Kasih, Relakan Ku Pergi 2

Bab 2

Hari ini keadaan di tapak bina begitu panas, walaupun sekarang baru pukul sepuluh pagi. Sudah beberapa hari, keadaan sekeliling begitu kering sekali. Tambahan pula lori hantu yang banyak lalu-lalang membuat keadaan menjadi sangat berdebu.

“Macam dalam desert storm,” ujar Ita sambil menutup mulut dan hidungnya dengan tangannya.

“ Bukan kat Iraq aje ada Desert Storm, dekat sini pun ada juga,” sahut Noni. Ita dan Noni baru balik dari kantin tetapi tidak membeli apa-apa makanan melihatkan keadaan yang terlalu berdedu. Mereka cuma membeli dua tin minuman 100 plus untuk membasahkan tekak mereka. Setelah itu mereka kembali ke pejabat untuk bekerja. Tidak lama kemudian Encik Brahim masuk ke dalam pejabatnya dan meluru ke biliknya, dia ikuti oleh seorang sub-kontraktor berbangsa Cina..

Dia menghempas fail-fail yang di bawanya ke atas meja. Semua yang berada di dalam pejabat terkejut mendengar bunyi yang kuat, lantas memandang antara satu sama lain. Semua menikus, nampaknya boss begitu marah hari ini. Habislah satu hari ini semua akan kena marah. Encik Brahim memang begitu, kalau sudah naik angin semua akan jadi mangsa kemarahannya sepanjang hari ini. Sudahlah sekarang ini baru sahaja pukul sepuluh pagi lebih. Masa yang masih panjang lagi untuk hari ini berakhir dengan selamat. Selagi belum berakhir hari ini, selagi itulah mereka akan terdedah kepada kemarahannya.

Muka Brahim merah padam menahan marah. “Kenapa you buat macam ni. I told you, you should check the standard with the client punya requirements.” Dia menengking sub-kontraktor Cina tersebut.

“Sekarang ini kan sudah susah.. Kena Hack balik?”

“Nanti sabar Boss, sabar,” kata sub-kontraktor tersebut.

“Yang kita guna pun match up dengan standard. Konsultant yang bagi jaminan. Ok punya”

Brahim memandang sub-kontraktor dengan lebih marah lagi. Mereka di luar yang sudah biasa dengan dia, tahu yang dia akan mengamuk selepas mendengar kata-kata sub-kontraktor Cina yang mengambil mudah sahaja masalah yang sedang mereka hadapi sekarang. Mereka menunggu sahaja Encik Brahim menengking sub kontraktor tersebut. Suasana di dalam pejabat suci sepi.

Brahim sudah tahu semua kakitangannya sedang menikus menunggu dia mengamuk besar. Tetapi kali ini dia tidak boleh bersabar dengan tindakan sub-kontraktor ini. Dia pelu mengambil tindakan. Dia mesti nyatakan pendiriannya ke atas apa yang telah sub-kontraktor itu lakukan. Brahim lantas bangun dan menutup pintu biliknya, Mereka yang di luar tidak lagi mendengar perbualan Brahim dengan kontraktor seterusnya. Tetapi mereka boleh nampak dari pintu kaca bilik Brahim, yang dia sedang memarahi kontraktor tersebut. Muka sub kontraktor tersebut merah padam di tengking oleh Brahim. Nasib baik mereka di luar tidak dapat mendengarnya. Naik takut dibuatnya melihat Brahim mengamuk. Nasib baik bukan mereka yang di dalam bilik itu.

Ita dan Noni cuma memandang antara satu sama lain.

“Noni, buah hati kau sudah marah Noni.” Usik Ita.

“Buah hati aku, kata kau. Eiiii! takut aku. Buah hati kau le.”

“Aku pulak. Heh! tak mahu aku, tengok dia, takut aku. Kau pergilah pujuk dia , nanti sejuk hati dia.”

“Minta maaf banyak-banyak, nanti aku kena marah free.” Kata Noni lagi.

Mereka selalu menyaksikan kemarahan Brahim, sejak akhir-akhir ini. Dalam keadaan begini jangan cari pasal dengan Brahim. Memang patut agaknya sub-kontraktor itu tadi kena marah, sebab buat tidak kisah untuk menepati kualiti yang dikehendaki.

