Kasih, Relakan Ku Pergi 1



Bab 1

Ita membuka pintu pejabatnya, lantas menekan suis lampu dan penghawa dingin. Dia memandang sekeliling pejabat tempat dia bekerja. Sudah hampir setahun Ita bekerja di kawasan projek pembinaan Bangunan pejabat di Putrajaya ini. Keadaan pejabat ini sungguh semak. Beginilah keadaan pejabat kontraktor binaan, Pelan-pelan rekabentuk projek yang bergulung-gulung berselerak di semua tempat. Meja-meja tempat mereka bekerja bersusun rapat-rapat kerana ruang pejabat tidak begitu luas. Pejabat kontraktor bukanlah satu pejabat yang begitu selesa untuk bekerja. Tetapi demi mencari rezeki, semua keadaan tidak selesa ini menjadi soal nombor dua kepada mereka yang bekerja di sini. Bukan sahaja keadaan pejabat yang sempit dan semak, kadang-kala bila tiba musim kering, selaput debu merah akan melekat di seluruh pejabat. Debu merah akan menyelaputi kerusi dan meja kerjanya. Sampai mukanya juga akan terasa melekit-lekit akibat di diselaputi debu merah.


Ita mengambil sehelai tuala good morning, pergi ke pantri dan membasahkannya dengan air paip. Kemudian dia lapkan seluruh permukaan meja dan kerusinya sehingga terasa bersih sedikit. Kemudian Ita masuk ke dalam pejabat Pengurus Projek dan mengelap meja dan kerusi ketuanya. Ita mengemas bilik itu sementara orang lain belum tiba lagi.


Selalunya dia dan kawan-kawan yang mengikut Van akan sampai ke pejabat paling awal sekali. Setelah hampir pukul sembilan, baru orang lain mula masuk ke pejabat ini. Kawan-kawannya yang lain di lihatnya sudah mula duduk dan memulakan kerja masing-masing. Tidak ramai pekerja perempuan yang bertugas di pejabat tapak perbinaan ini. Tempat kerja seperti ini sering didominansi oleh pekerja lelaki. Kebanyakan pekerja perempuan bekerja di Ibu pejabat, yang terletak di Kuala Lumpur. Ita pula hanya seorang pekerja kontrak yang bertugas sebagai kakitangan tapak bina dan bukan kakitangan di Ibu pejabat. Ita tidak pernah pun menjejakkan kakinya ke ibu Pejabat, Usaha Holdings.

Walaupun hanya bekerja sebagai pekerja kontrak, Ita tetap bersyukur mendapat pekerjaan yang dijawatnya sekarang. Selepas tamat pengajian di Politeknik, dia terus membuat permohonan untuk bekerja sebagai kerani di pejabat tapak pembinaan Usaha Holdings. Bagi Ita ini adalah pekerjaan buat sementara waktu, sebelum dia mendapat pekerjaan lain yang besesuaian dengan Diploma yang dipegangnya.

Ita bertubuh langsing, mempunyai dua biji lesung pipit yang menghiasi pipinya yang putih dan gebu. Bibirnya yang kaya dengan senyuman merah walaupun tanpa di gincu. Matanya besar dan bulat. Mukanya yang cantik nampak seperti seorang yang nakal. Hidungnya tidak terlalu mancung tetapi cukup mecantikkan wajahnya.

Rambutnya pendek di potong dengan gaya `page boy’ . Itu pun kerana kawannya Noni yang mencadangkan dia mengenakan fesyen rambut seperti ini. Kalau ikutkan Ita, dia bukan pandai sangat bergaya. Tetapi dengan gaya potongan rambut tersebut bukan membuatkan dia nampak seperti `tom boy', malahan lebih menyerlah kewanitaannya. Wajahnya mengembirakan sesiapa yang memandangnya

Semenjak kecil lagi Ita telah tinggal di Rumah Penyayang Darul Izzah, rumah untuk kanak-kanak yatim piatu. Cerita tentang ibu bapanya pun dia tidak dapat gambaran sepenuhnya. Cuma mereka berdua sudah meninggal dunia dan oleh kerana tidak mempunyai keluarga terdekat yang mampu menjaganya. Ita di serahkan kepada rumah anak yatim. Ita tidak pernah mengenali kehidupan lain selain daripada kehidupan di rumah anak yatim tersebut. Ita juga jarang memikirkan dirinya bernasib malang, kerana dia tidak pernah mengenali kasih sayang itu semua.

`What you don’t have, you never miss.’ Itu moto hidupnya.

Ita merupakan seorang gadis yang periang dan sungguh kaya dengan senyuman. Semasa di rumah anak yatim itu, dia disenangi oleh kakak penjaga dan juga menjadi penghibur terutama kepada adik-adik yang baru datang.

Nasibnya baik setelah tamat pengajian di Tingkatan Lima, permohonan untuk memasuki politeknik telah di terima. Memandangkan umurnya yang hampir mencecah 18 tahun, Ita memang terpaksa keluar mencari kehidupannya sendiri setelah 18 tahun tumpang kehidupannya di Rumah Penyayang Darul Izzah.

Semasa di Politeknik, Sepang, Izzah sungguh gembira belajar dengan teman-teman, cita-citanya untuk menjadi seorang jurutera. Dia bercita-cita untuk meneruskan pengajian Kejuruteraan Awam setelah habis pengajian Diplomanya. Tetapi memandangkan dia mengalami masalah kewangan untuk melanjutkan pengjian, dia cuba-cuba untuk memohon pekerjaan terlebih dahulu.

Lagipun kini setelah berumur 21 tahun, Ita perlu menganggung dirinya sendiri. Lantas apabila dia mendengar dari kawannya terdapat kekosongan di tapak projek Usaha Holdings di Putrajaya, dia tidak membuang masa untuk memohon pekerjaan tersebut. Ita hanya di tawarkan jawatan kerani tetapi dia sudah cukup gembira. Gajinya yang kecil itu cukup untuk menampung makan minum dan tempat tinggalnya seorang. Lebih daripada itu, Ita mula menabung untuk tujuan melanjutkan pelajarannya.

Walau pun dia mempunyai kelulusan yang lebih tinggi, tetapi Ita tetap bersyukur dengan pekerjaannyaan sekarang. Sekarang ini bukan mudah untuk mendapat pekerjaan yang sesuai. Keadaan ekonomi yang tidak menentu

Buat masa ini impian untuk menjadi jurutera kelihatan begitu jauh dan mustahil untuk di capai, tetapi cita-citanya tidak pernah padam. Macamana pun Ita berazam, pada satu hari nanti Ita akan dapat menyambung pelajarannya ke peringkat Sarjana Muda. Bukan itu sahaja, cita-citanya ialah untuk belajar di United Kingdom. Ramai rakan-rakannya yang berkemampuan telah menyambung pengajian mereka ke seberang laut. Itu jugalah cita-cita. Cita-cita yang tidak pernah padam, Cita-cita Ita, si anak yatim piatu.

Ramai kawan-kawannya yang masih lagi mengagnggur. Tetapi mereka mungkin tidak begitu terdesak seperti Ita. Mereka masih mempunyai emak, ayah atau saudara lain yang boleh menanggung mereka belajar. Tidak sekali-sekali bagi diri Ita. Dia hanya mempunyai dirinya sendiri, tidak ada sesiapa yang boleh membantu dirinya.

Ita berharap, ia akan mendapat tawaran untuk menjawat jawatan penyelia atau jurutera di pejabatnya itu satu hari nanti. Begitulah yang di janjikan oleh Encik Berahim semasa Ita memohon jawatan kerani pada masa dulu. Dengan itu, dia akan dapat lebih wang, boleh dia kumpul untuk menyambung pelajarannya nanti.

Tetapi sehingga sekarang masih belum terdapat kekosongan untuk kedua-dua jawatan tersebut. Walau bagaimanapun Ita tetap seronok dengan kerjanya di sini. Dia didedahkan dengan banyak perkara tentang industri pembinaan, sesuai dengan kelulusannya sekarang. Lagipun bila bekerja dengan kontraktor yang terlibat dengan pembinaan seperti sekarang ini, Ita berpeluang menimba ilmu, terutama dalam bidang kejuruteraan awam.

Bagi Ita bila dapat bekerja di kawasan Putrajaya sudah menjadi satu kejayaan padanya. Pada masa sekolah lagi, semasa mula-mula membaca tentang aspirasi Tun Dr. Mahathir tentang Putrajaya, Ita bercita-cita hendak bekerja di Putrajaya. Ketika sedang belajar juga, sudah mula mengenal Putrajaya. Habis semua bacaaan tentang Putrajaya di geledahnya di dalam perpustakaan dan di internet. Menjadi sebahagian daripada tenaga kerja pembangunan Putrajaya merupakan impiannya yang menjadi kenyataan. Walaupun dengan hanya bertugas sebagai kerani. Dia berasa bangga dapat menyumbang tenaganya dalam projek mega kebanggaan negara ini.

Setelah pekerja lain mula masuk bekerja, Ita segera memasak air untuk minuman pagi pekerja-pekerja di situ. Setelah membancuh secerek teh dan kopi, Ita segera membawa secawan kopi untuk ketuanya yang baru sahaja masuk ke pejabat.

