Kasih, Relakan Ku Pergi 15

Bab 15


Langit kelihatan gelap. Awan yang hitam begitu sarat dengan titisan air, bila-bila masa sahaja, ia akan runtuh ke bawah. Walaupun belum malam tetapi keadaan sekeliling sudah kelam. Angin bertiup kencang, menerbangkan debu-debu merah ke seluruh kawasan. Ramai pekerja telah pulang dan keadaan sekitar tapak kerja dan pejabat lengang. Tetapi Asri dan Ita masih lagi bekerja. Encik Baharum telah mengarahkan Asri menyiapkan laporan untuk mesyuarat kemajuan  yang akan diadakan esok pagi. Oleh kerana banyak perkara yang harus disiapkan, Asri telah minta Ita menolong dia menaip laporan-laporan, sementara dia menyiapkan data-data penting, jadual, gambarajah dan juga gambarfoto..


“Ot aku kau sain nanti okay.” Kata Ita.

“Okay kau jangan risau.” Kata Asri. Sebenarnya kalau tidak di bayarkan bayaran lebih masa pun, Ita tetap akan tolong Asri. Keadaan pejabat sudah lengang . Cuma bilik Brahim dan En Azlan masih lagi menyala. Mereka masih lagi berada di tapak kerana membawa beberapa orang pelawat ke dalam terowong LRT. Pihak client telah mebuat lawatan mengejut petang tadi. Nasib baik Encik Azlan dan Abang Brahim ada di sini.
Di luar sana, hujan telah mula turun, mula-mula dengan rintik-rintik yang besar kemudiannya dengan curahan yang lebat sekali. Suasana sekitar nampak malap dan suram sekali.

“Begitu jugalah hatinya, suram, tetapi tidak siapa yang tahu.” Kata hati Ita.

Ita pun sudah tidak menaruh harap dengan Encik Azlan lagi. Dia sudah tidak mahu bersedih lagi. Azlan memang tidak mahu berbaik langsung dengan dirinya. Sudah hampir sebulan Azlan bekerja di pejabat itu, tetapi dia langsung tidak perdulikan Ita. Kalau bercakap pun,  mesti sebab dia marahkan Ita. Tetapi Ita pelik, dengan orang lain macam Noni dan Kak Nab dan juga dengan Aci tukang bersih di pejabat ini pun dia begitu bersopan santun sekali. Apa silap Ita pun Ita tak tahu. Mungkin betul tekaan ini, Encik Azlan dapat rasakan yang Ita ada menaruh hati kepadanya, jadi Encik Azlan tidak suka keadaan itu. Sebab itu dia mengelak dari Ita. Dia tidak mahu Ita perasan agaknya.

Pada Ita, Encik Azlan tidak perlu berbuat demikian, Ita sedar siapa dirinya. Sejak melihat Encik Azlan dengan Sherry, Ita sudah cuba buangkan semua perasaan suka yang bertapak di hatinya. Tetapi nampaknya Encik Azlan tidak boleh terima kenyataan itu. Dia nampak sangat tidak senang dengan Ita.. Ita pun sudah malas mahu memikirkannya di mana silap dia. Ini akan membuat dia sedih. Ita tidak suka bersedih hati. Banyak lagi masalah di dalam dunia ni. Banyak lagi penderitaan yang berlaku di dalam dunia ini. Ada orang tidak cukup maka, tiada tempat tinggal, kesejukan, kebuluran, kemarau. Gempa bumi, di bom, peperangan. Lihat sahaja diseluruh dunia, banyak betul penderitaan yang di alami manusia lain.

Pada Ita, dia masih hidup, sihat wal afiat, ada pendapatan, ada tempat tinggal dan kawan-kawan, itu semua sudah cukup.  Semuanya Kurnian Allah kepadanya. Dia tidak mahu bersusah hati, meratapi nasibnya yang malang kerana Enzik Azlan tidak membalas kasihnya. Ita hanya mahu mengorak langkah ke hadapan dan melupai semua rasa sedih ini. Kini dia sudah punyai pilihan. Ita cuma perlu membuat keputusan sahaja. Dia harap Noni, Asri dan Brahim akan menyokong apa sahaja keputusan yang dia akan ambil nanti.

“Ada lagi maklumat yang tidak cukup. Aku perlu dapatkan minit mesyuarat yang lalu. Kau tolong cari fail ini dekat dalam almari dekat belakang sana, aku cari di kabin sebelah. Kalau dapat aku datang balik okay.” Pinta Asri.

“Aku perlu dapatkan fail tu. Butir-butir yang aku perlu ada dalam fail itu.”

“Bukanke progress juru runding yang buat laporan kenapa kau yang kena buat?"

"Itu memang jururunding yang buat. Tetapi pasal isu alam sekitar aku yang buat.” Terang Asri sambil berlalu keluar dari pejabat itu. Dia mencapai payung yang terletak di tepi pintu dan segera belari keluar menuju kabin sebelah.

Ita tinggal berseorangan di dalam pejabat . Suasana di pejabat sunyi. Cuma deruan air hujan yang kedengaran di luar sana. Hujan yang turun bagaimana tidak akan berhenti. Nasib baik Asri telah berjajnji hendak menghantarnya pulang. Kalau tidak mungkin Ita tidak senang hati nak menjalankan tugasnya. Ita pergi ke belakang pejabat, almari yang Asri katakana itu terletak dekat stor. Banyak almari-almari berisi fail-fail projek yang disusun di situ. Ita mula mencari fail yang di katakan oleh Asri. Dia terbongkok-bongkok mencari fail mengikut nombor rujukan yang telah di berikan oleh Asri. Kemudian Ita merasakan bulu romanya naik , seram sejuk rasanya. Dia menoleh dan menegakkan badannya. Encik Mahmud sedang memerhatikannya . Entah berapa lama Encik Mahmud berdiri di belakang Ita, memerhatikannya pun Ita tidak pasti. Matanya merenung tubun badan Ita dengan rakus. Ita menjadi seram sejuk melihat muka Encik Mahmud yang memandangnya dengan penuh berahi. Dia menghampiri Ita dengan perlahan dan berdiri sangat rapat dengan Ita. Ita sudah terperangkap di sudut almari. Ita jadi panik. Tidak ada sesiapa pun di dalam pejabat,. Dia tahu niat Encik Mahmud tidak baik. Dia pernah terdengar apa yang Encik Mahmud pernah lakukan pada kerani-kerani lain sebelum ini. Peluh dingin mula memercik di dahinya. Encik Mahmud mula tersenyum dengan Ita.

“Macam tau-tau, kita nak jumpa di sini. Tulah selama ni jual mahal selama ni.Rindu kat I ye?”

Tangannya cuba memegang muka Ita. Ita menepis tangannya dengan kuat. Mahmud makin tersengih. Bau badannya yang hapak, cuba dilindunginya dengan bau cologne membuat kan bau  badannya lebih menyengitkan. Ita mula terasa mual dan sesak nafas.

“Aku sudah lama memerhatikan kau, Ita. Kalau kau layan aku, senang hidup kau. Cium sikit boleh.” Encik Mahmud hampir dengan mukanya. Mulutnya berbau rokok yang sudah basi meloyakan. Ita memandang sekeliling, tidak ada sesiapa di dalam pejabat ini. Kalau dia menjerit pun sia-sia sahaja. Lagipun bunyi hujan lebat di luar sana memadamkan semua bunyi lain. Ita mula menjadi panik.

Ita cuba menolak Encik Mahmud. Encik Mahmud mula berkasar dengan Ita. Dia meraih badan Ita hampir ke badannya dengan dakapannya kuat dan menyesakkan. Nafasnya yang panas di muka Ita. Ita berasa mual, dia rasa hendak muntah.. Dia cuba tolaknya badan Encik Mahmud sekuat-kuat hatinya. Tetapi dia tidak berdaya. Ita hampir lemas, pandangannya kian gelap tetapi dia tidak mahu mengalah. Ita cuba meronta-ronta sekuat-kuat hatinya dengan tenaga yang sedikit ada pada dirinya. Tangannya tergapai-gapai cuba melepaskan dirinya. Muka Encik Mahmud yang penuh dengan bekas-bekas jeragat itu makin hampir hinggap ke mukanya. Bau rokok yang busuk dari mulutnya makin meloyakan. Ita sedari dia sudah tidak dapat berbuat apa-apa. Ita seperti tidak percaya dengan apa yang berlaku ke atas dirinya. Dia bagaikan menonton sebuah tayangan gambar, kejadian ini sedang berlaku terhadap orang lain, bukan pada dirinya. Pegangan Mahmud terlalu kuat.

“Ya Allah,, tolong hamba mu, Ya Allah.” Ita hanya dapat berserah kepada tuhan. Kegelapan sudah menerpa dirinya. Bibir hitam tebal Encik Mahmud sudah hampir melekap ke bibirnya yang merah. Mahmud menjilat bibirnya sendiri apabila melihat bibir merah Ita yang mengiurkan dirinya. Ita sudah lemah di dalam dakapannya.

 “Hidangan daging muda yang lazat buatnya.” Getus Encik Mahmud dalam hatinya. “Tentu lembut dan enak.”

Tangan Ita yang meronta-ronta semakin lemah dalam cengkamannya. Hari ini nampakanya dia akan makan besar lagi.

Dalam samar-samar itu, Ita masih cuba meronta-ronta dan dia cuba menolak Encik Mahmud dengan segala kudrat masih masih tinggal di dalam dirinya.

“Ya Allah, tolong hamba mu Ya Allah,” Ita berdoa buat kali terakhir sebelum dia menyerahkan dirinya kepada kegelapan yang sedang meliputi dirinya.

Tiba-tiba dakapan Encik Mahmud terlerai. Encik Mahmud sudah tercampak ke tepi.

“Encik Mahmud! Apa Encik Mahmud buat ni! Jerit Asri, yang masih memegang kolar Encik Mahmud. Tangannya mengenggam penumbuk. Tanpa dapat mengawal perasaannya, satu tumbukan hinggap di muka Encik Mahmud.

“Orang tua tak tahu malu!. Baik En Mahmud pergi dari sini! Kalau Encik Mahmud berani buat macam ni, Saya laporkan pada Berahim nanti. Asri menjerkah Mahmud,sekuat hatinya Suaranya bergetar menahan perasaan marahnya.

“Orang tua kutuk, tak tahu malu!. Kata Asri lagi.
“Kalau kau berani laporlah. Engkau ingat kau siapa.” Kata Encik Mahmud. Mukanya merah padam di tumbuk Asri. Aku ni sepupu Datin Azmah tahu. Kau ingat aku takut dengan Berahim. Jaga engkau!. Aku akan balas balik apa yang kau sudah buat hari ini.” Mahmud member amaran, lalu keluar dari situ dan membetulkan bajunya yang di tarik kuat oleh Asri.

Ita yang masih terkejut dengan perbuatan Encik Mahmud, mula menangis perlahan-lahan. Dia masih lagi terperinyuk di sudut almari. Ita merasakan dirinya kotor setelah dipeluk oleh Encik Mahmud. Masih terhidu bau hapak dari tubuh Encik Mahmud, membuat dia rasa hendak muntah. Asri juga yang baru pulih dari perasaan terkejut tadi hanya berdiri memerhatikan Ita yang sedang menangis. Dia tidak sangka Encik Mahmud boleh berbuat sedemikian rupa. Seram sejuk Asri melihat perlakuan Encik Mahmud tadi. Dia yang sering mendampingi Ita pun tidak tergamak untuk meperlakukan yang tidak baik terhadap gadis itu. Ini orang tua kutuk yang sudah setengah abad itu.

Sebentar tadi tindakan Asri hanyalah atas tindakan refleksi, tanpa banyak fikir, dia menumbuk muka Encik Mahmud. Tetapi walau bagaimanapun sedikit pun dia tidak menyesal dengan perbuatannya tadi. malah dia puas hati dengan tindakan tersebut. Dia tidak perduli dengan ugutan Encik Mahmud tadi. Kalau dia kena buang kerja pun, hatinya puas. Nasib baik dia terfikir untuk datang semula ke pejabat ini. Kalau tidak entah apa yang berlaku ke atas Ita.