“ Kau lah pergi pujuk Encik Brahim tu.”

“ Hee Hee… Sorry… Garang macam harimau. Ngaum! “ kata Ita, suka mengusik Noni,

Ita suka mengusik kerana Noni selalu ketawa sampai mengekek-ngekek dengan jenaka dia.
Tetapi Noni tidak pun ketawa dengan usikan Ita kali ini. Tiba-tiba sahaja Noni sahaja diam dan membatu diri. Ita pun pelik, dia memandang Noni yang tidak lagi memandang dirinya tetapi tiba-tiba sahaja seperti tekun buat kerja.

Kemudian baru Ita perasan ada seseorang di sebelahnya. Encik Brahim! Encik Brahim sedang memandang tepat ke wajah Ita. Mukanya kelihatan sedang menahan marah.

“Awak mengata saya Harimau ye?” Tanya Encik Brahim.

Kecut perut Ita di buatnya. Dia Cuma tunduk dan mendiamkan dirinya. Sejuk tangannya, mengigil, menunggu di jerkah oleh Encik Brahim.

“Tak ada kerja lain ke kamu berdua ni?” soal Encik Brahim, sambil menjegilkan matanya.

“Masuk ke pejabat saya sekarang!” Arah En Brahim dengan tegas.

Ita bangun mengikut En Brahim di belakangnya. Dia kelihatan seperti budak kecil yang kena marah dengan guru besar, mengikut sahaja Encik Brahim masuk ke biliknya. Dia sempat memandang muka Noni yang hanya tersengeh melihatnya kena marah dengan Encik Brahim.

Di belakang Encik Berahim, Ita mengangkat tangannya dan memberi bahasa isyarat tangan.

“Nanti kau.” Mulutnya berkata tanpa suara. Noni hanya tersengeh panjang. Nasib dia begitu baik, Ita yang sedang bercakap semasa Encik Brahim keluar dari biliknya tadi. Kalau tidak mesti dia yang kena sergah dengan Encik Brahim tadi.

Di dalam bilik Brahim, Ita di arahkan untuk mengambil nota, untuk membuat surat. Ita duduk sambil menulis apa yang Berahim katakan. Surat itu nampaknya hendak menegur sikap acuh-acuh sub-kontraktor yang mengambil mudah tentang kualiti. Sekali sekala Brahim terdiam memikirkan susunan perkataan yang sesuai untuk suratnya itu.

Sambil itu Ita sempat mengkaji raut muka Encik Brahim. Kacak juga Encik Berahim ni. Macam hero hindustan, berhidung mancung, berkulit cerah, matanya dalam, dan berkelopak besar. Rambutnya yang kerinting kasar di potong pendek. Mukanya di penuhi dengan jambang menambahkan kacak wajahnya.

Mesti Encik Brahim ada darah keturunan India, kalau dilihat dari raut mukanya yang ala-ala hero Hindustan itu. Cuma mukanya terlalu serious. Kalau dia banyak tersenyum, lagi tampan dan bolehlah mereka cuba berbaik dengan dia. Sekarang ini hendak bercakap-cakap dengan Encik Brahim pun mereka takut. Apatah lagi kalau hendak bergurau, jauh sekali.

Sebagai pengurus projek bagi projek pembangunan yang besar begini, Brahim menanggung bebanan yang berat, untuk memastikan projek ini siap tetap pada masanya. Sekarang dia mempunyai masalah kualiti barang yang mereka telah gunakan. Kualiti adalah sangat penting dalam projek seperti ini. Brahim tidak mahu bila sudah siap nanti berlaku sesuatu yang tidak di ingini. Projek Bangunan Pejabat  akan menjadi satu lagi mecua tanda di sini. Dia kena menjalankan tanggungjawabnya dengan berhati-hati.

Mereka menjalankan kerja mereka secara berperingkat-peringkat, mula-mula mereka akan membuat kerja tanah, kemudian membina basement sedalam tiga tingkat, selepas itu baru mereka mula naik tingkat ke tingkat sehingga sepuluh tingkat.  Satu tugas yang bukan mudah.  Semua aspek pengawalan alam sekitar dan cirri-ciri keselamatan mesti di utamakan.



