Kasih, Relakan Ku Pergi 13

Bab 13



Sudah hampir seminggu, Brahim sibuk menyuruh kontraktor menyiapkan bilik Encik Azlan. Noni dan Ita tidak pula tahu rancangan seterusnya di pejabat itu. Cuma mereka melihat sebuah bilik sedang di sediakan. Hari ini bilik yang terletak bersebelahan bilik Brahim telah siap. Bilik itu juga berhawa dingin dan nyata lebih besar. dan lebih cantik kemasannya.

“Bilik Abang Brahim ke tu Ita?” soal Noni.

“Bukan, bilik kau dan aku.” Ita mengusik Noni.

“Eh! Biar betul, Ita. Buat apa kita pulak hendak duduk dalam bilik tu. Ini mesti bilik orang yang berpangkat.”

“Tau tak pe…. Tak yah tanya lagi.”

“Jangan-jangan bilik untuk Encik Mahmud tak?”

“Eh, Non, merepeklah kau ni. Biarlah Encik Mahmud tu duduk dekat kabin dia. Dia selalu datang sini pun aku sudah meluat. Kau tengok Kak Nab tu, heh geli geleman aku tengok dia mengada-ngada bila Encik Mahmud ada di sini.”

“Eh! Kau tahu Ita, tadi pagi Aci ada cakap, nampak Kak Nab dengan En Mahmud berdua-duaan dalam pantri. Duduk rapat-rapat. Encik Mahmud sedang pegang-pegang Kak Nab. Bila Aci datang cepat-cepat dia tarik tangannya dan keluar dari situ. Encik Mahmud marah-marah dengan Aci.”

“Eh! Kau tengok naik bulu roma aku Non.” Ita menunjukkan bulu roma yang yang naik dilengannya. “Takut aku dengan orang tua tu. Sudahlah jangan cakap pasal orang tua tu.”

Ita takut dengan Encik Mahmud, Ita tidak beritahu Noni apa yang betul-betul terjadi di antara dia dengan Encik Mahmud. Biar dia sahaja yang takut, Ita tidak mahu Noni pun jadi takut. Sejak hari Encik Mahmud menyentuh tangannya, Encik Mahmud sering cakap sesuatu yang kurang manis dengan Ita, bila Ita sendirian.

"Ita, jom pergi belakang sana, kita enjoy sikit.”

“Astagfirullah, Encik Mahmud ni boleh jadi bapa saya!” Kenapa cakap macam tu.”

“Aleh  ..jual mahal konon. Kalau dah kena dengan aku, baru kau tahu.”

Bila teringatkan Encik Mahmud, Ita naik seram sejuk. Kenapa tiada siapa dari pihak pengurusan yang mengambil tindakan ke atas dia? Nasib baik dia tidak menganggu Noni, kalau tidak Ita akan buat aduan. Bagi diri dia, Ita rasa dia masih boleh tahan lagi dan boleh mempertahankan dirinya. Lagipun Ita tidak fikir Encik Mahmud akan betul-betul buat apa yang dia katakana, sebab dalam pejabat mereka ada Brahim.

Semenjak hari Ahad yang lalu, Brahim sering keluar makan dengan mereka bertiga. Brahim pun sudah tidak marah-marah lagi. Mungkin kini dia sudah bahagia. Hatinya sejuk memandang Noni. Ataupun setelah tahu Noni miliknya, bara apinya dalam hatinya sudah padam. Sekarang ini dia mudah tersenyum, terutama sekali melihat gelagat Ita dan Noni. Selalunya Ita yang nakal akan mengusik Noni yang lemah lembut.

Hari ini Noni mula mengenakan tudung kepala. Cantik dan manis pula melihat Noni bertudung. Hujung tudungnya di pin di bahu menutupi dadanya.

“Abang Brahim ke yang menyuruh kau bertudung begini?” Tanya Ita. Noni kelihatan lebih manis dan cantik bila bertudung begini.

“Bukan, memang sudah lama aku hendak pakai tudung, tapi sekarang ini nampaknya masa yang sesuai. Lagipun Abang Brahim galakkan aku pakai tudung, tapi dia tidak paksa. Lagipun menutup aurat ni perintah tuhan. Aku pakai bukan kerana Abang Brahim…Aku pun memang sebenarnya nak pakai tudung lengkap macam ni.” Terang Noni.