“Salah aku ke Asri? Aku tidak buat apa-apa pun dengan dia. Kenapa dia berani buat macam tu dengan aku? Aku tak pernah layan dia Asri.” Aku tak pernah mengada-ngada atau melayan dia. Kenapa dia fikir dia boleh buat macam itu pada aku?”

Asri juga bersimpati dengan Ita. Asri tahu Ita tidak pernah melakukan sesuatu yang membuatkan Mahmus berhak bertindak sedemikian hina terhadap dirinya. Selama ini Ita menjaga kehormatan dirinya dengan baik.

“Encik Mahmud memang dasar orang tua miang.” Getus Asri dalam hatinya.

“Bukan salah kau Ita. Salah dia, dia memang orang tua kutuk.” Asri mengeluarkan saputanganya dan mengesat air mata Ita yang mengalir.

“Sudah Ita jangan menangis. Nanti aku menangis juga.” Kata Asri, cuba meredakan keadaan tegang itu..

Dalam linangan air mata, bibir Ita masih dapat tersenyum sedikit mendengar usikan Asri. Tetapi dia juga sedih bila mengenang nasib yang menimpa dirinya.

“Asri…... Nasib baik kau ada Asri. Kalau tidak ... eii ..aku tak tahu apa nak jadi. Kalau dia betul-betul buat apa yang dia hendak lakukan tadi, tadi aku rasa diri aku ni kotor. Aku tak sanggup Asri. Jijik.”

Asri menghulurkan tanganya dan Ita menyambutnya. Asri mengangkat Ita yang masih lagi duduk di atas lantai. Ita bangun tetapi kakinya masih lemah, dia masih lagi dalam keadaan terkejut. Badannya hendak jatuh, tetapi Asri menyambutnya dan memegang kedua belah bahunya. Asri memandang mukanya yang bersedih itu. Di kesatnya air mata Ita dengan jarinya dengan lembut.

“Tunggu dulu Ita, kalau Ita bangun mendadak, silap-silap pitam nanti.”



Ita mengangguk. Asri kemudiannya meletakkan lengannya di bahu Ita. Ita perlu dipapah untuk dibawa ke mejanya. Ita menangis teresak-esak.  Asri memegang kepalanya,  memeluk Ita di dadanya seketika, untuk menghilangkan ketakutannya.  Kemudian Asri memeluk bahu Ita kembali dan mula melangkah. Baru selangkah mereka begerak, tiba-tiba mata mereka berembung dengan Azlan. Muka masing-masing terkejut terpandang Azlan yang memerhatikan mereka. Mukanya merah padam seperti marah. Ekspressi mukanya seperti jijik memandang muka Ita. Berapa lama dia berdiri memerhatikan mereka, Asri tidak tahu?. Asri segera melepaskan tangannya yang sedang memapahnya Ita.Ita menjadi terhoyong -hayang.


Azlan baru sahaja menghampiri kawasan stor itu, tetapi apa yang dia dapat lihat sudah cukup membuat dia naik angin. Mereka nampak seperti orang yang ditangkap berbuat salah. Rambut Ita yang kusut seperti baru lepas bergomol, membuatkan darahnya naik marah. Azlan menyesal kerana menyimpan perasaan dengan gadis ini. Geramnya di lepaskan kepada mereka berdua yang terkebil-kebil memerhatikan gelagatnya.

”Ini pejabat tahu, Asri dan Cik Rozita. Bukan tempat nak berasmara. Kalau nak buat yang tak baik , pergi tempat lain. Kalau Berahim tahu macamana? Kau jangan nak main dengan Berahim , lepas tu belakang dia , kau main pula dengan Asri!” Asri dan Ita melopong mendengar tuduhan Azlan.



“Jangan perangai tak bermoral kamu akan merosakkan suasana kerja pejabat ini.

"Asri I expect better than than this from you. Kalau dia tidak bermoral, . Kau yang berpelajaran tinggi pun nak ikut sekali.” Kata-kata Azlan begitu menusuk jantung Ita, Ita amat terasa dengan penghinaan Azlan. Mukanya berubah menjadi pucat lesi. Dia tidak menjangka selama ini begitu hina Azlan memandang dirinya. Azlan terus berlalu dari situ. Meninggalkan mereka berdua yang termangu-mangu dengan kata-katanya.

“Kenapa Encik Azlan ni? Dia tuduh kau yang bukan-bukan Ita!”

Ita cuma dapat mengelengkan kepalanya. Dia terlalu tergamam untuk berkata apa-apa. Penghinaan Azlan terlalu pedih untuk dia terima.

“Bapa saudara dia punya angkara, kita pulak di tuduh tidak bermoral. Aku tak puas hati Ita. Aku nak pergi tanya Azlan balik.”

“Janganlah Asri,” Ita menahannya. “Kita ni ikan bilis, macam kata kau. Takkan mereka nak buang saudara sebab kita. Kau tengok, Encik Mahmud punya angkara, kau dan aku yang kena.”

“Aku tak puas hati dia kata kau bukan-bukan. Aku tak kisah. Aku lelaki Ita.”
“Jangan memperjudikan kerja kau sebab aku Asri. Dia tu GM, kau jangan lupa. Aku ni…. Siapa dimata mereka….?   Sudahlah Asri.. tidak mengapalah Asri. Kalau susah,   aku berhenti kerja aje. Aku ni kerani aje Asri. Kau tu sayanglah. Nanti rosak nama kau, susah nak cari kerja lain .”

Asri terdiam.

“Sudahlah Ita, mari kita habiskan kerja dan aku hantar kau balik.”

Kau jangan cerita apa-apa dengan Berahim pasal tadi Asri. Aku tak mahu Brahim susah. Kalau Berahim susah, Noni pun susah. Mereka baru aje nak mengecap bahagia."

Asri cuma mengangguk.

"Tapi aku tak fahamlah Ita, Azlan kata belakang Berahim kau main dengan aku. Selama ini Azlan ingat kau girlfriend Berahim ke?”

“Agaknya. Tetapi semua itu tidak ada makna. Kau pun tahu bagaimana hinanya dia pandang aku selama ini. Aku sendiri tidak sangka, begitu hina dia anggap aku selama ini.” Air mata Ita mengalir laju.

“Itu yang aku tak puas. Aku nak jumpa Azlan kau tak bagi.” Ita cuma mengelengkan kepalanya. Kemudian dia mengeluarkan surat dari poket seluarnya.

“Aku sudah dapat tawaran kerja, Asri. Di tapak projek pusat Komersial tu. Syarikat itu hendak aku mula kerja secepat mungkin. Mulanya aku bercadang hendak menolaknya. Aku sayang kau, abang Berahim dan Noni. Tapi dengan kejadian hari ini, nampaknya lebih baik aku menerimanya sahaja.”

Asri mengambil surat dari tangan Ita.

“Wow! Dia offer jawatan penolong jurutera Ita. Bagus ni. Memang sesuai dengan kelulusan kau Ita. Tengok tu gajinya yang di tawarkan agak lumayan Ita. Kau bercadang hendak tolak tawaran ini Ita. Kau sanggup buang semua ni kerana kami Ita.”

Ita mengangguk.

“Kau orang ajelah yang aku ada. Aku sanggup buat begitu. Tapi nampaknya sekarang aku sudah tidak ada pilihan. Aku kena pergi dari sini.”

“Kau sudah habis fikir ke Ita?  Tetapi tawaran ini baik juga. Dengan pengalaman kerja ni nanti senang kau nak minta melanjutkan pelajaran. “

“Dan dengan gaji ni aku boleh simpan duit untuk pergi UK.” Kata Ita. “ Walaupun dalam sedih, dia masih mampu tersenyum.”

“Kau sudah bagitahu Noni dan Brahim?”

Ita mengelengkan kepalanya.

“Belum. Malam nanti aku bagi tahu Noni. Esok aku akan serahkan notis dua puluh empat jam berhenti kerja”

“Betul ni Ita? Kau sudah habis fikir?”

“Aku sudah tidak ada pilihan lain. Dia pandang aku hina Asri. Aku terpaksa menerimanya tawaran ini. Aku tidak boleh kerja di sini lagi."

"Ita... Aku hantar kau balik ye. Tapi aku ada sikit sahaja lagi untuk siapkan laporan tu. Kau boleh tunggu. Hari sudah lewat ni.”

Ita hanya mengangguk kepalanya. Hatinya terasa amat sayu. Air matanya mengalir lagi.

“Lupakan lah apa yang berlaku. Kau akan pergi tempat yang lebih baik. Aku harap kau berjaya, Ita.”

Perasaan Asri bercampur baur. Sedih melihat muka Ita yang sayu, gembira mendengar dia sudah mendapat pekerjaan lebih baik. Sedih kembali, Ita akan meninggalkan mereka semua.

“Kalaulah aku jatuh cinta dengan Ita, kan semua perkara menjadi mudah.” Kata Asri di dalam hatinya.

Ita cantik dan manis, baik orangnya, ceria boleh di bawa ke mana-mana. Latar belakangnya juga agak mudah , sesuai dengan orang tua Asri yang berasal dari kampung. Tetapi itu semua bukannya merupakan bahan-bahan untuk jadi satu resipi cinta yang hebat. Hatinya tidak pernah terpaut pada Ita, hanya sayang sebagai sahabat.

Hatinya terkenang bagaimana dia lemas dalam tenungan mata hitam seorang gadis. Dia masih belum dapat melupakan perasaan itu. Dan gadis itu, bukan seorang yang mudah bagi Asri dapat. Dia dapat rasakan antara dia dan gadis itu macam langit dengan bumi. Dia mengeluh. Ini semua takdir yang ditentukan oleh Allah.

Kasih, Relakan Ku Pergi 13

Bab 13



Sudah hampir seminggu, Brahim sibuk menyuruh kontraktor menyiapkan bilik Encik Azlan. Noni dan Ita tidak pula tahu rancangan seterusnya di pejabat itu. Cuma mereka melihat sebuah bilik sedang di sediakan. Hari ini bilik yang terletak bersebelahan bilik Brahim telah siap. Bilik itu juga berhawa dingin dan nyata lebih besar. dan lebih cantik kemasannya.

“Bilik Abang Brahim ke tu Ita?” soal Noni.

“Bukan, bilik kau dan aku.” Ita mengusik Noni.

“Eh! Biar betul, Ita. Buat apa kita pulak hendak duduk dalam bilik tu. Ini mesti bilik orang yang berpangkat.”

“Tau tak pe…. Tak yah tanya lagi.”

“Jangan-jangan bilik untuk Encik Mahmud tak?”

“Eh, Non, merepeklah kau ni. Biarlah Encik Mahmud tu duduk dekat kabin dia. Dia selalu datang sini pun aku sudah meluat. Kau tengok Kak Nab tu, heh geli geleman aku tengok dia mengada-ngada bila Encik Mahmud ada di sini.”

“Eh! Kau tahu Ita, tadi pagi Aci ada cakap, nampak Kak Nab dengan En Mahmud berdua-duaan dalam pantri. Duduk rapat-rapat. Encik Mahmud sedang pegang-pegang Kak Nab. Bila Aci datang cepat-cepat dia tarik tangannya dan keluar dari situ. Encik Mahmud marah-marah dengan Aci.”

“Eh! Kau tengok naik bulu roma aku Non.” Ita menunjukkan bulu roma yang yang naik dilengannya. “Takut aku dengan orang tua tu. Sudahlah jangan cakap pasal orang tua tu.”

Ita takut dengan Encik Mahmud, Ita tidak beritahu Noni apa yang betul-betul terjadi di antara dia dengan Encik Mahmud. Biar dia sahaja yang takut, Ita tidak mahu Noni pun jadi takut. Sejak hari Encik Mahmud menyentuh tangannya, Encik Mahmud sering cakap sesuatu yang kurang manis dengan Ita, bila Ita sendirian.

"Ita, jom pergi belakang sana, kita enjoy sikit.”

“Astagfirullah, Encik Mahmud ni boleh jadi bapa saya!” Kenapa cakap macam tu.”

“Aleh  ..jual mahal konon. Kalau dah kena dengan aku, baru kau tahu.”

Bila teringatkan Encik Mahmud, Ita naik seram sejuk. Kenapa tiada siapa dari pihak pengurusan yang mengambil tindakan ke atas dia? Nasib baik dia tidak menganggu Noni, kalau tidak Ita akan buat aduan. Bagi diri dia, Ita rasa dia masih boleh tahan lagi dan boleh mempertahankan dirinya. Lagipun Ita tidak fikir Encik Mahmud akan betul-betul buat apa yang dia katakana, sebab dalam pejabat mereka ada Brahim.

Semenjak hari Ahad yang lalu, Brahim sering keluar makan dengan mereka bertiga. Brahim pun sudah tidak marah-marah lagi. Mungkin kini dia sudah bahagia. Hatinya sejuk memandang Noni. Ataupun setelah tahu Noni miliknya, bara apinya dalam hatinya sudah padam. Sekarang ini dia mudah tersenyum, terutama sekali melihat gelagat Ita dan Noni. Selalunya Ita yang nakal akan mengusik Noni yang lemah lembut.

Hari ini Noni mula mengenakan tudung kepala. Cantik dan manis pula melihat Noni bertudung. Hujung tudungnya di pin di bahu menutupi dadanya.

“Abang Brahim ke yang menyuruh kau bertudung begini?” Tanya Ita. Noni kelihatan lebih manis dan cantik bila bertudung begini.

“Bukan, memang sudah lama aku hendak pakai tudung, tapi sekarang ini nampaknya masa yang sesuai. Lagipun Abang Brahim galakkan aku pakai tudung, tapi dia tidak paksa. Lagipun menutup aurat ni perintah tuhan. Aku pakai bukan kerana Abang Brahim…Aku pun memang sebenarnya nak pakai tudung lengkap macam ni.” Terang Noni.

Ita cuma mengangguk. Hatinya gembira meilhat kebahagiaan Noni. Sekurang-kurang ada orang yang bahagia. Bagaimana dengan dirinya? Tidak mengapalah. Ita sudah biasa dengan derita. Dia tidak mahu derita membuatkan dirinya sedih. Kehidupan harus di teruskan. Selama ini pun dia tidak mempunyai sesiapa. Biarlah hatinya mencintai Azlan dari jauh. Dia tidak ganggu sesiapa.

“Kau bila pulak nak pakai tudung macam aku ni.” Tanya Noni.

“Macam kau kata tadi, tunggu masa yang sesuai.” Jawap Ita. Satu hari yang sesuai, dia akan memakai tudung juga seperti yang dituntut oleh ugama.

“Ita, Mari sini.” Tiba-tiba Brahim memanggil Ita dari pintu bilik yang baru siap itu. Ita segera banguna dan menghampiri Brahim.

“Kejap lagi boss baru akan masuk bilik ni. Abang hendak kau jaga kebersihan bilik ni, tiap-tiap pagi kemaskan bilik ni sebelum boss sampai. Lepas tu Ita mesti bawakan air minumannya setiap hari, okay.”

“Abang Brahim punya bilik macamana?” Tanya Ita

Brahim memandang Noni yang sedang tekun menaip.

“Oh!” kata Ita. “Okay! Ita faham.” Senyumnya melirik. Lesung pipitnya menari-nari di pipinya yang gebu. Brahim geram tengok muka Ita yang nakal. Dia teringatkan Ewin. Ingin di cuitnya hidung Ita. Tetapi dia tidak berbuat demikian. Dia sudah tersilap hari itu bila mencuit hidung. Nasib baik Ita tidak salah sangka dengan dirinya.

Setelah memastikan Ita tahu tugasnya itu, Brahim kemudian meninggalkan bilik tersebut dan keluar dari pejabat. Dia harus pergi ke pejabat pemaju kerana ada mesyuarat penting .

Ita yang tinggal di dalam bilik itu kemudiannya mengemas dan menyapu bilik tersebut. Dia kemudiannya mengambil good morning towel, di basahkan lalu dia mengelap meja dan kerusi empuk yang di sediakan. Keadaan bilik berdebu kerana kerja-kerja pengubahsuaian yang telah di jalankan. Setelah selesai mengelap, Ita menyusun kedudukan peralatan seperti computer dan telefon yang berada di dalam bilik tersebut. Buat masa ini tidak banyak barang yang terdapat di dalam bilik tersebut. Apabila boss baru datang , mungkin lebih banyak kertas dan fail di dalam bilik ini. Siapa agaknya, kemungkinan lebih besar daripada Abang Berahim? Agaknya Pengurus Projek Kanan? Ita sedang berfikir sendiri.

Harap-harap dia tidak merokok seperti abang Brahim. Kalau tidak berbaulah bilik ini. Sembur air freshener sepuluh botol pun tidak boleh menghilangkan bau busuk asap rokok..

Kemudiannya Ita kembali ke mejanya, pokok duit-duit yang menjalar di mejanya di potong dan di ambilnya sebiji mangkuk berkaca kecil dari pantri, Dia kemudiannya mengisi air paip dan meletakkan pokok tersebut di atas meja bos baru. Nampak lebih nyaman, bila ada sedikit sentuhan kehijauan dalam bilik itu.

Penghawa dingin di pasang oleh Ita untuk menghilang baru bahan kimia yang di gunakan dalam kerja-kerja mengecat bilik itu. Dia mengambil Haze air freshner dan menyemburkan di dalam bilik tersebut. Sekurang-kurang bos dia akan rasa selesa apabila datang nanti. Kemudain Ita duduk menyusun beberapa fail yang terdapat di bahagian bawah almari yang di letakkan di dalam bilik itu. Dia bercadang untuk membawa keluar sahaja fail-fail itu untuk di letakkan di dalam stor. Terbongkok-bongkok Ita mengangkat fail tersebut. Dia bangun dan menoleh tiba-tiba dia terkejut. Dia langsung menghempaskan fail yang di dokongnya itu.

“Encik Azlan! “

Azlan memerhatikan sahaja Ita terbongkok-bongkok mengangkat fail sejak tadi. Dia sengaja menunggu Ita menyedari kehadirannya. Walaupun hatinya sakit, dia masih lagi rindukan untuk memandang lesung pipit di pipi Ita. Sejuk rasanya mendengar Ita memanggil namanya.

“Maafkan saya. Tadi abang Brahim kata ada bos baru masuk bilik ni. Saya ingatkan siapa dia. Ini bilik Encik Azlan ke?”

Ita yang sudah panik meluahkan soalan macam peluru. Noni yang menyedari apa yang berlaku memerhatikan gelagat mereka dengan penuh minat dari luar bilik. Seronok dia tengok Ita kelam kabut bila Azlan ada bersama. Moga-moga ada sesuatu yang baik berlaku. Harap-harap Ita mendapat apa yang dia impikan.

Tetapi apa yang berlaku dalam bilik itu, bertentangan dengan apa yang Noni harapkan. Apa yang Azlan dengar cuma, Ita kini membahasakan Brahim sebagai Abang Brahim. Sakitnya hatinya ketika itu. Mereka sudah begitu rapat rupanya. Untuk menutup perasaan malunya, Azlan menegaskan suaranya. Ita tidak seharusnya tahu apa yang tersirat di dalam hatinya.

Saya sudah arahkan bilik ni mesti siap semalam lagi. Belum siap lagi ke? Pagi ni baru nak mengemas? Semalam kau orang buat apa?” Kata Azlan agak keras.

“Su… sudah siap, Encik Azlan. Saya cuma sapu-sapu sikit. sahaja.” Terkejut dengan suara keras Azlan. Kenapa dia macam marah sahaja. Ita ingat tentu dia gembira dengan keadaan bilik yang Ita telah kemaskan dari pagi tadi. Kegembiraannya bertemu Encik Azlan pagi-pagi inihilang begitu sahaja. Rupanya Encik Azlan tidak pulak rasa begitu. Mukanya mencuka sahaja. Entah apa kena dengan dia. Bergaduh dengan teman wanita dia agaknya?

"Okay! Kalau sudah siap. Sila keluar!” Kata Azlan kasar. Sebenarnya hatinya tercalar. Perasaan rindunya di ganti dengan sakit hati. Dia seorang sahaja yang begitu merindui Ita, manakala Ita dan Brahim sudah makin rapat. Tidak malukah dia merindui teman wanita orang lain? Mereka ini semua adalah kakitangan dia pulak tu.

Ita pun terkedu di marahi Azlan. Kalau ikutkan hati dia, ingin dia kelar dari situ dan buat tidak perduli dengan Azlan lagi. Tetapi dia ingat pesanan abang Brahim untuk bawakan Azlan air minuman. Di pintu bilik, dia menoleh kembali memandang kepada Azlan, rupanya Azlan sedang merenungnya tajam. Lidahnya kelu menerima panahan mata yang tajam dari Azlan.

“Aa..a Encik Azlan nak minum air apa?” Tanya Ita dengan lembut.

“Air… Milo.” Jawapnya ringkas, dia termalu kerana tidak menyangka Ita akan menoleh semula ke arahnya.

Dia sedang memerhatikan Ita dengan penuh perasaan rindu. Dia duduk di kerusinya dan terus tidak memperdulikan Ita. Tidak lama kemudian dia keluar dari bilik itu. Dia pun harus menghadiri mesyuarat sama yang di hadiri oleh Brahim.

Apabila Ita datang kembali, Encik Azlan sudah tiada di mejanya. Ita meletakkan sahaja air milo di meja Azlan dan pergi ke tempat duduknya. Dia pun agak pelik kenapa Azlan berkasar dengan dirinya. Sebelum ini Azlan sangat berlembut dengan dirinya. Apakah salahnya? Ita mencari-cari jawapannya. Noni memandang Ita sambil mengangkat bahunya. Noni pun tidak ada jawapan buat Ita.

Begitulah perangai Azlan semenjak dia mula menduduki pejabat barunya. Semua yang di buat Ita tidak begitu memuaskan dirinya. Ada aje yang membuat dia memanggil Ita untuk dia komen dan komplain. Dengan Noni, dia tidak begitu cerewet. Brahim pun dapat merasa perubahan diri Azlan. Azlan pun tidak berapa mesra dengannya. Mereka cuma berbincang hal projek sahaja. Azlan bukan seperti sebelum ini.

Ita merasakan dirinya sudah jatuh di timpa tangga, sudahlah dirinya hampa, Azlan sudah berpunya. Kini semenjak bekerja dalam satu pejabat, Azlan seperti tidak menyukai dirinya langsung. Walau bagaimanapun di hadapan semua orang Ita masih ceria seperti biasa. Cuma Noni yang rapatnya memahami apa yang sebenarnya bergolak di dalam hati Ita.

“Noni, Asri , aku rasa aku nak cari kerja lain.” Mereka sedang makan tengahari di medan selera Presint 8.

“Hah! Apa?” kata Noni, “Kau nak cari kerja apa?”

“Apa-apa lah Noni. Asri, kau mesti kenal dngan pengurus projek atau engineer projek lain di Putrajaya ni. Bangunan kerajaan yang lain ke. Projek jalanraya ke? Bukan ke banyak projek sedang berjalan, mesti dia orang hendak orang.”

"Kau nak minta kerja kerani atau penyelia.”

“Kalau boleh aku nak gunakan diploma yang aku pegang ni?”

“Diploma Civil Engineering kan?” soal Asri untuk mendapat kepastian.

“ Iye, aku rasa dapat site supervisor pun jadilah. Kat mana-mana, asalkan bukan di sini.”

“Kenapa Ita? Kau tidak suka dengan kami lagi ke?”

“Tidaklah, aku kena fikir masa depan aku juga.” Kata Ita sambil cuba tersenyum, hatinya sebak memikirkan kawan-kawannya yang hendak ditinggalnya tetapi demi masa depan dan juga ketenangan jiwanya, lebih baik dia pergi.

“Aku nak kumpul pengalaman.

“Sini tak ada pengalaman ke?”

Bukan seperti apa yang aku dilatih, lagipun nampaknya permohonan aku hendak minta jadi supervisor di sini pun tidak di layan oleh company ni.”

“Sabarlah dulu Ita, mungkin rezeki kau belum sampai lagi.”

Tidak mengapalah, aku juga perlu kumpulkan duit untuk sambung pengajiaan aku ke UK.”

“Kau ni tak habis-habis dengan pergi UK.”

“Kau lainlah Noni, keluarga kau ada. Sekarang ni sudah ada abang Brahim pulak tu. Kau pun tahu Noni, cita-cita aku untuk pergi belajar di UK tidak pernah padam.  Aku ni kalau tanpa cita-cita itu apa lagi yang aku ada?”

“Yeke itu alasan kau, sebab hendak pergi UK. Atau kau merajuk dengan Encik Azlan ke?”

“Heh Noni!” Ita mengerutkan keningnya dan mengelengkan kepalanya supaya Noni jangan teruskan kata-katanya lagi di depan Asri.

“Kenapa dengan Encik Azlan?” Asri tidak pernah tahu tentang isi hati Ita terhadap Encik Azlan.

“Tak adalah Asri, Ita rasa Encik Azlan tak berapa suka dengan dia.”

”Mana pulak Ita, kau ni terasa sendirlah. Takkanlah orang macam Encik Azlan tu nak kisah tentang ikan bilis macam kita ni. Lebih banyak lagi yang dia hendak fikirkan. Projek dia lagi, Mak we dia yang jelita dan anggun lagi.lagi baik dari fikirkan pasal ulat gonggok macam kau ... Aduh... Kenapa kau Non, tendang kaki aku?

Noni menyuruh Asri diam kerana melihat wajah Ita yang berubah serta-merta. Tetapi cepat-cepat Ita tutup perasaannya yang tersentuh itu dengan senyuman.

“Apa kau ni.” Rungut Asri sambil menggosok kakinya yang di tending oleh Noni..

Asri masih tidak faham. Dia betul-betul ingat Noni tidak sengaja menendang kakinya.

“Pakai tudung, orang ingat lemah lembut, tapi khaki tendang orang macam Beckham pulak.”

Dia merungut-rungut tidak habis-habis. “Sakit tau. Kalau abang Brahim tahu kau macam ni, dia cabut lari.”

“Asri, kau ada ke member tempat lain?” Ita tidak sabar lagi. Ita tidak mahu memperpanjangkan lagi hal Azlan.

“Ada memang ada, nanti aku tanya. Kau tak sayang nak tinggalkan kami lagi ke?”

Ita menung lagi, dia selalunya ceria, tetapi sekarang ni dia selalu bersedih. Dia tidak suka dirinya berkeadaan demikian. Ita bukan sifat Ita. Ita tidak boleh terus-terusan begini. Dia harus cari jalan keluar.

“Tolong aku Asri okay. Aku mesti buat sesuatu tentang kareer dan masa depan aku sekarang.

“Insya Allah, aku cuba nanti.” Janji Asri.

“Dan kau Non, jangan bagitahu apa-apa dengan Abang Brahim. “

Noni hanya mengangguk kepalanya.

Kasih, Relakan Ku Pergi 12

Bab 12


“Cantik budak tu Azlan. Exquiste! I dapat faham kenapa you boleh jatuh hati dengan dia.”

“What are you talking about.” Azlan tiba-tiba meninggikan suaranya.

Sharifah Alawiyah tersenyum melihat reaksi Azlan.

“Budak perempuan yang bernama Ita tadi.”

Kenapa dengan dia? Azlan masih mahu berselindung. Tidak siapa sepatutnya tahu apa yang bersarang dalam hatinya.

“Azlan….. jangan berpura-puralah, Azlan.. You nak menipu siapa? I atau diri you sendiri?" Kata Sharifah Alawiyah.

Sharifah Alawiyah sesungguhnya seorang yang tidak suka berselindung. Dia cakap sahaja apa yang dia ingin katakan.

Azlan pun terpaksa akur dan terpaksa mengaku sahaja.

“Apa yang you maksudkan ni. You ni memandai-mandai pulak. I pun belum tahu sebenarnya dalam sini.” Azlan menunjukkan jarinya ke arah jantungnya.

“Tetapi reaksi you sudah nampak jelas. “

“Maksud you semua orang dapat baca reaksi I tadi.”

“Not really. I aje yang dapat baca. Suddenly you pegang tangan I tanpa sebab. Bila di sebut nama Ita, You and I know we are not in that type of relationship. You tension semacam. You cengkam kuat tangan I. Sakit tau. Kalau iye pun cemburu…..”

“Entahlah Sherry, I baru jumpa dia dua kali seumur hidup I. I tak sangka I akan menjadi begitu cemburu melihat dia dan Brahim begrurau senda tadi. “

Sherry membulatkan matanya tanda baru memahami tindakan Azlan.

“Oh. Dah lama memerhatikan mereka tadi. I tak perasan pun.”

"I ingat dia single and still available, I tak tahu pulak dia dan Brahim tu ada apa-apa hubungan. “

“Brahim? Brahim yang mana satu.”

“Macam hero hindustan tu. “

“Oh Yang handsome tu.”
Azlan mengangguk kepalanya . Dia tidak sangka Brahim sudah mendahuluinya. Padahal semasa dia mengajak Ita balik hari itu, tiada pun sebarang reaksi daripada Brahim. Kenapa Brahim sendiri tidak hantar teman wanitanya balik, biar sahaja Azlan ajak Ita balik. Tidak menunjukkan bahawa dia cemburu?  Kalau Azlan tahu Ita dan Brahim merupakan pasangan kekasih, dia tidak akan mengajak Ita keluar bersamanya. Azlan rasa malu dengan dirinya sendiri. Sebab itu dia memegang tangan Sherry sebentar tadi. Supaya mereka tidak salah sangka dengan dia. Rupanya Ita dan Brahim berpasangan selama ini. Nasib baik ada Sherry. Kalau tidak macamana dia hendak kawal perasaanya dari diketahui mereka semua.

“Yang perempuan satu lagi tu siapa? The one who so sweet and Lovely.”

“I don’t really know he., Tadi Asri introduced her as Noni, Noni tu kawan Ita.”

“She is very feminine. The other guy, who is he?” Sharifah Alawiyah  bertanya mengenai Asri dengan penuh minat.

"Which other guy? Oh! Yang seorang lagi tu, Asri, engineer I di pejabat.”

"Boyfriend Noni?"

Sharifah Alawiyah cuba mengorek tentang pemuda berambut panjang, berkulit sawo matang, berwajah tampan dan berseri, bermata redup. Wajah seorang jejaka melayu yang sebenar. Sharifah Alawiyah bayangkan beginilah ketampannya pahlawan melayu zaman Hang Tuah. Gagah perkasa, Begitu tenang dan baik hati.

“Rasanya tidak. Tetapi I tak tahu sebenarnya sebab I jarang di Pejabat Putrajaya.”

“You sudah begitahu ke Ita perasaan you.”

“Sherry , you must be kidding. I baru jumpa dia dua kali!”

“Kan you and I dah agree, kalau she or he is our Mr or Miss right you will know straight away. You lupa ye?

Azlan diamkan diri, realiti bukan semudah angan-angan.

“Tengok jealousnya bukan main lagi.” Sherry memicit-micit tangannya yang dicengkam kuat oleh Azlan tadi.

“ Sorry, Sherry, I didn’t mean to hurt you.”

Mereka berdua sedang berada di luar TGV, menunggu masa untuk masuk ke cineplex. Azlan telah membelikan dua buah kotak besar pop corn dan botol air mineral.

Tidak lama kemudian, panggung di buka untuk pertunjukkan pukul 1.30 tengahari. Azlan dan Sharifah Alawiyah mula berjalan masuk ke dalam.

“Itu dia kawan-kawan you tadi,” kata Sheery, Tangannya menunjukkan ke arah Brahim, Asri, Ita dan Sherry. Di tangan mereka juga terdpat beberapa kotak pop corn dan minuman. Azlan terus menarik tangan Sharifah dan mengarah dia untuk masuk ke dalam cineplex. Dia tidak mahu melihat Brahim dan Ita lagi. Di dalam cineplex, Azlan dan Sharifah duduk di kawasan tengah, Sherry suka begitu, lagi besar lagi bagus.

Walau pun tidak mahu melihat mereka yang berempat tadi, ekor mata Azlan masih lagi mencari dan memastikan di mana kedudukan mereka di dalam panggung wayang itu. Mereka berada tiga baris di belakang baris tempat duduk dia dan Sherry.

Azlan rasa perasaan  cemburunya kian membuak-buak, walaupun dia cuba mengawalnya. Sepatutnya dia yang duduk bersama dengan Ita, bukan Brahim. Kenapa dia boleh terlambat? Dia boleh bayangkan kemesraan Ita dan Brahim. Bila Ita tesenyum kepada Brahim, mesti kelihatan lesung pipit dalam di pipinyanya. Azlan yang sepatutnya memegang tangan Ita semasa menonton, bukan Brahim..

Syukur tempat duduk mereka di belakang daripada tempat duduk Azlan dan Sharifah Alawiyah. Ita mahu melepaskan rindunya pada Azlan. Buat kali ini sahaja. Selepas ini dia tahu di mana kedudukannya, dia akan cuba sedaya upaya untuk melupakan Encik Azlan.

Azlan tidak tahu yang Ita telah memberi laluan untuk Noni duduk di sebelah Brahim. Ita menyuruh Asri masuk barisan tempat duduk, diikuti oleh dirinya, kemudian Noni dan akhir sekali Brahim. Noni mulanya segan, tetapi mengikut sahaja. Memang itu yang Brahim harapkan. Brahim bertekad untuk berbuat sesuatu agar perasaannya dapat di sampaikan kepada gadis idamannya. Apabila lampu cineplex di padam, keadaan menjadi samar-samar, cahaya yang ada hanyalah dari skrin di hadapan mereka. Brahim meletakkan tangannya di atas tempat alas tangan kerusi tersebut. Tangannya terbuka. Brahim kemudiannya memandang seraut muka yang sering menganggu tidurnya itu. Mata gadis yang lembut itu membalas pandanganya kembali. Mengerti apa yang Brahim cuba beritahu kepadanya. Gadis itu kemudiannya meletakkan tangannya yang halus dan lembut di dalam tangan Brahim. Berahim memberikannya senyuman. Gadis itu juga membalas senyumannya malu-malunya.

“Fiuh!.. Lega. Dia tidak bertepuk sebelah tangan.” Kata hati Brahim.

Mereka bergenggaman tangan seketika. Seketika yang penuh mesej dan amat bermakna. Kemudian Brahim melepaskan tangan yang halus dan lembut itu. Kini masing-masing telah faham. Noni terus tersenyum. Cerita yang di skrin besar tidak seindah cerita di hati mereka buat masa itu.

Ita pula asyik memandang Azlan dan Sharifah yang asyik berbual bersama, berbisik-bisik., kepala mereka berdua didekatkan ketika mereka berbisik-bisik dan berbual. Ita tidak langsung mengikuti jalan cerita yang sedang di mainkan di hadapannya. Dia asyik menghukum dirinya sendiri. Mengingati kenangan manis yang dilaluinya bersama Azlan dan melihat Azlan dengan Sherry di hadapan matanya sendiri. Kenapa dia boleh jadi begitu bodoh. Baru dua kali bertemu Azlan, dia sudah terlebih perasan. Ita teringat semasa dari dari Taman Wetland tempoh hari, Ita bertanya ke pada Noni yang balik awal dan meninggalkan dia dipejabat. .

“Kenapa kau tinggalkan aku tadi?”

“Sahaja……, aku harap Encik Azlan ajak kau balik. Tadi Encik Azlan yang ajak kau balik kan? “

“Oh! Kau saja nak kenakan aku ye? Nasib baik Encik Azlan yang ajak aku balik. Kalau Abang Brahim yang ajak aku balik tadi? Melopong kau.” Kata Ita. Noni pun senyum.

“Kau patutnya berterima kasih dengan aku, Bukannya pulak marah dengan aku. Tengok tu muka kau. Macam bulan jatuh ke riba.”

Ita cuma tersenyum. Hatinya gembira dapat bersama dengan Azlan. Walaupun dia tidak tahu kenapa Azlan mengajaknya keluar bersiar-siar petang itu. Tetapi dia tidak mahu menaruh harapannya yang terlalu tinggi. Tetapi memang dia sungguh gembira hari itu bersama Azlan.

Memang benar naluri hatinya, dia seharusnya tidak menaruh harapan yang tinggi terhadap orang seperti Encik Azlan. Hari ini harapannya musnah apabila terserempak dengan Azlan dan kekasihnya. Ita terus menerus menghukum dirinya. Gadis pasangan Azlan sungguh jelita. Memang sama cantik sama padan. Mereka sekufu.

“Siapa dia Rozita Ahmad………..? seorang anak yatim piatu, seorang kerani tapak bina.” Ita merobek-robek hatinya sendiri sepanjang tayangan wayang berjalan. Biarlah…., selepas ini dia akan cuba melupakan Azlan. Azlan bukan miliknya pun.

Entah bagaimana jalan cerita di skrin hadapan pun Ita tidak pasti. Dia cuma nampak dirinya yang daif, Azlan dan Sharifah Alawiyah. Selalunya Ita bukan gadis yang penyedih. Tetapi kali ini dirinya betul-betul terpukul dan terduduk. Kenapa dia harus begitu kecewa dengan seseorang yang baru 2 kali di temuinya?  Sebelum ini dia tidak mengenali langsung Azlan, tetapi nyata Azlan mampu membuat dia begitu sedih dan kecewa. Tidak boleh jadi macam ini.  Ita tidak mahu hidup bergantung dengan sesiapa.  Dia seharusnya keluar dari kancah derita itu.

Agaknya Asri seorang yang mengikuti perjalanan cerita yang di skrin perak tersebut. Dia terbahak-bahak seorang dirinya. Kawan-kawannya yang lain cuma mendiamkan dirinya.

“Lantak dengan mereka.” Kata hati Asri. Sekali sekal dia mencuri pandangan ke hadapan, melihat belakang kepala Sharifah Alawiyah. Melihat mata hitam Sharifah Alawiyah mengingat dia kepada hikayat 1001 yang sering di bacanya dahulu. Agaknya macam ni rupa Puteri Sherizad. Tetapi pemerhatiannya terhadap Sharifah Alawiyah tidak lama, kerana dia kembali menumpukan perhatiannya ke skrin wayang untuk mengikuti cerita selankutnya..

Setelah tamat tayangan wayang tersebut, Azlan sengaja melambatkan diri untuk keluar dari cineplex tersebut. Dia tidak mahu bertembung mata dengan Berahim dan Ita lagi. Akhirnya dia bangun juga kerana lampu panggung sudah di nyalakan dan tinggal sedikit orang yang masih tinggal di dalammnya. Dia berjalan keluar barisan kerusi di ikuti oleh Sherry. Apabila dia menoleh ke belakang, mereka berempat sudah tiada lagi. Dia lega tetapi hampa. Sherry cuma memerhatikan gelagat Azlan dan mengeleng-gelengkan kepala. Sahabat barunya ini rupanya telah jatuh cinta.

*********************************************

Datin Azmah, auntie Suzie dan Mak cik Maimoon sedang berbincang tentang kejayaan mereka untuk mejodohkan Azlan dan Sharifah Alawiyah.

“Macamana Datin. Azlan ada ke cakap apa-apa selepas bertemu dengan Sherry?” Tanya Auntie Suzi.

“Macamana Kak Azmah?”

“Tak tahu lah Maimoon. Semenjak balik dari keluar dengan Sherry. Azlan diam aje. Murung aje. Tak banyak bercakap pulak. Cuma cakap soal business aje dengan Dato.”.

“Suzie, Sherry pula macamana?”

“Sherry tidak banyak komen pun. Cuma sekarang ni macam orang berangan aje.” Kata Auntie Suzie.

“Agaknya masing-masing sudah berkenan kot? Telah Maimoon.”

“Akak nak cakap pun tak tahulah Maimoon. Kalau berkenan, takkan Azlan macam tu.”

“Ada ke mereka keluar lagi lepas tu?”

“Tak ada dengar-dengar pun. Lagipun sekarang ini kan mereka sibuk dengan kerja.”

Sherry sibuk sangat sekarang ini. Dia ada projek besar untuk diselesaikan.” Terang Auntie Suzie.

“Mungkin sebab itu mereka tak keluar sama lagi, sebab sibuk kot.” Mak cik Maimoon cuba menjelaskan keadaan, kenapa Azlan dan Sherry tidak lagi keluar bersama.

"Anak kau macamana Maimoon, Akak dengar sudah rapat dengan anak Dato Tajuddin.”

“ Begitulah Akak, . Budaknya cantik Datin. Mus tu pun tak habis-habis asyik cerita padal Elly tu. Asyik keluar bersama aje. Dinner sana, dinner sini.” Kata Maimoon. Kembang kempis hidungnya bangga kerana anaknya dapat mengorat anak orang kenamaan juga.

Azmil yang sedang menonton Televisyen di ruang tamu, meluat tengokkan gelagat Maimoon.

“Kenapalah Mummy tak nampak how pretentious nya mak cik Maimoon ni. Berlagak sangat. Just because Datin Azmah sepupunya.” Azmil bukan hendak mengkelas-kelaskan orang. Tetapi lagak Maimoon tu melebih lagak Datin. Padahal suaminya pun bukan orang kenamaan, cuma bekerja dengan Syarikat Dato Azman. Sebelum dia nak termuntah dengan gelagat Mak cik Maimoon, lebih baik dia angkat kaki. Azmil pun terus keluar mencapai basikalnya. Dia keluar mencari kawan-kawannya yang tinggal di Presint 8.


“Bilanya anak Maimoon nak kawin dengan anak Datuk Tajuddin tu?”

“Tak tahu lagilah Kak. Nanti ingat nak ajak Dato dengan akak sekali pergi meminang.

Boleh kata Datin , apa salahnya.

Auntie Suzie cuma melihat aje gelagat mak cik Maimoon. Dia kurang senang dengan gelagat Maimoon yang suka berlagak.   Dalam semua hal dia tidak mahu kalah.  Tetapi Datin padanya seorang yang ramah dan baik hati. Tetapi dia begitu percayakan Maimoon. Orang macam Maimoon ni kaki bodek dan suka bangga diri. Kenapa Datin terlalu menaruh percaya pada Maimoon pun entahlah?  Auntie Suzie belum kenal Mak Cik Maimoon sebelum ini. Dia mulai kenal sejak mereka cuba mempertemukan Azlan dengan Sherry. Tetapi kini dia mula terfikir kalau tidak kenal orang macam Maimoon pun dia tidak rugi apa-apa.

"Kalau nak kawin, macam-macam persiapan yang nak buat. Kata Mahmud dia nak buat di Hotel aje. Nak panggil orang yang ada kelas kena buat dekat hotel. Seganlah dengan bakal besan tu nanti."

"Berapa pulak hantarannya." tanya Datin Azmah.

"Belumlah tahu lagi. Kalau tak RM30,000 ke atas tak sah tu Kak Oi."

“Besar-besaranlah Maimoon nak buat kenduri ni nanti?”

”Mestilah Kak Azmah. Nak besan dengan Datuk Tajuddin le katakan.

Kakak tengok hari tu kenduri jiran saya, buat di dewan Puspanitapuri, lepas tu tak cukup pula, malu habis, kalau tak mampu buat apa nak buat mewah-mewah sangat, buat malu sahaja.”

Datin Azmah mendengar sahaja gossip yang Maimoon beritahu. Auntie Suzie pelik, tidak ada sekelumit pun rasa meluat di muka Datin meilhat Maimoon bercakap besar. Auntie Suzie sebenarnya sudah menyampah bila mendengar Maimoon membesar-besar cerita dan mengumpat orang. Nasiblah kalau Sherry hendak ada hubungkait dengan orang macam ni.

Kasih, Relakan Ku Pergi 11

Bab 11

"Asri, Mari kita pergi jalan-jalan hari Ahad ni." Tiba-tiba, pada suatu hari tanpa di duga, Brahim mengajak Asri. Terlopong mulut Asri. Dia terkejut menerima ajakan Brahim.

"Jalan mana?"

"Kita pergi shopping kat KLCC, makan-makan ke tengok wayang dekat TGV ke?"

"Biar betul En Beahim ni. Tak pernah-pernah dia pelawa aku, hari ni dia ajak beria-ria ni." getus Asri di dalam hatinya. Mereka berada di dalam bilik Brahim. Asri datang untuk berbincang dengan Brahim tentang laporan yang dia perlu siapkan.

"Mesti ada sebab ni." Asri terpandang muka Brahim, Brahim sedang memerhatikan Noni dan Ita yang sedang membuat kerja di luar sana.

"Takkan kita berdua aje Encik Brahim." Tanya Asri ingin menduga.

"Ah..Kau ajaklah Ita dengan Noni sekali."

"Huh Dah agak pun." Kata Asri. "ini nama dia ada udang disebalik batu."

Brahim cuma tersengeh. Sebenarnya dia sudah lama hendak mengajak mereka keluar makan dengannya. Dia selalu melihat mereka keluar makan bersama-sama tetapi dia malu untuk menyertai mereka. Lagipun dia tahu mereka mengelarnya Harimau. Dia seringkali memarahi mereka. Tetapi apabila melihat Azlan mempelawa menghantar Ita balik pada hari itu, Brahim jadi cemas. Orang lain tidak membuang masa untuk mendapatkan apa yang mereka hendak. Dia sahaja yang asyik teragak-agak. Meminati seseorang dari jauh sahaja. Kini dia rasa jika dia berterusan berkelakuan begini, kedudukannya tergugat. Dia takut bunga yang di idamkannya akan terlepas ke tangan orang lain. Sudah lama dia menyimpan di dalam hati. Dia harus bertindak sekarang sebelum terlambat. Sekian lama dia memerhatikan mereka berdua. Noni yang lemah lembut. Ita yang nakal. Seperti adiknya Ewin. Dia harap dapat berkenalan rapat dengan mereka berdua.

"Kau ajaklah mereka. Jangan tak jadi okay Asri."

Asri cuma mengangguk. Mana satu antara dua gadis ini yang menjadi idaman Brahim. Asri pun masih bujang dan masih belum berpunya, tetapi mereka berdua cuma kawan baik Asri. Dia tidak pernah merasa lebih dari itu.

"Eloklah tu. Kalau Brahim suka salah seorang dari mereka."

Mereka berdua budak baik. Sebagai sahabat dia ingin melihat mereka bahagia.

*********************************************************************

Mereka bertiga turun dari LRT di stesen KLCC, lantas mengikut Asri naik ke kawasan membeli belah Suria KLCC.

"Brahim tunggu dekat Restoren KFC." Kata Asri.

Noni dan Ita sungguh gembira hari ini. Semasa Asri mengajak mereka keluar pada hari Jumaat lepas, mulut mereka terlopong lama. Tidak sangka yang Berahim hendak mengajak mereka keluar. Selama ini dia asyik marah sahaja dengan mereka berdua.

"Hei! Nak ke tidak pergi KLCC Ahad ni." Tanya Asri setelah lama pertanyaanya tidak di jawap oleh mereka.

"Abang Brahim yang ajak?" Kata Ita.

Asri mengangguk kepalanya.

