Kasih, Relakan Ku Pergi 5

Bab 5

Suasana di bilik mesyuarat hingar bingar. Masing-masing menyalahkan jabatan masing-masing di dalam hal yang telah berlaku.

Encik Brahim yang menjadi pengerusi mesyuarat memandang semua dengan muka yang merah padam. Dia kena menghadap pihak pengurusan dalam hal ini. Dia memandang kepada mereka yang saling bertelagah sambil mengelengkan kepalanya. Ini tidak akan menguntungkan sesiapa.


“Saya mahu laporan lengkap berkenaan dengan kemalangan ini siap sebelum pukul 5.00 petang ini juga. Saya dan Encik Mahmud akan menghadapi Pihak JKKP esok hari. Laporan kemalangan mesti di hantar dalam masa 24 jam kemalangan berlaku. Semua mesti memberi kerjasama bagaimana kemalangan berlaku.

“Apa yang berlaku adakah di sebabkan keadaan tidak selamat atau perlakukan yanag tidak selamat?” soal Berahim.

Penolong pengurus projek En. Bahrum dan kumpulan perunding mmberi penjelasan tentang tempat kejadian kemalangan. Flatfom yang di buat adalah cukup selamat. Railing keselamatan dan papan tanda amaran telah kami letak di mereta tempat.

“ Jadi pada kami, masalah ini bukan disebabkan oleh keadaan tidak selamat.” Jelas Baharum.

“Habis itu kenapa kemalangan masih berlaku.” Jerkah En Brahim, sudah tidak boleh bersabar lagi. Tekanan yang Brahim hadapi sangat berat. Jika mereka dapat buktikan bahawa pihak majikan telah membuat apa yang patut bagi mengelakkan kemalangan tersebut syarikatnya boleh terlepas dari dakwaan pihak JKKP. Tetapi kalau mereka tidak berjaya membuktikan mereka telah menjalankan tanggungjawab mereka, teruk nanti. Mungkin sebagai orang yang bertanggung jawab, Brahim yang akan dipersalahkan.

Kakitangan pejabat di luar tersentak mendengar suara Brahim yang meninggi. Noni menikus, garangnya Encik Brahim. Manakala Ita hendak sangat menyertai mesyuarat itu, hendak dengar penjelasan macamana sebenar kemalangan tersebut.

“Encik Mahmud, sila beri laporan awak? Kenapa pekerja tidak mengikut peraturan keselamatan seperti yang telah di arah oleh pihjak pengurusan?”

Encik Mahmud mendiamkan diri, sedang mencari jawapan sesuai.

"Kita asyik kata safety first, safety first. Tetapi tengok apa yang berlaku. Apa yang kita sudah lakukan untuk membuktikan yang kita utamakan safety di tempat kerja?” jerkah Brahim lagi.

“Pekerja yang mati itu pun di dapati tidak memakai topi keselamatn, kasut keselamatan. Kenapa dia boleh berada di platform, Kalau dia bekerja di atas platfom kenapa dia tidak mengenakan safety harness. Bukankah kita sudah tetapkan peraturan. “ Encik Brahim berceramah.

Encik Mahmud cuba memberikan jawapan kepada soalan-soalan yang ditujukan bertubi-tubi.

“Saya rasa Brahim, ada yang tidak kena dengan kejadian yang berlaku semalam. Pekerja tersebut tidak sepatutnya berada di kawasan itu. Kemungkinan besar dia cuba mengambil jalan pintas untuk pergi ke kantin. Sebab jadian berlaku, masa rehat.. Kalau betul dia bekerja di atas platfom, di semesti mempunyai PPE, pakaian keselamatan, macam harness. Ada saksi yang mengatakan dia melompat ke atas platfom untuk mengambil jalan pintas ke sebelah tebing yang satu lagi. Jadi ini membuktikan bukan salah kita sebagai majikan.”


“Walau bagaiamna pun ini tidak menjelaskan kenapa pekerja tersebut tidak mempunyai PPE seperti topi keselamatan dan kasut keselamatan?”

Mahmud terdiam.

“Nampak buruk kepada syarikat kita, seperti kita yang tidak membekalkan mereka dengan peralatan keselamatan. Kan kita sudah tetapkan peraturan semua yang masuk ke kawasan tapak binaan mesti memakai helmet dan but keselamatan. Kalau saya tak salah syarikat boleh kenakan kompaun . Adakah kau orang buat enforcement?”.

“Ah ah.. ada juga.” Mahmud menjawab teragak-agak.

Banyak perkara yang nampaknya Mahmud tidak lakukan, Brahim dapat mengagak. Tetapi bukan sekarang masanya untuk mencari salah orang. Mereka ada masalah lain yang lebih besar harus diselesaikan.

“Okay Baharum, kau check kesemua platfom samada menetapi rekabentuk Engineer, mengikut kehendak Pemaju dan juga JKKP. Dan buat laporan lengkap. Saya mahu semua laporan siap sebelum petang ini.

Mahmud pergi dapatkan kenyataan saksi-saksi yang nampak mangsa cuba menyeberangi melalui platform, bukan mengikut lalulan yang disediakan. Siapkan laporan itu sebelum petang ini juga.”


Tiba-tiba telefon berdering.Brahinm memandang kepada nama yang tertera di skrin LCD telefonnya.

“Huh! Ini dia bala dah datang.”

Dia pun menjawap telefon.

“Ye Encik Azlan, Saya faham. Baik Encik Azlan. Kami akn siapkan juga Encik Azlan.

Brahim terdiam mendengar pemanggil bercakap.

“Bila?”

Brahim mengangguk kepalanya. Dan kemudian meletakkan telefon di atas meja.

GM projek akan sampai tidak lama lagi. Nanti bila dia sampai, Mahmud dan Baharum, ikut aku bawa dia ke tempat kejadiaan. Yang lain, mulakan dengan laporan sekarang juga.”

“Okay. Kita bersurai sekarang juga.”

Mereka yang menghadiri mesyuarat keluar dari bilik itu. Brahim mengeluh sambil memicit kepalanya. Kepalanya sakit sejak tadi lagi. Hari masih panjang lagi. Sekejap lagi Encik Azlan akan datang ke tapak projek. Dia kena menerangakn keadaan yang berlaku. Pemberhentian kerja telah pun dikenaklan oleh Unit Keselamatan, Pemaju. Besok pihak JKKP pula akan melawat. Banyak yang perlu dia lakukan. Sudahlah kerjanya melambak-lambak.

Dia belum lagi bersembahyang zohor. Cepat-cepat dia bangun dan berjalan menuju ke bilik solat yang terletak di hujung kabin itu.

“Itu yang buat aku sayang kat Abang Brahim tu.” Kata Noni memerhatikan sahaja Encik Brahim kesayangannya. Ita mengangkat muka dari membuat kerjanya, matanya mengekori Encik Brahim.

“Sibuk macam na pun dia tak tinggal sembahyang.”

“Ita menjeling meilhat muka Noni yang berangan jauh.”

“Sudah, sudah. Nanti dengar dek orang, malu.”

Noni mengeluh mengenang Brahim.

“Kesian diakan Ita. Bertambah-tambah lagilah masalah dia. Aku tengok serabut betul dia. Mesti dia pening kepala”.

“Kenapa? Kau nak tolong picit ke?”

“Kalau dia minta tolong aku.”

“Eh! Tolong sikit. Aku nak wek wek tengok kau ni perasan.” Kata Ita, tetapi dia kemudiannya mendiamkan diri kerana melihat Asri baru masuk ke pejabat mereka.

Asri menghampiri mereka,

“Non, tolong taipkan laporan aku ni. Kena siap sebelum pukul lima juga.”

Noni mengambil laporan yang hendak di taip oleh Asri.

“Lepas ni kena belanja tau.”

“Belanja lagi. Tadikan dah belanja.”

“Itu untuk sebelum ni. Ini untuk upah taip ni pulak.”

“Hai kau ni asyik minta belanja aje. Kopak aku tahu. Kalau tak mahu taip aku suruh Ita aje.” kata Asri, tiba-tiba angin dia jadi tidak berapa baik.

Asri mengambil semula laporan itu dan menyerahkan kepada Ita.

“Jangan lah merajuk Asri. Aku melawak aje. Tak apa aku taip.”

“Tak payahlah. Biar Ita taip.” Asri pun keluar dari situ.

“Heh! Merajuk pulak dia.”

“Mood tengah tab baiklah Noni. Kau pulak nak main-main dengan dia.”

Ita pun terus menaipkan laporan yang diserahkan oleh Asri tadi. Dia tahu laporan ini penting.

Berahim yang sudah selesai sembahyang Zohor sedang menunggu sesuatu di dalam pejabatnya. Ita menjeling ke arah Noni yang sedang memerhatikan Berahim.

“Oi sudah jangan nak angau sendiri. Buat kerja tu.”

Tiba-tiba pintu pejabat di kuak dari luar, Encik. Azlan masuk ke dalam pejabat dan terus ke bilik Brahim. Giliran Ita melopong memandang Encik Azlan. Tidak disangka-sangka Encik Azlan tiba-tiba muncul macama sahaja. Rasa macam dia cair melimpah ke bumi melihat pujaan hatinya muncul tidak disangka-sangka.

Brahim berdiri, kelihatan serba salah, lalu mempersilakan Encik Azlan duduk.

Kak Nab dengan segera mengarahkan Aci menyediakan air untuk En Azlan. Tidak lama kemudian, Baharum dan Mahmud masuk ke dalam bilik Brahim. Mereka semua sedang khusyuk memberi penerangan tentang kemalangan yang berlaku pagi tadi.

“Nampaknya mood En Azlan tu tak baik Ita.”

“Semua orang mood tak baik hari ini Noni. Maklumlah kejadian kemalangan, semua orang susah.” Kata Ita

“ Tapi kan aku yang untung hari ni Noni. Dapat jumpa lagi buah hati aku.” Bisik Ita kepada Noni. Petang ini Azlan tidak memakai kot hitamnya. Dia cuma mengenakan kemeja berlengan panjang dengan tali leharnya. Berseluar biru tua berpadan dengan kemeja hijau muda. Memang tampan dan segak.

Asri kemudiannya masuk ke pejabat membawa bersamanya topi keselamatan dan kasut keselamatan untuk Encik Azlan. Setelah memakaikan pakaian kesleatan, mereka pun keluar dari pejabat menunju ke tempat kemalangan berlaku. Dia mendengar dengan tekun penerangan yang diberikan oleh Baharom dan Mahmud. Kerja-kerja di kawasan kemalangan telah di berhentikan. Menurut Brahim, ada beberapa perkara yang perlu di lakukan untuk membolehkan mereka bekerja semula.

“Kita sudah behind time Brahim, stop work order akan melambatkan progress kita.”

“Saya tahu Encik Azlan. Kami menghadapi banyak masalah di sini.”

“Apa masalah kau orang.”

“Orang kita kurang En Azlan.”

“Bahagian qualiti dan projek kurang orang.”

“Penyelia keselamatan pun kurang.”

“Saya mahu semua ini di atasi. Sepatutnya semua ini diselesaikan dan bukan menunggu sehingga berlaku kemalangan baru kita nak selesaikan masalah ini.”

“Sudah lama saya menghantar permohonan untuk menambah orang Encik Azlan, tapi pihak HR macam menunda aje perkara ini.”

“Okay sekarang ini saya akan memantau sepenuhnya perkembangan projek ini. Buat permohonan semula.”

“Bagaimaan dengan laopran untuk JKKP besok. Sudah siap ke belum?”

“Kami tengah buat Encik Azlan.” Kata Baharom.

“Apa yang sebenarnya berlaku?”