Ita cuma mengangguk. Hatinya gembira meilhat kebahagiaan Noni. Sekurang-kurang ada orang yang bahagia. Bagaimana dengan dirinya? Tidak mengapalah. Ita sudah biasa dengan derita. Dia tidak mahu derita membuatkan dirinya sedih. Kehidupan harus di teruskan. Selama ini pun dia tidak mempunyai sesiapa. Biarlah hatinya mencintai Azlan dari jauh. Dia tidak ganggu sesiapa.

“Kau bila pulak nak pakai tudung macam aku ni.” Tanya Noni.

“Macam kau kata tadi, tunggu masa yang sesuai.” Jawap Ita. Satu hari yang sesuai, dia akan memakai tudung juga seperti yang dituntut oleh ugama.

“Ita, Mari sini.” Tiba-tiba Brahim memanggil Ita dari pintu bilik yang baru siap itu. Ita segera banguna dan menghampiri Brahim.

“Kejap lagi boss baru akan masuk bilik ni. Abang hendak kau jaga kebersihan bilik ni, tiap-tiap pagi kemaskan bilik ni sebelum boss sampai. Lepas tu Ita mesti bawakan air minumannya setiap hari, okay.”

“Abang Brahim punya bilik macamana?” Tanya Ita

Brahim memandang Noni yang sedang tekun menaip.

“Oh!” kata Ita. “Okay! Ita faham.” Senyumnya melirik. Lesung pipitnya menari-nari di pipinya yang gebu. Brahim geram tengok muka Ita yang nakal. Dia teringatkan Ewin. Ingin di cuitnya hidung Ita. Tetapi dia tidak berbuat demikian. Dia sudah tersilap hari itu bila mencuit hidung. Nasib baik Ita tidak salah sangka dengan dirinya.

Setelah memastikan Ita tahu tugasnya itu, Brahim kemudian meninggalkan bilik tersebut dan keluar dari pejabat. Dia harus pergi ke pejabat pemaju kerana ada mesyuarat penting .

Ita yang tinggal di dalam bilik itu kemudiannya mengemas dan menyapu bilik tersebut. Dia kemudiannya mengambil good morning towel, di basahkan lalu dia mengelap meja dan kerusi empuk yang di sediakan. Keadaan bilik berdebu kerana kerja-kerja pengubahsuaian yang telah di jalankan. Setelah selesai mengelap, Ita menyusun kedudukan peralatan seperti computer dan telefon yang berada di dalam bilik tersebut. Buat masa ini tidak banyak barang yang terdapat di dalam bilik tersebut. Apabila boss baru datang , mungkin lebih banyak kertas dan fail di dalam bilik ini. Siapa agaknya, kemungkinan lebih besar daripada Abang Berahim? Agaknya Pengurus Projek Kanan? Ita sedang berfikir sendiri.

Harap-harap dia tidak merokok seperti abang Brahim. Kalau tidak berbaulah bilik ini. Sembur air freshener sepuluh botol pun tidak boleh menghilangkan bau busuk asap rokok..

Kemudiannya Ita kembali ke mejanya, pokok duit-duit yang menjalar di mejanya di potong dan di ambilnya sebiji mangkuk berkaca kecil dari pantri, Dia kemudiannya mengisi air paip dan meletakkan pokok tersebut di atas meja bos baru. Nampak lebih nyaman, bila ada sedikit sentuhan kehijauan dalam bilik itu.

Penghawa dingin di pasang oleh Ita untuk menghilang baru bahan kimia yang di gunakan dalam kerja-kerja mengecat bilik itu. Dia mengambil Haze air freshner dan menyemburkan di dalam bilik tersebut. Sekurang-kurang bos dia akan rasa selesa apabila datang nanti. Kemudain Ita duduk menyusun beberapa fail yang terdapat di bahagian bawah almari yang di letakkan di dalam bilik itu. Dia bercadang untuk membawa keluar sahaja fail-fail itu untuk di letakkan di dalam stor. Terbongkok-bongkok Ita mengangkat fail tersebut. Dia bangun dan menoleh tiba-tiba dia terkejut. Dia langsung menghempaskan fail yang di dokongnya itu.

“Encik Azlan! “

Azlan memerhatikan sahaja Ita terbongkok-bongkok mengangkat fail sejak tadi. Dia sengaja menunggu Ita menyedari kehadirannya. Walaupun hatinya sakit, dia masih lagi rindukan untuk memandang lesung pipit di pipi Ita. Sejuk rasanya mendengar Ita memanggil namanya.

“Maafkan saya. Tadi abang Brahim kata ada bos baru masuk bilik ni. Saya ingatkan siapa dia. Ini bilik Encik Azlan ke?”