"Abang Brahim yang ajak?" Tanya Ita lagi, tidak percaya dengan apa yang didengarinya.

"Iye, kau orang ni kenapa? Selamanya beriya sebut abang Brahim, abang Brahim, Hari ni kenapa terkedu pulak." Tempelak Asri. "Hendak pergi ke tidak, cik adik manis........."

Mereka berdu tidak tercakap apa-apa, cuma mengangguk kepala tanda setuju.

"Pukul berapa nak pergi?"

"Pagilah. Kita naik LRT dekat Sungai Besi. Aku malas nak drivelah, kau tahulah KL jam."

"Okay." Kata Ita. "Aku nak sahaja. Aku tak pernah pergi KLCC tahu."

"Aku pun tak pernah." Kata Noni. "Tapi kami bukannya ada duit."

"Alah jalan-jalan aje bukan nak suruh kau beli barang." Kata Asri.

"Habis tu tengok wayang, makan?"

"Pasal tengok wayang, aku belanja jangan risau."

"Okay."

"Apa mimpi abang Brahim ajak kita ni." tanya Noni.

"Entah aku pun tak tahu." Kata Asri. "Terkejut badak aku dibuatnya."

"Jadi okay pukul 10.00 pagi aku datang ambil kau orang dekat rumah." kata Asri. "Jangan aku datang engkau orang tidur lagi."

"Eh..Ada pulak kami tidur lagi. Jangan risau kami akan siap. Noni ni dari malam lagi dia akan tunggu tau." Kata Ita sambil menjeling kepada Noni yang hanya tersenyum gembira.


Ita memakai satu-satu seluar jeannya berwarna biru gelap dan memakai t-shirt bewarna Merah Jambu yang berlengan panjang. Noni pula memakai skirt labuh berbunga kecil yang dipadan dengan kemeja kuning beropol. Rambutnya yang panjang melepas bahu dan beralun di ikat dengan skaf. Dia kelihatan begitu ayu.

Brahim sudah lama nampak mereka bertiga menuju ke Restoren KFC, tetapi mereka bertiga tidak perasan Brahim memerhatikan dari jauh. Mereka sibuk berceloteh antara satu sama lain. Berahim memandang gadis idamannya dengan perasaan yang dia sendriri tidak dapat selami. Bagaimana agaknya reaksi gadis itu jika dia ketahui yang Brahim suka sangat dengannya. Berdebar jantung Brahim menunggu mereka menghampirinya. Hari ini dia berpakaian kasual, seluar khaki dan mengenakan t-shirt berkolar dan dia nampak lebih relaks dari hari-hari biasa. Rambut dan jambangnya di kemas rapi. Beberapa anak-anak gadis menjeling wajah Brahim yang kacak. Tetapi Brahim tidak pun perasaan jelingan mereka. Dia cuma nampak gadis idamannya sahaja yang kian menghampiri dirinya.

"Itu dia Berahim," kata Asri.

Noni dan Ita tersipu-sipu melihat Berahim sedang memehatikan mereka. Lemah lutut Noni, melihat Abang Brahimnya yang kacak sedang memerhatikan mereka bertiga.

"Sudah berapa lama agaknya Brahim memerhatikan mereka bertiga?" Ujar Noni di dalam hatinya. Dia memaut lengan Ita untuk membantu dia dirinya berjalan. Ita mengerti perasaan Noni dan memberi sokongan terhadap Noni.

"Macamana Noni yang lemah lembut ini boleh jatuh hati dengan Brahim yang garang tu?" Ita mengelengkan kepalanya. Dia harap Berahim juga ada menyimpan hati dengan Noni. Dia tidak mahu Noni kecewa.


"Sudah lama tunggu kami?" Tanya Asri kepada Brahim sebaik sahaja mereka berhenti di hadapan Brahim.

"Tidak lah aku pun baru sampai 5 minit lalu." Kata Brahim. Tetapi sejak semalam lagi dia sudah tidak sabar menanti kan pertemuan ini. Jam di tangan telah menunjukkan hampir pukul 11.30 pagi.

"Okay kita nak buat apa dulu. Tanya Asri, agak kekok juga, dia belum pernah keluar bersama Brahim.

"Apa kata kita jalan-jalan dulu, kemudian kita makan, lepas tu kita tengok wayang."

Noni dan Ita cuma mengangguk kepala tanda setuju.

"Okay bagus tu. Jom kita jalan dulu."

Mereka pun berjalan berempat ke kedai-kedai yang terdapat di dalam Suria KLCC. Banyak memerhati daripada membeli. Lama kelamaan perasaan malu terhadap abang Brahim kian hilang.

Brahim belanja mereka makan di Manhattan Fishmarket.

"KFC Mac Donald, Pizza hut sudah biasa pergikan?. Mari kita makan di Manhattan Fishmarket.Okay?" Tanya Brahim.

Ita dan Noni cuma diam. Mereka bukannya da bawa duit yang banyak, Lagi pun tengah-tengah bulan ni, kenalah berjimat sikit. Asri mengerti perasaan mereka.

"Marilah kita makan. Jangan risaulah," bisik Asri. "Abang Brahim hendak belanja tu."

Tersipu-sipu Noni dan Ita mengikut Brahim dan Asri.

Semasa makan, banyak betul celoteh abang Brahim. Noni dan Ita tidak sangka, Brahim yang dianggap mereka garang macam Harimau sebenarnya ramah orangnya. Tidak kering gusi mereka mendengar Brahim bercerita terutamanya pengalaman dia bekerja ditempat lain sebelum dia bertugas di Usaha Holdings.

Melihat reaksi Noni, mendengar Abang Brahim bercerita, Ita boleh agak memang dia terpikat habis dengan Abang Brahim. Semasa abang Berahim garang pun, dia boleh jatuh hati dengan abang Brahim. Ini kan bila melihat karektor abang Brahim yang mereka belum pernah saksikan, peramah dan suka berjenaka. Ita perasan mata Abang Brahim pun asyik memandang Noni, walaupun dia banyak bercakap dengan Ita. Ita berharap agar kasih Noni kali bersampaian. Cukuplah dia seorang yang mempunyai kasih yang tidak kesampaian.


Selesai makan, mereka bercadang untuk tengok wayang. Asri yang sudah biasa di Suria KLCC, membawa mereka ke Tanjung Golden Village di tingkat 3. Bila tiba di tingkat 3, dia mengajak Noni mengikutnya membeli tiket.

"Brahim dan Ita tunggu sini okay. Aku dan Noni akan check tayang pukul berapa dan beli tiket sekali. Jom Non." Kata Asri.

"Okay." Kata Brahim.

Mereka kemudiannya menunggu sahaja Asri dan Noni mendapatkan tiket, sambil memerhatikan orang yang begitu ramai membeli belah di Suria KLCC.

"Ita, mari kita tengok gerai-gerai yang jual aksesori wanita tu." Ajak Brahim.

"Saya nak beli gelang untuk adik saya."

"Oh Abang... Opps sorry Encik Brahim ada adik perempuan."

Brahim tersenyum mendengar Ita tersasul. Suka betul hatinya.

"Kalau Ita nak panggil saya abang Brahim pun, saya suka."

Ita tersipu-sipu malu dengan Brahim.

"Ita nak tau kenapa?"

Ita mengelengkan kepalanya. Dia harap jangan Brahim salah sangka pulak, ingatkan Ita yang meminati Berahim selama ini. Mati dia dikerjakan oleh Noni nanti.

"Sebab......, Ita saling tak tumpah macam adik saya yang bernama Ewin. Bila saya tengok Ita, saya mesti ingat dia."

"Ye ke?" Lega Ita. Rupa-rupa Abang Brahim punya perasaan pada Ita sama seperti perasaan Ita kepadanya, antara abang dan adik.

"Iye……. Mari tolong pilih gelang mana yang cantik untuk dia. Tidak lama lagi harijadinya. Kalau tak beli hadiah, merajuknya boleh tahan, muncungnya panjang....boleh buat riben."

Ita ketawa bersungguh-sungguh melihat Abang Brahim memimikkan muka adiknya yang bernama Ewin. Abang Brahim juga ketawa melihat Ita yang sedang gembira. Terubat rindunya kepada adiknya Ewin.

Dia selalu mencuit hidung adiknya apabila dia ketawa. Tanpa di sedarinya dia juga berbuat demikian dengan Ita. Ita juga agak tergamam denagn perbuatan abang Brahim. Tetapi bila di lihat muka abang Berahim, tiada reaksi lain selain daripada memandangnya dengan pandangan yang mesra seperti Ita juga adiknya.

Lalu Brahim mencapainya seutas gelang yang berbatu mata merah. Di suruhnya Ita memakainya dan meperagakannya kepada Berahim. Brahim tunduk kepalanya memerhatikan pergelangan tangan Ita yang bersalut gelang. Kemudian dia bersetuju dan mengangguk dengan penjaja gelang tersebut.

Ita hanya tersenyum gembira. Gembira kerana dapat mengenali Abang Brahim betul-betul hari ini. Ita rasakan seperti dia juga telah mempunyai seorang abang.

Gelagat mereka yang sedang memilih gelang itu rupanya sedang di perhatikan oleh sepasang mata. Dia juga ternampak cuitan mesra hidung Ita oleh Brahim. Brahim juga di lihatnya memilih seutas gelang untuk Ita. Cara mereka berdua-duaan itu seperti mereka sudah begitu rapat sekali. Tiba-tiba hatinya dicengkam oleh perasaan cemburu yang amat sangat. Tangkai jantungnya bagaikan direntap kasar. Dia tidak mahu melihat lagi kemesraan mereka berdua. Selama ini dia tidak menyangka bahawa Ita dan Berahim ada menjalin perhubungan yang lebih daripada perhubungan ketua dan kakitangan. Dia ingin berlalu pergi sahaja dari situ. Pasangan di sebelahnya tidak menyedari langsung perasaan yang di alaminya.


"Eh! En Azlan. Apa kabar? Shopping ke?" Tiba-tiba, Asri menegur Encik Azlan dari belakang.

Azlan menoleh ke arah suara yang menegurnya. Terkejut, tidak disedarinya ada orang lain memerhatikan.

"Oh Asri. Kabar baik."

Asri di lihatnya bersama dengan kawan pejabat Ita. Azlan belum sempat berkenalan dengannya dan tidak mengetahui namanya.

"Berdua sahaja ke?"

Tidak kami datang dengan Brahim dan Ita. Itupun mereka. Kata Asri, sambil melambai ke arah Ita dan Brahim. Melihat lambaian Asri, mereka berdua yang telah selesai membeli gelang datang menuju ke arah Asri.

Azlan jadi tidak menentu, dia ingin menyembunyikan perasaan cemburunya, Lalu di capainya tangan Sharifah Alawiyah dan mengenggamnya. Dia tidak mahu Ita dapat membaca hatinya yang sedang dilanda perasaan cemburu yang tidak mnentu. Sharifah Alawiyah termangu melihat tindakan tiba-tiba Azlan.

Setelah selesai makan malam tadi , mereka dapati mereka berdua serasi sebagai kawan. Mereka saling memahami dilema yang mereka hadapi. Jadi Sharifah Alawiyah mengajak Azlan menonton wayang hari ini.

"Biar auntie-auntie kita tu ingat mereka yang berjaya match makekan kita. Senyap sikit mulut mereka selepas ini."

"Okay. Lagipun besok I tak ada apa nak buat."

Azlan setuju kerana Sharifah Alawiyah ialah seorang kawan yang baik dan Azlan seronok bila berkawan dengannya.

“Sekurang-kurangnya Mummy tidak akan menganggu Azlan buat beberapa ketika selepas ini.”
Perasaan Noni terus menjadi hampa melihat Azlan yang berpegangan tangan dengan gadis yang jelita dan anggun. Dia memandang Ita yang masih lagi menuju ke arah mereka. Dia harap Ita tidak terlalu kecewa melihat Azlan dan teman wanitanya. Selama ini tidak pernah terlintas oleh mereka yang Encik Azlan sudah berpunya.