“Kemalangan ini berlaku kerana kecuaian pekerja sendiri Encik Azlan. Dia cuba ambil jalan pintas dan tersalah langkah lalu jatuh dari platfom. Jelas Encik Mahmud.

Itu tidak cukup untuk diterima oleh top management. Kenapa perkerja tidak sedar tentang keselamatan diri? Kenapa dia tidak tahu pasal bahaya melalui platform ini.”

“Memang itu masalah kita tuan, mereka tidak endahkan bahawa dan suka ambil jalan pintas.”

“Bukan ke tool box talk di adakan setiap minggu? Safety Training tak pernah buat ke?” Tanya Encik Azlan.

“Ada tuan. Tetapi atitud pekerja sukar kita nak kawal tuan.”

“Alasan ini atitud pekerja sukar diterima. Kita kena buktikan yang kita telah membuat apa yang patut kepada pekerja, seperti memberikan latihan, kesedaran, beri keperluan yang cukup kepadanya dan macam-macam lagi. Baru kita boleh katakan sukar mengawal attitude mereka. Faham!”

Azlan tidak berpuas hati. Dia menyalahkan dirinya kerana kurang memberi perhatian di tapak projek ini. Baru tadi Dato Azman telah memarahi beliau kerana kejadian yang berlaku. Memang dia jarang melawati kawasan ini pun.

“Daddy mahu kau tumpukan penuh perhatian kepada projek ini. Kalu kita gagal. Nama kita akan busuk? Tengok apa sudah jadi. Bila ada kejadian kematian begini, it will affect our reputation!”

Jam menunjukkan sudah pukul 5.00 petang. Mereka telah menamatkan lawatan mereka di tempat kemalangan. Azlan dan Berahim masuk semula ke dalam pejabat.

“Aku nak sembahyang dulu Brahim.” kata Azlan.

“Okay Encik Azlan biar saya tunjukkan bilik sembahyang.”

Ita masih sibuk menaip laporan yang perlu siap petang ini juga. Noni sudah mula berkemas-kemas barang-barangnya.

“Ita kau lamabat lagi ke?”

“Banyak lagi ini. Tak apalah nanti aku tumpang Asri balik.” Kata Ita. Tanpa memandang sesiapa dia terus menaip laporan tersebut.

Sebentar kemudian, Asri datang lagi dengan tambahan laporan yang perlu di taipnya.

“Kau tolong aku Ita, jangan balik lagi.. Aku tengah siapkan gambar-gambar tempat kejadian dan gambar mangsa.”

“Okay jangan risau, Aku akan taipkan. Letak aje di situ.”

Ita menyiapakan laporan itu dengan segera. Apabila dia mengangkat mukanya keadaan di dalam pejabat sudah sunyi sepi, semua orang telah balik. Dia mengambil beberapa keping kertas A4 dan di suapkan ke dalam printer. Kemudian dia mencetak laporan tersebut. Tetapi kualiti hasil cetakannya kurang baik. Ita melihat skrin printer dan didapati toner printer sudah habis.
"Masa ni pulak toner habis!"

Ita pergi dapatkan toner baru dan menukar yang lama dengan toner baru. kemudian baru dia print semula laporan yang mereka perlu siapkan hari ini juga.

Selepas laporan siap, Ita menaip pula muka depan laporan. Dia begitu tekun membuat nya sehingga tidak sedar dua orang lelaki yang keluar dari bilik sembahyang dan berdiri di depannya.

“Ita sudah siap?” Brahim menyergah dirinya.

“Opps! En Brahim.! Jangan buat macam tu! Terkejut saya. Ita melatah. Kemudian dia merasa malu, Encik Azlan cuma merenung mukanya.

“Eh! Eh! Melatah pulak dia.” Sergah Brahim lagi. “Laporan sudah siap ke belum.” Tanyanya lagi.

“Su sudah Encik Brahim. Kata Ita, dalam hati dia berkata “Tak guna Brahim. Buat aku terkejut aje. Depan Encik Azlan pulak tu.”