Ita tidak hairan kenapa Encik Brahim begitu serious dan garang orangnya. Dia mendapat tekanan daripada pihak pemaju, JKR, dan mempunyai banyak masalah dengan sub kontraktor yang selalu ingin mengambil untung dengan tidak memperdulikan kualiti dan juga keselamatan. Setiap hari ada sahaja masalah yang timbul. Dia pula kekurangan kakitangan dan Ita juga berpendapat dia juga kurang mendapat sokongan daripada Ibu Pejabat. Sepatutnya pihak pengurusan atasan juga kena hadirkan diri mereka di projek ini. Bukannya semuanya terletak atas bahu Encik Brahim seorang. Kesian betul Encik Brahim.

“Okay dapat semua? Siap?” Tiba-tiba Brahim menyergah Ita.

“Oh.. Su su…Sudah Encik Brahim.”

“ Pergi taipkan cepat.” Arah Brahim tegas.

Ita terus bangun untuk keluar dan menyiapkan surat itu. Lebih cepat lebih baik. Dia mesti bantu Encik Brahim, supaya sedikit sebanyak dapat meringankan bebanannya. Walaupun garang, pada Ita, En Brahim seorang yang baik.
Ita kurang selesa untuk duduk lama-lama di dalam bilik Brahim. Walaupun berhawa dingin, Brahim kerap kali merokok di dalam bilik ini. Mungkin disebabkan tugasnya yang berat membuatkan Brahim menjadi perokok tegar. Lagi lama Ita duduk dalam bilik itu, lagi kuat bau rokok melekat di bajunya.

“Macam aku pula yang hisap rokok. “ Merungut Ita di dalam hatinya.

“Taipkan surat ini dengan segera. Saya mahu surat ni keluar hari ini juga!”
Arah beliau lagi, sebaik sahaja Ita berada di luar biliknya. Ita mengangguk tanda faham dan terus ke meja untuk menaip surat di komputernya dengan tanpa banyak berlengah.

“Kau kena marah ke Ita?”

Noni bertanya, risau memikirkan tentang kawannya.

“Tak adalah.” Kata Ita.

Tangannya laju menaip, manakala matanya memandang nota yang dicatitkan tadi.

“Tapi kau hutang aku satu. Nanti kau kena balik”. Ugut Ita, pura-pura geram dengan Noni.

“Eh! Aku bukan tak nak bagi tahu. Tiba-tiba aje dia sudah tersembul di depan mata aku. Nak cakap apa lagi.”

“Tak pe, hari ini aku kena, tak pe.” Ugut Ita.

“Itulah Ita, kau selalu suka main-main. Kena kau kali ini. Aku tengok kau terkejut badak tadi.” Geli hati Noni ingatkan ekspresi muka Ita sebentar tadi.

“Macam nak gugur jantung aku tengok dia dah duduk kat sebelah aku tau. Nasib baik dia tak marah sangat.”

Ita pun hendak tergelak juga memikirkan apa yang berlaku tadi. Padam muka dia, suka sangat melawak dengan Noni. Noni seorang yang lurus dan baik. Ita suka mengusik Noni.

“Tapi dia tu marah-marah pun handsome kan Ita.”

“Handsome kata kau.”

“Macam muka hero hindustan.” Kata Noni.

“Ikut suka hati kau lah Noni. Jangan kau angau dengan dia sudah. Nanti kau yang frust, Siapa yang susah. Aku.....juga yang susah”

“Kau tak minat dia ke Ita.”

Ita mengelengkan kepalanya. Memang Encik Brahim boleh tahan kacak, tetapi bukan Ita punya citarasa. Kalau sekali sekala memandang Brahim tu, memang namapak segak orangnya, tambahan dengan pakaiannya baju Camel yang membuat dia nampak rugged, seluar khaki, kasut but dan helmet keselamatan, gambran lelaki lasak sebenar. Macam lelaki dalam iklan Malboro.  Tetapi ini tidak sedikit pun menarik perhatian Ita.

“Kalau macam tu, Ada le peluang aku nak tackle dia.”

“Silakan Noni.”