Pengurus projek, Encik Berahim itu tidak langsung mengangkat mukanya daripada membaca blue print semasa Ita meletakkan minumannya di atas mejanya. Ita tidak kisah dengan perangainya itu. Dia memang begitu. Sentiasa serious dengan tugasnya. Ita kembali ke tempat duduknya. Dia mula menaipkan surat seperti mana yang di arahkan oleh Encik Berahim semalam. Kalau lambat siap, nanti En Berahim akan mula menyinga. Pengurus projek ini garang orangnya.


Di luar sana keadaan begitu terik. Kadang-kala apabila ada kenderaan yang lalu di atas jalan tanah merah itu, debu akan berterbangan. Kawasan tapak pembinaan ini memang satu kawasan yang lasak. Sekali-sekala, lori pembasah jalan akan membasahkan jalan bertanah merah untuk mengurangkan debu tersebut, tetapi dalam keadaan panas yang terik, kadang-kadang membuatkan jalan-jalan tersebut kering semula dengan segara walaupun baru sahaja di basahi oleh lori pembasah jalan.

Pekerja-pekerja kontrak kebanyakannya terdiri daripada pekerja indonesia. Seramai 400 orang pekerja indonesia yang telah di bawa masuk untuk menjalankan projek pembangunan ini. Setiap pagi beberapa buah bas kilang berwarna biru datang menghantar mereka masuk ke dalam tapak pembinaan. Selepas harian bekerja, pada waktu petang bas yang sama akan membawa mereka pulang ke kawasan perumahan yang disediakan oleh syarikat untuk penginapan pekerja.

Kalau dilihat di sekitar kawasan pembinaan Putrajaya, tidak terdapat rumah-rumah kongsi yang sebagaimana yang boleh di lihat di tempat pembinaan yang lain. Ini adalah kerana kawalan ketat daripada pihak pemaju dan juga penguasa untuk memastikan bahawa kawasan pembangunan Putrajaya sentiasa bersih dan terkawal. Setiap aktiviti mesti dilakukan di tempat yang betul, tempat makan di kantin yang sesuai, tempat rehat, tempat membuang air, membuang sampah dan macam-macam lagi. Semuanya di sini agak ketat kawalannya. Setiap minggu penguasa akan datang untuk memeriksa kualiti alam sekitar, tasik kantin dan makanan, yang di sediakan untuk pekerja.

Projek pembangunan di Putrajaya yang merangkumi lebih dari 4000 hektar ini menggunakan banyak tenaga kerja dari Indonesia. Tetapi sejak krisis pendatang Indonesia yang melanda, kini ramai pekerja pekerja binaan yang di ambil daripada Bangladesh, Thailand dan Myammar, bagi menampung kekurangan pekerja binaan. Kalau tidak, pembangunan pesat yang sedang berjalan di sini akan tergendala. Semuanya sedang mengejar masa yang telah diperuntukkan untuk menyiapkan bandar bestari ini. Daripada hasil bacaan Ita, fasa satu Putrajaya telah siap sempurnanya. Kini fasa dua Putrajaya sedang giat di bangunkan.

Sepanjang pagi Ita tekun menjalankan tugasnya. Memang tugasnya bukanlah sepenting mana, seperti tugas-tugas jurutera dan pengurus projek, kecil sahaja fungsinya di sini tetapi dia tetap berbangga menjadi sebahagian daripada pekerja yang membangunkan Putrajaya, yang merupakan satu aspirasi negara;.

Menjelang pukul, 5.30 Ita cepat-cepat mengemaskan tempat kerjanya. Dia melihat sekeliling, kebanyak pekerja telah pulang, cuma tinggal pekerja yang akan balik dengan van yang masih lagi menunggu untuk pulang. Walau bagaimanapun, di luar sana, pekerja binaan masih meneruskan kerja mereka sehingga malam, kerana banyak kerja-kerja pengkonkritan harus di habiskan.

Van yang membawa mereka keluar dari tapak pembinaan Putrajaya, terhenjut-henjut merentasi jalan yang tidak bertar. Pada mula-mula dahulu, sakit-sakit badan Ita dibuatnya apabila menempuh perjalanan sedemikian rupa. Kini dia sudah biasa dengan keadaan lasak seperti itu. Kebanyakan pekerja menggunakan pacuan empat roda untuk memasuki kawasan penbinaann ini. Ita tetap bersyukur kerana syarikatnya telah menyediakan kemudahan pengangkutan untuk mereka masuk ke kawasan tapak pembinaan ini. Jika kena menggunakan kenderaan sendiri, dia sememang tidak mampu.

Tempat kerja mereka jauh masuk ke dalam kawasan Pembangunan Putrajaya. Buat masa ini, tidak ada jalan yang betul-betiul baik dan sempurna untuk sampai ke tempat dia bekerja. Kalau Ita terlepas van ini, dia memang tidak dapat datang bekerja. Oleh yang demikian, Ita sangat berhati-hati tentang ketepatan masa dia bekerja.

Ita menyewa sebuah rumah kampung dengan 3 lagi rakannya di Kampung Abu Bakar Baginda. Penduduk kampung ini banyak mendapt kesan sampingan daripada pembangunan Putrajaya, seperti kesan sosio ekonomi positif diraih oleh penduduk kampung.
Kedai-kedai maakan tumbuh di sepajang jalan menunju ke Putrajaya macam cendawan tumbuh selepas hujan. Tidak kurang kedai-kedai lain, seperti kedai gambar, kedai hardware, kedai photostat dan tempat mencuci kerfeta. Kampung Abu Bakar Baginda kini bertukar wajah.

Harga tanah kini melambung tinggi. Pada masa yang banyak rumah-rumah sewa di bina kini kerana banyak permintaan untuk rumah sewa bagi pekerjab-pekerja yang bekerja di kawsaan Putrajaya. Tuan-tuan tanah di sekitar kampung ini ramai yang membina beberapa buah rumah sewa di hadapan rumah atau di tanah-tanah kepunyaan mereka.

Kalau bukan pekerja tempatan, pekerja asing pun di terima juga. Ini menimbulkankan ketidak selesaan di kalangan penduduk lain. Kawasan kampung yang dahulunya aman dan damai, kini sesak dengan kenderaan yang lalu lintas. Yang membimbangkan penduduk kampung ialah kenderaan berat kini kian banyak menggunakan jalan kampung ini. Demikianlah jika ada kesan positif, kesan sampingan yang negatif akan ada juga.

Ita menyewa rumah kepunyaan Wak Mat di kampung itu. Terdapat 4 buah rumah semuanya dalam satu deretan. Wak Mat pula menduduki sebuah rumah lain yang lebih besar di belakang deretan rumah sewa tersebut.

Rumahnya yang disewanya mempunyai dua bilik. Di dalam rumah itu ada empat orang penyewa yang berkongsi membayar sewa sebanyak RM400.00 Ita tinggal bersama dengan dua daripada rakan mereka yang bekerja di kilang Sony Bangi dan Noni yang bekerja satu pejabat dengannya.

Ayu dan Siti, kedua-dua berasal dari negeri Perak, sudah dua tahun mereka bekerja di Kilang Sony Bangi. Pada mula-mula dahulu mereka tinggal di Asrama Sony di Bangi, tetapi jemu dengan undang-undang ketat yang di kenakan oleh pihak asrama. Kini mereka menyewa rumah Wak Mat.

Ita dan Noni serasi tinggal bersama sebilik. Noni seorang gadis yang begitu manis dan lembut berasal dari Melaka. Noni juga tekun bekerja, mencari duit untuk menolong ibu bapanya

“Aku orang susah Ita. Aku bekerja untuk tanggung adik-adik aku belajar. Aku bukan boleh enjoy sakan bila dapat duit. Lainlah macam kau, tidak ada apa-apa tanggungan.’’

“Kau tak tahu Noni, kalaulah aku boleh tukar tempat dengan kau, aku hendak tukar. Aku ni sebatang kara, Noni. Hidup aku untuk siapa? Aku, kalau kena kerja nak tanggung emak dan bapa aku lagi seronok. Noni.”

“ Iye ke macam tu?”

“Sekurang-kurangnya kau ada matlamat untuk membantu emak bapa kau. Kau patut bersyukur. Aku ni entahlah Noni. Memang tak ada tanggungan, tapi..kalaulah kau tahu..bertapa sunyinya hidup aku Noni.”

Ita terasa sedih. Noni pun menjadi sedih mendengar kata Ita. Selama ini dia begitu jarang bersyukur dengan kehadiran emak, bapa dan adik-adik. Melihat kesedihan Ita buat dia insaf.

“Duit tu pun aku simpan untuk sambung belajar. Aku ni tak punya sesiapa lagi dalam dunia ini. Tetapi aku nak buktikan kepada diri aku sendiri yang anak yatim piatu macam aku ni pun boleh menjejakikan kakinya ke luar negara. Memang sudah menjadi cita-cita aku hendak ke UK. Macamana aku tak tahu. Tapi aku yakin aku akan dapat cari jalan juga.”

“Aku juga dapat rasayang kau akan dapat juga apa yang kau inginkan Ita. Okay Ita,, jangan sedih . Jom kita pergi kat gerai depan tu, aku belanja kau makan tom yam.”

“Okay. Kalau kau nak belanja, anytime..”

Ita ikut sahaja.Perutnya sudah terasa lapar. Malam ni mereka bercadang untuk tidak masak apa-apa kerana sudah penat bekerja hari ini.

0 comments: