Prolog
Perpustakaan Fakulti Kejuruteraan penuh sesak dengan pelajar. Pelajar-pelajar yang baru mendaftar bagi kemasukan bulan September memenuhi ruang perpustakaan untuk membuat kad perpustakaan atau membuat rujukan. Begitulah keadaan semua pelajar di awal semester. Masing-masing berebut untuk mendapatkan bahan rujukan yang di nyatakan oleh pensyarah.
Semangat belajar berkobar-kobar di dada semua pelajar. Bilik komputer perpustakaan juga penuh sesak. Pelajar mesti datang awal untuk mendapatkan tempat bagi menggunakan komputer. Seperti biasa sejak awal-awal lagi Ita sudah berada di Perpustakaan. Dia ingin menggunakan komputer yang disediakan di Perpustakaan. Inilah yang menjadi kebiasaannya setiap hari. Dia ingin mendapatkan ke semua berita terlebih dahulu sebelum memulakan kerja-kerja lain. Ita terus membuka halaman bernama.com untuk membaca berita mengenai Malaysia.
Tiba-tiba sahaja dia merasa kedinginan menerpa tubuh Ita. Kini musim luruh sudah tiba. Keindahan musim luruh ingin dinikmati sepuasnya untuk diabadikan dalam kenangannya. Malahan semua keempat-empat musim yang ada di sini, Ita telah menikmatinya sepuas-puasnya. Semuanya Ita suka, Salji yang memutih, musim bunga yang dipenuhi dengan bunga cherry blossom, Musim panas yang tidak sepanas cuaca di Malaysia dan juga musim luruh yang memenuhi alam dengan keperangan.
Ita Cuma perlu menghabiskan satu semester lagi dan selepas itu dia akan pulang ke ke tanah air dengan dengan Ijazah Sarjana Kejuruteraannya, selepas tamat majlis konvokesyen nanti. Sudah empat tahun Ita menjejakkan kakinya di Portsmouth, United Kingdom. Inilah cita-cita yang disemai sejak di bangku sekolah lagi. Ita, anak yatim piatu dari Rumah Penyayang Darul Izzah. Ramai yang tidak sangka termasuk dirinya sendiri yang dia berjaya juga mencapai cita-citanya untuk menjejaki kakinya ke United Kingdom bagi mengejar cita-citanya. Mungkin tidak sukar bagi sesetengah orang, tetapi bagi Ita, ianya sesuatu yang hampir kepada mustahil.
Ita merenung kembali artikel dalam laman web yang dilayarinya dalam www.nst.com.my akhbar online dari Malaysia yang sedang memberi laporan tentang upacara belon panas yang menarik minat ramai penduduk Malaysia. Apa sahaja berita mengenai Putrajaya akan menarik perhatian Ita. Putrajaya, satu tempat yang telah mengambil tempat di hatinya. Ita sempat bekerja selama dua tahun di Putrajaya sebelum dia menyambung pengajiaany dia di UK. Putrajaya! Putrajaya mengingatkan semangat yang kental rakyat Malaysia dalam usaha meraih nama demi mencapai wawasan 2020.
Setiap kali Ita membaca atau menyaksikan berita mengenai sambutan yang di adakan di Putrajaya, seperti Pertandingan Bunga Api, Floria, Persidangan antarabangsa dan macam-macam lagi. Ita merasa bangga. Ita pernah mengikuti berita mengenai sambutan merdeka yang lalu melalui internet dia dapat merasakan perasaan bangganya kejayaan rakyat Malaysia. Acara gilang gemilang yang di adakan menyentuh perasaannya. Ita hendak sangat berada di situ bersama ribuan rakyat Malaysia meraikan sambutan kemerdekaan itu. Sebak dadanya sehingga tergenang air matanya. Melihat bouelevard yang jaraknya 4.2 kilometer itu penuhi dengan rakyat Malaysia yang menyertai perarakan kemerdekaan, membuat Ita terkenang waktu dia bekerja di sana.
Teringat olehnya semasa dia bekerja di kawasan itu, Kawasan yang dipenuhi dengan hutan kelapa sawit dan getah. Sesiapa yang pernah bekerja di situ mesti merasai apa yang dirasanya.
Pada Ita, Putrajaya merupakan suatu tempat yang istimewa dalam hatinya. Kenangan Bandar Putrajaya kian megamit-gamit perasaannya. Ita telah bekerja selama setahun tahun di Putrajaya sebelum dia menyambung pengajiannya dia di UK. Bandar Putrajaya, Bandar bestari, bandar dalam Taman mengingatkannya semangat yang kental rakyat Malaysia dalam usaha meraih nama demi mencapai wawasan 2020.
Ita masih mengingati perasaan bangganya menyaksikan sambutan kemerdekaan yang di adakan di boelevard Putrajaya dua bulan yang lalu. Semasa mengikuti beritanya melalu CNN dia dapat merasakan perasaan bangganya kejayaan rakyat Malaysia. Acara gilang gemilang yang di adakan menyentuh perasaannya. Kalau boleh Ita ingin berada bersama ribuan Malaysia meraikan sambuatn kemerdekaan itu. Sebak dadanya, tergenang air matanya boulevard sepanjang 4.2 km itu di penuhi dengan rakyat Malaysia yang menyertai perarakan kemerdekaan. Sesiapa yang pernah bekerja di situ mesti merasai apa yang dirasanya. Rasa bangga, megah dan terharu. Sejak akhir-akhir ini rakyat Malaysia berpeluang mempunyai rasa ini. Bangga menjadi rakyat Malaysia. Berdiri Megah dengan bangsa-bangsa lain. Terharu dengan kecekalan dan pencapaian diri sendiri.
Putrajya, mengingatkan dia kembali tasik buatan manusia yang indah dan permai. Kebiruan tasik menakjubkan ramai pengujung yang mengunjungi Putrajaya. Ita teringatkan jerihnya para pemaju membuat tasik buatan tersebut yang pada mulanya meruapakn hanya sebatang sungai kecil yang bernama Sungai Chuau. Saban hari pihak pemaju dan penguasa membuat pemeriksaan dan rondaan untuk memastikan para kontraktor yang menjalankan kerja-kerja pembangunan tidak mencemarkan tasik tersebut.
Putrajaya juga digelar Bandar Firdaus yang mengalir air di bawahnya. Kata-kata Ketua pengarah yang mengetuai perancangan Putrajaya masih terngiang-ngiang di cuping telinganya. Pada Ita, ia memang sebuah bandar Firdaus. Putrajaya akan mengingatkan saat-saat indah dan bahagia yang pernah merajai hatinya. Putrajaya tempat di mana dia jatuh cinta. Cinta pandang pertamanya. Putrajaya telah menjadi saksi janji-janji kasih yang diikat bersama. Seluruh pelosok Putrajaya telah mendengar cinta dan harapan di bina untuk kebahagian masa depan yang penuh makna. Tanyalah pada Jambatan yang tersergam indah, Tasik Putrajaya, Bangunan-bangunan indah dan juga Taman-taman yang menhijau yang menjadi saksi kepada janji-janji untuk sehidup semati.
Putrajaya juga di mana cintanya hancur lebur. Semunya punah, musnah, Azlan sudah bukan milikinya lagi....
Ita mengesat air matanya, yang sebelum ini tidak disedari telah mula mengalir. Mengingati Azlan akan membuat air matanya mengalir. Sudah sekian lama dia cuba melupakan Azlan tetapi dia tidak mampu mellakukannya. Sampai bila agaknya dia akan terus mengingati Azlan. Azlan, Azlan seperti telah bersemadi di dalam jantungnya, setiap kali jantung nya di pam , setiap kali itulah Azlan di kenangnya.
`Kak Ita,’ tiba-tiba namanya di panggil.
Ita cepat-cepat mengesat air matanya dan menoleh, cuba mengukir senyum di bibirnya.
“Melengunglah lagi tu.” Tegur Hanim.
Hanim, tiga tahun muda dari dirinya. Tetapi mereka merupakan rakan sekuliah dan duduk di Hall yang sama, iaitu Bateson Hall. Sejak belajar di University Portsmouth persahabatan mereka menjadi sungguh akrab.
“Apa lagi yang Kak Ita menungkan ni.’
`Tidak ada apa-apa Nim. Akak cuma membaca berita pasal kampong halaman.”
`Kenapa rindu kat kampung halaman ke?’
Ita cuma mengelengkan kepalanya. Hanim tidak mungkin faham kesayuaannya.
`Bukan lama sangat lagi Kak Ita. Tinggal satu semester sahaja lagi. Jun tahun depan kita balik le ke Malaysia."
Ita cuma tersenyum.
"Seronoklah Hanim nak balik tu. Buah hati sedang menunggu di Malaysia."
Giliran Hanim pulak tersenyum sahaja.
"Bila nak melangsung perkawinan ni?"
"Entahlah Kak Ita, Balik nanti bincang dulu. Hanim nak cari kerja dulu. Baru nak kawin."
"Ikut suka hati kaulah Hanim. Tapi jangan tunggu lama-lama nanti melepas."
"Takkan lari gunung di kejar Kak Ita. Kak ita nak buat apa lepas ni?"
"Kak Ita pun tak tahu lagi Hanim. Akak bukan ada keluarga yang menunggu di Malaysia."
"Habis tu akak nak terus tinggal sini ke?"
"Sebenarnya akak pun belum pasti. Rasa nak balik Malaysia tetapi nak jumpa siapa?" Tetapi dalam hatinya dia terfikirkan Azlan. Azlan mungkin sudah mempunyai anak sekarang ni.
"Akak fikirlah dulu."
"Baik kita lupakan pasal tu semua. Kita tumpukan dengan exam dan project paper kita ni dulu okay." Pujuk Hanim.
"Pandailah kau Hanim." Kata Ita.
Hanim ketawa. Memang kalau boleh dia hendak abangnya dan kak Ita di temukan. Hanim memang sayang dengan Ita. Selama hampir dua tahun di perantauan, susah senang mereka bersama. Hanim sudah faham benar hati budi Ita.
"Tadi Kak Ita kata nak pergi jalan-jalan dekat tepi pantai."
"Nak pergilah ni. Kak Ita sudah habis baca berita ni, kita pergilah."
Setelah log off, Ita pun memakai jaketnya dan keluar dari perpustakaan bersama Hanim. Mereka berjalan menuju ke persisiran pantai untuk mengambil udara segar.
Portsmouth adalah sebuah bandar perairan pantai yang terletak di bahagian selatan. Sebuah Bandar yang hidup and penuh dengan cirri-ciri sejarah. Ita rasakan pilihannya untuk belajar di Portsmouth memang bersesuaian sekali untuk dia. University Portsmouth terletak di dalam Bandar dan juga berhampiran dengan persisiran pantai. Pantai sepanjang empat kilometer itu menjadi tempat kunjungan pelajar untuk melepaskan penat lelah belajar. Tidak ketinggalan juga terdapat kompleks membeli belah yang besar seperti Gunwharf Quay, yang merupakan tempat membeli belah dan juga tempat mengdapat hiburan. Terdapat pelabuhan feri yang berkhidmat menyeberangi terusan Inggeris ke Perancis dan Sepanyol atau ke pulau-pulau Channel.
Selama empat tahun di sini Ita telah mengambil peluang untuk merasai semuanya. Dia tidak mahu ketingalan satu peluang mendapat pengalaman baru. Ita betul-betul memanfaatkan kehidupannya di sini, Bila tiba musim cuti, dia akan mencari peluang untuk bekerja sementara, tidak kira kerja apa pun, mengutip kedai dan strawberry atau asparagus di ladang, berkerja sebagai perpustakawan sambilan, pembantu kedai dan lain-lain lagi. Duit dari hasil kerja, Ita gunakan untu menampung pelajarannya dan juga sedikit untuk dia melawat tempat lain di UK, Perancis, Sepanyol dan lain-lain lagi sewaktu cuti.
Hari ini begitu cerah, matahari menunjukkan sinarnya. Nampaknya mungkin ramai akan berkunjung ke tepi pantai. Begitulah kesempatan yang akan di ambil oleh penduduk di kawasan temprate, yang begitu menghargai kehadiran sang matahari. Ita dan Hanim melupakan sebentar masalah yang mereka hadapi, mereka menikmati keindahan hari ini bersama-sama pengunjung-pengunjung pantai yang lain, menikmati sinar matahari yang gagah menunjukkan sinarnya, walaupun untuk sementara waktu, sebelum musim sejuk berkunjung dan matahari akan bersembunyi diri.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment