpukan perhatiannya ke skrin wayang untuk mengikuti cerita selankutnya..

Setelah tamat tayangan wayang tersebut, Azlan sengaja melambatkan diri untuk keluar dari cineplex tersebut. Dia tidak mahu bertembung mata dengan Berahim dan Ita lagi. Akhirnya dia bangun juga kerana lampu panggung sudah di nyalakan dan tinggal sedikit orang yang masih tinggal di dalammnya. Dia berjalan keluar barisan kerusi di ikuti oleh Sherry. Apabila dia menoleh ke belakang, mereka berempat sudah tiada lagi. Dia lega tetapi hampa. Sherry cuma memerhatikan gelagat Azlan dan mengeleng-gelengkan kepala. Sahabat barunya ini rupanya telah jatuh cinta.

*********************************************

Datin Azmah, auntie Suzie dan Mak cik Maimoon sedang berbincang tentang kejayaan mereka untuk mejodohkan Azlan dan Sharifah Alawiyah.

“Macamana Datin. Azlan ada ke cakap apa-apa selepas bertemu dengan Sherry?” Tanya Auntie Suzi.

“Macamana Kak Azmah?”

“Tak tahu lah Maimoon. Semenjak balik dari keluar dengan Sherry. Azlan diam aje. Murung aje. Tak banyak bercakap pulak. Cuma cakap soal business aje dengan Dato.”.

“Suzie, Sherry pula macamana?”

“Sherry tidak banyak komen pun. Cuma sekarang ni macam orang berangan aje.” Kata Auntie Suzie.

“Agaknya masing-masing sudah berkenan kot? Telah Maimoon.”

“Akak nak cakap pun tak tahulah Maimoon. Kalau berkenan, takkan Azlan macam tu.”

“Ada ke mereka keluar lagi lepas tu?”

“Tak ada dengar-dengar pun. Lagipun sekarang ini kan mereka sibuk dengan kerja.”

Sherry sibuk sangat sekarang ini. Dia ada projek besar untuk diselesaikan.” Terang Auntie Suzie.

“Mungkin sebab itu mereka tak keluar sama lagi, sebab sibuk kot.” Mak cik Maimoon cuba menjelaskan keadaan, kenapa Azlan dan Sherry tidak lagi keluar bersama.

"Anak kau macamana Maimoon, Akak dengar sudah rapat dengan anak Dato Tajuddin.”

“ Begitulah Akak, . Budaknya cantik Datin. Mus tu pun tak habis-habis asyik cerita padal Elly tu. Asyik keluar bersama aje. Dinner sana, dinner sini.” Kata Maimoon. Kembang kempis hidungnya bangga kerana anaknya dapat mengorat anak orang kenamaan juga.

Azmil yang sedang menonton Televisyen di ruang tamu, meluat tengokkan gelagat Maimoon.

“Kenapalah Mummy tak nampak how pretentious nya mak cik Maimoon ni. Berlagak sangat. Just because Datin Azmah sepupunya.” Azmil bukan hendak mengkelas-kelaskan orang. Tetapi lagak Maimoon tu melebih lagak Datin. Padahal suaminya pun bukan orang kenamaan, cuma bekerja dengan Syarikat Dato Azman. Sebelum dia nak termuntah dengan gelagat Mak cik Maimoon, lebih baik dia angkat kaki. Azmil pun terus keluar mencapai basikalnya. Dia keluar mencari kawan-kawannya yang tinggal di Presint 8.


“Bilanya anak Maimoon nak kawin dengan anak Datuk Tajuddin tu?”

“Tak tahu lagilah Kak. Nanti ingat nak ajak Dato dengan akak sekali pergi meminang.

Boleh kata Datin , apa salahnya.

Auntie Suzie cuma melihat aje gelagat mak cik Maimoon. Dia kurang senang dengan gelagat Maimoon yang suka berlagak.   Dalam semua hal dia tidak mahu kalah.  Tetapi Datin padanya seorang yang ramah dan baik hati. Tetapi dia begitu percayakan Maimoon. Orang macam Maimoon ni kaki bodek dan suka bangga diri. Kenapa Datin terlalu menaruh percaya pada Maimoon pun entahlah?  Auntie Suzie belum kenal Mak Cik Maimoon sebelum ini. Dia mulai kenal sejak mereka cuba mempertemukan Azlan dengan Sherry. Tetapi kini dia mula terfikir kalau tidak kenal orang macam Maimoon pun dia tidak rugi apa-apa.

"Kalau nak kawin, macam-macam persiapan yang nak buat. Kata Mahmud dia nak buat di Hotel aje. Nak panggil orang yang ada kelas kena buat dekat hotel. Seganlah dengan bakal besan tu nanti."

"Berapa pulak hantarannya." tanya Datin Azmah.

"Belumlah tahu lagi. Kalau tak RM30,000 ke atas tak sah tu Kak Oi."

“Besar-besaranlah Maimoon nak buat kenduri ni nanti?”

”Mestilah Kak Azmah. Nak besan dengan Datuk Tajuddin le katakan.

Kakak tengok hari tu kenduri jiran saya, buat di dewan Puspanitapuri, lepas tu tak cukup pula, malu habis, kalau tak mampu buat apa nak buat mewah-mewah sangat, buat malu sahaja.”

Datin Azmah mendengar sahaja gossip yang Maimoon beritahu. Auntie Suzie pelik, tidak ada sekelumit pun rasa meluat di muka Datin meilhat Maimoon bercakap besar. Auntie Suzie sebenarnya sudah menyampah bila mendengar Maimoon membesar-besar cerita dan mengumpat orang. Nasiblah kalau Sherry hendak ada hubungkait dengan orang macam ni.

Kasih, Relakan Ku Pergi 11

Bab 11

"Asri, Mari kita pergi jalan-jalan hari Ahad ni." Tiba-tiba, pada suatu hari tanpa di duga, Brahim mengajak Asri. Terlopong mulut Asri. Dia terkejut menerima ajakan Brahim.

"Jalan mana?"

"Kita pergi shopping kat KLCC, makan-makan ke tengok wayang dekat TGV ke?"

"Biar betul En Beahim ni. Tak pernah-pernah dia pelawa aku, hari ni dia ajak beria-ria ni." getus Asri di dalam hatinya. Mereka berada di dalam bilik Brahim. Asri datang untuk berbincang dengan Brahim tentang laporan yang dia perlu siapkan.

"Mesti ada sebab ni." Asri terpandang muka Brahim, Brahim sedang memerhatikan Noni dan Ita yang sedang membuat kerja di luar sana.

"Takkan kita berdua aje Encik Brahim." Tanya Asri ingin menduga.

"Ah..Kau ajaklah Ita dengan Noni sekali."

"Huh Dah agak pun." Kata Asri. "ini nama dia ada udang disebalik batu."

Brahim cuma tersengeh. Sebenarnya dia sudah lama hendak mengajak mereka keluar makan dengannya. Dia selalu melihat mereka keluar makan bersama-sama tetapi dia malu untuk menyertai mereka. Lagipun dia tahu mereka mengelarnya Harimau. Dia seringkali memarahi mereka. Tetapi apabila melihat Azlan mempelawa menghantar Ita balik pada hari itu, Brahim jadi cemas. Orang lain tidak membuang masa untuk mendapatkan apa yang mereka hendak. Dia sahaja yang asyik teragak-agak. Meminati seseorang dari jauh sahaja. Kini dia rasa jika dia berterusan berkelakuan begini, kedudukannya tergugat. Dia takut bunga yang di idamkannya akan terlepas ke tangan orang lain. Sudah lama dia menyimpan di dalam hati. Dia harus bertindak sekarang sebelum terlambat. Sekian lama dia memerhatikan mereka berdua. Noni yang lemah lembut. Ita yang nakal. Seperti adiknya Ewin. Dia harap dapat berkenalan rapat dengan mereka berdua.

"Kau ajaklah mereka. Jangan tak jadi okay Asri."

Asri cuma mengangguk. Mana satu antara dua gadis ini yang menjadi idaman Brahim. Asri pun masih bujang dan masih belum berpunya, tetapi mereka berdua cuma kawan baik Asri. Dia tidak pernah merasa lebih dari itu.

"Eloklah tu. Kalau Brahim suka salah seorang dari mereka."

Mereka berdua budak baik. Sebagai sahabat dia ingin melihat mereka bahagia.

*********************************************************************

Mereka bertiga turun dari LRT di stesen KLCC, lantas mengikut Asri naik ke kawasan membeli belah Suria KLCC.

"Brahim tunggu dekat Restoren KFC." Kata Asri.

Noni dan Ita sungguh gembira hari ini. Semasa Asri mengajak mereka keluar pada hari Jumaat lepas, mulut mereka terlopong lama. Tidak sangka yang Berahim hendak mengajak mereka keluar. Selama ini dia asyik marah sahaja dengan mereka berdua.

"Hei! Nak ke tidak pergi KLCC Ahad ni." Tanya Asri setelah lama pertanyaanya tidak di jawap oleh mereka.

"Abang Brahim yang ajak?" Kata Ita.

Asri mengangguk kepalanya.

"Abang Brahim yang ajak?" Tanya Ita lagi, tidak percaya dengan apa yang didengarinya.

"Iye, kau orang ni kenapa? Selamanya beriya sebut abang Brahim, abang Brahim, Hari ni kenapa terkedu pulak." Tempelak Asri. "Hendak pergi ke tidak, cik adik manis........."

Mereka berdu tidak tercakap apa-apa, cuma mengangguk kepala tanda setuju.

"Pukul berapa nak pergi?"

"Pagilah. Kita naik LRT dekat Sungai Besi. Aku malas nak drivelah, kau tahulah KL jam."

"Okay." Kata Ita. "Aku nak sahaja. Aku tak pernah pergi KLCC tahu."

"Aku pun tak pernah." Kata Noni. "Tapi kami bukannya ada duit."

"Alah jalan-jalan aje bukan nak suruh kau beli barang." Kata Asri.

"Habis tu tengok wayang, makan?"

"Pasal tengok wayang, aku belanja jangan risau."

"Okay."

"Apa mimpi abang Brahim ajak kita ni." tanya Noni.

"Entah aku pun tak tahu." Kata Asri. "Terkejut badak aku dibuatnya."

"Jadi okay pukul 10.00 pagi aku datang ambil kau orang dekat rumah." kata Asri. "Jangan aku datang engkau orang tidur lagi."

"Eh..Ada pulak kami tidur lagi. Jangan risau kami akan siap. Noni ni dari malam lagi dia akan tunggu tau." Kata Ita sambil menjeling kepada Noni yang hanya tersenyum gembira.


Ita memakai satu-satu seluar jeannya berwarna biru gelap dan memakai t-shirt bewarna Merah Jambu yang berlengan panjang. Noni pula memakai skirt labuh berbunga kecil yang dipadan dengan kemeja kuning beropol. Rambutnya yang panjang melepas bahu dan beralun di ikat dengan skaf. Dia kelihatan begitu ayu.

Brahim sudah lama nampak mereka bertiga menuju ke Restoren KFC, tetapi mereka bertiga tidak perasan Brahim memerhatikan dari jauh. Mereka sibuk berceloteh antara satu sama lain. Berahim memandang gadis idamannya dengan perasaan yang dia sendriri tidak dapat selami. Bagaimana agaknya reaksi gadis itu jika dia ketahui yang Brahim suka sangat dengannya. Berdebar jantung Brahim menunggu mereka menghampirinya. Hari ini dia berpakaian kasual, seluar khaki dan mengenakan t-shirt berkolar dan dia nampak lebih relaks dari hari-hari biasa. Rambut dan jambangnya di kemas rapi. Beberapa anak-anak gadis menjeling wajah Brahim yang kacak. Tetapi Brahim tidak pun perasaan jelingan mereka. Dia cuma nampak gadis idamannya sahaja yang kian menghampiri dirinya.

"Itu dia Berahim," kata Asri.

Noni dan Ita tersipu-sipu melihat Berahim sedang memehatikan mereka. Lemah lutut Noni, melihat Abang Brahimnya yang kacak sedang memerhatikan mereka bertiga.

"Sudah berapa lama agaknya Brahim memerhatikan mereka bertiga?" Ujar Noni di dalam hatinya. Dia memaut lengan Ita untuk membantu dia dirinya berjalan. Ita mengerti perasaan Noni dan memberi sokongan terhadap Noni.

"Macamana Noni yang lemah lembut ini boleh jatuh hati dengan Brahim yang garang tu?" Ita mengelengkan kepalanya. Dia harap Berahim juga ada menyimpan hati dengan Noni. Dia tidak mahu Noni kecewa.


"Sudah lama tunggu kami?" Tanya Asri kepada Brahim sebaik sahaja mereka berhenti di hadapan Brahim.

"Tidak lah aku pun baru sampai 5 minit lalu." Kata Brahim. Tetapi sejak semalam lagi dia sudah tidak sabar menanti kan pertemuan ini. Jam di tangan telah menunjukkan hampir pukul 11.30 pagi.

"Okay kita nak buat apa dulu. Tanya Asri, agak kekok juga, dia belum pernah keluar bersama Brahim.

"Apa kata kita jalan-jalan dulu, kemudian kita makan, lepas tu kita tengok wayang."

Noni dan Ita cuma mengangguk kepala tanda setuju.

"Okay bagus tu. Jom kita jalan dulu."

Mereka pun berjalan berempat ke kedai-kedai yang terdapat di dalam Suria KLCC. Banyak memerhati daripada membeli. Lama kelamaan perasaan malu terhadap abang Brahim kian hilang.

Brahim belanja mereka makan di Manhattan Fishmarket.

"KFC Mac Donald, Pizza hut sudah biasa pergikan?. Mari kita makan di Manhattan Fishmarket.Okay?" Tanya Brahim.

Ita dan Noni cuma diam. Mereka bukannya da bawa duit yang banyak, Lagi pun tengah-tengah bulan ni, kenalah berjimat sikit. Asri mengerti perasaan mereka.

"Marilah kita makan. Jangan risaulah," bisik Asri. "Abang Brahim hendak belanja tu."

Tersipu-sipu Noni dan Ita mengikut Brahim dan Asri.

Semasa makan, banyak betul celoteh abang Brahim. Noni dan Ita tidak sangka, Brahim yang dianggap mereka garang macam Harimau sebenarnya ramah orangnya. Tidak kering gusi mereka mendengar Brahim bercerita terutamanya pengalaman dia bekerja ditempat lain sebelum dia bertugas di Usaha Holdings.

Melihat reaksi Noni, mendengar Abang Brahim bercerita, Ita boleh agak memang dia terpikat habis dengan Abang Brahim. Semasa abang Berahim garang pun, dia boleh jatuh hati dengan abang Brahim. Ini kan bila melihat karektor abang Brahim yang mereka belum pernah saksikan, peramah dan suka berjenaka. Ita perasan mata Abang Brahim pun asyik memandang Noni, walaupun dia banyak bercakap dengan Ita. Ita berharap agar kasih Noni kali bersampaian. Cukuplah dia seorang yang mempunyai kasih yang tidak kesampaian.


Selesai makan, mereka bercadang untuk tengok wayang. Asri yang sudah biasa di Suria KLCC, membawa mereka ke Tanjung Golden Village di tingkat 3. Bila tiba di tingkat 3, dia mengajak Noni mengikutnya membeli tiket.

"Brahim dan Ita tunggu sini okay. Aku dan Noni akan check tayang pukul berapa dan beli tiket sekali. Jom Non." Kata Asri.

"Okay." Kata Brahim.

Mereka kemudiannya menunggu sahaja Asri dan Noni mendapatkan tiket, sambil memerhatikan orang yang begitu ramai membeli belah di Suria KLCC.

"Ita, mari kita tengok gerai-gerai yang jual aksesori wanita tu." Ajak Brahim.

"Saya nak beli gelang untuk adik saya."

"Oh Abang... Opps sorry Encik Brahim ada adik perempuan."

Brahim tersenyum mendengar Ita tersasul. Suka betul hatinya.

"Kalau Ita nak panggil saya abang Brahim pun, saya suka."

Ita tersipu-sipu malu dengan Brahim.

"Ita nak tau kenapa?"

Ita mengelengkan kepalanya. Dia harap jangan Brahim salah sangka pulak, ingatkan Ita yang meminati Berahim selama ini. Mati dia dikerjakan oleh Noni nanti.

"Sebab......, Ita saling tak tumpah macam adik saya yang bernama Ewin. Bila saya tengok Ita, saya mesti ingat dia."

"Ye ke?" Lega Ita. Rupa-rupa Abang Brahim punya perasaan pada Ita sama seperti perasaan Ita kepadanya, antara abang dan adik.

"Iye……. Mari tolong pilih gelang mana yang cantik untuk dia. Tidak lama lagi harijadinya. Kalau tak beli hadiah, merajuknya boleh tahan, muncungnya panjang....boleh buat riben."

Ita ketawa bersungguh-sungguh melihat Abang Brahim memimikkan muka adiknya yang bernama Ewin. Abang Brahim juga ketawa melihat Ita yang sedang gembira. Terubat rindunya kepada adiknya Ewin.

Dia selalu mencuit hidung adiknya apabila dia ketawa. Tanpa di sedarinya dia juga berbuat demikian dengan Ita. Ita juga agak tergamam denagn perbuatan abang Brahim. Tetapi bila di lihat muka abang Berahim, tiada reaksi lain selain daripada memandangnya dengan pandangan yang mesra seperti Ita juga adiknya.

Lalu Brahim mencapainya seutas gelang yang berbatu mata merah. Di suruhnya Ita memakainya dan meperagakannya kepada Berahim. Brahim tunduk kepalanya memerhatikan pergelangan tangan Ita yang bersalut gelang. Kemudian dia bersetuju dan mengangguk dengan penjaja gelang tersebut.

Ita hanya tersenyum gembira. Gembira kerana dapat mengenali Abang Brahim betul-betul hari ini. Ita rasakan seperti dia juga telah mempunyai seorang abang.

Gelagat mereka yang sedang memilih gelang itu rupanya sedang di perhatikan oleh sepasang mata. Dia juga ternampak cuitan mesra hidung Ita oleh Brahim. Brahim juga di lihatnya memilih seutas gelang untuk Ita. Cara mereka berdua-duaan itu seperti mereka sudah begitu rapat sekali. Tiba-tiba hatinya dicengkam oleh perasaan cemburu yang amat sangat. Tangkai jantungnya bagaikan direntap kasar. Dia tidak mahu melihat lagi kemesraan mereka berdua. Selama ini dia tidak menyangka bahawa Ita dan Berahim ada menjalin perhubungan yang lebih daripada perhubungan ketua dan kakitangan. Dia ingin berlalu pergi sahaja dari situ. Pasangan di sebelahnya tidak menyedari langsung perasaan yang di alaminya.


"Eh! En Azlan. Apa kabar? Shopping ke?" Tiba-tiba, Asri menegur Encik Azlan dari belakang.

Azlan menoleh ke arah suara yang menegurnya. Terkejut, tidak disedarinya ada orang lain memerhatikan.

"Oh Asri. Kabar baik."

Asri di lihatnya bersama dengan kawan pejabat Ita. Azlan belum sempat berkenalan dengannya dan tidak mengetahui namanya.

"Berdua sahaja ke?"

Tidak kami datang dengan Brahim dan Ita. Itupun mereka. Kata Asri, sambil melambai ke arah Ita dan Brahim. Melihat lambaian Asri, mereka berdua yang telah selesai membeli gelang datang menuju ke arah Asri.

Azlan jadi tidak menentu, dia ingin menyembunyikan perasaan cemburunya, Lalu di capainya tangan Sharifah Alawiyah dan mengenggamnya. Dia tidak mahu Ita dapat membaca hatinya yang sedang dilanda perasaan cemburu yang tidak mnentu. Sharifah Alawiyah termangu melihat tindakan tiba-tiba Azlan.

Setelah selesai makan malam tadi , mereka dapati mereka berdua serasi sebagai kawan. Mereka saling memahami dilema yang mereka hadapi. Jadi Sharifah Alawiyah mengajak Azlan menonton wayang hari ini.

"Biar auntie-auntie kita tu ingat mereka yang berjaya match makekan kita. Senyap sikit mulut mereka selepas ini."

"Okay. Lagipun besok I tak ada apa nak buat."

Azlan setuju kerana Sharifah Alawiyah ialah seorang kawan yang baik dan Azlan seronok bila berkawan dengannya.

“Sekurang-kurangnya Mummy tidak akan menganggu Azlan buat beberapa ketika selepas ini.”
Perasaan Noni terus menjadi hampa melihat Azlan yang berpegangan tangan dengan gadis yang jelita dan anggun. Dia memandang Ita yang masih lagi menuju ke arah mereka. Dia harap Ita tidak terlalu kecewa melihat Azlan dan teman wanitanya. Selama ini tidak pernah terlintas oleh mereka yang Encik Azlan sudah berpunya.


Ita memerhatikan dari jauh pasangan yang sedang berbual dengan Asri dan Noni.
Azlan, hatinya terlonjak. Rindunya pada Azlan tiba-tiba membuak-buak, sudah hampir dua minggu dia tidak berjumpa Azlan. Macam tahu-tahu pulak, dia kerinduan ingin bertemu Encik Azlan. Dia mempercepatkan langkahnya untuk mendapatkan mereka. Tetapi kegembiraan di hatinya tiba-tiba punah begitu sahaja apabila melihat Azlan sedang berpegangan tangan dengan pasangannya.

Pasangannya seorang gadis yang jelita dan anggun. Cara berpakaian pun macam orang-orang kelas atasan. Ita terpandang seluar jean biru dan T-shirt merah jambu yang dipakainya. Dia terus jatuh ke bumi, tersedar dari mimpinya. Dia bukan padanan dengan Encik Azlan. Kenapa dia tidak menerima kenyataan itu? Kenapa dia masih ada hati hendak merindui orang macam Encik Azlan? Tidakkah dia sedar siapa dirinya jika hendak dibandingkan dengan Encik Azlan? Bodoh!

Sekali pandang sahaja, jelas Encik Azlan dan teman wanitanya, memang sama cantik dan sama padan. Sekelumit harapannya yang pernah bertapak dihatinya agar Encik Azlan mempunyai perasaan yang sama terhadap dirinya, hancur menjadi debu ketika itu juga. Dia sahaja yang tidak sedar diri dan Encik Azlan dengannya selama ini macam enggang dan pipit.

Semestinya mereka adalah sepasang kekasih. Mereka nampak begitu mesra, berjalan berpimpinan tangan. Melihat raut muka gadis tersebut, Ita sudah dapat mengagak, gadis ini berketurunan orang berada dan berpangkat. Ita segera mengawal ekspressi mukannya, walaupun hatinya rasa bagai dipulas-pulas. Dia berharap kekecewaannya tidak dapat dibaca oleh sesiapa pun. Dia memandang wajah Noni yang sugul. Dia tahu yang Noni tahu perasaan hatinya ketika itu. Ita menguntumkan senyum yang paling manis untuk semua, tetapi lesung pipit di pipinya nyata tidak hadir kerana senyumannya dipaksa.


Brahim memang sangat suka dan amat menghormati Encik Azlan. Azlan cuma tersenyum tawar dan mengangguk.

"Mari saya kenalkan." kata Brahim. "Ini Ita, En Azlan kenalkan dengan Ita."

menyebut nama Ita. Dia memandang wajah Azlan. Tetapi selamba sahaja, cuma gengamman sahaja yang makin kuat.

"Ini Noni dan Asri." Ita dan Noni menghulurkan tangan untuk berjabat dengan Sharifah Alawiyah.

"Ini Sharifah Alawiyah, Sherry." Kata Azlan ringkas. Genggaman tangannya pada tangan kiri Sharifah Alawiyah masih belum dilepaskan. Sharifah Alawiyah memberikan senyuman yang ikhlas kepada semua.

"Kami bercadang hendak tengok wayang kata Sharifah Alawiyah kepada semua."

Asri memandang wajahnya dari tadi tanpa berkelip-kelip.
"Care to join us." Sharifah Alawiyah mempelawa. Sekali lagi Sharifah Alawiyah terasa Azlan mencengkam tangannya.
"Oh kami sudah beli tiket wayang."Kata Asri. Dia rasa macam dalam filem gerak perlahan. Dia sedang tengelam dalam sinar mata Sharifah Alawiyah yang berwarna hitam gelap.
"Okay kalau macam tu. See you all." Kata Azlan dan terus berlalu dari situ. Kami belum beli tiket wayang lagi.
Azlan membawa Sharifah Alawiyah meninggalkan mereka dengan segera. Sharifah Alawiyah yang terpinga-pinga ditarik oleh Azlan, menoleh ke arah Asri dan melambaikan tangannya. Matanya tidak lepas memandang mereka yang berempat tadi. Seribu pertanyaan bermain di kepalanya. Mereka berempat terpinga-pinga ditinggalkan begitu sahaja. Noni begitu kesihan dengan Ita.
Ita pula sedang cuba melawan perasaan kecewanya. Asri masih lagi tengelam terkapai-kapai kelemasan dengan panahan mata Sharifah Alawiyah dan Brahim pula pelik kenapa Azlan tidak mahu bercakap panjang dan meninggalkan mereka begitu sahaja.

Category: 1 comments