Kasih, Relakan Ku Pergi 3

Bab 3


Noni dan Ita sibuk bersedia untuk mesyurat petang itu. Bilik yang sentiasa berselerak itu telah di sapu dan di kemaskan. Malahan bukan sahaja bilik mesyuarat, seluruh kawasan pejabat telah di kerah oleh Penyelia pentadbiran, Kak Nab, untuk dibersihkan.

Tingkap-tingkap yang berdebu, telah di lap bersih oleh pencuci pejabat. Makanan dan minuman untuk semua yang akan menghadiri mesyuarat juga telah tersedia di pantri. Setelah selesai menyediakan keperluan untuk mesyuarat petang itu, mereka pun keluar dan duduk di tempat masing-masing.
“Kenapa sibuk-sibuk ni . Selalu kita mesyuarat juga. Tetapi kenapa kali ini macam nak sambut menantu aje rupanya.” Kata Ita. Seluruh pejabat bersih betul. Kalau macam ni selalukan bagus.” Ita mengomel.

“Kau tengok Encik Brahim tu cukuplah. Handsome dia hari ini.” kata Noni, keluar dari tajuk perbincangan. Dia mencuri-curi pandang ke arah Brahim yang sedang tekun bekerja di dalam biliknya.
.
“Kau tu Noni, memang sudah minat Brahim, hari-hari kau pun akan kata dia handsome. Dia pakai apa pun kau kata dia handsome.”

Tetapi sebenarnya Ita pun akui memang hari ini, Berahim berpakaian lebih kemas dan kelihatan lebih segak. Rambut dan jambangnya di jaga rapi, Dia memakai pakaian formal dan mengenakan tali leher.

“Kalau cik, cik berdua nak tahu, hari ini ada mesyurat dengan client. GM dari head office akan turut serta.” Tiba-tiba pak cik Salam yang merupakan penyelia tapak bina mencelah. Pak cik Salam kesihan dia tengok kedua-dua kerani itu tidak tahu-menahu apa yang akan berlaku petang ini.

Mereka telah minta Pak Cik Salam belikan makanan untuk tengahari ini. Mereka sedar hari ini keadaan agak sibuk, jadi mereka tidak mahu pergi makan di luar. Takut nanti di cari Encik Brahim.

“Oh! Patutlah semua orang sibuk semacam aje. Nasib baik Pak Cik bagi tahu , kalau tidak kita orang tak tahu ape-ape pun.” Kata Ita.

“Semua orang akan datang nanti.” Pak cik Salam memberitahu. Pandai-pandai kau orang jaga diri. Big boss dari HQ akan datang, nanti dia tengok kau orang main-main je. Nanti…………...” Pak Cik Salam tidak menghabiskan kata-katanya tetapi mengangkat jarinya telunjuknya dan dilalukan di tenggoknya, macam potong leher, bererti, kena buang kerja.

“Ok, Pak cik. Takkan kami nak buat main-main, cari makan Pak cik.” Kata Ita, Noni juga turut mengangguk kepala, mengiyakan kata Ita.

“ Kalau ada ingat macam tu, bagus…” kata Pak cik Salam. “Pak cik pergi dulu,”

“Ok. Terima kasih Pak cik.”

Patutlah Brahim begitu cemas hari ini. Pengurus Besar dari Ibu Pejabat akan datang. Mesti ada perkara penting. Kalau tidak, mana pernah Pengurus Besar datang. Selalunya mesyuarat dengan pemaju, Encik Brahim yang menanganinya. Paling habis pun Pengurus Kanan yang bertanggung jawab akan datang.

Menjelang pukul dua petang, pihak yang terlibat mula menghadirkan diri ke pejabat mereka. Pihak pemaju yang terdiri daripada Pengurus Kanan dan Pasukan Pengurus dan Pihak Kontraktor dan pakar juru runding telah mula memenuhi ruang bilik mesyurat.

Asri, salah seorang dari jurutera bagi pihak Usaha Holdings masuk ke dalam pejabat dan terus melambai ke arah Ita dan Noni. Asri merupakan kawan baik mereka di pejabat ini. Mungkin kerana mereka dalam lingkungan umur yang hampir sama. Mereka berdua ada sebab lain berbaik dengan Asri, kerana Asri mempunyai kenderaan. Jadi kalau tengahari Asri yang selalu jadi mangsa untuk membawa mereka keluar makan atau tukang bawa balik nasi bungkus. Asri menghampiri mereka sambil tersenyum lebar. Sudah beberapa hari, mereka tidak berpeluang tidak berpeluang untuk berbual.