Ita yang sudah panik meluahkan soalan macam peluru. Noni yang menyedari apa yang berlaku memerhatikan gelagat mereka dengan penuh minat dari luar bilik. Seronok dia tengok Ita kelam kabut bila Azlan ada bersama. Moga-moga ada sesuatu yang baik berlaku. Harap-harap Ita mendapat apa yang dia impikan.

Tetapi apa yang berlaku dalam bilik itu, bertentangan dengan apa yang Noni harapkan. Apa yang Azlan dengar cuma, Ita kini membahasakan Brahim sebagai Abang Brahim. Sakitnya hatinya ketika itu. Mereka sudah begitu rapat rupanya. Untuk menutup perasaan malunya, Azlan menegaskan suaranya. Ita tidak seharusnya tahu apa yang tersirat di dalam hatinya.

Saya sudah arahkan bilik ni mesti siap semalam lagi. Belum siap lagi ke? Pagi ni baru nak mengemas? Semalam kau orang buat apa?” Kata Azlan agak keras.

“Su… sudah siap, Encik Azlan. Saya cuma sapu-sapu sikit. sahaja.” Terkejut dengan suara keras Azlan. Kenapa dia macam marah sahaja. Ita ingat tentu dia gembira dengan keadaan bilik yang Ita telah kemaskan dari pagi tadi. Kegembiraannya bertemu Encik Azlan pagi-pagi inihilang begitu sahaja. Rupanya Encik Azlan tidak pulak rasa begitu. Mukanya mencuka sahaja. Entah apa kena dengan dia. Bergaduh dengan teman wanita dia agaknya?

"Okay! Kalau sudah siap. Sila keluar!” Kata Azlan kasar. Sebenarnya hatinya tercalar. Perasaan rindunya di ganti dengan sakit hati. Dia seorang sahaja yang begitu merindui Ita, manakala Ita dan Brahim sudah makin rapat. Tidak malukah dia merindui teman wanita orang lain? Mereka ini semua adalah kakitangan dia pulak tu.

Ita pun terkedu di marahi Azlan. Kalau ikutkan hati dia, ingin dia kelar dari situ dan buat tidak perduli dengan Azlan lagi. Tetapi dia ingat pesanan abang Brahim untuk bawakan Azlan air minuman. Di pintu bilik, dia menoleh kembali memandang kepada Azlan, rupanya Azlan sedang merenungnya tajam. Lidahnya kelu menerima panahan mata yang tajam dari Azlan.

“Aa..a Encik Azlan nak minum air apa?” Tanya Ita dengan lembut.

“Air… Milo.” Jawapnya ringkas, dia termalu kerana tidak menyangka Ita akan menoleh semula ke arahnya.

Dia sedang memerhatikan Ita dengan penuh perasaan rindu. Dia duduk di kerusinya dan terus tidak memperdulikan Ita. Tidak lama kemudian dia keluar dari bilik itu. Dia pun harus menghadiri mesyuarat sama yang di hadiri oleh Brahim.

Apabila Ita datang kembali, Encik Azlan sudah tiada di mejanya. Ita meletakkan sahaja air milo di meja Azlan dan pergi ke tempat duduknya. Dia pun agak pelik kenapa Azlan berkasar dengan dirinya. Sebelum ini Azlan sangat berlembut dengan dirinya. Apakah salahnya? Ita mencari-cari jawapannya. Noni memandang Ita sambil mengangkat bahunya. Noni pun tidak ada jawapan buat Ita.

Begitulah perangai Azlan semenjak dia mula menduduki pejabat barunya. Semua yang di buat Ita tidak begitu memuaskan dirinya. Ada aje yang membuat dia memanggil Ita untuk dia komen dan komplain. Dengan Noni, dia tidak begitu cerewet. Brahim pun dapat merasa perubahan diri Azlan. Azlan pun tidak berapa mesra dengannya. Mereka cuma berbincang hal projek sahaja. Azlan bukan seperti sebelum ini.

Ita merasakan dirinya sudah jatuh di timpa tangga, sudahlah dirinya hampa, Azlan sudah berpunya. Kini semenjak bekerja dalam satu pejabat, Azlan seperti tidak menyukai dirinya langsung. Walau bagaimanapun di hadapan semua orang Ita masih ceria seperti biasa. Cuma Noni yang rapatnya memahami apa yang sebenarnya bergolak di dalam hati Ita.

“Noni, Asri , aku rasa aku nak cari kerja lain.” Mereka sedang makan tengahari di medan selera Presint 8.

“Hah! Apa?” kata Noni, “Kau nak cari kerja apa?”

