Kasih, Relakan Ku Pergi 9

Bab 9




Ita baru selesai menunaikan sembahyang asar. Dia mengambil sedikit masa untuk berzikir dan berdoa panjang, sementara menunggu van mereka datang dekat pukul 5.30 nanti. Ita rasakan dia perlukan masa ini untuk dirinya, untk mengadu hal nasib dirinya kepada yang Maha Esa.


Ita tidak mempunyai sesiapa pun di dalam dunia ini. Tetapi selama ini dia tidak pernah merasakan itu sabagai satu masalah besar buatnya dirinya. Cukuplah Allah buatnya. Sepanjang hidupnya Ita sentiasa dikelilingi oleh orang-orang lain seperti penjaga di asrama Darul Izzah, Kakak-kakak dan adik-adik yang menjadi penghuni Darul Izzah. Kini setelah meninggalkan Darul Izzah, dia mempunyai kawan-kawan lain. Ita tidak pernah merasa dirinya kesunyian.

Anugerah Allah SWT kepadanya terlalu banyak. Ita tidak pernah menyesali kehidupan yang di laluinya. Allah SWT menganugerahkan rupa paras yang elok, kesihatan badan, dan memberinya peluang belajar dan sekarang berkerja. Ita rasakan anugerah tuhan begitu banyak kepada dirinya. Kenyataan ini menjadikan seorang yang sentiasa ceria. Jarang sekali Ita mendapati dirinya merasa sedih dan murung. Dia bersyukur dengan semua anugerah Allah.

Satu perkara sahaja lagi yang belum mampu Ita lakukan, walaupun dia tidak pernah tinggal sembahyang, puasa dan berzakat, ialah dia masih lagi belum terbuka hati untuk memakai tudung untuk menutup aurat. Satu hari nanti dia akan berbuat demikian. Kenapa dia belum bersedia lagi? Jadi adakah dia ini layak untuk meminta-minta lagi dengan Allah SWT, setelah semuanya kurniaan Allah SWT di nikmatinya, tetapi Ita sendiri belum mampu membuat penyerahan secara total kepada penciptanya?


Tetapi kali ini dia betul-betul meminta dan berdoa, dia cuma meminta agar hatinya yang tersentuh dengan kehadiran Azlan, sembuh semula seperti sediakala. Dia tidak mahu menyimpan perasaan begini, yang membuat dia menjadi resah.

Dia sedar siapa dirinya yang kini tiba-tiba telah jatuh hati dengan Azlan. Ita mengutuk dirinya sendiri kerana itu. Dia bagaikan sengaja mencari bala. Dia merasa sungguh kecewa dengan dirinya sendiri. Dia sepatutnya lebih kuat daripada itu, kenapa dia begitu lemah dan kalah dengan sekali pandangan dari Azlan. Dia teringatkan mata Azlan yang merenungnya tajam tadi. Kenapa dengan sekali panahan matanya, Ita jadi lemah sekali?


Kemudian dia gagahi dirinya dan menguatkan semangatnya kembali. Selepas dari hari ini Encik Azlan mungkin tidak datang lagi. Setelah semua masalah dengan JKKP selesai, Encik Azlan tidak perlu sering datang ke tapak bina ini dia. Lama-kelamaan Ita tentu boleh melupakannya.

"Ya Allah." Keluh Ita. Dia sudah biasa keseorangan, dia tidak perlukan sesiapa dalam dunia ini untuk membuat dia gembira. Ita tidak mahu kegembiaraan hatinya bergantung kepada seseorang. Dia tidak biasa bergantung dengan sesiapa. Insya allah, kalau Ita kuat, dia tentu dapat mengatasi perasaan ini.

Ita bangun dari temput sujudnya, melipat telekungnya dan kemudian keluar dari bilik sembahyang itu. Sebentar lagi, mereka akan pulang. Ita harap Azlan sudah pulang. Kalau boleh dia tidak mahu bersua muka dengan Azlan lagi. Lagi cepat, lagi mudah untuk dia memadamkan perasaannya itu. Insya Allah.


Ita keluar dari bilik sembahyang dengan hati dan jiwa yang ringan. Mungkin ini sebabnya dia sentiasa ceria, bila mempunyai masalah, dia akan serahkan keresahan dan kesusahan hatinya kepada Allah, . Hati yang rawan terubat setiap kali selepas bersembahyang, berzikir dan berdoa panjang. Itu yang telah diajar oleh Ustazah semasa dia di Darul Izzah dan itulah yang Ita sentiasa amalkan.


Ita menuju kembali ke mejanya untuk berkemas. Sudah tiba waktu untuk dia pulang. Dia memerhatikan sekeliling pejabat. Semuanya sudah lengang . Ita menjadi hairan.


"Eh semua sudah balik ke?" Hatinya bertanya sendiri. Takkan Noni pun dah balik? Ita terpandang ke arah jam dinding pejabat. Waktu sekarang ialah pukul 5.40 petang.


"Eh! Astarfirrullah Al Azim,  jam dia lambat sepuluh minit, dia ingat baru 5.30 pm." Tetapi kenapa Noni meninggalkan dia. Selalunya Noni akan tunggu. Ita hilang akal sekejap. Macamana dia nak balik macam ini? Bilik En Berahim masih terang tetapi dia tiada di situ. Ita hendak mehubungi Asri. Kalau Asri ada, dia boleh tolong hantar balik. Sekurang-kurangnya sampai ke jalan besar yang laluan bas pun jadi. Jadi boleh Ita mendapatkan bas untuk balik ke rumahnya.

Tiba-tiba dia terdengar ada orang keluar daripada bilik sembahyang,. Dia menoleh ke arah mereka. Brahim dan Azlan. Sedang berjalan menuju ke arahnya. Hatinya Ita berdebar-debar menunggu. Kedua-dua mereka nampak begitu tampan sekali. Sejuk hati Ita melihat mereka, walaupun sibuk macamana pun, mereka tidak pernah lupa meninggalkan sembahyang.


Brahim dan Azlan tersenyum serentak bila memandang Ita.
"Eh, belum balik lagi, Ita?" Soal Brahim, sambil membuka lipatan lengan bajunya, yang disingsingnya ketika mengambil wuduk tadi.  Kenapa Noni tidak ada bersamanya?

"Hendak balik le ni...."  Ita hendak minta Brahim tumpangkan dia sehingga keluar dari kawasan tapa bina ini. Tetapi dia tidak mahu bertanya depan Encik Azlan. Nanti nampak macam dia hendak minta Azlan hantarkan pula. Dia akan tunggu Azlan pergi dahulu, baru dia akan tanya dengan Encik Brahim.

"Ok Brahim."  kata Azlan sebaik sahaja mereka beridiri di hadapan Ita. Ita segera mengambil baju kot dan tali leher Azlan, lalu di serahkan kepada Azlan. Azlan mengambil kotnya lalu disangkut di bahunya. Nampak dia begitu tampan dengan gaya tersebut.

"Baiklah Encik Azlan, Syukur Stop work Order oleh JKKP sudah di tarik balik. Besok kita boleh mulakan kerja kita semula."

"Sebelum mula kerja, kita buat tool box meeting dengan semua pekerja dan kita buat briefing lesson learnt mengenai kemalangan yang berlaku, supaya semua akan mengambil iktibar dari kemalangan yang berlaku itu."

"Ok boss. Beres."

"Baiklah tu. Nanti kita akan adakan mesyuarat post mortem tentang ini. Ok Brahim , I am going back now." Kata Encik Azlan, mula melangkah untuk beredar.

Brahim mengangguk dan beredar masuk ke dalam biliknya.

Tiba-tiba Azlan menoleh kembali kepada Ita.

"Ita, tak nak balik ke? Mari ikut saya."

Ita tergamam tidak boleh berkata apa-apa seketika. Semua iltizamnya untuk menguatkan dirinya daripada godaan Encik Azlan, bagaikan akan hancur ke bumi. Dia cuba mengelakkan dirinya dari bersama Encik Azlan.

"Tak…tak mengapa.. sss..saya boleh minta tolong Encik Brahim hantarkan saya balik. Encik Azlan baliklah dulu. Tidak mengapa." Kata Ita.

"Kenapa nak ikut Brahim , tak nak ikut saya? Tidak sudi ke?"

"Bukan, saya tak mahu menyusahkan Encik Azlan. Encik Azlan baliklah dulu. Biar saya tunggu Encik Brahim."


"Lagi menyusahkan Brahim, diakan duduk jauh dekat Sungai Buluh. Marilah, jangan buang masa. Mari Ikut saya balik!" Desak Azlan, kali ini begitu bersungguh sehingga Ita rasa dia tidak boleh menolak desakan itu.

Seperti dalam mimpi, Ita mengikut Azlan keluar dari pejabat dan masuk ke dalam kenderaan pacuan empat roda Azlan. Kalau sebelum ini ada sesiapa katakan padanya yang dia akan naik kereta Azlan buat kali kedua, dia memang tidak akan percaya. Ita sendiri ingat yang dia tidak akan jumpa dengan Azlan lagi selepas ini. Tetapi macam dalam mimpi dia berada bersama Azlan, di dalam keretanya.

Brahim cuma memandang mereka yang beredar keluar, hatinya mula tertanya-tanya. Mukanya yang kacak berkerut-kerut mencari jawapan. Tetapi tiada siapa yang boleh meberi jawapan kepadanya. Kerisauan bertanggah di hatinya. Kenapa Encik Azlan mengajak Ita balik bersamanya. Bolehkah gadis macam Ita menangani perhubungan dengan orang macam Azlan. Azlan nampaknya seperti seorang yang begitu sofistikated. Brahim takut Ita akan terluka. Dia mengeleng-gelengkan kepalanya sendirian, dia rasa begitu risau sekali.

Azlan membawa keretanya keluar dari tapak pembinaan, terhenjut-henjut melalui jalan bertanah merah menuju ke Jambatan Seri Wawasan. Dari situ jalan sudah siap bertar, kereta Azlan meluncur laju dan menuju ke Persiaran Persekutuan.

"Ita pernah melalui jalan ini ke?"

"Tidak, selalunya kami masuk melalu Pintu 5, terus ke tapak bina."

"Jadi semenjak bekerja di Putrajaya, Ita belum pernah berjalan-jalan di kawasan ini?"

"Belum."


Azlan cuma senyum, dia sudah menjangka yang walaupun sudah lama bekerja di situ, Ita jarang dapat melihat keadaan sebenar pembangunan Putrajaya. Azlan kemudiannya sedikit sebanyak memberi penerangan tentang tempat-tempat yang mereka lalui.

"Di sebelah kanan jalan, Pejabat kerjaaan Parcel B yang menempatkan Jabatan Perdana Menteri, selepas bangunan parcel B, ialah Komplek pejabat Perdana Menteri., Perdana Putra, bangunan yang berkubah Hijau tu."

Azlan menerangkan dengan panjang lebar.


"Gambar kompleks ini kini terdpat di mana-mana. Di poskad-poskad, kad hari raya, iklan di TV. Di antara kedua parcel kerajaan ini terdpat sebuah jalan susur masuk, di dalamnya terletak masjid Putraja yang tersergam Indah. Kubah dan minaretnya yang berwarna mejah jambu boleh dilihat dari jauh."



Permandangan di sini sungguh mengkagumkan. Ita begitu terpegun dengan bangunan-bangunan yang tersegam indah, dengan berbagai jenis seni rekabentuk yang khas. Selepas melalui Kompleks Perdana Putra, mereka melalui satu kawasan Taman, tetapi pembinaannya belum lagi tamat, kerana kawasan tersebut masih di pagari dengan pagar berwarna hijau.

Azlan memandu keretanya menyusur keluar ke lebuh persekutuan. Terletak di kiri kanan lebuh persekutuan ialah Taman Wetland Putrajaya. Kawasan tanah lembap buatan manusia yang terbesar di Malaysia.

"Taman wetland ini di bina di sekeliling kawasan wetland. Tujuan Wetland di bina ialah bagi menapis dan merawat air sebelum is sampai ke tasik."

"Patutlah Air tasik Putrajaya bersih dan jernih." Kata Ita.

"Kata Maniam Driver Van yang bawa kami, dulu di Kawasan ini cuma ada sungai estet aja yang melaluinya."

" Macamana boleh terdapat sebuah tasik yang besar dan airnya  begitu bersih, kebiru-biruaan?"

" Mereka buat empangan,  itu sebab dapat tasik besar manakala Wetland itu pulak yang membersihkan air sebelum masuk."

"Oh….Ita menganggukganggukkan kepalanya".

Azlan kemudiannya memasuki jalan masuk ke Taman Wetland.

Ita memandang muka Azlan, hatinya bertanya-tanya. Ke mana Encik Azlan hendak bawa dia?

Azlan macam tahu apa yang Ita sedang fikirkan.

"Kita berhenti di sini sekejap ambil angin. Bolehkan? Ita ada hal ke nak balik cepat?"

"Tidak. Saya tidak ada apa-apa pun."

Azlan memberhentikan keretanya dii kawasan letak kereta. Lantas Ita keluar dan Ita pun berbuat sepertinya.

"Mari kata Azlan, kita naik ke atas menara pandang jauh. Ita sudah sampai ke sini belum."

"Belum." kata Ita.

Sebenarnya walaupun sudah setahun bekerja di kawasan ini, dia cuma tahu tapak pemb binaanya tempat dia bekerja sahaja. Dia belum pernah menjejaki kan kakinya ke tempat lain selain daripada tempat makan di medan selera presint 8. Itupun kalau Asri sudi bawa mereka keluar makan.

Perlahan-lahan mereka memanjat tangga menara tersebut. Pada waktu petang begini tidak ramai pengunjung yang datang ke situ. Cuma Ita dan Azlan sahaja yang sedang mendaki naik di menara tersebut. Beberapa orang pelawat sedang menuruni Menara Tersebut. Nampaknya mereka bukan orang dari Malaysia, kemungkinan pelancung dari Jepun.

Matahari kian condong, angin petang bertiup nyaman. Permandangan sekeliling sungguh indah dan mengasyikkan. Kawasan hijau meliputi keseluruhan kawasan sekeliling taman. Apabila sampai di tingkat paling atas, mereka dapat melihat hampir keseluruhan kawasan di Presint 11, 12, 13 dan juga kawasan di luar dari Putrajaya. Nun jauh di hadapan terdapat 5 buah cerobong stesen Janakuasa, Serdang.

Keseluruhan kawasan wetland juga dapat dilihat dari atas menara itu. Lebuhraya persekutuan juga dapat dilihat kenderaan yang lalu lalang. Lampu jalan yang berbentuk sesungut serangga mengindahkan keadaan jalanaraya.

"Wow, indah dan nyaman di sini."  Kata Ita, terlalu terpegun dengan keadaan sekitar, sehingga begitu germersik suaranya. Dia menguntumkan senyumannya.

Azlan suka melihat Ita senyum. Lesung pipit yang dalam muncul di pipinya. Ingin rasanya dia meletakkan jarinya di lesung pipit itu. Langit kian berukar menjadi kuning.

Rumput-rumput purun tumbuh dalm sel-sel wetland lebat dan menghijau.  Air wetland  kini mula bertukar warna mengikut warna langit. Kebiru-biruan.

"Dalam rumput-rumput ada banyak itik dan burung air tau." Terang Azlan lagi.

"Iye ke. Boleh ke kita pergi dekat gigi air."

"Boleh., Tapi kita kena jalan kaki ke sana. Lain kali kita datang berjogging, boleh kita keliling wetland ini." Syor Azlan.

Angin petang bertiup lembut, rambut Ita yang di potong pendek di tiup perlahan dari mukanya. Kenapa dia nampak lebih ayu berambut pendek. Azlan pun hairan. Mungkin dengan rambut fesyen itu membuatkan lehernya nampak lebih jinjang. Walau macamana pun, fesyen rambutnya ini membuat dia nampak lebih feminin. Matanyanya bersinar ceria. Hidunya bak seludang, pipinya gebu. Azlan tidak sabar menunggu lesung pipitnya yang dalam muncul setiap kali Ita tersenyum. Mukanya nampak gembira dan nakal.