“Kenapa Asri? Macam nak ribut aje ni?”

“Big boss turun padang hari ini. Mana tak kelam kabut” jawab Asri sambil duduk di kerusi antara meja Ita dan Noni.

Dia suka berkawan dengan kedua-dua gadis ini. Kebanyakan mereka yang bekerja di sini sama ada pekerja Indonesia, sub-kontraktor Cina, orang-orang yang lebih tua atau orang yang garang macam Encik Brahim. Walaupun sebenarnya Berahim bukannya jauh beza umurnya dari Asri yang berumur dua puluh lima tahun itu. Kemungkinan lima tahun beza umur mereka. Tetapi sukar untuk mendekati orang seperti Brahim. Jadi Ita dan Noni orang yang paling sesuai untuk menjadi teman Asri. Lagipun mereka berdua, budak baik-baik yang bekerja keras untuk mencari rezeki.

“Kau orang makan di mana tadi. Sorilah aku nak cepat hari ni. Awal-awal lagi aku sudah pergi keluar makan.”

“Tak pe, kau tak ingat kami.” Kata Noni seperti merajuk.

“Aku tak lupa korang. Tapi aku sibuk hari ni.” Jelas Asri. “ Habis korang tak makan ke?”

“Tak delah. Kami tahu kau sibuk. Awal-awal lagi kami suruh pakcik Salam tolong belikan nasi bungkus tadi.” Jawab Ita, kesihan pula melihat muka Asri yang begitu bersalah.

Muka serta-merta Asri kelihatan lega.

“Besok kita pergi keluar makan okay. Aku nak belanja kau orang.”

“Kenapa? Kau naik pangkat ke?”

“Tak adelah! Saja aku nak belanja kawan baik aku.”

“Oh!!! Kalau nak belanja, allright sahaja.” Kata Noni dan Ita serentak sambil tersenyum gembira.

Encik Mahmud pula masuk ke dalam pejabat. Melihat Encik Mahmud berada di dalam pejabat, Ita dan Noni langsung mendiamkan diri. Mereka kurang menyenangi Encik Mahmud. Dia adalah Pengurus Keselamatan dan Kesihatan Pekerja Tapak Projek. Tubuhnya gempal dan tidak berapa tinggi orangnya,, mungkin tinggi sedikit sahaja dari Ita. Wajahnya agak gelap dan penuh berjeragat. Walau pun sudah agak berumur, cara matanya memandang mereka begitu tidak sopan. Kadang-kala percakapannya juga tidak begitu sesuai untuk di dengari oleh anak gadis seperti mereka.

Dia sering menghimpit Penyelia Pentadbiran mereka, Kak Nab Janda beranak satu itu. Cara dia berbual dengan Kak Jah juga sunguh memualkan mereka. Encik Mahmod itu, entah berapa orang agaknya bininya? Masih nak mengatal lagi. Noni dan Ita memang tidak mahu melayani Encik Mahmud berbual langsung. Kalau boleh mereka hendak elakkan diri dari Encik Mahmud.

Mereka terus tunduk, berpura-pura tekun membuat kerja. Asri tahu perasaan mereka terhadap Encik Mahmud, lantas dia biarkan sahaja mereka begitu. Dia terus membaca minit mesyuarat yang di tangannya. Encik Mahmud menghampiri mereka, cuba berbual, tetapi hanya Asri yang menjawab soalannya. Tidak lama kemudian Encik Mahmud masuk ke dalam bilik mesyuarat. Asri menyusul kemudiannya.