Azlan tidak berkata apa-apa cuma memandang muka Ita. Ita rasa malu sendiri bila mengingatkan cakap besarnya dengan Noni beberapa hari yang lalu. Dia rasa hendak tergelak dengan dirinya yang berangan besar, tetapi dia kawal. Lesung pipit Ita sudah mula membentuk di pipi gebunya.

Brahim membaca laopran dengan sepintas lalu, di serahkan kepada Azlan. Azlan pula membacanya.

“Mana laporan dari Pihak Safety?” tanya Azlan.

“Saya cuma taipkan laporan Asri hantar.” Kata Ita.

“Ini belum lengkap ni”. Getus Berahim. Dia pergi ke meja Kak Nab dan mencapai telefon di sana, menghubungi Mahmud. Tinggal Azlan dan Ita berdua. Azlan masih lagi menenung mukannya. Begitu serious mukanya. Ita jadi serba tidak kena di tenung oleh Azlan tetapi memang perangai Ita, dia tidak boleh mendiamkan dirinya. Lalu dia bertanya.


“Kenapa Encik? Menenung muka saya Encik?. Dia teringatkan cakap besar dia tempoh hari dengan Noni. Takkan benar-benar terjadi kot, takkan Encik Azlan terpegun melihat wajahnya kot.

“Tak ada apa.” Dia mengambil sehelai tisu dari kotak tisu di meja Ita, lalu mengunjukkan kepada Ita.

“Tu lap hidung awak. Sudah berbelang”. Dia kemudian berlalu dan menyertai Brahim di dalam biliknya. Bibirnya seakan tersenyum.

Ita tergamam., dia mencapai cermin muka di dalam lacinya. “Ya allah, calitan hitam, mungkin karbon dari toner printer tercalit di hidungnya. Malunya dia. Mesti En Azlan ketawakan dia. Dia pulak, ada hati ingat Encik Azlan terpegun dengan dia. Malunya.

Ita tunduk dan menggosok hidunganya yang hitam itu.

Sebentar kemudian Encik Mahmud masuk ke dalam dam menyerahkan laporan bahagian safety untuk di taip oleh Ita. Banyak lagi yang perlu di taip oleh Ita. Dia mengeluh sambil melihat waktu. Sudah hampir pukul 6.30 petang. Ita meneruskan kerjanya. Asri pula datang menyerahkan gambar-gambar kejadian kemalangan.

"Okay Ita. Aku minta maaf, aku kena balik ni. Encik Bahrom sudah bagi kebenaran. Mak aku tengah tunggu aku di stesen bas Jalan Duta”.

“Habis aku macamana nak balik?” Kata Ita. “Van aku dah lama balik.”

“ Kau balik aje dengan Encik Mahmud.”

“Hehh tak mahu aku, baik aku jalan kaki aje.”

“Kau nak jalan kaki macamana. Kau ingat Bangi ke. Ini tengah core island. gelap-gelap ni. Dah tempat ni keras, hilangkan baru tahu.”

“Habis tu kau tunggu tak boleh ke?” Rayu Ita.

“Bukan aku tak hendak. Aku terpaksa. Mak aku sudah tunggu ni. Ini semua aku sudah lama rancang. Mana hendak tahu hari ini ada accident macam ni. Minta maaf banyak-banyak, Ita.”

“Kenapa tu, Ita sudah siap belum laporan. Asyik bersembang bila nak siap. Encik Azlan tengah tunggu ini.” Sergah Brahim dari biliknya.

Sudah hampir siap Encik Brahim, Cuma saya tak ada kenderaan nak balik Encik Brahim".

“Itu, jangan risau, nanti saya carikan orang untuk hantar Ita balik. Siapkan dulu laporan itu.”

Mendengar kata Brahim, Ita senang hati sedikit. Dia pun meneruskan kerjanya menyiapkan laporan tersebu

1 comments:

NIA said...

Waaaa.. interestinglah..
lagi?