Bab 4
“Encik Mahmud! Encik Mahmud! “ Asri berlari menghampiri Mahmud.
“Kenapa Asri?”
“Man down! Man down! Dekat di Zone A”. kata Asri termengah-mengah.
“Apa? Apa yang berlaku?”
“Ada kemalangan, Encik Mahmud, dekat Zon A”
“Aku tahu, kau dah cakap. Tapi apa yang sebenarnya berlaku.”
“Pekerja Indon, jatuh dari platform. Cepat Encik Mahmud! Cepatlah. Mari kita pergi selamatkan dia. “
“Hah, macamana boleh jadi macam tu? Itulah dia orang ni degil. Tak mahu ikut peraturan. Eish… Menyusahkan aku aje ni.”
“Cepatlah Encik Mahmud, bukan masa untuk Encik Mahmud berleter sekarang ni. Cepat kita pergi ke zon tu, mana tahu boleh selamatkan lagi. Harap-harap dia tidak cedera teruk.
Encik Mahmud tidak berhenti-henti bersungut sepanjang mereka berjalan menuju ke Zon A. Geram pulak Asri dibuatnya. Dalam waktu kecemasan begini, Encik Mahmud pula memburukkan keadaan.
Pada masa yang sama Asri telah menelefon Brahim untuk memberitahu perkara tersebut. Dia ingat Encik Mahmud yang akan beritahu Brahim, tetapi Encik Mahmud kelam kabut tidak tentu arah. Marah sana, marah sini. Sepatutnya sebagai pengurus keselamatan pekerja, dia lah bertindak sebagai coordinator kecemasan. Bukan heboh sana heboh sini. Pening kepala Asri melihat gelagatnya.
“What? Brahim terkejut besar, dia baru sampai ke pejabat tapak bina. Pagi-pagi tadi dia ke Ibu Pejabat. “ Sudah telefon bomba penyelamat atau hospital?”
“Belum.” Jawap Asri.
“Mahmud mana? Kenapa dia belum buat panggilan kecemasan?”
Asri tidak tahu menjawap soalan Brahim. Encik Mahmud baginya sudah seperti badut yang buat kecoh sana sini dalam keadaan kecemasan begini.
“Pihak pemaju sudah diberitahu?”
“Belum juga.”
“Suruh Mahmud buat semua panggilan kecemasan itu. Saya dalam perjalanan ke Zone A sekarang.” Kata Brahim. Dia belum sempat masuk pejabatnya, diletakkan dokumen-dokumen yang dibawanya di atas meja Ita.
“Tolong bawa masuk dalam bilik, ada emergency dekat Zone A. Say hendak pergi ke sana sekarang.
"Emergency? Kenapa ? Apa yang berlaku?” soal Ita.
“Ada orang jatuh dari platform.” Kata Brahim dan dia terus keluar dari situ.
Pekerja-pekerja di dalam pejabat terpinga-pinga melihat keadaan diluar sana yang agak kelam kabut.
Orang ramai sudah berkerumun di tepi-tepi tebing melihat-lihat tempat kejadian. Brahim tiba di Zone A, menghampiri Mahmud yang sedang memerhati beberapa orang pekerja turun ke bawah untuk melihat keadaan mangsa yang terjatuh tadi.
“Astagfirrullah! Macamana boleh jadi macam tu. Habis tu, Bomba dan ambulan sudah panggil?” Soal Berahim kepada Mahmud dan Asri.
“Sudah telefon, tapi jalan masuk site agak sukar, Susah nak cari jalan masuk. Mereka tidak biasa dengan jalan dalam site ni.”
“Asri kau pergi turuti mereka dan tolong direct they orang ke sini.”
“Baiklah.” Asri terus berlari menuju kea rah kenderaan pacuan empat rodanya untuk membawa pasukan penyelamat ke tempat kejadian.
Tidak lama kemudian, pekerja yang turun ke dalam basement untuk kerja-krja menyelamat menghubungi mereka di atas. Pekerja tersebut telah meninggal dunia ditempat kejadian, tidak dapat diselamatkan lagi.
Berahim mengeluh. Kemalangan jiwa bermakna pemberhentian kerja akan berlaku. Mesti pengurusan atasan akan marah. Pemberhentian kerja bermakna kerugian yang menelan beberibu-ribu ringgit. Kalau dua minggu berhenti. Makin teruk masalah yang di alaminya sekarang.
“Hai mati dia kena marah kali ini.” Katanya dalam hati. “ Macamana kemalangan ini boleh berlaku.”
Brahim memandang ke arah Mahmud. Hendak marah-marah macam Mahmud sedang buat pun tiada gunanya sekarang. Yang penting ialah membawa mayat itu naik dan di hantar ke hospital. Banyak kerja yang harus di lakukan selepas ini. Mereka mesti membuat laporan ke Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan dan Pemaju. Satu penyiasatan kemalangan akan di jalankan.
Pekerja-pekerja lain makin ramai berkerumun. Mereka semua hendak tahu siapakah mangsa itu, dari daerah manakah dia. Adakah dia dari saudara mara mereka. Keadaan menjadi agak tegang kerana mereka sudah mula mencari saudara-mara dan kawan-kawan mereka. Takut-takut mangsa itu adalah dari kalangan mereka.
“ Sabar, sabar semua.” Kata Salam. “Jangan dekat dengan tebing , nanti kamu pulak yang jatuh.”
“Salam, cuba dapatkan butir-butir si mati selepas ini. Makin lama, makin risau mereka-mereka tu. Mereka hendak tahu siapa yang jatuh tadi. “
“Ok, boss, nanti saya dapatkan nama mangsa. Sambil tu saya pergi tenangkan mereka semua dulu.” Salam terus pergi memenangkan pekerja-pekerja yang sedang sedang ramai berkerumun itu.
Kita kena buat laporan kemalangan dengan segera. Mahmud, sudah telefon polis ke belum.” Kata Brahim.
“ Sudah, sudah, Brahim, mereka sedang dalam perjalananlah tu. “ Mahmud mendengus.
Noni dan Ita cuma memerhati keadaan kelam kabut di luar kabin. Mereka memandang antara satu sama tanpa mengerti apa yang berlaku. Tidak lama kemudian Ada beberapa pekerja Indon yang sedang melalui kabin itu untuk melihat kejadian.
“Wak! Wak! Macamana wak? Tanya Ita, ingin tahu perkembangan semasa.
“Orang jatuh. Katanya meninggal.”
“Iye ke, Innalillah, kesihan. Teruk ke wak.”
Pekerja itu mengeleng-gelengkan kepalanya.
“Saya kurang periksa lagi. Kami nak pergi ke sana. Nak tengok. Takut-takut orang kami juga.”
Mereka berlalu pergi dengan segera.
“Teringin juga aku nak pergi tengok, apa yang berlaku." Kata Ita.
“Jangan Ita. Aku takut. Tengok darah nanti aku pitam kang”.
“Ah, Aku tak takut. Aku hendak tengok, nak tahu macamana orang jatuh tu.”
“ Jangan Ita, Kau tunggu dengan aku ita. Nanti Kak Nab marah kita pula.”
Kak Nab tidak kelihatan di mejanya. Mungkin dia masih di pantri sedang minum pagi. Apabila kedengran bunyi siren ambulan dan bomba, dia bergegas keluar dari pantri.
“Kenapa? Kenapa ni?” tanya Kak Nab, cemas.
“Kami pun tak tahu.”
“Tadi Encik Brahim kata ada orang jatuh. Ada Wak tu cakap ada pekerja tu tidak selamat, sudah meninggal.”
“Iye ke, teruknya, macamana boleh jatuh?”
“Tak tahu Kak Nab. Kalau nak tahu biar Ita pergi tengok.” Kata Ita.
“Heh jangan Ita,”
" Tak pelah, Saya nak pergi tengok."
“Kalau buatnya kena badi orang tu, kau yang nanti mengigau malam ni. Tunggu sini sudahlah. Jangan nak berani-berani sangat. Kau tu anak dara.”
Ita mencebik mukanya. Dia bukan jenis yang lemah semangat, dia ingin melihat kejadian yang berlaku. Boleh dia menimba pengalaman. Tetapi dia terpaksa akur dengan kata-kata Kak Nab sebagai ketuanya.
“Kejap lagi bila Asri datang, kita tanya Asri apa yang berlaku. Ita ye. Kan dia nak bawa kita makan tengahari nanti.” Pujuk Noni dengan baik.
Ita cuma mengangguk setelah mendengar kata-kata Noni
Menjelang pukul dua belas tengahari, semua kerja menyelamat telah selesai di lakukan. Pasukan bomba penyelamat telah membawa keluar jenazah tersebut yang terjatuh ke basement. Kemudian jenazah telah pun di bawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut. Pasukan polis juga telah datang membuat penyiasatan awal. Takut-takut ada perbuatan jenayah yang berlaku seperti mangsa sengaja di tolak jatuh.
Asri datang menemui mereka di kabin setelah semuanya selesai. Mahmud dengan Brahim terus ke Balai Polis untuk membuat laporan.
“Macamana Asri?”
“Kesian aku tengok, mangsa tu, dan pekerja-pekerja lain. Muda lagi budak yang meninggal tu ”
“Habis tu jenazah dia akan hantar balik indonesia ke?”
" Itu semua tanggung beres. Syarikat kita akan bayar semua urusan penghantaran mayat sehingga sampai ke Indonesia."
“Yelah, Kesian mak bapa dia. Mereka harap dengan kedatangan anak mereka ke Malaysia untuk mencari duit, meringankan masalah mereka. Tiba-tiba anak mereka balik dalam beg plastik hitam. “
“Kesiankan. Sedihnya. Apa perasaan mereka ye?” kata Noni.
“Habis tu ada wang pampasan ke untuk emak dan bapanya di Indonesia?” tanya Ita.
“Nasib baik ada. Masa masuk dulu syarikat ada belikan group insurans.”
“Baguslah tu, berapa wang pampasan tu?” ”
“Dapatlah dalam RM25,000.00. Yang lain-lain aku tak tahu lagi, macam insuran CIDB.”
“RM25,000.00 sahaja, tidak sama dengan harga satu nyawa. Tidak kira walaupun Indon atau Bangladesh atau orang Malaysia, nyawa tetap nyawa bukan boleh ditukar ganti.”
Sekurang-kurangnya dapat mengurangkan kesengsaraan mereka, sudahlah anak mereka meninggal. Hilang pulak mata pencarían mereka.
"RM 25,000.00, cukupke?”
“Itu kira sudah banyak tu pada mereka. Hampir 60 juta rupiah.”
“Tetapi masih tidak dapat mengganti nyawa seorang anak atau bapa. Aku tidak boleh bayangkan kesedihan emak bapa dia nanti.”
“Kesedihan di sini pun sudah cukup aku boleh rasai. Rupa-rupanya mangsa dibawa oleh pakciknya untuk bekerja di sini. Pakciknya macam separuh gila dekat tempat kejadian tadi.
Dia asyik meratap-ratap menangis. “Macamana aku mau kasi tahu pada kakak aku nanti. Aku yang pujuk dia mari ke Malaysia, cari duit.”
"Kesihannya, mesti dia tension sangat. Bayangkan macamana dia hendak bagi tahu anak saudara yang dia bawa itu meninggal.”
“Jenuh Pak Cik Salam tolong sabar kan dia. Pak Cik Salam slow talk dengan dia, cakap baik-baik dengan dia, bagi dia semangat sikit. Bukan macam Encik Mahmud, lagi dia marah-marah pekerja-pekerja Indon semua. Dia terus bagi ceramah dekat situ juga. Nak tunjukk dengan Encik Brahim lah tu yang dia buat kerja dia.”
“Eh eh la...peliklah orang tua tu. Dia tak pernah kerja safety ke? Takkan dia tak tahu macamana keadaan bila ada kemalangan begini.” Soal Ita
Tulah sebabnya, aku yang baru kerja ini pun boleh fikir, dalam keadaan begini, kita kena perihatin dengan perasaan pekerja-pekerja. Tambahan mangsa ada saudara mara dia di sini.”
“Nasib baik. Agaknya Pak Cik Salam tu banyak pengalaman kerja yang berisiko tinggi begini. Dia tahu bagaimana hendak mengawal keadaan. Walaupun dia tu cuma penyelia tapak bina sahaja.”
“ Memang betul tu. Dia banyak kerja dengan kerja-kerpa pembinaan minyak dan gas dahulu. Aku Tanya dia tadi. Pak cik banyak pengalaman macamana hendak tangani keadaan macam ni.”
“Apa dia kata.”
"Dia kata , dia pernah alami keadaan begini semasa dia di Sarawak. Ada seorang pemuda mengalami kemalangan maut. Abang saudaranya yang membawa dia kerja di situ. Dia orang semua tidak perihatin dengan tekanan perasaan yang di alami oleh abang saudara mangsa. Rupanya dia takut hendak balik ke kampung, berdepan dengan saudara maranya. Beberapa hari kemudian dia bunuh diri sebab tidak tahan dengan rasa bersalah. . Sebab itu Pak cik salam ambil berat dengan saudara mara mangsa. Kerana yang mati sudah tetap mati. Tetapi yang hidup kita perlu selamatkan.”
“ Nasib baik ada Pak cik Salam.” Ita mencatat fakta penting itu dalam mindanya, satu hari nanti dia akan bekerja sebagai jurutera seperti Asri juga. Macamana dia tak tahu. Tetapi dia dapat rasakan yang dia akan sampai ke tahap itu juga. Jadi semua ilmu dan pengetahuan yang dia dapat sekarang, dia kena manfaatkan.
“Kesian aku.” Kata Asri tak habis-habis lagi mengingati kejadian pagi tadi. “Tengok kawan-kawan sedaerah dengannya meratap kematian dia pun aku kesian.”
Teruk betul ke kecederaan yang di alaminya. Aku ingat hendak pergi tengok tadi.” Kata Ita.
Dia jatuh dari tempat tinggi, mengikut pendapat ramai, semasa jatuh kepalanya terhantuk, pada salah satu struktur sebab kepalanya mengalami kecederaan teruk. Elok kau tak tengok Ita. Tak lalu makan nanti.
“Eiii, takut aku. Teruk sangat keadaan mayatnya” Kata Noni. Ita muncungkan mulutnya, semua orang asyik kata sebab dia perempuan, dia tidak patut pergi tengok mangsa. Macamana dia hendak mendapat pengalaman?
“Mestilah teruk, walaupun dia jatuh tiga tingkat, kat bawah sana pun ada macam-macam cerucuk. Bila dia jatuh tu tercucuk juga dengan cerucuk yang ada. Aku pun tak sanggup nak tengok jenazah tu lama-lama.”
“Macamana boleh jadi kemalangan tu Asri.” Tanya Ita lagi, dia begitu dahaga ilmu dan fakta-fakta.
“Itu yang En Mahmud kena siasat dan buat laporan segera kepada JKKP. Silap haribulan pemberhentian kerja akan di kenakan oleh pemaju dan JKKP. Mengamuklah orang kat atas. Berhenti kerja...makna kerugiaan beribu-ribu dalam satu hari. Kalau dua tiga minggu. Nahas kita. Silap-silap tak adalah bonus untuk kita tahun ni.”
“Iye ke? Noni terlopong. Tidak seperti Ita, dia tidak begitu arif dengan masalah yang dihadapi oleh syarikatnya akibat kemalangan maut yang berlaku. Apabila sebut kemungkinan tiada bonus tahun ini, baru dia sedar implikasi sebenar bila berlaku kemalangan. Patutlah Ita, begitu mengambil ingin ambil tahu apa yang berlaku. Sememangnya Ita lebih tinggi kelulusan dari Noni dan mempunyai pengetahuan teknikal. . Ita sudah didedahkan sedikit sebanyak berkenaan dengan hal ini semasa di politeknik dulu.”
“Iyelah. kejadian macam ni akan memberi kesan kepada kita semua tau” Terang Asri.
“Macam tu ke?”
“Keselamatan adalah isu penting dalam industri pembinaan ini. Kerajaan memandang serious tentang hal keselamatan pekerja. Kejadian macam ni akan melibatkan reputasi syarikat” Terang Asri lagi.
Noni mengangguk , sudah mulai memahami sedikit masalah yang mereka hadapi sekarang.
“Eh Aku sudah lapar ni. Kau orang nak makan ke tidak. Lepas ni aku kena balik cepat, En Mahmud nak buat meeting.”
“Okay, kami tunggu kau aje. Takut-takut kau tak selera nak makan. “
“Aku sedih memang sedih.” kata Asri. “Tapi aku lapar juga.”
“Kalau macam tu, apa lagi, jomlah kita pergi. Nak makan di mana?”
“Okay, aku bawa kau orang pergi makan di streetmall, Cyberjaya nak?”
“Orait.” Kata kedua-duanya sekali.
0 comments:
Post a Comment