Tinggal Ita dan Noni sahaja yang sedang tekun bekerja di dalam pejabat itu. Baru aman pejabat mereka hari ini bila semua telah masuk ke dalam bilik mesyuarat. Agaknya mesyuarat sudah bermula. Ingin rasanya Ita masuk sekali dalam mesyuarat itu. Dia ingin mengetahui bagaimana mesyuarat itu berjalan. Apa masalah yang mereka bincangkan? Kalaulah Ita dapat menjawat jawatan penolong jurutera, tentu Ita dapat masuk menyertai mesyuarat itu. Dapat dia menimba ilmu tentang rekabentuk, struktur kejuruteraan, peengurusannya dan lain-lain lagi. Seronoknya. Tidaklah dia hanya menaip surat dan membuat pengurusan fail dan dokumen sahaja sepanjang hari.
Tiba-tiba pintu pejabat di buka dan seorang jejaka tampan masuk ke dalam pejabat tersebut. Dia memakai kot hitam dan seluar hitam, baju kemeja bewarna biru muda dan bertali leher. Orangnya tinggi, berbahu lebar, susuk badan menarik. Rambutnya beralun di potong pendek dan kemas, Ita memandang jejaka yang baru masuk itu tanpa mengelip-ngelipkan matanyanya. Tampan sungguh jejaka ni. Dia berkata-kata di dalam hatinya. Pertama kali memandang jejaka, jantungnya menjadi berdebar-debar. Ianya berlaku dengan secara tiba-tiba. Seumur hidupnya dia belum pernah mengalami keadaan sebegini, seperti di serbu satu perasaan mendadak dalam hatinya. Reaksi kimia sedang bertindakbalas dalam dirinya.

“Itu yang orang maksudkan ‘chemistry’ agaknya.” Getus Ita sendirian, dadanya masih berdebar-debar lagi tidak dapat dikawal perasaanya itu.

Mukanya yang tampan dan segak, di hiasi dengan hidung yang mancung, berkulit cerah, tetapi tidak terlalu putih, Manis betul mukanya. Kalau senyum mesti lagi manis, tetapi mulutnya sekarang ini tidak memberikan senyuman. Rambutnya hitam bersirir rapi.

Inilah pertama kali Ita bertemu dengan orang berwajah sedemikian dan hatinya bagaikan telah gugur ke bumi. Ita masih lagi memandang jejaka itu sehingga dia masuk ke dalam bilik mesyuarat. Dia tidak perasan keadaan sekelilingnya lagi.

“Ita!” , tegur Noni.

“Ita.”

“Huh.”

“Ita”..

“Huh.”

“Kau ni kenapa?”

“Oh!”..Baru Ita tersedar. “Tak ada apa-apa.”

“Kau ni tengok orang tu macam kena pukau.”

“Memang aku macam kena pukau pun. Handsomenya dia.” Kata Ita.

Kedua mereka ketawa. Ita memang macam tu, orangnya. Selamba dan sentiasa berjenaka. Dua lesung pupitnya tersembul keluar.

“Heh kau orang! Itulah Encik. Azlan Dato Azman, kalau kaau orang nak tahu. GM kita.” Kak Nab menyergah mereka dari belakang. Terkejut Ita dan Noni di buatnya.
“Jangan nak melopong sampai ternganga mulut tengok dia. Pergi buat kerja masing-masing balik.” Marah Kak Nab lagi.

Dia kemudiannya membetul-betul bajunya yang sendat itu dan berjalan ke mejanya.
Ita mencebik mukanya dan kemudian mereka tertawa sesama sendiri.

“Eh! Macam GM tu pak we dia pulak ye?” kata Ita sambil mengajuk lenggang lengguk Kak Jah.

“Ini dia GM yang mereka kata-katakan itu, rupanya.” Kata Noni. “Handsomenya.”

“Bertuahnya kalau jadi pak we aku.” Ita seakan berbisak dengan Noni, takut didengari oleh Kak Nab.

“Sudahlah kau. Macam kau ni,  bila masa dia nak terpandang kau. Anak Dato..,   kau….” Kata Noni.

“Muda lagi pulak tu. Aku ingat bila dia orang kata GM tu, aku bayangkan orangnya sudah tua, gemuk, kepala botak.” Bisik Ita lagi. Lesung pipitnya menari di pipinya yang gebu.

Tergelak Noni mendengar kata Ita. Itulah Kau suka fikir bukan-bukan. Sekarang kau tarik balik apa yang kau cakap.

“Tapi orang macam ni, tentu sudah kawin.”

“Mana kau tahu?”

“Kalau tak kawin pun girlfriend mesti keliling pinggang.”

"Kalau dah kawin ke, ada girlfriend keliling pinggang pun, apa kena mengena dengan kau?” soal Noni.