Ita memerhatikan dari jauh pasangan yang sedang berbual dengan Asri dan Noni.
Azlan, hatinya terlonjak. Rindunya pada Azlan tiba-tiba membuak-buak, sudah hampir dua minggu dia tidak berjumpa Azlan. Macam tahu-tahu pulak, dia kerinduan ingin bertemu Encik Azlan. Dia mempercepatkan langkahnya untuk mendapatkan mereka. Tetapi kegembiraan di hatinya tiba-tiba punah begitu sahaja apabila melihat Azlan sedang berpegangan tangan dengan pasangannya.

Pasangannya seorang gadis yang jelita dan anggun. Cara berpakaian pun macam orang-orang kelas atasan. Ita terpandang seluar jean biru dan T-shirt merah jambu yang dipakainya. Dia terus jatuh ke bumi, tersedar dari mimpinya. Dia bukan padanan dengan Encik Azlan. Kenapa dia tidak menerima kenyataan itu? Kenapa dia masih ada hati hendak merindui orang macam Encik Azlan? Tidakkah dia sedar siapa dirinya jika hendak dibandingkan dengan Encik Azlan? Bodoh!

Sekali pandang sahaja, jelas Encik Azlan dan teman wanitanya, memang sama cantik dan sama padan. Sekelumit harapannya yang pernah bertapak dihatinya agar Encik Azlan mempunyai perasaan yang sama terhadap dirinya, hancur menjadi debu ketika itu juga. Dia sahaja yang tidak sedar diri dan Encik Azlan dengannya selama ini macam enggang dan pipit.

Semestinya mereka adalah sepasang kekasih. Mereka nampak begitu mesra, berjalan berpimpinan tangan. Melihat raut muka gadis tersebut, Ita sudah dapat mengagak, gadis ini berketurunan orang berada dan berpangkat. Ita segera mengawal ekspressi mukannya, walaupun hatinya rasa bagai dipulas-pulas. Dia berharap kekecewaannya tidak dapat dibaca oleh sesiapa pun. Dia memandang wajah Noni yang sugul. Dia tahu yang Noni tahu perasaan hatinya ketika itu. Ita menguntumkan senyum yang paling manis untuk semua, tetapi lesung pipit di pipinya nyata tidak hadir kerana senyumannya dipaksa.


Brahim memang sangat suka dan amat menghormati Encik Azlan. Azlan cuma tersenyum tawar dan mengangguk.

"Mari saya kenalkan." kata Brahim. "Ini Ita, En Azlan kenalkan dengan Ita."

menyebut nama Ita. Dia memandang wajah Azlan. Tetapi selamba sahaja, cuma gengamman sahaja yang makin kuat.

"Ini Noni dan Asri." Ita dan Noni menghulurkan tangan untuk berjabat dengan Sharifah Alawiyah.

"Ini Sharifah Alawiyah, Sherry." Kata Azlan ringkas. Genggaman tangannya pada tangan kiri Sharifah Alawiyah masih belum dilepaskan. Sharifah Alawiyah memberikan senyuman yang ikhlas kepada semua.

"Kami bercadang hendak tengok wayang kata Sharifah Alawiyah kepada semua."

Asri memandang wajahnya dari tadi tanpa berkelip-kelip.
"Care to join us." Sharifah Alawiyah mempelawa. Sekali lagi Sharifah Alawiyah terasa Azlan mencengkam tangannya.
"Oh kami sudah beli tiket wayang."Kata Asri. Dia rasa macam dalam filem gerak perlahan. Dia sedang tengelam dalam sinar mata Sharifah Alawiyah yang berwarna hitam gelap.
"Okay kalau macam tu. See you all." Kata Azlan dan terus berlalu dari situ. Kami belum beli tiket wayang lagi.
Azlan membawa Sharifah Alawiyah meninggalkan mereka dengan segera. Sharifah Alawiyah yang terpinga-pinga ditarik oleh Azlan, menoleh ke arah Asri dan melambaikan tangannya. Matanya tidak lepas memandang mereka yang berempat tadi. Seribu pertanyaan bermain di kepalanya. Mereka berempat terpinga-pinga ditinggalkan begitu sahaja. Noni begitu kesihan dengan Ita.
Ita pula sedang cuba melawan perasaan kecewanya. Asri masih lagi tengelam terkapai-kapai kelemasan dengan panahan mata Sharifah Alawiyah dan Brahim pula pelik kenapa Azlan tidak mahu bercakap panjang dan meninggalkan mereka begitu sahaja.

Category: 1 comments

Kasih, Relakan Ku Pergi 10

Bab 10

“Mari kita makan Bang.” Tegur Datin Azmah, mengajak Dato Azman makan.
Pembantu rumah sudah siap menghidangkan makan malam.

“Budak-budak semuanya mana?”

“Azlan ada di atas, Azlin malam ni ada dinner di Kuala Lumpur, Azrin ada kuliah tambahan malam ni dan Azmil dalam biliknya apalagi kalau bukan sedang main computer game.” Kata Datin Azmah.

"Nanti saya panggil Azlan dan Azmil turun. Boleh kita makan sama-sama."

Datin Azmah sudah faham benar dengan perangai Dato Azman. Dia sangat berpegang teguh dengan institusi kekeluarga.

“The family that’s eats together stays together."

Dato datang dari keluarga yang sangat kuat perhubungan saudara dan kini dia juga memberikan sepenuh kasih saying kepada anak-anaknya. Sehingga sekarang bila mereka sudah besar panjang pun, Dato Azman sangat rapat dengan anak-anaknya.

"Azmil, Azlan, mari turun makan nak. Daddy tunggu nak makan sama ni."
Datin memanggil anak-anaknya.

Tidak lama kemudian mereka berdua berdua berlumba-lumba turun, masing-maing cuba sampai dulu macam mereka masih kanak-kanak lagi. Azmil sudah hampir sama tinggi dengan Azlan. Muka mereka seiras, cuma Azlan lebih cerah sedikit dan rambut Azmil lebih beralumn.

"Kedua-dua anak terunanya sudah lebih tinggi daripada Dato." Fikir Datin Azmah sendirian semasa melihat anak-anak lelaki kesayangannya.

Muka mereka lebih mengikut iras mukan Datin. Manakal Azlina dan Azrin mempunyai iras muka Dato. Orang kata sejuk. Datin tersenyum, mungkin betul juga. Dato seorang suami yang baik. Kebahagiaanya nampaknya apabila berada bersama Datin dan anak-anaknya. Datin sungguh bersyukur apabila dia temuikan dengan jejaka bernama Azman semasa dia belajar di Uk hampir tigapulah tahun yang lalu. Mereka dipasangkan kerana mempunyai nama yang hampir serupa. Datin mempunyai satu sifat yang inginkan kesempurnaan dalam hidupnya. Dia bekerja keras untuk membuatkan semuanya sempurna dan teratur dari segi kehidupannya dengan Dato dan juga anak-anaknya, semuanya ada system dan peraturannya sendiri.

Sekarang bila anak-anaknya sudah dewasa dia berpuas hati dengan didikannya anak-anaknya semua Datin bersyukur anak-anaknya semua menjadi baik dan boleh di katakan berjaya. Yang tinggal cuma Azmil masih lagi sedang di dalam Tingkatan 4. Datin yang sentiasa mengikuti prestasi dan pencapaian anaknya tahu yang Azmil juga seorang yang bijak di dalam kelasnya. Pada tahun hadapan Azmil akan menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Dia kini menuntut di Sekolah Bestari Putrajaya 1 di Presint 8.


Kini Azlan sudah menjangkau umur 27 tahun. Azlan telah belajar di University of Brighton, demi memenuhi minat dan cita-citanya untuk menjadi seorang jurutera. Oleh kerana Dato ingin dia lebih berdaya saing, Dato telah menghantar Azlan untuk melanjutkan pengajiannya MBA di Heriot Watt University, Edinburg, sebuah Universiti yang terkenal dengan pengajian busines dan industri. Kini baru 2 tahun Azlan kembali ke Malaysia dan terus bekerja dengan Syarikat Dato Azman. Memang Azman lah yang sering di perkatakan oleh Dato untuk mengantikkanya satu masa nanti.

Manakala Azlin juga baru pulang dari UK, dengan berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Perniagaan dari Imperial College, London. Dia juga kini bekerja dengan Dato Azman, di Kuala Lumpur. Azrin pula pelajar tahun 3 di fakulti Perubatan di UKM, memburu minatnya untuk menjadi seorang doktor. Nampaknya perancangan yang telah di buat oleh mereka berdua untuk anak-anak telah berjalan lancar.

Sekarang mereka masuk fasa lain dalam hidup mereka, setelah anak-anak habis belajar dan telah bekerja. Sekarang yang menjadi persoalannya, Dato dan Datin sudah tidak sabar untuk menimang menerima menantu dan menimang cucu. Dato dan Datin cemburu melihat kawan-kawan mereka yang lain yang sudah menimang cucu. Mereka sudah tidak sabar menunggu Azlan untuk membuat keputusan untuk mendirikan rumah tangga. Kini mereka sudah agak mendesak Azlan supaya mencari pasangannya tetapi Azlan sehingga kini Azlan asyik sibuk dengan kerjayanya.

Oleh kerana Azlan masih belum menunjukkan minat untuk mencari pasangannya sendiri, Datin pun membuat perancangan untuk memperkenalkan beberapa orang gadis untuk Azlan. Sudah sebulan dia dan sepupunya Maimoon mendapatkan senarai gadis-gadis yang sesuai dipadankan dengan Azlan. Seperti mana dengan benda-benda lain dalam hidupnya Datin mahu menantunya juga seorang yang “perfect” untuk Azlan, anak sulungnya.

Semuanya cantik-cantik, berpelajaran tinggi dan juga asal usul keturunan yang baik-baik. Maimoon menunjukkan gambar-gambar gadis tersebut kepada Datin. Memang canti-cantik gadis yang di pilih maimoon, macam model pun ada.

"Kalau nak yang bertudung pun ada, anak Datuk Malik ni, Doktor, baru aje balik dari Ireland." Kata Maimoon. "Bertuah betul kalau dapat Kak oi. Cantik, Doktor pulak tu. Dato Malik takkan Kakak tak tahu."

Maimoon tahu sangat perangai sepupunya itu, yang sering hendakkan kesempurnaan dan dia dapat pulak apa yang dia kehendaki, Suami yang kacak, bepelajaran tinggi dan berkedudukan tinggi, anak-anak yang cantik dan pandai-pandai belaka. Kini dia berkehendakkan menantu yang boleh menyamai standard yang dia telah tetapkan. Sudah sebulan Maimoon berusaha keras mendapatkan calon-calon yang sesuai untuk Azlan, Datin Azmah hendakkan wanita itu graduan dari luar negara atau seorang professional, dari keturunan yang baik-baik. Ibu bapa pun yang jenis bersembahyang. Pening juga Maimoon menjalankan tugas dia itu. Nasib baik dia tidak suruh carikan yang nama dia bermula dari huruf A juga.

“Kalau tak pun, budak perempuan ni Arkitek, sudah ada syarikat sendiri. Keturunan Syed,”

"Eh ini macam Ok je ni. Cuba Maimoon tanya sedara dia. Dia ni macamana."

"Memang sedara dia hendak sangat cari budak lelaki yang sesuai untuk dia. Suzi sudah suruh set up date untuk mereka. Azlan mesti suka dengan dia ni. Ni dia pandai, cantik dan business minded pulak tu. Family dia, memang macam Kak Azmah hendak."

"Memang padan sangat dengan Azlan."

"Sesuai sangat. Moon tahu lah. Moon kan pandai dalam hal mencari pasangan ni."