"Eh! kalau berdiri lama-lama dekat railing ini lama-lama rasa gayat le, kata Ita, menjauhkan dirinya dari selusur kayu itu."

"Itulah jangan berdiri situ lama-lama, Mari kita duduk dahulu."

 Terdapat sebuah pangkin yang disediakan untuk melawat di situ.

"Kenapa?   Ita rasa pening ke?

"Entah rasa macam berayun."

"Memanglah tall strukture, ada kesan ayunan."

Ita cuma mengangguk. Masih banyak yang belum dia ketahui tentang strucktur bangunan. Encik Azlan nampaknya begitu arif tentang kejuruteraan, Ita ingin belajar banyak perkara darinya.

Mereka duduk diam buat beberapa ketika, masing-masing melayan lamunan dirinya sendiri. Keadannya sungguh indah sekali. Ita betuk-betul menikmatrinya sambil menghirup angin petang yang begitu segar. Sambil memerhatikan matahari yang kian condong, hampir ditelan oleh bukit bukit. Langit kian merah.

"You know Ita, To be silent and comfortable with each other is something rare and special." Ujar Azlan.

Ita hanya mengangguk dan tersenyum, dia pun rasa begitu juga.

Ita menghirupan udara segar dalam-dalam. Dia harus mengambil peluang menikmati kebahagian ini selagi boleh, sebab tidak tahu bila dia akan dapat dalam begini lagi, terutamanya dengan Azlan.

Suasana menjadi bertambah dingin. Angin petang tetap bertiup lembut. Pada Ita petang ini sungguh membahagiakn diarinya. Kalau boleh biarlah mereka teperangkap dalam kapsul masa ini selamanya-lamanya.

Kenapa dia berada di sini pun dia tidak pasti. Dia tidak pun bertanya dengan Azlan kenapa. Yang pasti dia bahagia berada di sini bersama Azlan. Dia tidak akan meminta lebih dari itu. Hari ini pun dia tidak sangka akan bertemu Azlan. Besok lusa entah-entah tidak akan bertemu lagi. Dia cuma mahu hargai saat indah bersama Encik Azlan.

Senja kian hampir, langit yang merah gilang gemilang kini mulai menjadi kelam.

"Mari kita pulang Ita."  Azlan bangun dan mengajak Ita menuruni Menara pandang jauh tersebut.

Ita berjalan seiringanya. Tetapi nyata untuk menaiki adalah lebih mudah daripada menuruni tangga menara yang tinggi itu. Dengan kesan ayunan dan kedudukan anak tangga yang jarang membuat Ita gayat sedikit. Tetapi dia tidak mahu menunjukkan yang dia agak gayat untuk menuruni tangga tersebut. Azlan menyedarinya dan merapatkan tubuhnya sambil meletakkan tanganya di lengan Ita. Walaupun dia memakai baju berlengan panjang, Jantung Ita terloncat, disentuh Azlan. Azlan dapat rasakan kejutan elektrik yang berlaku itu. Ita nampak lebih kekok, bila Azlan bertindak sebegitu.. Azlan senyum, melihat ketidak selesaan Ita. Muka Ita merah dan lesung pipitnya hilang dari pipi gebunya. Rupa-rupanya dalam nakal-nakal nya itu, nyata Ita janggal di sentuh oleh lelaki.

Category:

3 comments:

aqilah said...

mudah2an harapan untuk ita berkasih sayang dgn azlan berkemungkinan besar ada.........................

Anonymous said...

cite ni mesti sedih kan...kesian kat ita sebab masa baca prolog cite ni ita dekat oversea dan cinta dia dgn azlan hancur...cite ni best tp sedih ler plak...sayu jer rasa ,erm emo sket hehehe....

Wans said...

Salam..
Sy sgt suka citer2 writer.
Best sgt...
Bnda bese jer tp bila writer olah, jadi luarbiasa...
last words,
chyok!