“Dia belum jumpa orang macam aku lagi.”.

“Eh Eh la.. kau ni..over confident tak tentu pasal.”.

“Sekali dia tengok aku betul-betul, dia takkan pandang orang lain lagi tau.” Kata Ita, berangan jauh.
“Aku nilah cinta dia, orang yang akan membuatkan hatinya berdebar-debar. Tahu.!” Kata Ita lagi. Tak habis-habis bercakap besar kemudian dia menyambung lagi.

“Akulah orng yang akan menyayanginya selama-lamanya tahu? Dia belum tahu lagi rasa kasih dari aku.”


Noni mengeleng-gelengkan kepalanya, mendengar Ita berseloroh, sesekali dia memandang ke arah Kak Nab yang duduk di hujung sana. Takut-takut mereka disergah oleh Kak Jah lagi.
“Kalau dia dah merasainya kasih-sayang aku, dia memang takkan tengok orang lain lagi tahu.”

“Eh! Kau ni special sangat ke?”

“Mesti! Sekali aku jatuh cinta, itulah untuk selamanya. Aku sanggup berkorban apa saja untuk dia. Oh Azlan.” Kata Ita.

Noni ketawa mendengar kata-kata Ita, tak habis-habis Ita berseloroh. Itulah Ita sebenarnya, kehidupannya yang serba kekurangan tidak sedikit pun mengurangkan keceriaanya.

“Sudah tu Ita. Tengok tu Kak Nab tengah tengok kau tu. Macam nak marah.”

Eik! Buat ape nak marah? Aku bukan kacau pak we dia. Ini pak we aku yang aku tengah cakap ni."

Noni ketawa melihat gelagat Ita.

“Sudah Ita. Mari kita sambung kerja ita. Kejap lagi kang mengamuk lagi Kak Nab Jan tu.”

“Okaylah, okaylah. Noni, kau ni kacau aje. Aku ni nak berangan sikit pun tak boleh. Kau dah ada abang Brahim kau tu cukuplah.”
Tergelak Noni mendengar Ita memanggil Encik Brahim, abang Brahim.

“Tersedak pulak kang abang Brahim kat dalam tu.” Kata Noni.

Noni memang ada menaruh hati pada Brahim, tetapi dia tahu Brahim bukan orang yang mudah untuk didekati, dia terlalu serious. Semua angan-angan kosong ini hanya sekadar menghiburkan hati mereka berdua sahaja.  Dua orang kerani di tapak bina.

Tepat pukul 5.30 petang, pintu bilik mesyuarat di buka, semua yang menghadiri mesyuarat mulai keluar dari bilik tersebut. Ita tidak melepaskan peluang untuk memandang wajah jejaka yang kini menjadi pujaannya. Noni ingat Ita berjenaka bila dia sebut-sebut Encik. Azlan sebagai cintanya.

Tetapi sebenarnya Ita memang sudah jatuh hati apabila pertama kali memandang seraut wajah yang tampan itu. Encik Azlan keluar dari bilik, di ikuti oleh Berahim dan Mahmud. Mereka masih lagi berbincang dengan panjang lebar tentang mesyuarat yang baru di adakan tadi. Mereka tidak pun perasaan Ita yang sedang memerhatikan mereka.


“Tu hah buah hati dah balik. Dia tak pandang kau pun.” Usik Noni, bila dilihatnya Ita terus menerus memandang Encik Azlan tanpa berkelip-kelip matanya.

“Dia tak nampak aku lagi. Kalau dia terpandang muka aku, dia akan terus jatuh cinta dengan aku.”.. Kata Ita, seperti berkata hanya dengan dirinya sahaja.

“Heh perempuan, bila masa dia nak tengok muka kau.”

Satu hari nanti, kau tengoklah.”

“Eh tolong sikit! Dia datang ke Site Office ni, setahun sekali pun belum tentu.. Sudah jangan berangan! Cepat-cepat  kemas. Kejap lagi nak kita nak balik. Tertinggal van karang, kau ikut En Mahmud tu balik."
“Heehh tak kuasa aku. Encik Mahmud .. Baik aku jalan kaki balik tahu.” Ita pun segera berkemas bersedia untuk pulang.

1 comments:

aqilah said...

best gak cite ni.