Azmil yang mendengar perbualan Datin Azmah dan Mak cik Maimoon ketika itu menjuihkan bibirnya. Meluat dia mendengar kata-kata Mak cik Maimoon. Kalau dia , dia tidak rela di padan-padankan sedemikian rupa. Dia mesti mempunyai pilihan hatinya sendiri. Dia tidak akan jadi macam lembu di cucuk hidungnya. Bagaimana agaknya reaksi Abang Azlan nanti, dia kurang pasti. Kalaulah mak cik maimoon tu pandai sangat dalam mencari pasangan ini kenapa dia boleh memilih Pak cik Mahmud sebagai suaminya. Azmil tidak berapa suka dengan Pak cik Mahmud, Pada dia Pak cik Mahmud seorang kaki bodek, berpura-pura sahaja di hadapan Dato Azman, tetapi daddy macam tidak perasaan pun sikap berpura-pura Pak cik Mahmud.

Pak cik Mahmud dapat kerja dengan Syarikat Dato Azman pun setelah Maimoon berkali-kali minta tolong dengan Datin Azmah, menolong suaminya yang kehilangan kerja disebabkan masalah ekonomi yang melanda sekarang ini. Semenjak suaminya bekerja dengan syarikat Dato Azman, Maimoon selalu berkunjung ke rumah Datin. Azmil kurang senang dengan perangai Maimoon. Ada saja yang tidak kena pada pandangan matanya. Rimas Azmil mendengar cemuhan dan cercaannya kepada orang yang pada pandangan lebih rendah taraf. Setahu Azmil, Ibu bapanya tidak pernah mengajar memandang rendah pada orang lain. Tetapi sejak akhir-akhir ini Datin sudah seperti terikut-ikut dengan kata-kata Maimoon.

“Mari kita makan Azlan , Azmil,” seru Dato Azman.

Mereka berdua duduk bersebelahan dan tanpa membuang masa terus menjamah makanan yang terhidang.

“Mummy masak special hari ini kata Datin.”


Memang hari ini lain pula lauk pauk yang datin sediakan untuk keluarganya, nasi beriani, lauk ayam masak merah, dalca daging dan acar buah. Bibik pula sedang sibuk menuangkan air sirap untuk semua.

"Mummy masak ke bibik yang masak?" Tanya Azmil. Menduga. Mulut datin terus muncung, tahu dirinya di perli Azmil.

"Bibik tukang kacau, mummynya punya resipi." Kata Bibik.

"Macam tu bibiklah yang masak." Usik Azmil lagi.

"Enggak, kalau suruh bibik masak. Bibik tak bisa masak. Kena Ibunya yang bagi tahu macamana mahu buat."

"Sudahlah Mil, kau nak makan ke tak nak makan. Banyak pulak soalannya." Marah Azlan. "Abang dah lapar ni."

"Yelah-yelah. Makan. Azlan. Daddy pun lapar." Kata Dato tersenyum melihat gelagat isteri dan anak-anaknya.

Selepas makan, Azmil terus naik ke atas biliknya. Azlan dan Dato duduk duduk di ruang tamu sambil menikmati minuman panas yang disediakan.

"Macamana Lan? Cadangan Daddy, Azlan concerntrate fulltime di projek sini dahulu. Tentang di pejabat tu, Daddy kan ada."

"Okay Daddy. Lan memang sudah usulkan cadangan ini dengan Berahim. Mereka ada menyediakan sebuah bilik pejabat untuk Lan. Lan bercadang untuk menumpukan masa 3 hari di sini dan dua hari di Ibu pejabat."


"Okay kalau macam tu. Besok ni bila semuanya sudah smoooth running, kita tukar balik. Kata Dato Azman. Jadi bila yang Lan akan mula kerja di sini."

"Lan rasa mulai minggu depan. Okaylah."


"Pasal kerja sudah selesai, sekarang ni mummy nak suruh Lan tengok gambar-gambar yang mak cik Maimoon bawa. Pilih calon menantu mummy pulak."


Dato cuma tersenyum melihat isterin kesayangannya. Dato tahu sudah hampir sebulan Datin mengumpul biodata-biodata calon menantunya.


“Apa dia mak.” Keluh Azlan. Sejak akhir ahkhir ni Datin asyik menyuruh Azlan berkawin. Azlan naik rimas.


“Lan tengok ni gambar-gambar calon isteri yang mak cik maimoon sudah pilih.”

“Please lah Mum. This is ridiculous. Hal macam ni biarlah Lan yang
pilih sendiri.”

“Kalau Lan ada pilihan bagi tahu mak.., Boleh Mak cik Maimoon semak latar belakangnya. Sesuai tak dengan keluarga kita.”


“Mummy this is so old fashion. KalauLlan sudah suka, I don’t care about her background. I won't care about her past. Perempuan tu nak kawin dengan Lan ke, dengan keluarga kita?”


"Eh! bila sudah kawin, keluarga pun ke ambil kira tau, keluarga pihak dia, keluarga peihak kita. Kita bukan macam Mat Saleh. Itu semua tak jadi hal.” Datin Azmah sudah mula naik suaranya, bila kehendaknya tidak mahu dituruti.

"Lan tak ada pilihan lagi, biarlah dulu mak. Lagipun Lan masih muda lagi.” Azlan kena cuba membuat mummynya bertenang sikit. Dato Azman sudah mula beri isyarat mata kepada Azlan, suruh Azlan relaks sedikit.

"Mummy pun bukan nak paksa kawin sekarang, buat perancangan dulu. Berkenal-kenalan dulu, bertunang, kemudian baru kawin."

"Lan memang tak nak kawin sekarang."

"Habis tu bila."

"Lan bercadang nak kawin entah 2, 3 tahun lagi."

Datin dan Dato terkedu mendengar kata-kata Azlan.

"Huh lama nya, macam ni bila daddy nak timang cucu."

"Senang aje, Daddy suruh Lin kawin dulu."

"Macamana pun Lan tengok gambar-gambar ni dulu. Mak cik Maimoon sudah arrangekan dinner dengan anak Syed Ahmad hari Sabtu ni. Lan kena pergi juga." Datin memaksa.

"Jangan buat macam tu mummy. This is blackmail!"

"Lan, just give it a try, mungkin Lan berkenan mana tahu. Please Lan." Pujuk Dato. Dia kesian melihat isterinya hampa.

Mendengar kata-kata lembut Dato Azman, Azlan terpaksa akur.

"Okay hanya sekali ini sahaja Mummy. Lepas tu minta tolong, let me find my own bride." Datin gembira semula, sekurang-kurangnya Azlan mahu juga mendengar katanya untuk berjumpa gadis itu.

****************************************************************

"Azlan, Saya nak tanya sesuatu. Do you okay with this blind date?" Tiba-tiba terpacul keluar pertanyaan dari mulut Sharifah Alawiyah.

Azlan terkejut dengan pertanyaan yang dari gadis yang sedang duduk di hadapannya. Malam ini atas rancangan, Mak Cik Maimoon dan Auntie Suzi, mereka makan malam di Al Amar di Pavilion Shopping Complex. Semuanya telah telah di atur oleh mereka. Azlan dan Sharifah Alawiyah Cuma perlu hadirkan diri mereka sahaja.

"Actually, I keberatan juga. Tapi the parents keep on insisting."

"Auntie I tak habis-habis memaksa, selagi I tak setuju, selagi tulah dia orang tak mahu diam. Dia orang takut sangat I ni jadi anak dara tua."

Mereka berpandangan seketika kemudian ketawa. Selepas itu, mereka dapati mereka berdua boleh sesuaikan diri bersama.

Sambil itu sempat Azlan membuat penilaian terhadap Sharifah Alawiyah, berusia 26 tahun. Orangnya tinggi dan langsing, bersusuk tubuh seperti model. Hidung mancung, maklumlah keturunan arab, Mata galak dan besar. Azlan teringatkan watak Puteri Jasmine dalam filem kartun Alladin, Mulut yang dihiasi merah bak delima merkah. Berkulit licin dan cerah. Memang cantik dan anggun. Sharifah Alawiyah ialah seorang arkitek dan mempunyai syarikat arkiteknya sendiri. Dia mahu bebas dari naungan ayahnya dengan membuka syarikat arkiteknya sendiri. Syed Ahmad adalah seoranga arkitek yang terkenal yang telah mencipta nama dengan seni rekanya yang begitu menakjubkan.

Azlan sudah menghafal biodata Sharifah Alawiyah yand telah di berikan oleh Maimoon. Mula-mula dia berasa janggal dengan Sharifah Alawiyah. Tetapi apabila mendapat Sharifah Alawiyah sangat telus dan dan berterus terang orangnya, Azlan mula merasa senang untuk berbual dengannya.

"Kenapa orang tua kita suka betul nak nak match make. Dia orang tak tahu ke apa one thing is this world people call love." soal Sharifah Alawiyah.

Okay, sekarang you describe dengan I, macamana yang you rasa love itu sebenarnya. When the right person enter your life macamana you tahu, dialah your mister or miss right." Tanya Azlan ikhlas sebab dia belum pernah mengetahui bagaimana jatuh cinta sebenarnya, walaupun dia ada ramai wanita yang menjadi temannya. Tetapi semuanya hanya seketika.

"Macamana ya....., I imagine when I jumpa dia the first time aje, my heart will know. This is my Mr Right. Masa tu you rasa nampak bulan bintang, everything is so bright and lovely. Tidak sesiapa di dalam dunia ini kecuali You and your love.


You sound straight from fairy tales, “ padanlah dengan rupanya yang seperti Puteri Jasmine.


Yes, I believe in love the first sight. One look I tau he is the one.
And I know for you,Azlan, I am not the one.

Macamana your heart will know.

Okay contohnya ia I demonstrate kat You.


Sharifah Alawiyah bangun tiba-tiba dan pergi ke salah sebuah meja di dalam restoran tersebut dan menyapa beberapa mereka yang menduduki meja tersebut. Nampak macam rapat. Mereka berjabat tangan dan bertepuk tampar, seperti sudah lama kenal. Seorang jejaka kacak berbangsa Inggeris yang berada  di meja itu juga bangun dengan begitu ghairahnya memegang tangan Sharifah Alawiyah lantas menciumnya. Sharifah Alawiyah cuma senyum, tidak berapa lama kemudian dia kembali ke meja Azlan. Azlan cuma memerhatikan nya, masing kurang pasti apa yang Sharifah Alawiyah ingin buktikan.


Okay, I tahu you dengan I bukan the right match.

Macaman you tahu, We have meet nearly 3 jam, You sikit pun tak jealous tengok I dengan member I.

Kan kita baru jumpa.

Well that shows, the spark is not there.

Betul tak.

Azlan cuma mengangguk.

Kalau we met for the first time, you terus jatuh cinta dengan I, cinta pandang pertama. Semestinya you jealous or at least you felt something. I proved my point kan?  Anyway I have to meet up with them juga, they are my biggest client.

"Habis tu You macam mana pulak?"

"You are a handsome guy. But I imagine, when I met up my Mr Right, my
heart will know. When the first time we touch, electrick shock will past through us. The chemistry between us.. The way you look will turn my stomach somersault."


"You ni banyak baca buku cinta agaknya."

"I still want to wait for my Mr Right."

Mereka ketawa dan rasa lega kerana sudah pasti mereka berdua tidak tertarik antara satu sama lain, terlepas dari rancangan mak cik maimoon dan auntie Suzi.

"Well kriteria Mr and Miss right ni nak agak sukar nak jumpa ye? What is the Mr and Miss right tak akan tiba. Tak kawinlah kita sampai ke tua."

"Okay masa tu kita cakap dengan auntie you and auntie I, kita dua kawin aje. At least we are already a good friend. Betul tak?"

"Buat masa ini why don’t we give ourselves a chance to find our Mr and Miss right. We deserve it."

"Okay. I setuju."

Mereka berjabat tangan, ketika itu Azlan yakin dengan apa yang Sharifah Alawiyah katakan memang betul kerana tidak ada reaksi kimia antara mereka apabila mereka bersentuhan, bukan seperti yang dia alami semasa menuruni tangga Menara Pandang Jauh di Taman Wetland tempoh hari.