“Apa-apa lah Noni. Asri, kau mesti kenal dngan pengurus projek atau engineer projek lain di Putrajaya ni. Bangunan kerajaan yang lain ke. Projek jalanraya ke? Bukan ke banyak projek sedang berjalan, mesti dia orang hendak orang.”

"Kau nak minta kerja kerani atau penyelia.”

“Kalau boleh aku nak gunakan diploma yang aku pegang ni?”

“Diploma Civil Engineering kan?” soal Asri untuk mendapat kepastian.

“ Iye, aku rasa dapat site supervisor pun jadilah. Kat mana-mana, asalkan bukan di sini.”

“Kenapa Ita? Kau tidak suka dengan kami lagi ke?”

“Tidaklah, aku kena fikir masa depan aku juga.” Kata Ita sambil cuba tersenyum, hatinya sebak memikirkan kawan-kawannya yang hendak ditinggalnya tetapi demi masa depan dan juga ketenangan jiwanya, lebih baik dia pergi.

“Aku nak kumpul pengalaman.

“Sini tak ada pengalaman ke?”

Bukan seperti apa yang aku dilatih, lagipun nampaknya permohonan aku hendak minta jadi supervisor di sini pun tidak di layan oleh company ni.”

“Sabarlah dulu Ita, mungkin rezeki kau belum sampai lagi.”

Tidak mengapalah, aku juga perlu kumpulkan duit untuk sambung pengajiaan aku ke UK.”

“Kau ni tak habis-habis dengan pergi UK.”

“Kau lainlah Noni, keluarga kau ada. Sekarang ni sudah ada abang Brahim pulak tu. Kau pun tahu Noni, cita-cita aku untuk pergi belajar di UK tidak pernah padam.  Aku ni kalau tanpa cita-cita itu apa lagi yang aku ada?”

“Yeke itu alasan kau, sebab hendak pergi UK. Atau kau merajuk dengan Encik Azlan ke?”

“Heh Noni!” Ita mengerutkan keningnya dan mengelengkan kepalanya supaya Noni jangan teruskan kata-katanya lagi di depan Asri.

“Kenapa dengan Encik Azlan?” Asri tidak pernah tahu tentang isi hati Ita terhadap Encik Azlan.

“Tak adalah Asri, Ita rasa Encik Azlan tak berapa suka dengan dia.”

”Mana pulak Ita, kau ni terasa sendirlah. Takkanlah orang macam Encik Azlan tu nak kisah tentang ikan bilis macam kita ni. Lebih banyak lagi yang dia hendak fikirkan. Projek dia lagi, Mak we dia yang jelita dan anggun lagi.lagi baik dari fikirkan pasal ulat gonggok macam kau ... Aduh... Kenapa kau Non, tendang kaki aku?

Noni menyuruh Asri diam kerana melihat wajah Ita yang berubah serta-merta. Tetapi cepat-cepat Ita tutup perasaannya yang tersentuh itu dengan senyuman.

“Apa kau ni.” Rungut Asri sambil menggosok kakinya yang di tending oleh Noni..

Asri masih tidak faham. Dia betul-betul ingat Noni tidak sengaja menendang kakinya.

“Pakai tudung, orang ingat lemah lembut, tapi khaki tendang orang macam Beckham pulak.”

Dia merungut-rungut tidak habis-habis. “Sakit tau. Kalau abang Brahim tahu kau macam ni, dia cabut lari.”

“Asri, kau ada ke member tempat lain?” Ita tidak sabar lagi. Ita tidak mahu memperpanjangkan lagi hal Azlan.

“Ada memang ada, nanti aku tanya. Kau tak sayang nak tinggalkan kami lagi ke?”

Ita menung lagi, dia selalunya ceria, tetapi sekarang ni dia selalu bersedih. Dia tidak suka dirinya berkeadaan demikian. Ita bukan sifat Ita. Ita tidak boleh terus-terusan begini. Dia harus cari jalan keluar.

“Tolong aku Asri okay. Aku mesti buat sesuatu tentang kareer dan masa depan aku sekarang.

“Insya Allah, aku cuba nanti.” Janji Asri.

“Dan kau Non, jangan bagitahu apa-apa dengan Abang Brahim. “

Noni hanya mengangguk kepalanya.

2 comments:

JamilaIs said...

best best best
nk lagi!!!!

keSENGALan teserlah.. said...

uuuuuuuuu.....
kasi la azlan terserempak ngn noni n berahim ke..cian kat ita..
huu..smbung2..