Kasih, Relakan Ku Pergi 7

Bab 7


“Gembira hari ni nampak.”

Noni menegur Ita, pelik melihat Ita begitu gembira pagi-pagi ini. Lebih ceria dari biasa. Pagi-pagi lagi menyanyi melalak-lalak dalam bilik air. Kemudian Ita sempat mengemas rumah dan menyediakan sarapan. Ayu dan Siti belum pulang lagi. Mereka bekerja shif malam. Sebentar lagi mungkin mereka akan sampai dan terus masuk tidur.

Mereka sedang berkemas-kemas tempat tidur sebelum keluar untuk bekerja pada pagi itu. Ita nampaknya sungguh gembira sejak dari bangun tadi. Banyak masa lagi sebelum van yang mengangkut mereka ke Putrajaya datang. Ita masih lagi menyanyi kecil semasa mengemas. Mukanya begitu ceria pagi ini.

“Eh! Mesti. Apa yang aku angan-angan jadi kenyataan.” Kata Ita, bila ditegur Noni, Ita mula lebih-lebih,berlagak ceria. Dia suka mengusik Noni. Pagi ini dia ingin mengusik Noni sepuas-puasnya.

“Aku berdating dengan Prince Charming semalam….. Tulah kau tak mahu temankan aku semalam. Kau tinggalkan aku buat kerja sorang-sorang. Tapi tak pe…. Aku dapat pegi date dengan pujaan hatiku.”

“Siapa? Ini buat aku jealous ni. Kau dating dengan Brahim ye?” Muka Noni mulai menjadi merah padam.

“Eh! Tak mainlah dengan abang Berahim. Itu kau punya Prince Charming. Prince Charming aku lain. Lagi hensem.” Usik Ita terus-terusan.

“Siapa Encik Mahmud?” rupa-rupanya Noni pun sudak pandai mengenakan Ita balik.

“Heh! Kau baik sikit. Ita segera mendapatkan Noni dan menutup mulut Noni.

Dia menjadi begitu serious. “Kau jangan main lepas-lepas cakap, Non. Seram sejuk aku dengan Encik Mahmud tu.”

“Sorry, sorry… Habis tu siapa? Asri? Bila masa pulak kau bercinta dengan Asri?”

“Eh, Non, Asri pulak. Kau takkan tak tahu siapa dia yang aku minat selama ini.” Kata Ita, mukanya kembali ceria, dia tersenyum gembira.

Lama Noni berfikir memikirkan siapa yang Ita maksudkan.

“Takkan dengan Encik Azlan kot. Biar betul kau ni. Kalau hendak melawak pun.”

“Iyelah. Dia hantar aku balik malam tadi. Lepas tu minta aku temankan dia makan. Kami makan di Malee dekat Stesen Minyak Petronas dekat selekoh tu.”

“Iye ke Ita? Aku tak percayalah. Kau main-main dengan aku ye?”

“Iye Noni, kau tak percaya. Aku sudah cakapkan dengan kaukan. Kalau Encik Azlan tu betul-betul terpandang dengan aku, dia akan terus jatuh hati. Semalam sebelum dia balik, dia tergamam memandang muka aku, dia terus jatuh hati.”

Noni terpegun mendengat cerita Ita.

“Kan aku dah cakap dengan kau. Kau tak percaya. Sekali dia pandang muka aku, dia tidak akan pandang yang lain. Sekali dia merasa kasih aku, dia akan jadi milik aku selamanya.” Kata Ita, sambil berpusing-pusing, menari kegembiraan.

“Macamana dia boleh tiba-tiba jatuh cinta dengan kau.”

“Entah aku pun tak tahu. Semasa aku tengah buat kerja aku diam-diam, dia hampiri aku, dia pandang aku tak lepas-lepas. Aku tak senang duduk di buatnya.

Aku tanya kenapa Encik Azlan pandang saya. Tiba-tiba sahaja dia berkata sekali pandang wajahmu, aku jatuh cinta. Cinta pandang pertama. Lepas tu dia tunggu aku di pejabat sampai malam. Selagi aku ada kerja, selagi tu dia tunggu aku.”

Ita bercerita dengan penuh perasaan, membuat Noni mula percaya dengan ceritanya.

Noni memandang muka Ita dengan penuh kegembiraan.

“Iye Ita. Tak sangka aku. Seronok lah kau dating malam tadi?”

“Memang seronok. Dunia ni macam milik kami berdua.”

“Kau balik lewat semalam ye.”

“Lebih kurang pukul 12.00 malam. Itu pun Dia tak mahu melepaskan aku balik. Kau tahu le.”

“Tak sangka ye. Kau ni memang betullah, apa yang kau impikan betul-betul terjadi. Kalaulah aku dengan Berahim macam tu. Kan best.” Noni mula memasang angan-angannya untuk memiliki Berahim.

“Itulah kau dengan yakin dengan apa yang kau hendak. Insya allah tuhan akan makbulkan.” Ita berceramah dengan Noni.

“Iyelah. Kalau boleh aku hendak Abang Brahim tu berkenan dengan aku. Jatuh cinta dengan aku. Hari ni juga.” Noni begitu mengharap. Ita mengeleng-geleng kepala melihat Noni.

“Noni kau syok habis ke dengan abang Berahim tu?”

“Kalau dia jatuh cinta dengan aku, aku belanja kau. Apa kau nak aku belanja.”

“ Kau belanja aku dengan dengan Asri sekali okay?”

“Eh, Ita lepas tu, bolehlah kita double date berempat.” Kata Noni.

“Berempat, kau nak bawa budak Asri tu sekali buat apa?” Kata Ita pelik.

“Bukan Asri lah, Abang Azlan kau tu lah.”

Ita tergelak besar mendengar Noni berangan-angan. Sakit perutnya menahan geli hatinya. Noni memang betul-betul orang lurus bendul.

“Mimpilah kau, Abang Brahim nak jatuh cinta dengan kau. Belum apa-apa nak ajak dating berempat dengan Encik Azlan. Kelakarnya,” Ita ketawa berdekah-dekah. Dia dudk semula di atas katil yang di kemasnya.

Noni rasa kecil hati.

“Kenapa kau cakap macam tu. Aku ni tak layak ke dengan Encik Brahim tu? Mentang-mentanglah kau dah dapat pikat Encik Azlan. Kau anggap aku ni tak layak dengan Encik Brahim.”

“ Non, Non, kau ni memang lurus bendullah. Bila masanya En Azlan tu jatuh cinta dengan aku. Kau ingat orang macam tu pandang ke orang macam aku ni.” Kata Ita sambil ketawa, dia sedang baring di atas katilnya sambil memandang kepada Noni.

“Habis tu kau kata dia makan dengan kau semalam dan hantar balik.”

“Memang dia hantar aku balik semalam sebab semua orang dah balik, lepas tu dia lapar, dia ajak aku makan sekali. Yang lain-lain tu angan-angan aku sahaja. Aku tokok tambah untuk sedapkan cerita.”

“Tak guna kau. Kata Noni mencapai sebiji bantai dan mencampakkan ke muka Ita.

Mati-mati aku ingat betullah cerita engkau tadi.”

Ita menangkap bantal yang dicampakkan oleh Noni.

“Aku cuma nak cungkil perasaan hati kau pada Abang Brahim tu. Dahsyat sungguh kau ni syok sendiri dengan dia. Sudah parah dilamun cinta ni.” Kata Ita sambil ketawa.

“Noni memandang sahaja Ita yang sedang bergolek-golek di atas katilnya sambil mentertawakan Noni. Muka Ita yang comel dan nakal itu membuatkan marah Noni hilang. Akhirnya Noni turut ketawa bersama-sama Ita.

*************************************************

“Noni! Mana dia surat untuk HR yang saya suruh failkan dua bulan sudah.” Jerkah Brahim. Dia sdang berdiri di hadapan pintu pejabatnya sambil menjegilkan matanya kepada Noni.

Noni yang sedang tekun mebuat kerjanya terkejut, lalu bingkas bangun mendapatkan Brahim.

“Apa dia Encik Brahim?” dia betul kecut perut, perlahan sahaja suaranya bertanya dengan Brahim.

“Salinan surat untuk HR yang saya hantar dua bulan sudah. Saya suruh kamu yang failkan. Kenapa saya tengok tak ada salinannya di dalam fail ini?”

“Saya tak pasti Encik Brahim.”

" Tak pasti?" makin besr jegilan mata Brahim.

“Saya, saya tak ingat… Tak pasti yang mana satu.”

“ Itulah awak. Mana boleh semuanya tak pasti.”

“Saya rasa Encik Brahim bukan suruh saya yang failkan.”

“Habis tu siapa? Jerkah Brahim lagi.”

Noni tidak berkata-kata apa-apa, cuma dia tahu Kak Nab yang di suruh oleh Brahim untuk menfailkan surat itu. Sebab ini berkaitan dengan pentadbiran dan bukan berkaitan dengan projek.

“Saya tidak pasti Encik Brahim.” Noni cuba mempertahankan dirinya.

“Kamu cuba nak berdolak daleh.” Brahim merengus, dalam keadaan marah dia masuk kembali ke pejabatnya sambil menghempas pintu bilik.

Noni terdiam, sedih sebab di perlakukan sedemikian oleh Encik Brahim. Bukan salah dia. Kenapa Encik Brahim marah dengan dia?

Ita cuma memandang sahaja kejadian yang berlaku tadi. Selepas Encik Brahim masuk ke dalam biliknya baru, Ita bersuara.

“Apasal kau tak cakap Kak Nab yang di suruh simpan surat tu.”

“Nanti Kak Nab yang kena marah. Kesian pulak.” Jawab Noni.

“Dia tak kesian pun dengan kau.” Kata Ita. Kau pulak yang sibuk kesihan dengan dia.

"Entahlah Ita, Sedih aku, Encik Berahim buat macam tu. Macam aku ni tak guna satu sen pun."

"Sudahlah Noni. Mungkin dia bukan sengaja nak marah kau. Tetapi dia runsing agaknya. Banyak masalah dia belum selesai. Kau tengok cuaca di luar sana pun panas aje. Mungkin dia sakit kepala."

Noni memandang ke arah tingkap. Memang kata-kata Ita betul. Keadaan berjerebu di kawasan ini sangat teruk. Tambahan dengan debu yang naik dari tanah merah yang kering kontang. Sudah lama hujan tidak turun di kawasan ini. Kalau hujan turun dapatlah dia mengurangkan masalaha debu dan jerebu yang sedang teruk ini. Ramai pekerja di luar sana yang mengadu sakit tekak dan sakit mata. Sejuk hatinya memikirkan kata-akata Ita. Mungkin Brahim juga kurang sihat. Nasib baik dia dan Ita bekerja di dalam pejabat dan tidak terdedah kepada keadaan yang kotor di luar sana.

Lega Ita melihat wajah Noni yang kembali tenang dek pujukannya. Walau bagaimana pun Ita geram tengok gelagat Kak Nab. Sejak-sejak akhir-akhir ini dia sudah berubah. Tidak boleh ditegur lagi. Dari pagi tadi dia asyik melayan En Mahmud berbual. Berbual pulak tu, tentang perkara yang tidak berapa manis di dengari orang terutamanya oleh anak gadis seperti dia dan Noni.

Encik Mahmud nampaknya asyik mendekati Kak Nab. Sudahlah Kak Nab itu selalu berpakain sendat. Kadang kala dengan mini skirt pendek, mendedahkan dada dan pehanya yang montok. Sepanjang pagi tadi mereka berdua-duaan di pantri, apabila keluar, Kak Nab membetul-betulkan pakaiannya dan rambutnya. Kemudian Encik Mahmud keluar dari situ, tersengeh-sengeh. Geli gelaman Ita dan Noni melihat perangai mereka berdua. Kenapa Encik Berahim tidak pernah menegur Encik Mahmud?

Sepatutnya Encik Mahmud menghabiskan masanya di tapak projek, bukannya di dalam pejabat.

“Patutlah berlaku kemalangan di site.” Getus Ita. “ Safety managernya asyik sibuk mengorat janda, site jadi kelam kabut.”

“Kenapa Abang Brahim kau tak perenah menegur Encik Mahmud tu hah?” Tanya Ita, apabila sudah tidak tahan melihat perangai lelaki yang sudah separuh abad itu. Rambutnya pun sudah mula botak di tengah-tengah kepalanya, tetapi dia yang makin menjadi-jadi.

“Aku tak tahu le” jawab Noni.

“Menyampah aku tengok dia tu. Kerja dia siapa yang buat selama ni. Dia asyik duduk terperap dalam pantry dengan Kak Nab. kalau tak duduk berbual dengan Kak Nab, dia menular entah ke mana? Kalau ada kemalangan baru dia sibuk-sibuk.”

Mereka tidak Asri masuk pejabat dan berdiri di hadapan mereka. Asri mendengar perbualan mereka, lalu mencelah.

“Eh kau orang, cakap tu baik-baik sikit. Encik Mahmud tu biras Dato Azman. Silap-silap haribulan, kau orang ni...." Asri mengunjukkan jarinya di leher seperti mengerat lehernya.

Noni dan Ita faham maksud Asri. Mereka terdiam, menelan air liur. kecut juga perut bila memikirkan. Sebab mulut boleh hilang pekerjaan mereka ini.

“Silap-silap haribulan, Encik Brahim pun tergugat tahu. Bukan dia tidak tahu apa yang berlaku. Tetapi tangannya terikat.” tanpa banyak bicara Asri berlalu pergi.

Noni dan Ita saling pandang memandang antara satu sama lain.

“Sudahlah Noni, Kau tengok tu Abang Brahim kau tengah merenung kita. Macam marah aje dengan kita.”

“Iyelah, iyelah, nanti kena marah aku lagi. Tadi sudah puas aku kena tengking tak pasal-pasal. Geram aku dengan dia.

“Heh! Kau tak ingat pagi tadi kau berdoa agar Abang Brahim akan jatuh cinta dengan kau hari ini.”

“Jatuh cinta apa?” Noni menjegilkan matanya kepada Ita. Geram dengan situasi yang menimpa dirinya. Lain yang diharapkan, lain yang dapat.

“Kau tak dengar pagi-pagi ni aku sudah kena marah? Satu Putrajaya ni boleh dengar tau.”

Hendak tergelak Ita mendengar kata Noni. Tetapi dia tahan sahaja ketawanya dalam hati. takut Noni kecil hati dengan dia.

“ Bukan tu aje, dia jegilnya matanya pada aku.” Noni masih belum habis geramnya, dimarahi Encik Brahim.

“Tahu pun kau. Itulah berangan lebih-lebih sangat.” Kata Ita.

“Kau tu apa bezanya, berangan dengan abang Azlan kau.”

“Abang Azlan aku. Tinggal angan-angan aje lah Noni. Macam angan-angan kau dengan Abang Brahim kau. Tapi kurang-kurang kau boleh tengok buah hati kau setiap hari. Aku ni setahun sekali agaknya pun belum.”

Kedua-dua mereka mengeluh, mengenangkan angan-angan mereka yang tidak kesampaian.

“ Dah lah! Lupakan semua. Kita ni asyik mengarut sejak tadi lagi.” Ita sedar sebenarnya angan-angannya dengan Azlan itu cuma tinggal angan-angan sahaja. Dia sedar akan dirinya yang memang tak termasuk di dalam kamus hidup Azlan. Dia dan Azlan macam langit dan bumi.

“Bukan mudah hendak lupakan begitu sahaja Ita, ini sudah soal hati. Apa salahnya kita angan-angan sikit buat menghibur hati. Kita pun bukan tidak tahu realitinya, bukan boleh dapat pun. Siapalah kita ni. Cuma kerani cabuk di projek mega ini.”

“Sudahlah Noni, buang masa aje kita berangan, terutama sekali aku. Aku rasa kalau jumpa dia lagi, dia mesti dah tak kenal aku pun.” Kata Ita lagi, sebenarnya cuba memujuk hatinya dari menjadi lebih kecewa.

“Hai betul-betul aku ingat yang kau cerita semalam tu benar-benar terjadi. Kau ni memanglah. Aku pun dah ikut berangan dah. ingatkan betul dia jatuh cinta dengan kau. Best kan kalau betul”

“Yang kau ikut sekali angau kenapa?”

“Bukan apa, kalau impian kau tercapai, aku tumpang gembira.”

“Baiknya hati kau, kaulah kawan aku sejati.”

Noni terdiam, mereka saling berpandangan. Lesung pipitnya muncul menahan ketawa. Lama kelamaan Noni pun ketawa.

Brahim memandang mereka dari dalam bilik pejabatnya sambil mengelengkan kepalanya. Ada sahaja benda yang menyukakan hati mereka. Lepas kena marah pun boleh ketawa lagi. Sejuk hati Brahim melihat lesung pipit Ita, Noni yang murung sejak tadi juga ketawa melihat gelagat Ita. Berahim merasa menyesal memarahi Noni tadi. Kenapa dia tiba-tiba naik angin pun dia tidak tahu.

Nasib baik ada Ita yang menyejukkan keadaan. Memang Ita sentiasa mebuatkan pejabat nya ceria. Walaupun dia tidak pernah katakan pada sesiapa, sebenarnya kehadiran mereka berdua membuat hidupnya di pejabat ini lebih ceria.

Category:

3 comments:

Anonymous said...

cepat lak..best camni

aqilah said...

aaha,, mesti ita dgn berahim kan! dlm zmn teknologi ni, masih ada juga nama berahim ni ye.

Alina Haizar said...

ha.. tulah..Berahim ni ada keturunan mamak sikit. Berahim Mohideen bin Mohamed Yuosoff, kalau tengok matanya betul-betul ada sikit grey kehijauan.