“ Eiii sukanya aku, kau betul-betul kawan baik.”

“ Eh Noni, kau ni macam betul-betul aje.”

“ Apa salahnya, kita berangan, untung-untung jadi kenyataan.” Kata Noni sambil sambil ketawa.

Ita juga ketawa sama mendengar harapan Noni tetapi dia ada kerja yang harus di siapkan segera.


“Suka, suka juga. Tapi engkau baik biar aku taip surat ini bagi habis. Karang buah hati kau sergah kita lagi baru kau tahu. “ kata Ita, serious semula untuk menghabiskan surat yang di minta oleh Encik Brahim.



“Ok, ok,ok” kata Noni kembali membuat kerjanya dan membiarkan Ita menghabiskan suratnya itu. Ita terus menjalankan kerjanya yang dikehendaki oleh Brahim. Takut menyinga pulak lagi Brahim nanti.

Brahim cuma memerhatikan kedua-dua gadis itu dari bilik pejabatnya. Geram betul dia mendengar mereka berdua sedang mengatakan tentang dirinya. Tetapi mungkin benar juga kata mereka. Brahim garang betul tadi. Semenjak akhir-akhir ini dia mengalami tekanan perasaan dengan bebanan kerjanya. Bermacam-macam masalah yang timbul. Tekanan daripada client, tekanan daripada pihak penguasa, tekanan daripada sub-kontraktor dan macam-macam lagi.

Dia memerlukan tenaga kerja lagi untuk menyelesaikan tugas nya di sini. Kalau dia tidak dapat menghabiskan projek ini tepat pada masanya, syarikatnya akan kerugian besar.  Brahim juga hendak projek ini berjaya. Projek yang merupakan aspirasi kerajaan dalam menuju ke wawasan 2020.

Dia memandang Ita yang sedang berkata sesuatu dengan Noni. Kemudian mereka sama-sama ketawa. Agaknya sedang mengata tentang dia dan mentertawakan dia. Geram dia tengok gelagat mereka berdua. Tetapi dia hendak gelak juga melihat Ita dan Noni yang menikus di sergah olehnya tadi. Padam muka mereka.

Antara kedua-dua yang mana satu yang cantik? Rasanya sama-sama cantik tetapi dalam keadaan yang berbeza.. Bila melihat wajah Ita dia terkenangkan wajah adiknya yang nakal. Wajah Ita juga iras-iras seperti Erin, begitu jugs kenakalannya. Cuma berbeza adalah lesung pipitnya di kedua-dua pipinya. Oleh kerana Ita sentiasa ceria, Lesung pipitnya selalu kelihatan..

“Happy go lucky.” Itu tangkapan Brahim tentang Ita. “Agaknya, tidak ada apa yang boleh memurungkan dia.” Kata Brahim dalam hatinya., dia sentiasa ceria dan cuba membuat orang lain juga rasa ceria sepanjang dia bekerja di sini.
Manakala Noni pula dilihatnya agak serious sikit. Dia bersifat lemah lembut. Mukanya manis, berambut panjang hingga ke bahu. Dia selalunya mengikut sahaja kerenah Ita.

Tapak pembangunan yang  lasak didominansikan  oleh kaum lelaki, memang tidak begitu sesuai untuk mereka.. Tetapi kehadiran mereka menyerikan kabin yang berada di tengah-tengah tapak pembangunan ini.
Brahim mengalehkan fikirannya ke kerjanya kembali. Dia tidak ada masa untuk di buang. Banyak lagi perkara yang harus dilakukannya. Petang ini ada mesyuarat dengan pemaju dan juga ketuanya dari Ibu Pejabat  akan turun ke tapak pembangunan ini juga. Ini yang buat dia gementar ni. Selalunya dalam mesyuarat seperti ini, macam-macam isu akan timbul. Kusut fikirannya. Dia mencapai sebatang rokok dan menyalakannya. Semenjak bekerja di projek ini, dia menjadi lebih kuat merokok. Rokok merupkan temannya yang paling rapat sekali. Dihembuskan rokok itu se dalam-dalamnya. Ketenangan menerpa dirinya, menemainya buat waktu ini.

2 comments:

Anonymous said...

try

nurul said...

awat name die brahim je..ahah